Friday, August 22, 2014

TRAVEL – Trip Sahabat Media 2014 ke Johor PART 2

 

Assalamualaikum..

 

 

Ahaa marilah kita secara bersama-sama menyambung kisah trip Sahabat Media aku ke Johor ye? Haa dah nak ke trip yang seterusnya baru tau haru-biru nak update trip ke Johor ye? Padan muka diri sendiri, siapa suruh pemalas nau update belog? Hahaa !

 

 

Lokasi pertama kami di hari kedua ialah Perkampungan Homestay di Kulaijaya Johor. Haaa homestay bukan sebarang homestay, ada jugak beberapa aktiviti yang best kami kat kampung nii. Best laa sebab semuanya berkaitan dengan makanan ! Haa kalau dah mai sini, tak try makanan tempatan memang tak sah la kan kannn..

 

 

GOPR0622

Mula-mula sekali kami terjah tempat memproses ZAI MI SIPUT di Kampung Seri Paya, Kulaijaya Johor ni.. Siput bukan sebarang siput, mi siput yang dihasilkan adalah 100% homemade dan sememangnya halal, serta bebas bahan pengawet !

 

 

mi siput

Ahaaaa kami pun dihidangkan dengan juadah-juadah yang dimasak menggunakan mi siput. Paling menarik perhatian aku, mi soto dengan bebola daging ! Haaa.. Pada yang tak familiar dengan mi siput ni, mi ni korang boleh masak macam mi biasa. Nak buat mi goreng ka, mi sup kaa, semua boleh. Rendam je sampai mi tu kembang then boleh masak macam biasa. Kalau nak goreng terus pun boleh, lepas tu cicah dengan sambal ikan bilis. Pergghh terbaikk !!!

 

 

DSC08942 Acah-acah kena candid masa nak makan la kononnye. Padahal dah habis separuh mangkuk baru laa haru-biru nak ambil gambau ahaha !!

 

 

KJ

Seterusnya kami melawat ke tempat memproses Otak-otak KJ yang terkenal kat Johor ni… Makan lagi hahaha ! Kalau hari-hari macam ni kan best, barulah cerah sikit harapan aku nak naikkan berat badan.. Iskk isk. Sedap-sedap pulak tu makanan dia.

 

 

 

GOPR0654

Nak jugak tu menyibuk orang tengah sibuk balut otak-otak. Haa kalau aku yang buat tu, alamatnya tak jadi otak-otak laa.. kot nanti jadi paru-paru. Ehh !

 

 

 

GOPR0667 Kemudian kami ke HOMESTAY SERI PAYA. Pergghh besau nau rumah niii! Banyak bilik, ruang dan luas.. selesa sangat ! Kalau korang nak duk homestay ramai-ramai, boleh laa usha http://homestaykampungsripaya.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut ye ! Haa maka kami pon makannn lagii. Muahahahaa…

 

 

 

homestay

Haaa meh share sikit rupa dalam homestay ni. Luas dan sangat selesa ! Laman depan pun luas sangat, rakan-rakan media yang lain siap main game ala kampung lagi haa kat depan tu, sementara aku helokk je merebahkan diri di atas katil nan selesa. Haha !!

 

 

 

cendawan

Sempat juga kami singgah di tempat pembiakan cendawan. Haa yang duk makan hari-hari tu macam ni lah tempat buat dia.. Memang nak ternak cendawan pun kena jaga supaya tak kena jangkitan ke apa.. Gituhh…

 

 

 

GOPR0706

Setelah seharian di perkampungan homestay, makan.. makan .. dan makan.. HAHA ! Kami akhirnya tiba di HOTEL RENAISSANCE JOHOR BAHRU yang terletak di Permas Jaya. Hotel 5 bintang uollss ! No wonder la semua rerakan ku di dalam gambar ni heksaited tak hengat ! Muahaha !

 

 

presidential suite

Kami sempat dibawa melihat semua jenis bilik yang ada di Hotel Renaissance ni. Yang paling menarik ialah satu-satunya PRESIDENTIAL SUITE yang terletak di tingkat 17 hotel ni. Tinggi nye makkk ! Takut nau tapi bebuat sporting bila diajak selfie. Muahaha. Bilik ni sangat la besar dah macam kondo pulak. Siap dapur, ruang tamu bagai. Fuhh beriban-riban kot harganya satu malam !

 

 

 

GOPR0752

Baiklahh.. badan pun dah penattt… maka marilah kita berehat dan membersihkan diri.. Malamnye tu kami jalan-jalan kat sekitar Bazar Karat, JB. Tapi aku penat sangat sampai tak menyempat nak snap apa-apa gambar pun.. Takpelah nanti korang google eh haha ! Adoih.

 

Haa maka berakhirlah entry part 2 nii. Gigih nau menaip pepagi buta sebab nak kejarkan trip seterusnya. Karang melambak-lambak pulak entry padal travel, tak pasal-pasal blog aku ni jadi blog travel pulakk. Hahaha aku ni bukan lah TRAVEL BLOGGER tapi dah memang kaki ni haipp suka nau berjalan, maka nak buat macam mana kan kan. Sooo jumpa di bahagian terakhir trip ke Johor ye !

 

 

 

 

XOXO !