Friday, August 22, 2014

TRAVEL – Trip Sahabat Media 2014 ke Johor PART 1

 

Assalamualaikum..

 

Wah wah wahh lama sungguh aku tak join trip Sahabat Media anjuran Santai Travel dengan kerjasama Tourism Malaysia ni tauu ! Aku pernah join beberapa trip dengan Santai Travel, memang best ! Sebab dorang semua sporting, dapat kenal kawan baru pulak dalam kalangan media online dan juga mainstream. Seronok, berjalan-jalan sambil buat kawan ni. Hee..

 

Maka dari perkhabaran seorang rakan, aku pun dapat tahu pasal trip Sahabat Media ke Johor ni. Hee alhamdulillah ade jugak kekosongan untuk aku menyibukkan diri. Bukan apa, aku masa tu nak kan sesi getaway kononnya, lalu aku memilih untuk bawak diri ke Johor. Bahaha ! Atur cara trip ni pulak macam syiok je kan.

 

GOPR0447

Ahaaa ini lah lokasi pertama kami sesampainya kumpulan Sahabat Media ke negeri Luaskan Kuasamu niii. LADANG NENAS yang terletak di Pontian, Johor. Haa mesti korang pelik, apa lah yang best nya kat ladang nenas seluas 300 ekar ni? Besau nau oii tanahnya penuh dengan pokok nenas jaa. Tengok la dalam gambar kat atas, hujungggg dunia tu baru ada ladang kelapa sawit !

 

 

 

GOPR0437

Selain dari menjadi port aku mendapatkan gambar-gambar menarik ala pre-wedding (puihh!), ladang nenas ni ada bermacam jenis dan spesis buah nenas ! Nama nenas yang korang tak pernah dengar pun korang akan jumpa kat sini. Yang best nya, kami kat sini dihidang dengan buah-buah nenas pelbagai jenis yang sedap ya amat ! Ada yang manis sangat, ada yang masam manis. Terbaik!!!

 

 

DSC08780

Hidangan makanan tengahari yang berasaskan nenas ! Haa gulai nenas, nasi nenas, acar nenas, buah nenas pencuci mulut. Mampuu??? Haha memang penuh perut kami seharian makan nenas jeee ! Nenas yang dihidangkan pada kami pulak ada macam-macam gred. Kot la korang nak buat kenduri ke, nak beli nenas banyak-banyak cuba la mai ladang nenas ni.

 

 

nictar

Seterusnya.. lokasi kami ialah ladang nenas jugakk! Hahaa.. nama tempat ni Nictar Bee Farm. Selain menternak.. eh! Menanam nenas.. mereka ada ternak lebah untuk dapatkan madu asli. Haa madu pun ada bermacam jenis, korang boleh dapatkan di sini. Yang best nya, kat sini ade SWEET CORN ORIGINAL ! Kenapa aku kata original? Sebab jagung mentah tak payah kukus bagai, memang rasanya sedia manis !

 

 

 

GOPR0489

Bersama sebahagian rakan media yang turut mengikuti trip ke Johor di ladang nenas Nictar Bee Farm. Ohh ye, dalam goodies yang diberi, kami dapat sos cili yang dibuat khas daripada bahan-bahan seperti nenas dan lain-lain. Sedap hoii, boleh lah search Nictar Bee Farm dan datang beli kat sini ye !

 

 

DSC08821 Matapelajaran geografi + sains sikit ye semua. Ini lah rupa bunga nenas. Nenas yang baru nak tumbuh gituuu. Jangan ade yang dapat idea nak pegang jambangan bunga nenas lak di hari perkahwinan. Wakakaaa…

 

 

muzium

Lokasi ketiga kami pada hari pertama di Johor ialah kunjungan pendek ke Muzium Nanas di Pontian. Haa kat muzium kecil ni korang boleh belajar sikit la asal-usul buah nenas, apa produk yang berasaskan buah nenas dan serba sedikit info semuanya berkaitan dengan buah nenas ni. Korang boleh tengok demonstrasi bagaimana benang dihasilkan dari daun nenas. Haaa kompem ramai tak tau ! Kikikii aku pun baru tahu. BAHAHA!!

 

 

GOPR0499

Lokasi seterusnya yang memang menarik perhatian aku ialah RUMAH BUGIS ! Haa ini rumah asli budaya Bugis yang masih bersisa di Pontian Johor niii.. Pembaikpulihan rumah ni saja makan jumlah jutaan ringgit. Perabot dan konsep dalam rumah ni memang originally Bugis style ! Hahaa gituhh.

 

 

bugis

Ahaaa kisahnya memang tak puas bergambar dalam rumah ni. Aku rasa aku dah jatuh cinta jugaklah dengan elemen unik budaya Bugis ni.. sebab semuanya tampak tradisional, unik dan suasana yang sangat best. Tak tau lah nak cakap macam mana tapi aku suka sangat Rumah Bugis nii. Kisahnya, segenap rumah ni nampak cantik dan unik dan best bergambar haha.

 

 

DSC08867

Next is TAMAN NEGARA JOHOR TANJUNG PIAI. Aku selalu dengar nama Tanjung Piai ni.. Sememangnya popular sebab Tanjung Piai ni merupakan lokasi penghujung benua Asia gituuu. Gila tak tau, pengetahuan am nih ! Siapa tak tahu aku sekeh sorang-sorang kang ahahha !!

 

 

 

GOPR0546

Sebelum mentari melabuhkan tirai harinya, sempat kami berjalan di pinggiran pantai dan bergambar di betul-betul penghujung benua Asia tu. Tapi dalam perjalanan ke penghujungnya haruslah bergambar acah-acah deep macam ni kan kan.. Muehehe.. But actually aku memang sangat sukakan suasana damai dan berangin di tepi pantai.

 

 

 

GOPR0562

KOGRATULESYEN ! Kini anda betul-betul berada di titik penghujung Benua Asia ! Syabassss kepada diri sendiri. Boleh? Hahaa ! Seronok lepak-lepak tepi laut tapi dah nak senja kan, takleh pulak laa berlama-lama kat sinii.

 

 

 

GOPR0566

Maafkan kami pelis. Kami mungkin terlalu eksaited sebab pertama kali sampai di penghujung benua Asia. Dengan ini juga, rasmilah bahawa aku pernah berada di kedua-dua penghujung Malaysia – yang pertamanya dekat sempadan Thai di Kelantan, dan keduanya inilah dia penghujung Benua Asia. Gittuuuu…

 

 

 

GOPR0581

Setelah seharian kami ber-masham bersama-sama, berjalan bersama-sama… Kini tiba masa untuk merehatkan diri di katil hotel yang super selesa.. Terima kasih kepada DOUBLETREE by HILTON Johor Bahru untuk penginapan kami satu malam di sini ! Best hotel niii, baru lagi bukak, terletak di Menara Landmark.

 

 

Baiklah.. selesai entry part 1 untuk trip ke Johor minggu lepas.. Mohon dikurniakan kekuatan untuk teurs menaip part-part seterusnyaaa.. Sebab nanti ada trip ke Melaka lak! Hey heyyy tak sabarrr. Hihihihiii… Thanks for reading !

 

 

 

XOXO !

2 comments :

J-Mei said...

Wah, bestnya travel ke Johor :)

zarulfarhana said...

bestnya...
menu semuanya nenas...hhehehe