Thursday, August 21, 2014

BEAUTY – Salon Ridzokumura terbaik !!!

 

Assalamualaikum..

 

Haaa rasa macam dah lama tak share dengan korang kat mana port port best untuk kecantikan ni. Amboii.. hehehe.. inshaAllah akan mula merajinkan diri terjah salon dan spa.. lepas tu boleh share dengan you guys ye dakk..

 

And yeah jom kembali ke topik asalnya. Kali ni aku nak share dengan korang salon mana yang tengah menjadi bualan hangat para penggemar kecantikan rambut masa kini. Ewahhh !! Sebagai muslimah, aku jugak menitikberatkan penjagaan rambut. Maka banyak jugaklah salon-salon sekitar Shah Alam yang telah aku jelajah tapi TAKDE SATU pun yang menambat hatiii !!!!

 

 

20140819_185137

Sejak dua menjak ni, aku mengalami bad-hair day je memanjang.. Lepas tu ada beberapa masalah rambut.. Stress tahuuu !! Memanglah aku bertudung, tapi tak bermakna aku boleh abaikan rambut aku biar kusut masai lak kan.. Kang takleh cari makan lak Kak Limah sebab rambut aku sejuta kali kusut dari rambut dia ! Hahahaa…

 

Teringat pulak satu salon yang aku pernah pergi dengan kawan aku.. Teringat pulak masa tu aku cuma lakukan Argan Oil treatment, tapi result dia memang superb ! Maka aku telah simpan harapan dan impian untuk berkunjung ke RIDZOKUMURA SALON lagi sekali. Dalam pada busy yang teramat sangat, dan salon ni pon selalu full je slot dorang.. maka satu hari berjaya jugak aku book satu slot untuk buat treatment.

 

 

20140819_183846

Masuk je ke dalam RIDZOKUMURA SALON ni perasaan eksklusiviti tu menerpa-nerpa dalam jiwa dan raga awww ! Hiasan dalaman memang syiokkk sangat tau ! Tampak mewah dan eksklusif je tempat niii.. tapii jangan risau sebab harga untuk treatment / cut / wash / colour dan lain-lain memang AFFORDABLE !!!!! Haaa curlass kannn salon tampak mewah tapi harga meletops semua mampu !

 

 

GOPR0951 GOPR0952

Ahaaa baru-baru ni RIDZOKUMURA SALON dah membuat penambahan ruang ! Lagi besarrrr, lagi luasss… lagi selesaaa.. lagi ramai customer boleh masukk ! Ahaaa… gituhhh. Hiasan chandelier di tengah-tengah ruang salon memang gempakk ! Macam masuk rumah datin-datin sangat ! I like sangat !

 

 

GOPR0958 Ruang basuh rambut. Ruangnya tertutup. Ini iols suka sangat. Bila basuh rambut dalam ruang bertutup takde lah segan sangat kan kena baring-baring kann…

 

 

 

GOPR0956

Ini maklumat penting untuk pelanggan Muslim. Haaa ruang solat ! Alhamdulillah di salon ni kini ada ruang solat, yang lengkap dengan tempat wuduk. So tak payah la nak berulang ke tandas untuk ambil wuduk kan. Kalau ada yang tunggu kawan tengah buat rambut lama sangat ke, boleh solat kat sini. Atau customer sendiri, sebelum buat rambut tu boleh solat dulu kan.

 

 

 

20140819_184229 Ruang menunggu yang selesa.

 

 

 

20140819_184013

Haaa kepada yang pening-pening nak pakai produk apa untuk rambut tu, boleh lah dapatkan khidmat nasihat dari staf  RIDZOKUMURA SALON dan beli produk terus di salon ni. Haaa kat salon ni ada macam-macam produk yang bagus untuk rambut ! Yang tengah hot produk argan oil. Artis-artis pon ramai pakai produk dari salon ni !

 

 

 

GOPR0954Ahaaaa ini lah yang terpaling terpenting yang nak share dengan korang ! Hahaa kemain cincai-cincai je ayat.. BILIK MUSLIMAH !

 

 

Kalau kita pergi salon biasa, “ruang muslimah” yang disediakan kebanyakannya mesti sekadar ditutup dengan langsir je kan? Lepas tu terletak di pinggir salon. Takpun cuma bilik biasa yang kosong dan bosan.. Ergghhh masuk salon-salon macam ni serius rasa dianaktirikan tauu. Sedih tau. Kami pelanggan salon jugak apaa ! (Eh tetiba emosi. HAHA)

 

 

Bilik muslimah ni, connecting dengan bilik air. And ade ruang cuci rambut dalam bilik ni sekali.. sungguh eksklusif.. Tertutup lagi tu.. Dan jangan risau, sebab yang attend pelanggan muslimah ni memang hairstylist perempuan jugak.. Melayu okay. So dont worry.. Kalau nak treat rambut bagi sihat, lembut .. datang je RIDZOKUMURA SALON  okayy !

 

 

 

20140819_163626

Tapiii…. di  RIDZOKUMURA SALON para pelanggan muslimah TIDAK AKAN DIANAKTIRIKAN SEBEGITUUU ! Haaa over tak penerangan ayat ! Hahaha.. Kalau nak tahu, pakej bilik muslimah ni, datang sekali dengan pakej eksekutif wah wahh ! Tambahan caj 15% dikenakan untuk penggunaan bilik muslimah ni.. tapi SANGAT BERBALOI sebab siap hidang makanan dan titbits, serta minuman ! (Kecuali air Iced Apple Tea tu.. aku beli sendiri sebab tak tahu pasal pakej ni). Serius kenyang ! HAHA. Datang sini kena prepare perut sekali tau !

 

 

GOPR0959 Heee sempat selfie dalam salon ! Mueuehehehee..

 

 

 

photo 3

Ni hairstylist comel yang buat rambut aku (single lagi, eh!!).

 

 

Percaya tak aku buat scalp treatment, plus nanomist treatment, total RM200 sahaja ! Murahhh bagi aku, sebab kalau aku pergi buat treatment kat mana-mana salon harga kompem cecah RM300++ sebab rambut panjang and tebal. And nowww…. yeayy I loveeeee my hair, look more healthy and easy to manage ! Hee tak sabar nak pergi RIDZOKUMURA SALON lagiiii ! Kalau boleh tiap-tiap minggu nak buat treatment ! Heeee…

 

 

 

photo 2 Owner RIDZOKUMURA SALON yang sangat friendly walaupun baru 1st time jumpa !

 

 

 

 

Soo… kepada yang duk tanya aku pasal salon mana yang best, harga berpatutan, treatment superb.. boleh lah usha instagram RIDZOKUMURA SALON ni dan tengok sendiri hasil kerja para hairstylist kat salon ni. Dannn lagi satu, semua staff salon ni friendly sangat ! Bestt ! InshaAllah lepas ni memang akan tetap ke salon ni dan akan ku angkut sekali bff dan adik aku supaya buat rambut kat sini.

 

 

 

RIDZOKUMURA SALON

Impian Meridian Condo,
Jalan Subang 1, USJ 1, Subang Jaya, Selangor.

03 5891 1402
03 8021 7869

 

 

 

 

 

XOXO !

8 comments :

My Aisy said...

best giler saloon dia...harga pon berpatutan...best jek tengok saloon dia...

Zayani Zulkiffli said...

Rare ada ruang muslimah, sesuai untuk perempuan Islam.
Tapi, jauh la pulak -_-

http://nurulzayani.blogspot.com/

Yasmin Yusuf said...

nice sharing kak nisa.rasa macam nak pergi jugak la..hehe

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Yes nanti kt g sama2! 🙌

abahomestay said...

Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Alam Sentral, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

Moresources said...

ada saloon mcm nie kat melaka takkk :(

nur shatikah said...

Salon nie jauh x drpd shah alam? Huhu..and dia tak de nom whatsapp ke? Haha

nur shatikah said...

Salon nie jauh x drpd shah alam? Huhu..and dia tak de nom whatsapp ke? Haha