Wednesday, July 23, 2014

Untunglah travel ke luar negara…

 

Assalamualaikum…

 

 

TRAVEL.

Aku sememangnya minat travel dari dulu. Tapi sebab aku bukanlah orang kaya, malah student je pun masa tu maka aku pendamkan hasrat aku. Alhamdulillah dengan blogging aku berjaya mendapat peluang untuk travel dalam negara. Aku dah jejak negeri yang belum pernah aku pergi. Dan syukur lagi, dengan kerja part time aku sebagai video host, aku juga telah jejak kaki ke negara-negara yang tak pernah aku bayangkan. ALHAMDULILLAH.

 

 

 

DSC07175 

Ada sekali aje aku pernah pergi bercuti ke luar negara guna duit sendiri. Masa tu aku pergi Korea selama lebih kurang seminggu bulan April lepas.
Antara komen yang biasa aku dapat “Untunglahh…”
Ada lagi komen macam ni “Untunglahh….”
Lepas tu ada jugak yang komen “Untunglahhh……”

 

 

 

1405579110215

I just found this picture somewhere on twitter… so this picture somehow gives me inspiration on what I’m going to write in the entry later on.

 

 

Aku bukan lahir-lahir je dah kaya raya. Aku lahir dalam keluarga yang sederhana, adik-beradik ramai. Jadi aku tak diajar bermewah-mewah. Aku tak membesar dengan keadaan bila aku nak apa-apa je, aku akan dapat. Masa aku kecik dulu, aku jual sticker kat sekolah sebab nak dapatkan duit lebih. Sticker pokemon, sticker pelakon hindustan, sticker gambar penyanyi semua aku pernah jual. Aku dulu entah macam mana pandai lukis gambar watak-watak pokemon, lukisan tu pun aku jual.

 

 

Naik sekolah menengah sikit kerja kat kedai runcit sebab nak duit lebih buat belanja masa cuti sekolah hujung tahun. Aku pernah kumpulkan buku aku dengan kawan-kawan aku untuk buat mini library kat rumah kawan aku. Siapa nak mai baca buku, bayar dalam 20 sen macam tu. Haa macam tu sekali nak dapat duit lebih. Jual ais krim ikat tu pun pernah.

 

 

Sama macam nak travel. Aku selalu nak pergi travel dengan kawan-kawan. Tapi jawapan nye mesti satu “Takde duit”. Aku faham sangat-sangat kalau isu duit ni. Sebab aku pun bukannya berduit sangat. Alhamdulillah rezeki bisnes dapatlah tampung hidup. Terasa sangat tau bila orang kata kat aku “Kau masyuk takpelah!”. Sobss.. Sedih tau. Aku hidup tanggung sendiri, bayar gaji adik, bayar sewa rumah, bayar kereta sendiri, duit minyak, duit dapur, duk jauh dari family.. Iskkk. Tapi takpe.. aku bersyukur semua aku ada.

 

 

Jadi bila aku nak travel, bukannya aku ada duit sedebuk sepuluh dua puluh ribu dalam akaun. Aku MENGUMPUL ! Macam nak pergi Korea hari tu, aku ambil masa lebih kurang setengah tahun untuk bayar ansuran pakej ke Korea tu tau. Siapa kata aku bayar cash sekaligus siap dia aku tampar haha! Kalau aku ni kaya, aku tak payah beli pakej bagai, aku upah je personal tourist guide lepas tu aku melancong ke negara-negara Eropah. Pastu shopping barang branded je! Hah!

 

 

Mungkin kat bawah ni tips nak mengumpul duit untuk travel :

1. Kalau ambil pakej travel, biasanya pihak travel tour akan mintak pendahuluan untuk tiket flight. So kalau kena bayar RM1500 dulu, kumpul siap-siap RM2000. Biar ada lebih. So kalau time membayar tu takdelah rasa pokai sangat ye dak.

2. Lepas tu kira berapa minggu / bulan sebelum tarikh akhir lunaskan bayaran penuh, korang buat la calculation, setiap minggu nak kena bayar berapa.. or setiap bulan nak kena bayar berapa..

3. Kalau korang kira (contohnya) kena bayar RM200 sebulan, simpan dalam RM300 atau RM400. Duit lebihnya boleh buat simpanan untuk perbelanjaan di negara yang korang nak pergi tu.

 

 

 

Pendek kata kena kuat semangat jugaklah dalam mengumpul duit ni haa.. Tapi cuba fikir, kalau korang tak kuatkan semangat nak mengumpul, menahan nafsu shopping, dapat ke jejak kaki ke tempat yang korang idam-idam kan tu? Haaa tepuk dada tanya selera gituhh.

 

 

PENDEK KATA LAGI, kalau nak kan sesuatu benda, jangan hanya melihat, jangan hanya meng-untunglah-kan orang lain, tapi no actions taken. Sampai bila ye dak? Aku dulu pun macam ni.. jadi pilihlah untuk tukar attitude. Stay positive ! Work hard for things that we dream for. Biar lambat, asalkan kita merasa kemanisan usaha sendiri untuk dapatkan apa yang kita nak! Tak gitu?

 

 

DSC07254

Join Korea trip tanpa kawan-kawan pun. Main masuk je mana-mana group yang ada empty slot. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang sekepala, yang suka selfie dan boleh hang out sesama kat Korea. Rindu pulak Kak Lin, Kak Mas dan Erin ! Ohh ye, aku pergi Korea tu pun bukan under mana-mana travel agency, aku join travel group yang diselia oleh UZAIR OTHMAN, sebab aku rasa harga pakej dia agak berpatutan jugak laa.

 

Lagi satu, yang best nya pergi under orang persendirian macam ni, jadual korang tak tight sangat nak ke hulu ke hilir.. banyak free and easy (senang je nak keluar jalan jalan sendiri). Banyak masa nak hayati keindahan dan keseronokan tempat-tempat yang kita lawati. Ala-ala backpacker pun ada. So visit blog UZAIR OTHMAN for more info ya !

 

 

 

 

 

 

STOP “UNTUNGLAH”, SELAMAT MENGUMPUL DUIT DAN TRAVEL ! HAHA !

23 comments :

Noura Qifays said...

bestnyeeee dapat travel.. dah lama nk travel jgkk... entry nisa kali nie bgi inspirasi utk berusaha lebih nk travel kt tmpt yg diidamkan.. xde yg mustahil kan nisa.. :)

Hafiz Hafizol said...

Hai. sentap nya yang untung kan orang tu. sbb kita pun pernah kabo jugak kekadang tu ke org lol.

Hafiz Hafizol said...

Hai. sentap nya yang untung kan orang tu. sbb kita pun pernah kabo jugak kekadang tu ke org lol.

krung krungx said...

kak nisa bagi inspirasi pada saya untuk kumpul duit sendiri pergi melancong sebab saya pon bukan lahir dalam keluarga yg kaya =)
adore kak Nisa !!

C i k R e n e x said...

Suka gambar yg simpan duit n then tulis apa yg kita nak guna dgn duit tu.
Boleh wat. Thanks!

Ayat last tu,terbaek, stop untunglaaa.haha

Anonymous said...

Setuju Sgt. Org hari ni bila nmpk kita travel ke sana ke sini, mesti akan label kita ni kaya. In fact kita ni bagai nak rak cari duit utk kegunaan sendiri. Bukan nak menunjuk. Tapi tu la pemikiran org melayu hari ni. Suka judge bukan2. Negative sgt. Mcm mana melayu nak maju, sebab asyik komen hal org je. Tak boleh tgok org lain lebih. Mendengki je kejenya. Rimas aku! Haha marah ni! Sebab pengalaman hidup. Manusia kalau tak nak something, beribu alasan dia bg. Bila ada y lebih, dia pulak emo tak puas hati. Bukannya nak usaha sendiri. Btw nisa, good job. Aku suka baca entry ko ni. Share la kat mana2 bagi org baca and sedor serta kadorkan diri.hahaa kan keluar bahasa temerloh aku. Well done nisa!

Que Haidar said...

setuju sgt. kalau beli brg2 pn sme. 'ko bole la gaji tggi'. pdhal lain org lain tangungannye. ye dak. yg penting SIMPAN

Dayana yana said...

Yup... tension kan bila org ckp " untunglahh" padahal kita sediakan portion 'travel' if saving... same like me..even my parent mampu tapi x pernah minta duit sebab nak travel..travel guna duit sendiri.. thanks nisa for this inspiring story.

Hafizin Jamil said...

nak travel ni kena plan awal baru tak terasa kesempitan hidup semasa menabung tu. haha. btw, good job nisa, azam yang kuat nak menabung tu. lama tu setengah tahun.

Shazwani Ramly said...

Kita pun teringin nak travel and lagi best dengan kawan sekepala. tapi duit takde. sobs. insyaAllah satu hari nanti dapat travel macam kak nisa.

Shazwani Ramly said...

Kita pun teringin nak travel and lagi best dengan kawan sekepala. tapi duit takde. sobs. insyaAllah satu hari nanti dapat travel macam kak nisa.

nZaOdonut said...

GOOD JOB Nisa...:)

setuju 200% sgtt bab menyimpan bagai kalo kite nk merase jejak kaki g negara orang..wuwuuuu

btw..nk try jugak simpan duet dlm balang cmgitu..heh heh

p/s: maseh kepingin nak g Korea jugak..Y_Y

PetakBunga said...

bagus entry ni.. buka mata ank2.. nak apa2 kena usaha.. tak kiralah nak melncong ke apa ke..
kak nak kumpul duit beli rumah..mmm

tenku butang said...

Inspirasi buat mereka2 yang baru nak bermula hidup.. nak dapatkan sesuatu.. bukan mudah.. tanpa usaha yang gigih sesuatu yang kita mahu takkan datang bergolek.. sangat2 memberi inspirasi entri Nisa ni.. Selamat Hari Raya Nisa.. Maaf Zahir Batin...

Syahir Azahar said...

aku la antara customer ttp ko bli sticker pokemon tuu...

najihah sahami said...

wahh..inspired!!

Mieza Everdeen said...

bagus Nisa share cerita macam ni, sebab ramai orang ingat bila member mampu melancong oversea semua nak kata "untunglah kaya". bukan setakat oversea je, beli barang pun orang kata "saya tak banyak duit macam awak". adoii sakit jiwa kita mengumpul, ikat perut, dia tak tau macam mana ye dak? hehe! insyaAllah Mieza nak jadikan pengalaman Nisa sebagai azimat untuk kumpul duit jugak pergi melancong ^_^

Mieza Everdeen's Blog

mizmalyn said...

wahh.. saya pun minat travel. kalau boleh nak travel habis satu malaysia then nak pg satu dunia.. haha. ok *anganangan.. ^^

mizmalyn said...

wahh.. saya pun minat travel. kalau boleh nak travel habis satu malaysia then nak pg satu dunia.. haha. ok *anganangan.. ^^

akubiomed said...

Tertarik dengan duit tabung yang dikumpulkan untuk melancong.

HPP Sales said...

wh0a,,daebak

©AkuSeorangTraveler said...

tips terbaik! thanks

Warranty NMA - Wati said...

tips terbaik.. betol kebykkan org pikir kite bnyk duit asyik holiday jerk. sdangkan kite sediakan 1 tabung khas untk holiday. saya pon buat sperti awak. sbln wajib masukkan duit dlm tabung. agak2 ckup terus pegi jerk.. :)