Friday, July 25, 2014

Shopping raya di Kompleks PKNS Shah Alam

 

Assalamualaikum..

 

20140724_222529

Siapa yang duduk Shah Alam atau kawasan berhampiran atau student kat sini mesti dah tau antara tempat wajib terjah bila tiba musim raya ialah Kompleks PKNS Shah Alam. Bila mai ja musim raya ka, cuti ka.. puasa ka.. memang selalu jugak ada bazaar kat dalam kompleks ni.. Kalau hari biasa memang banyak jual pakaian wanita, perhiasan rumah dan macam-macam lagi la..

 

Tapi masuk ja bulan puasa, segala jenis mak nenek butik pakaian berlumba-lumba nak bukak booth kat sini sebab depa tau ni la port hangat orang Shah Alam datang nak cari baju raya, aksesori dan macam-macam lagi laa.. Kan kan kan…

 

Jujur bagi aku, harga baju kurung / baju melayu pada hari biasa (bukan musim perayaan) jauh lebih murah dan berpatutan. Mungkin sebab time ni la manusia sekalian alam berlumba-lumba nak cari baju baru untuk pagi raya, maka harga baju pun mencanak-canak naiknya. Asalnya kat Kompleks PKNS ni sememangnya dah ada kedai baju melayu, baju kurung yang memang banyak terutamanya kat tingkat 1 kompleks ni. Tu belum lagi discover kedai-kedai yang ada kat ceruk ceruk kompleks ye dak ???

 

 

20140724_214105

Lepas berbuka puasa di butik Sincerelybyus Bangi bersama kre butik, aku terus balik Shah Alam.. tapi tak tergerak nak balik rumah. Terus ke Kompleks PKNS sebab nak carikan baju kurung adik aku. Well, aku mulanya tak terniat nak beli baju kurung memandangkan aku beli baju jubah-jubah je.. tapi terrbeli jugak hahaha..

 

Punyalah ramai umat manusia kat PKNS hari ni ya ampun tapu syukur alhamdulillah mudah je aku dapat parking tadi… Sana sini orang jual macam-macam.. Tengok macam dalam gambar kat atas ni haaa.. tepi laluan ke toilet pon ade rak tudung ya ampunnn…

 

 

20140724_214241

Well.. biasa kalau bebudak kecik raya pertama je melaram baju melayu atau baju kurung… masuk petang sikit or raya kedua semua dah bergaya pakai baju fesyen-fesyen dah.. Tengok je lah booth ni semua baju budak.. banyak betul dress ala-ala Princess Elsa.. Kemahen tau demam Frozen bebudak sekarang… Nasib la adik aku yang darjah 6 tak mintak dress Elsa, kang ada yang kena humban ke kutub utara kang ahhaha !!

 

 

20140724_222138 

Sesambil aku usha baju kurung untuk adik, member aku Adam pun usha baju melayu. Nak cari yang warna pink katanya.. Awww so jambu. By the way guys.. kawan aku ni photographer. So kalau nak quotation untuk wedding shoot boleh contact beliau kat page SenseOfView Photography okayy??

 

 

20140724_222511

Haaaa bukan baju perempuan je bermacam pesen zaman sekarang ni.. Baju melayu lelaki pun bermacam pesen dah haaa… Ade corak gitu, ade corak gini. Ada jugak yang songket kat bahu, songket kat dada haa kau hado??

 

Aku perasan lelaki sekarang suka cari baju yang fit kat badan gitu? Kawan-kawan aku pun banyak yang tempah baju melayu kat tukang jahit. Ye lah, bila dapat yang saiz kita personally, pakai pun rasa smart je kan.

 

 

20140724_214316 

Baju perempuan kompem taknak kalah dengan manik-manik yang menghelip-ghelip kennzzz…. Tapi aku ni sukakan baju yang simple, plain, takde sulam takde manik. Well sulam might be okayyyy BUT no manik manik. Ergghhh aku tak minat haha !! Macam baju dalam gambar ni. Aku rasa lawa je.. tapi dah macam baju nak bertunang dah haa. haha!!

 

 

Pendek kata, tahun ni baju aku banyak jubah.. And aku beli jubah yang biasa, yang plain je.. tak beria sangat.. supaya lepas raya nanti pun aku boleh pakai buat baju hari-hari jugak. Haa kan mudah. Aku tak suka beli baju yang terlebih meriah, tapi end up pakai sekali je. Unless aku memang ade majlis di mana aku nak tampil special. Haa masa tu memang aku melaram la segala manik dan sequin dan lace. HAHA !!

 

 

Apa-apa pun, dalam berbelanja, syukurilah rezeki Allah beri dan jangan lupa kepada yang memerlukan. InshaAllah biar Allah je tahu niat kita, keikhlasan kita.. tak perlu ditonjol menjadi ukuran mata-mata yang memandang.

 

 

 

 

SELAMAT SHOPPING ! SELAMAT HARI RAYA !

3 comments :

hafizah ali said...

senang parking x? igt nak pegi malam ni

Khadeejah Hasmad said...

Biasa juga pergi PKNS. Lepas tu panjang sikit langkah ke SACC, plaza Alam Sentral, Plaza Masalam.

Hihi

Nasib baik dekat2 je semua

Nadia Johari said...

kalau kat shah alam PKNS menjadi pilihan nak cari baju raya..dekat kl Jalan Tar menjadi pilihan