Friday, July 11, 2014

Berbuka Puasa di RESTORAN REBUNG Chef Ismail


Assalamualaikum para pembaca (macam ler ade..)



Pejam celik pejam celik dah pun nak dekat setengah bulan kita berpuasa kan ? Haa.. selain dari story pasar ramadhan.. antara intipati blog yang sering kita lihat menjadi buah tangan blogger ialah tempat berbuka puasa... Tak gitu ?? Yelah, dengan berkongsi tempat berbuka puasa yang best, secara tak langsung bagi idea kepada orang lain untuk berbuka di luar kan kann..



Baru-baru ni aku dan team AMANZ yang lain dijemput oleh rakan-rakan dari TM untuk berbuka bersama di Restoran Rebung ni.. Aku ni lagilah tak pernah pergi pon kedai ni.. pernah dengar and baca review orang je haa.. Sedeyhh kan? Hak hakk...






Memandangkan masa aku sampai tu dah remang remang senja, maka aku tak berkesempatan nak ambil gambar luar restoran ni... Google punya Google, jumpa pulak gambar ni.. credit to blog CIK LILY PUTIH !





Masuk masuk je kedai ni, mata terus tertarik pada juadah yang dihidangkan di meja buffet. Aduhhh menguji kesabaran dan kelaparan betullah...






Unik betul cara dia hidang sambal-sambal ni.. guna lesung je hah.. memang ciri-ciri masakan Melayu kampung sangat ! Fuhh bau sambal yang menusuk ni memang buat hidung aku kembang kempis dah haa..






Yeaaa... antara juadah tarikan di Restoran Rebung ni... pelbagai jenis gulai lemak dan lauk pergghhh !! Semuanya nampak sedapp.. Yang paling menarik perhatian aku semestinya Gulai Tempoyak Ikan Patin. Fuhhhh memang terliur ! Terus rindu masakan makkk! Wuwuwuuu..






Siapa minat kerang rebus haa mari dekat mari dekattt!!!






Haaa ini memang kegemarannn!! 
Dah target dah nak ambik roti jala ni berbuka kejap lagii. Muahahaaa...






Macam sedap je.. tapi sayangnya Nisa tak sempat nak merasa murtabak ini.. Sobss sobss.. Takpe mungkin boleh datang berbuka kat sini lain kali.. So boleh rasa makanan lain pulak ye... Nahh Nisa nak belanja sekeping dua gambar sekitar Restoran Rebung ni...



Bahagian belah dalam.. ada antara tempat makan ni terletak di dalma bilik-bilik.. So kalau ada yang nak berbuka sambil meeting tu dan nak kan privasi boleh lah reserve bilik.



Ruangan berhampiran pentas. Meja buffet yang kedua diletakkan di sini.



Pentas di mana pelanggan akan dihiburkan dengan lagu lagu tradisional.



Bahagian Restoran Rebung berhampiran pintu masuk. Hidangan buffet utama terletak di sini..



Hiasan dalaman yang menonjolkan ciri-ciri dapur kampung... Memang imej dan identiti Restoran Rebung mungkin ?



Ahaaa... dah puas tatap gambar sekitar Restoran Rebung kini tiba saat Nisa nak kongsi gambar gambar makanan yang sempat Nisa snap.. Hahhaaa... Sebab tu Nisa malas update blog siang siang.. Kang diri sendiri terliur tengok gambar makanan.. sambil tu siap bayangkan sedapnya masakan dia lahaiii.. Boleh batal puasa ni.. huk hukk !!!




Paling menggoda bila berpuasa...



Pelbagai juadah untuk dipilih...



Nyum nyumm....~~~~



Sambal tempe ! Sukaaa !!!











Nahh belanja satu gambar dengan amoy ku sayanggg ! Patutnya nak ajak adik pergi buka puasa.. tapi adik aku ade training futsal pulak nih. Maka tak semena-mena amoy ni muncul dan aku hangkut beliau dengan aku. Boleh? Haa (Menyampah tau ambik gambar dengan orang lawa ni haha).



Pendek kata, makanan di Restoran Rebung memuaskan (mengikut citarasa aku la ya). Aku suka roti jalanya..Aku suka sagu makan dengan gula melaka and santan pekatnya. Allah sedapnyaa sampai terasa-rasa kat anak tekak nii ! Gulai tempoyak ikan patin pon sedap.. of coss takleh sama dengan masakan mak aku kan. Yang penting lauk lauk di Restoran Rebung ada keistimewaan sendiri. Gituhh..



Kepada sesiapa yang memang suka masakan ala kampung memang aku syorkan korang berbuka puasa kat Restoran Rebung Chef Ismail ni okay... psstt bau Gulai Daging Salai dia sedap gila kot.. aku je tak sempat rasa hahaha... Environment, kebersihan, presentation makanan memang memuaskan.. Aku siap nampak orang yang datang berbuka duk amik amik gambar lauk sebelum makan. Ahahhh!




RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL
No. 4-2, Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur.
03-2283 2119 







XOXO.

6 comments :

Hafiz Hafizol said...

: hai nisa. i read your blog. haha. selamat berpuasa . jln lupa bertarawikh

idzwa kamaruddin said...

BERAPA SEKEPALA?

Bannister Road said...

semua nampak sedap... marbeles.. he he he...

cikpuanyuz said...

Nisa, buffet ramadhan dier brape hennget?

Shazet Showbiz! said...

Pergh, popia tu nampak sedap :)

husna zahidi said...

makanan dya, rasa mcm nak cuba semua..:p