http://www.halal.gov.my/v4/index.php/my/garis-panduan/sistem-jaminan-halal
Read More»
Assalamualaikum..
Haa baca tajuk pun dah tahu aku nak cerita pasal aku. Yes, pasal diriku yang sekarang ni kemain lagi mengada-ngada nak try berlakon pulak dahh. Tapi jangan salah faham ye, awal awal aku bagi tau ni, aku bukan berlakon dalam filem ke apa.. cuma berlakon untuk short film untuk assignment final project besfren aku haaa..
Jeng jengg.. ini dia poster shortfilm yang dihasilkan oleh group kawan aku ni, yang dinamakan GUA RABON PRODUCTION. Hahaa kisahnya semua ahli dalam group ni RABUN ! Aku pun sama.. wakakakaa.. memang gua rabon kan…
Okay seperti yang korang tengok kat dalam poster tu, simboliknya aku selfie sambil kena ikat tu, bermakna selfie dan kejadian aku diculik tu berkait rapat… Jadi, korang dah boleh agak dari sini, bahawasanya ada sesuatu yang terjadi dek kerana perbuatan selfie tu… Seram ke idokk. Hahaha.. Memandangkan aku berlakon dengan besfren aku dalam short film ni, aku rasa geli geleman nak mati bila tengok aksi-aksi yang.. errr.. AHAHAA taknak lah cerita kat sini kan, korang kena tengok lah.
OFFICIAL TRAILER – WATCH HERE :
https://www.youtube.com/watch?v=QDy8YBHvLlU
Oh ye… aku nak explain kat sini, hope semua bagi perhatian kejap ye hehehe.. Memandangkan short film ni merupakan projek akhir untuk matapelajaran kawan aku kat UIA, maka segala likes, view, share dan video reach statements diambil kira untuk penilaian oleh pensyarah dorang.. So aku mintak tolong korang yang baca ni sikittt.. boleh dak ? Hehehee…
FIRST, LIKE PAGE : CMC #Selfie
https://www.facebook.com/selfieiium
SECOND, WATCH THE FULL VIDEO OF THIS SHORT FILM HERE :
https://www.facebook.com/video.php?v=732340820184165
THIRD, please LIKE, COMMENT and SHARE this video on your Fesbuk !
Seriously, all they need is these three simple steps and a little support from you guys ! Dan kami memohon maaf jika ada kekurangan dari pelbagai aspek untuk short film ni.. maklumlah student kan, dan masih banyak yang perlu dipelajari dan improve. Semua kebaikan korang, ALLAH sahaja yang dapat balas. I am so grateful if ada yang sudi LIKE, KOMEN dan SHARE short film ni di fesbuk. Terima kasih !
XOXO, Nisa Kay.
Assalamualaikum…
Ini satu isu yang agak besar untuk diperkatakan. Cewah cewahhh. Serupa macam kau nak petik buah rambutan kat pokok, tapi apa yang kau buat hanyalah duduk termenung kat bawah pokok. Ko rasa? Sampai ke tua la takkan dapat.
Serupa macam tu lah kalau nak cantik, kena ada usaha. Kena buat sesuatu. Lagi lagi zaman sekarang ni, dengan cuaca pun tak menentu, tak cukup tidur, kerja penat penat sampai takde masa nak manjakan diri at leasttt sebulan sekali pun ! (Apesal macam cakap pasal diri sendiri je ni hah! Okay nangis). Kadang kadang malas nak makan supplement kan ? Tapi tu lah… tak amik supplement camne nak boost kan tahap mencantikkan diri tu ? Kekekee..
Okay senang cerita, aku pun tergolong dalam spesis malas, tapi berangan nak cantik. Hari-hari scroll instagram boleh jadi stress tau tak sebab duk tengok yang seratus kali lagi lawa, lagi gebu lagi putih dari kita. Iskkk lepas tu meroyan la sengsorang duk stalk gambar orang. Haha siapa buat ni sila mengaku !!
Nak share pulak lah dengan korang satu supplement + makanan yang diperkenalkan oleh kawan aku.. Benda macam best je.. sebab dia macam 2 in 1 punya produk tau. Nama produk ni BEAUTYOAT. Hah oat yang cantik, acanorr tu oat pun cantik uols ! Kau hado ? HAHA !! Okay setelah ku usha website BEAUTYOAT ni, maka ketahuilah aku bahawasanya BEAUTYOAT ni minuman oat yang mengandungi kolagen ! Canggih wohh !
Okay so far, BEAUTYOAT ni merupakan produk Kolagen yang pertama dan satu-satunya kat Malaysia ni yang mengandungi OAT, kolagen marin, ekstrak sakura dan ekstrak buah delima ! Fuhh semua ingredient best ni sebab semuanya ada khasiat yang power-power. Antara khasiat dia mencegah penuaan dan melegakan keradangan kulit. Wahh best best.. So, dia bukan je jadi sumber nutrien yang bagus untuk badan, tapi boleh buat kulit glowing-glowing gituu, Muehehe..
Yang best nya… bila kolagen dan bercampur dengan oat, maka lepas ni memang takde alasan la nak skip minum Beautyoat. Sebab aku amik BEAUTYOAT ni as sarapan. Kan sarapan tu wajib diambil setiap pagi. Penting untuk badan kita cargasss bekerja gituu ! So sesambil sarapan tu, korang dah pun ambil supplement penting untuk badan. So jimat dah kan, takyah nak telan banyak-banyak supplement. Beautyoat ni saja dah cukup dah. 2 in 1 la katakann..
Nak buat pon mudah je.. Alah macam budak-budak je la kan 1 2 3 gituu.. Tuang, bancuh, kacau then siapp ! Takkan ini pun malas lahaiii.. Nak cantik ke idak ? Ini kira untung tau sebab jimat dahhh beli satu je supplemet + makanan untuk sarapan. Percayalah, minum oat ni aku kenyang sampai tengahari jugak. After lunch period, aku biasa alas-alas perut je.. selalunya makan sandwich dah boleh cover kenyang tu. Haaa amacam, boleh maintain kurus lagi hah !
TENGOK !! Aku sebut je pasal “MAINTAIN KURUS" terus adik aku menyibuk nak jugak merasa BEAUTYOAT aku ni ha ! Amboiiii. Nak jugak tuuu.
Okay dah takyah gaduh sangat lah kan. Jom lah sama-sama cantik. Tak gituuu !
Honestly, aku dah ambik produk BEAUTYOAT ni dah dua minggu lebih jugaklah... Mulanya susah nak maintain minum setiap pagi sebab aku jenis tak sarapan. Tapi dalam dua minggu aku maintain minum BEAUTYOAT ni, memang terasa perubahannya. Mula-mula aku stop pakai serum muka, aku cuci muka sahaja. Memang krim apa takde pakai. Cuma bila nak mekap je aku apply mosturizer…
Lepas tu minggu lepas, masa aku jumpa makeup artist aku, dia tegur kondisi kulit aku dah semakin pulit. Parut jerawat pun dah nampak pudar dia kata. Aku mula-mula pelik jugak, sebab aku memang takde pakai serum ke apa dah nak sebulan.. Beautyoat je aku maintain minum. Alhamdulillah syukur produk ni sesuai untuk aku. So aku sekarang mekap pun light je.. Sudahnya memang tak guna pon concealer yang berlambak-lambak aku beli tu. Aku dab dab dab foundation or CC cream je sekarang.
So uolss? Bila lagi nak try ? Mudah dan jimat je.. dua dalam satu ! Malas cakap banyak dah, ase macam banyak dah je aku taip ni ? Klik je lah link kat bawah :
WEBSITE http://www.beautyoat.com/
FACEBOOK PAGE https://www.facebook.com/BeautyOATOfficial
XOXO. Terima kasih sudi baca !
Assalamualaikum…
Haaa.. seronok tau bercerita pasal kedai baru bukak ni. Nak nak lagi kedai yang baru dibukak ni terletak dekat mall baru yang lawa.. Jual pulak barang yang perempuan suka, lagi lah seronok ye dakkk !! Haa ni nak kabor ni, baru baru ni aku ada pergi ke majlis pembukaan outlet terbaru oleh XES Premium haa !!
Jeng jengggg… wahh kemain meriah haaa, berpinar mata sebab dari jauh dah target kasut mana yang berkenan di mata lantas jatuh ke hati.. gituu. HAHA… Masa sampai kat kedai ni, ramai lagi kawan kawan yang belum datang.. So tunggu la kejap ye, sesambil tunggu tu, mata aku ni dah berpinar duk jeling kiri kanan usha dalam kedai HAHA !!
Alang alang dah sampai kat kedai baru kan, meh la cik NK menurunkan mohor besar sikit. Gituhhh..
Makanan yang alahai comel comel semuanya.. Sayang nak telan ! Haha..
Yeahh.. masa untuk merasmikan outlet terbaru XES Premium yang terletak di Quill City Mall yang lokasi nya betul-betul opposite Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur.
Ehemm.. model model sador dan cantik menayang-nayang kasut baru dari XES kat depan kami. Hahaa. Masa ni aku dah terteleng-teleng kepala meninjau kasut mana yang bakal menghiasi kakiku ini kui kui kui..
Taraaa.. seronok kan mata menjamu selera.. Haha cuci mata sungguh-sungguh tau kat butik XES Premium ni. Memang one stop centre untuk beli kasut satu keluarga, bawak lah sedara mara dan sepupu sepapat haaa… dari kasut kanak-kanak.. ke kasut untuk remaja dan dewasa, lelaki dan wanita.. semua adooo !! Untuk wanita pulak, terlebih excited la yek, sebab ada jugak koleksi beg yang bakal membuatkan anda bergaya zass lantas dicemburui jiran tetangga.
Haaa tetibe ramai menyerbu masuk tak ketentuan hala ni, nak buat apa ni ?
Yeahhh pilih kasuttt !!! Pilih kasutt !!!!! Hahaaa apesal muka tu macam nak pukul orang guna kasut je? Mih mih mih..
Yang wanita nye macam itu.. Yang lelaki nye macam ini.. Bermacam ragam kita tengok bila masing masing duk berfikir nak pilih kasut mana satu. Haa kasut ke beg ? Kasut ke beg ? Kasut ke beg ? Haaa sila ulang lapan belas kali untuk jawapan pasti. Kui kui kui…
Meh nak kenalkan suami-suami mithali.. Haaa kot la beg untuk bini dorang di rumah ye dak ? Belah kiri abam jambu a.k.a. Izzue Islam jadian iaitu Melastik Bintang.. dan belah kanan pulak abam acah acah sador iaitu Shakiddo hahah ! Jangan marah yee..
Antara kasut yang aku pilih. Hahahaa… Mana satu pilihan kalbu oiii.. Berpinar mata haaa.. mana nak pilih nii. Sebab masa event sebelum ni aku dah pilih kasut wedges, sesuai la kalau nak bawak jenjalan ka.. pi event ka… pi dating ka…kan kann.. So this time awal-awal aku dah target nak rembat flat shoes sepasang untuk dipakai sehari-hari..
Err… tapi kan.. macam ter-berkenan kat kasut lain pulak. Haa sudah lah ! Dilema wanita sangat ye di situ ! Jadi, apakah keputusan aku ? Haahaa.. aku tetap bawak balik flat shoes sebab memang itu lah tujuan aku. Haa rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya menahan godaan heels ni kui kui kui..
Yeahhh !! Berjaya pilih sepasang flat shoes ! Bakal memakai ia setiappp hari, menjadi teman setia ke mana mana. Gitooh !! Hahaa terima kasih sangat sangat sangat kat XES SHOES yang tidak lokek kepada kami bloggers dan media !
Jemput semua yang berhampiran tu mai la shopping kat kedai XES Premium ni.. mudah je nak pegi sini.. Kalau malas nak drive or merempit, boleh naik monorail, dan turun kat stesen Medan Tuanku. Taraaa.. sampai sudah ! Haha mudah je kan. Sebab stesen monorail ni betul-betul depan Quill City Mall ni.. Datang shopping ramai-ramai ye !
XES Premium @ Quill City Mall, Kuala Lumpur
Address : F4-13 & F4-13A, 4th Floor, Quill City Mall,
Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur
FB: XES Shoes
Website : http://www.xesshoes.com.my/
Terima kasih sudi baca ! XOXO !
Assalamualaikum..
Setelah berhempas pulas mencari cara-cara nak recover akaun youtube (sebab lupa email mana guna untuk akaun tu!!!) maka dapat jugalah recover yeahhh !! Maka dengan rasminya aku sudah pun upload video pendek, sedikit aksi para bintang Running Man, rancangan tv yang popular satu dunia tu. Bhahahaa…
Okay okayyy… bukan nak perasan lah, tapi debor tak debor nye hati rapuh ku ini bila kurasakan Kim Jong Kook merenung TEPAT ke arah ku. Muahahaa.. Kalau tak caya atau tak perasa, sila tengok balik video ni masa 00:58 haaa… Nak tahu kisahnya ? Hahahaa.. Kisah yang bakal aku ceritakan ini mungkin kisah paling memualkan pada abad ini. Bhahaha..
Masa tengah syiok rakam video kan, aku duk tengok kat skrin kamera la. Ye lah, nak make sure framing okay, gambar tak out focus kan.. so masa tengah rakam tu, aku tengok dalam skrin yang pandangan mata sepet Jong Kook itu terarah tepat ke lensa kamera aku. So to make sure yang Jong Kook memang pandang ke arah aku, aku pun angkat la muka. Eh senyum malu lak Jong Kook ni, pastu dia pandang ke tempat lain. Alaa Jong Kook Oppa, kalau nak nombor tepon, bagitahu je la ye dokk..
WAHAHAHAA.. Perasan nak mati kan aku ni ? Serius rasa nak tampar diri sendiri pat ratus kali. Hahahaa.. apa apa pun, satu pengalaman yang sangat mengujakan dapat tengok bintang Korea depan mata.. ye lah, bukan senang nak jumpa artis Korea ni. Jadual dorang terlajakkkk padat ! Walaupun tak dapat datang dekat, jauh sekali selfie.. takpelah.. next time ye ! Fighting !!
Terima kasih tonton video dan baca blog ! XOXO !!
Assalamualaikum…
Pertama kali dapat khabar yang ada rakan blogger nak ajak aku sertai majlis sidang media ni, aku rasa nak melompat terjun tingkat 10, lepas tu lompat naik atas balik. HAHA. Boleh gitu ? Memang teramat gembira.. Ye lah, setelah sekian lama mengikuti siri rancangan Running Man, aku kini mendapat peluang nak bertentang mata ehem ehem dengan bintang-bintang Running Man ! Hahaa..
Alkisahnya, siri jelajah RACE START : Running Man Fan Meeting akhirnya sampai ke Malaysia ! Setelah ke beberapa negara seperti Indonesia dan juga Hong Kong.. Fuhh memang ternanti-nanti jugak lah nak tengok bintang-bintang Running Man ni depan mata.. Before this Kwang Soo pernah ada fan meeting, tapi tak kesampaian nak pergi.. Haha dengan Jong Kook ada showcase kat sini pun tak pergi. So bila ramai sikit ahlis Running Man turun padang this time, memang sesungguh sungguhnya aku excited. HAHA..
Acara patut mula jam 9.15 pagi. Tapi sebab aku bangun lambat, 8.50 pagi aku keluar rumah ! Memang bertabah sahajalah yek ! HAHA… Nasib baik juga lah trafik tidak begitu kejam hari ni, memandangkan pagi-pagi Sabtu tak jammed kan.. Muahaha. Sampai kat lokasi sidang media tepat jam 9.15pagi. Nasib lah acara belum bermula, malah pintu pun belum buka.. Sampai-sampai je terus daftar as media.
Dalam 10 ke 15 minit tunggu dalam ballroom tu, maka sampai lah gerangan yang dinanti-nanti semua yakni ahli-ahli Running Man yang akan turun padang untuk acara RACE START : Running Man Fan Meeting malam nye tu… Dari 7 ahli tetap Running Man, hanya 5 orang sahaja yang dapat turun padang untuk jelajah jumpa peminat. Jae Suk dan Gary tak dapat join. Hurmm maybe busy sangat kot.
I must say this is my FAVOURITE PICTURE… Because Lee Kwang Soo looked so handsome in this picture !! HAHAA.. Sekali pandang dari jauh nampak macam Lee Min Ho seyhh. Nasib lah aku sebagai media aku kena behave dalam sidang media ni, kalau tak mesti dah guling guling pengsan HAHA…
Masa Jong Kook .. Ji Hyo atau Suk Jin tengah sibuk jawab soalan media, HaHa dengan Kwang Soo buat aksi aksi comel. Hahaa ni satu aksi yang sempat aku snap.. Ada aksi yang tak dapat aku snap sebab aku sibuk rakam video ahli yang lain…
SONG JI HYO. One of my favourite Running Man members. Satu-satunya peserta tetap wanita. Heww suka aku dengan dia ni sebab dia licik, dan dia power !! Yeahhh.. Dia selalu jugak menang cabaran-cabaran dalam Running Man, so dia selalu dapat hadiah emas. HAHA.
KIM JONG KOOK. Abang sador dalan Running Man. Kelakar woh masa sidang media siang tadi. Bila ditanya bagaimana mereka mengekalkan komitmen merakam beratus-ratus episod Running Man, Jong Kook bergurau “Because the prize is gold!” Hahaa… Lepas dia buat semua orang gelak dia boleh cakap,”We have to exercise.” Hahaa memang betullah dia ni “coach” yang sentiasa mementingkan senaman. Hihii..
LEE KWANG SOO. Serious aku tak sangka pulak Kwang Soo ni memang nampak hensem giler in real life ! Hohohoo.. dari jauh boleh tersilap eh dia ni Lee Min Ho kah ?? Hahaa amboi nampak tak aku bandingkan dia dengan siapa. Haa tapi memang betul dia hensem gila.. and dia kata makanan kegemaran dia kat Malaysia ni ialah roti canai !
HAHA. Dapat jugak gambar HaHa ni tanpa spek mata dia… Dia ni nakal sikit, dalam pada nak jawab soalan pun sempat dia kenakan orang. Ade ke dia kata Suk Jin patut buat iklan untuk ubat rambut gugur sebab dia dah tua. Haaahaahaa nakal betullah dia ni !
JI SUK JIN. Ahli Betrayer Club dan salah satu duo dalam gandingan Easy Brothers (bersama Kwang Soo). Tapi dia kalau tak tersingkir awal tak sah.. Ada masa jugak dia lucky and stay a bittt longer dalam game Running Man. Hahaa.. apa apa pun dia bakal buat persembahan terhangat dengan Kwang Soo masa RACE START : Running Man Fan Meeting di Stadium Negara nanti ! Jyearrgghh !
Ahli-ahli Running Man tiba di Kuala Lumpur lewat malam.. so dorang pun tak sempat nak tengok apa sangat masa sampai tu. Tapi bagi dorang Malaysia ni negara yang cantikkk Huhuuu.. Sidang media ni tak lama pun, tapi cukup lama la bagi aku untuk kumpul gambar dorang ni, cukup la nak buat share dengan pembaca semua ye dokk…
Sooo.. time for group photo. Masa ni memang HaHa bagi pose baekkkk punya.. Tapi tak sempat nak snap snap, dia dah ubah pose. Huhuu terbaek la semuaaa !! Tak sabar nak pergi acara RACE START : Running Man Fan Meeting malam nyee kat Stadium Negara.. Nanti akan share dengan korang sedikit video okayy… Hik hikk Stay tune !!
Anddd many thanks to my lovely blogger friend KELLY CHIN yang sudi mengajak aku pergi sidang media ni sama sama.. dapat tiket ke acara malam tu lagi. Fuhh you are really a good friend !! Tak pernah kedekut nak share event ! Soo… till next entry ya !
Terima kasih baca ! XOXO !!
Copyright © Nisa Kay