Tuesday, September 10, 2013

TIPS KECANTIKAN - Tips mudah untuk kulit berminyak


Assalamualaikum..






Haaa dua minggu lepas aku ada kongsikan tips mudah untuk kulit kering, so ada pulak yang request tips-tips untuk oily skin pulak.. Aku dengan rajinnya malam ni nak search sikit-sikit la tips untuk kulit berminyak.. Aku cari tips yang mudah-mudah je ye.. Kire untuk pengetahuan asas bagi mereka yang kulit berminyak. Ok?






1. CUCI WAJAH ! CUCI WAJAH !

Aku ada terbaca yang mereka yang ade oily skin ni kena selal cuci wajah mereka and have to keep it clean at all time kan. Penting cuci muka dua tiga kali sehari untuk membersihkan kotoran yang boleh menyebabkan pori tersumbat. Haa bila tersumbat tu banyak pulak lah masalah kulit kan kan? 


Pencuci muka pulak kena pilih yang sesuai dengan kulit berminyak. Beli pencuci muka yang berasaskan gel atau foaming cleanser, dan yang paling penting, OIL-FREE ! Tak pun korang cari medicated soap yang banyak dijual kat Guardian or Watsons.  And one more, jangan pulak gosok kasar kulit dan cari produk dengan bahan-bahan seperti : tea tree, salicylic acid, madu dan kunyit.





2. SCRUB WAJAH

Actually aku baru tahu lah bahawasanya penting jugak nak exfoliate skin bagi mereka dengan oily skin ni. Rutin scrub ni hanya perlu dilakukan sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Sebum berlebihan boleh membawa kepada sel-sel kulit mati pada permukaan kulit, then akan menyebabkan jerawat, white heads, bintik hitam dan kulit kusam. 


So untuk bersihkan kotoran dan sel kulit mati ni, jangan lupa skrub wajah korang okay. So bila kulit bersih, jerawat pun kurang lah bermaharajalela atas muka. And yeah be gentle ya bila scrub wajah. 






3. MASK MUKA

Lepas exfoliate wajah, ikuti pulak dengan langkah memakai mask muka. Lakukan secara mingguan. Rutin ni penting jugak. Gunakan mask yang mengandungi Kaolin and Bentonite clay, Sandalwood, Fuller’s Earth (Multani mitti) sebab bahan-bahan ni antara bahan yang bagus dalam penyerapan minyak secara lembut.


Aku ada satu tips buat mask wajah dengan bahan semulajadi. Jumpe kat internet je hehe : 

  1. Kupas buah epal segar dan potong, kisar bersama 2 sudu madu
  2. Kisar dan gaul sebati hingga jadi smooth paste, kemudian sapu rata ke muka
  3. Biarkan 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air suam

Fungsi : Mengawal kilatan, mengecilkan pori dan melembapkan wajah dengan natural. Selamat mencuba !






4. GUNAKAN TONER WAJAH BEBAS ALKOHOL !

Bagi mereka yang kulit berminyak ni, time nak pilih produk memang kena sangat berhati-hati. Pastikan anda cari produk yang bebas minyak dan juga... bebas alkohol ! Menggunakan toner wajah setiap hari sebenarnya membantu membuang kotoran dan lebihan minyak dari wajah. Skin care dengan rosewater sangat bagus tau. 




5. JANGAN SKIP PENGGUNAAN MOSTURIZER !

Aku ingatkan orang yang oily skin ni tak payah guna mosturizer dah, mesti korang pun ingat macam tu kan. Tapi sebenarnya, melalui pembacaan aku, orang dengan oily skin ni jugak tak boleh skip menggunakan mosturizer dalam rutin mereka ! Tapi sebenarnya oily skin ni perlukan mosturizing dan hydrating. TAPI.. !!! Carilah mosturizer yang OIL-FREE, ALCOHOL-FREE dan WATER-BASED.





6. TITIK BERAT PENGGUNAAN SUNSCREEN

Mungkin ramai yang fikir kalau pakai sunscreen, kulit akan bertambah berminyak kan. So sebab tu ramai yang tak guna sunscreen. Tapi bila kulit terdedah kepada cahaya matahari, ia akan mengakibatkan pigmentasi dan tompok gelap pada wajah. Oh no !!! So, pilihan terbaik untuk oily skin ialah sunscreen yang berasaskan gel, atau sunscreen yang memang khas untuk oily skin.


Jauhi makanan ringan, atau makanan yang bergula, minum banyak air untuk sentiasa terhidrat dan singkirkan toksin dari badan, dan makan jugak at least sebiji buah sehari. Jangan lupa makan jugak sayuran hijau. Semua ni akan bantu regulate jumlah minyak yang dihasilkan kulit.






MEKAP ???

Mereka yang oily skin ni pun mesti nak berhias cantik dengan mekap jugak kan? Yes boleh but please piluh sebaik-baiknya jenis mekap yang anda nak beli dan pakai. Go for OIL-FREE makeup ! Yes, dah banyak jenis mekap yang terdapat di pasaran dan boleh disesuaikan dengan jenis-jenis kulit. So kena cari dengan teliti mana yang sesuai ya. 


Dan please please jangan lupa bersihkan mekap sebelum tidur ! Mekap yang tertinggal pada wajah semasa kita tidur akan hanya menyebabkan pori tersumbat, kulit tak dapat bernafas, lepas tu mulalah naik jerawat, naik blackheads dan whiteheads.. So jagalah wajah dengan teliti ya!








So.. itu je lah perkongsian aku hari ni.. Hope dapat jawab soalan korang mengenai penjagaan wajah untuk oily skin ni ya. Mudah-mudahan perkongsian aku ni memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca di luar sana, inshaAllah... Aku suka sharing macam ni.. Kalau korang nak tau apa-apa lagi pasal penjagaan muka, pasal tips mekap, tanya lah ye.. InshaAllah aku akan cuba kongsikan mana yang aku tahu, or cuba search and share dengan readers semua ! 




XOXO

Monday, September 9, 2013

10 tanda ALLAH sayangkan kita


Assalamualaikum..


Lama juga tak sentuh blog ni.. maklumlah banyak pula urusannye... Baru-baru ni aku melawat Pulau Langkawi, so ade certain tempat aku nak share jugaklah.. Walaupun hati ni dah tawar nak berkongsi cerita jugak sebenarnya, tapi takpelah.. mungkin berguna buat semua yang belum pernah pegi Langkawi kan...


Baiklah... kita lupakan pasal tu dulu.. aku terbaca sesuatu di laman facebook, so aku nak berkongsi untuk semua. Untuk peringatan aku dan kita bersama okay.. Supaya kita sentiasa ingat yang Allah itu ada.. Allah itu menyayangi hamba-hambaNYA tanpa batasan, dan semua yang berlaku ada hikmahnya...



Tanda-tanda ALLAH menyayangi kita hambaNYA :


  1. Menjadi pentadbir yg semakin baik.
  2. Menjadi seorang yg penyayang dan disayangi.
  3. Menjadi seorang yg berakhlak mulia.
  4. Diuiji dengan kesusahan.
  5. Diuji dengan kesenangan.
  6. Dimatikan dalam keadaan yg baik dan dihormati.
  7. Ketenangan terserlah apabila bermunajat di keheningan malam.
  8. Menjadi seorang yg penyabar.
  9. Berusaha mengejar ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.
  10. Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.

(Perkongsian dari facebook page Ustaz Mohd Izhar Ariff)




Sentiasalah kita bersabar dengan segala ujianNYA... Aku ni bukanlah alim ulama atau ustazah yang nak berdakwah... Aku tulis kat blog ni sebagai tanda peringatan untuk sendiri. Bila diri dilanda sedih dan susah, ingatlah Allah yang berkuasa ke atas segala-galanya. Berdoa dan memintalah kepadaNYA. Hanya kepada Yang Maha Esa..





XOXO