Friday, May 31, 2013

ASTRO On-The-Go Explorer Contest – Blogger mana bawa pulang gajet idaman kalbu???

 

Assalamualaikum…

 

Haaaa… GAJET IDAMAN KALBU… Highlight sikit di situ yee… Baru-baru ni aku berpeluang untuk mengikuti acara anjuran Astro iaitu On-The-Go Explorer Contest yang diadakan di pusat membeli-belah terkenal iaitu Sunway Pyramid. Ahaaaa apa yang berlaku ketika acara ini ye? Contest apakah ni?

 

ON-THE-GO itu sendiri melambangkan sesuatu yang mudah, yang boleh dibawa ke mana-mana dan boleh live update pada masa tu jugak. Heyyy I’m talking about social media here !

 

DSC02082

Seawal jam 10 pagi para peserta dah datang dan masing-masing menerima tshirt khas untuk perlumbaan ini yeargghh ! Tengoklah masing-masing cukup bersemangat ! Ahaaa kenapa? Mestilah bersemangat ! Dengan mencari jawapan untuk beberapa klu, berhubung menggunakan social media setiap masa dan menyelesaikan tugasan di setiap check point akan memberi mereka peluang memenangi gajet-gajet yang super best !

 

 

DSC02106

Untuk berhubung di laman media sosial, mestilah kena melengkapkan diri dengan gajet ye dakk.. Yeahhh Astro turut melengkapkan para peserta dengan iPad untuk mereka guna untuk menerima klu dan melaksanakan tugasan di setiap check point nanti.

 

 

DSC02123

Setelah menerima gajet, setiap peserta diberi taklimat untuk menggunakan aplikasi khas untuk mereka menerima klu dan upload gambar atau tweet mengenai tugasan mereka di checkpoint tertentu nanti. Haaa apa yang sampai terbeliak biji mata tuuu hihii..

 

DSC02128

It’s Jin from Jinnyboy TV ! He’s one of the host on that day. Lets start the raceeee !!! So semasa race itu berlangsung ada 5 stations plus 5 detours untuk para peserta lalui. Mereka kena teka klu yang akan bawa mereka ke stesen-stesen ni dan lakukan tugasan. Aku pulak ditugaskan untuk membuat liputan di salah satu stesen. Jom tengok apa peserta kena buat..

 

 

DSC02143

STESEN RAJA LAWAK ! Hahahaa… Mula-mula para peserta kena bergaya ala-ala nak berlawan dengan abang gladiator yang kacak ni. Haa nampak tak blogger di atas berlawan pedang dengan penuh perasaan ! Demi nak melaksanakan tugasan lah katakan..

 

 

DSC02175

Lepas dah beraksi bagai tu, setelah diluluskan oleh petugas Astro, mereka kena ambil gambar dengan abang gladiator kacak tu…

 

 

DSC02171

Haaa gambar tadi buat simpanan peribadi ke? Semestinya TIDAK ! Para peserta kena upload atau share gambar tersebut di laman sosial (Facebook / Twitter / Instagram). Haaa itulah tugasan mereka di stesen tempat aku menunggu ni. Seronok lihat galagat peserta beraksi bak seorang pahlawan !

 

 

DSC02230

Perlumbaan tamat sekitar jam 1 petang. Penat tak hilang, para peserta dibawa ke restoran untuk menjamu selera ! Nyummmss semua makanan sangat sedap okayyy. Lupa kejap debaran untuk mengetahui siapa yang berjaya menyelesaikan semua tugasan di semua stesen dan sekaligus memenangi perlumbaan ni.

 

 

cats

Ahaaa sebelum para pemenang Astro On-The-Go Explorer contest ni diumumkan, para peserta dan orang ramai dihiburkan dengan persembahan ala teater oleh Astro. Dah macam teater muzikal aku tengok.. Pelbagai genre dan diselang-seli dengan lagu dan tarian..

 

Haaa sebenarnya setiap babak yang dilakonkan di atas pentas ni sebenarnya melambangkan isi kandungan rancangan yang anda boleh dapati jika anda subcscribe Astro ON-THE-GO ! Banyak rancangan best seperti rancangan Korea, filem Hollywood, Oh My English dan banyak lagi !

 

DSC02361

Ahaaaaa…. jangan jeles akak abang… Johan sendiri pilih akuuuuu untuk naik ke pentas ! Wahahahaha !! Menyesal pulak tak melanggan Astro On-The-Go awal-awal… kalau tak mesti ada games atau kuiz, and then dapat hadiah. Sebenarnya aku nak lama-lama atas pentas tu dengan Johan dan Ajak dari kumpulan Shiro. Muehehehe…

 

 

DSC02437

Taraaaaa… Cikgu Malik in da houseeee…. Ramai akak-akak menanti abang Aaron Aziz kita ni kat depan pentas. Turut hadir di atas pentas ialah beberapa pelakon Oh My English musim kedua. Setelah selesai semua persembahan artis dan ala teater.. kini tiba masa untuk mengumumkan pemenang On-The-Go Explorer Contest tadi !

 

 

DSC02516

Wowww she won an iPad Mini ! So jealoussss !

 

 

DSC02520

And he won an iPad Mini too as the top tweeting supporter ! Waahhhh !! Kalau aku tahu macam ni aku tweet banyak-banyak sampai jari lebam ! Huwaaa I want an iPad Mini too !

 

 

DSC02524

Team yang paling banyak tweet pun dapat hadiah wang tunai RM500 ! Wahhh…

 

 

DSC02533

Tahniahhhh Mira Cikcit dan partner beliau Mahamahu diumumkan pemenang tempat ketiga.. Sekaligus dorang akan bawak balik gajet Nexus 7 ! Wowww tahniah !

 

 

DSC02552

Team Pena Berkala dan ByRawlins menang iPad Mini setiap seorang untuk tempat kedua. Wah wahh tak sangka korang pemenang nya ! Jeles sungguh iollss !

 

 

DSC02565

Jeng jengggg !! Tahniah kepada team juara yang memenangi gajet yang paling latest di pasaran iaitu Galaxy S4 ! Wahhh seronok lah Joel Wong dan Atikah menang gajet terbaru ! Mesti tido pon senyum kann..

 

Tahniah tahniah tahniah kepada para pemenang ! Dan terima kasih Astro kerana mengadakan acara dan pertandingan yang adventurous ni ! Hampir satu Sunway Pyramid agaknye para peserta kena berlari-lari pergi ke stesen-stesen. Hohoo…

 

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Astro ON-THE-GO boleh KLIK LINK NI okayy? There’s so much great content you can get with Astro ON-THE-GO.. Semuanya mudah, tonton rancangan kegemaran anda menerusi gajet kesayangan anda !

 

XOXO


Read More»

Wednesday, May 22, 2013

FILEM – Oh Mak Kau tonjol lawak bersahaja Jep dan Shuib Sepahtu

 

Assalamualaikum…

 

Hamboii stresssss gua ! Dua tiga minggu ni terlalu kuat bekerja mencari rezeki gamaknya, sampai jatuh sakit segala… Maka adik-adik, jangan hanya tahu mintak duit je tau. Nak cari rezeki yang halal ni bukan senang okay..

 

Apa tah aku mengarut ni… di kala stress dengan keje, dengan masalah hidup yang tak pernah habis ni, maka aku nak ajak korang tengok filem OH MAK KAU yang sememangnya lawak sebab ada kumpulan Sepahtu Rajalawak – Jep dan Shuib !!

 

Poster_Front

Maaf yang teramat sangatttt sebab aku terlampau lambat promote filem ni.. Padahal awal-awal dulu aku dah pergi majlis pratonton filem OMK ni dahhh… Sekarang filem ni dah masuk minggu kedua tayangan… Masih boleh ditonton di pawagam berdekatan tau !

 

 

4

OH MAK KAU mengisahkan kisah dua beradik yang sangat rapat, iaitu Sam (lakonan Jep) dan Mun (lakonan Shuib). Mereka berdua ni terlibat dengan kegiatan pecah rumah tapi tabiat pelik mereka ialah mereka akan  mengemas rumah atau premis mangsa pecah masuk tu. Hahaha sengal gila kot dorang !

 

Be at the wrong place and the wrong time orang putih kata ye? Sam dan Mun secara tak sengaja terlibat dengan kes yang dikendalikan oleh Que kerana mereka ingin menyelamatkan Que yang diculik. Maka korang kenaaaa tonton filem OMK ni untuk tengok usaha dua beradik ni nak menyelamatkan Que. HAHA !

 

55

Mereka bertemu dengan Que (lakonan Ain Nordin) seorang rakan lama dan Mun yang meminati Que telah salah faham dengan abangnya sendiri Sam. Antara scene lawak yang aku suka gila dalam filem ni.. Scene masa Mun peluk Sam dari belakang. Hahahaa Que tu gelak betul tuuu, bukan gelak berlakon. Nak tahu apa terjadi masa ni, kenalah tengok filem ni !

 

 

38

Dalam pada lawak bersahaja dan spontan yang dibawakan oleh Sepahtu, terselit jugak scene yang mengundang sebak iaitu masa mak Sam dan Mun, Mama San (lakonan Wan Maimunah) mengetahui kegiatan buruk anak-anaknya. Serius masa ni dah bergenang air mata akuuuu.

 

 

68

Ohhh si kacak pujaan hatiku Syamsul Yusof ditampilkan sebagai antagonis dalam filem ni… Wataknya juga berkait dengan Que yang telah dikenalinya sejak sekolah lagi.. Nak tahu apa sejarah mereka ni, kenalah tengok filem OH MAK KAU ye dak?

 

 

DSC01671

Barisan pelakon filem OH MAK KAU.. Aku suka cerita ni… di sebalik jalan cerita yang mungkin kebanyakan orang akan katakan sebagai cliche, jom kita tengok from the other side. Isu kekeluargaan, kasih sayang antara adik beradik patut diberi perhatian.

 

Lawak yang dibawakan oleh Jep dan Shuib bagi aku tak mengecewakan. Masa pratonton hari tu para hadirin bergelak sakan dalam panggung. Gandingan Shuib dan Jep tak dapat dinafikan lagi ada chemistry yang cukup kuat untuk membawakan watak dengan unsur humor yang begitu bersahaja.

 

DSC01658

Artis baru Malaysia.. Aman Nassim (pelakon drama Saya Sebenarnya Isteri Dia) turut sama memeriahkan majlis pratonton.. Jom like fanpage beliau KLIK DI SINI.

 

 

DSC01697

Bersama Muaz Mohamad, pengacara malam pratonton filem OH MAK KAU. Lamaaa tak jumpa Muaz sejak rakaman Generasi Y di RTM tahun lepas. Muehehehe…

 

 

DSC01682

Semasa press conference filem OH MAK KAU.

 

 

IMG_4599

Tu diaaaa Didie Alias yang turut membawakan watak jahat dalam filem ini.

 

 

IMG_4648

Inilah AIN NORDIN.. Yang melakonkan watak Que. Beliau juga merupakan penulis skrip dan pengarah filem OH MAK KAU.

 

 

DSC01702

Last but not least.. haruslah bergambar dengan hero filem ye dakkk.. Agak kecewa kerana tak dapat bertemu Jep yang tak dapat hadir untuk majlis pratonton ni… Huwaa nak jumpa diaa.. Takpe mungkin ada jodoh, lain kali bertemu lah ye. Muahahah…

 

Apa-apa pun jom tengok filem OH MAK KAU, masih ditayangkan di pawagam ok. Sangat sesuai bawak keluarga dan kawan-kawan, bergelak ketawa denga gelagat Jep dan Shuib. Memang tak kering gusi okayyy ! Yoshhh !

 

 

XOXO


Read More»

SENARAI PENAJA HADIAH GIVEAWAY

 

ASSALAMUALAIKUM…

 

Wahhhh debaran makin terasa buat semua yang tak sabar nak menyertai giveaway ya.. sekali sekala berkongsi rezeki dengan kalian seronok jugaaa :) Terima kasih kepada semua yang memberi respon positive dan terima kasih kepada para penaja di bawah kerana sudi menaja hadiah !

 

Jom ushaaa apakah barangan yang mungkinnnn anda menangi ?? Jeng jeng jeng….

 

******************************************************

fsyn4

FACEBOOK PAGE : FSYN by Nisa Kay

 

Peplum Dress – 3 pemenang
Jam tangan unisex – 10 pemenang

 

******************************************************

 

emas putih

BLOG : http://www.kisahemasputih.com/
FACEBOOK PAGE : Emas Putih [dot] Com

 

Topup RM10 – 2 pemenang

******************************************************

 

dan hati ini berkata

BLOG : http://danhatiiniberkata.blogspot.com/
FACEBOOK PAGE : Ernyassmien

 

Pakaian Wanita – 1 pemenang

******************************************************

 

HEADER1

BLOG : http://pustakawanceria.blogspot.com/

 

Shawl – 1 pemenang
Keychain – 1 pemenang

******************************************************

 

COSMO 1

LAMAN WEB : http://www.cosmoladiess.my/
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/TudungUpdate

 

Tudung – 5 pemenang
Aksesori – 2 pemenang

 

******************************************************

 

hati gumbira

BLOG : http://hatigumbirabymyraabdullah.blogspot.com/
FACEBOOK PAGE : http://www.facebook.com/Hatigumbiraboutique

 

Shawl Saira – 3 pemenang

 

******************************************************

 

shs boutique

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/shscollection

 

Cardigan – 2 pemenang

 

******************************************************

 

mr superman

BLOG : http://superman-as.blogspot.com/

 

Satu pasang kasut lelaki – 1 pemenang

 

******************************************************

 

yaya craft

BLOG : http://yayacraft.blogspot.com/
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/YayaKraf?fref=ts

 

Inner Neck Lapik Dagu – 2 pemenang

 

******************************************************

 

ajumohit

BLOG : http://www.ajumohit.com/

 

Wang tunai RM100 – 1 pemenang

 

******************************************************

 

shaz online butik

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/ShazOnlineButik
BLOG : http://shaznzcraft.blogspot.com/

 

Topup RM – 5 pemenang

 

******************************************************

 

sweet style

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/SweetStyle-Collections/273237019370761?fref=ts

 

Tudung / shawl tribal – 4 pemenang
Peplum – 2 pemenang

 

******************************************************

 

kyla by nsb

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/kylabynsb
BLOG : http://kylabynsb.blogspot.com/

 

Shawl – 3 pemenang
Peplum – 1 pemenang

 

******************************************************

 

pupel liyana

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pupeliyanashop
WEBSITE : http://www.pupeliyanashop.com/


Peplum Dress – 2 pemenang
Tony Moly Lip Tint – 5 pemenang

 

******************************************************

Haaa… apa kata uolllss??? Dah tak sabar nak join giveaway nampaknyaaaa ???? Dah ade rasa diri tu bakal bertuah dan menang salah satu hadiah takk??? 55 PEMENANG BERTUAHHHH!!! Adakah anda salah seoranggg? Kalau tak sabar nak join apa kata uollss follow blog dan like fanpage para penaja di atas. Haa kalau dah siap-siap follow and like page dorang senang sikittt….

 

 

Lagipun sebagai tanda penghargaan kepada para penaja hadiah kan… So apa salahnya korang follow blog penaja dan like fanpage dorang kan kan kannn….

 

SABAR yaaa!!! Giveaway kali ni belum dilancarkannnn ! Dah launch nanti korang join ramai yeee…… Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu~

 

 

 

XOXO


Read More»

Tuesday, May 21, 2013

KPOP DREAM CONCERT – Meet Sistar, 4Minute, BTOB, Brown Eyed Girls dan G.Na !!!!!

 

Annyeongggggg~~~

 

Hambui hambuiii kemain sekarang demam kpop sangat kannn. Banyak betul persembahan artis Korea dan juga konsert-konsert besar yang telah dan bakal diadakan di Malaysia… Antara persembahan artis Kpop yang sudah aku lihat depan mata ialah Girls Generation, KARA, Beast, U-Kiss dan 2NE1.

 

Tak dinafikan artis-artis Kpop ni mempunyai tarikan dan aura yang tersendiri. Siap pakej muka cantik, body hot, pandai menari-nari pulakkk tuuu kann.. Kalau tak, takkan lah jadi fenomena seluruhhhh duniaa kannn… Lagi satu yang aku excited nak habaq kat korang semuaaaa…. 5 artis Kpop yang aku mention dalam tajuk entry ni juga akan buat persembahan di KPOP DREAM Concert yang akan diadakan di ARENA OF STARS, Genting Highland Malaysiaaa !! Woohooo ~~

 

kpop

 

Wahhhh semua artis yang aku minat akan membuat persembahan nampaknyaaaa !!!! Jom lihatttt apa yang aku nak kata mengenai setiap satu artis niii..

 

  • SISTAR – Sangat sangat sangat menyukai lagu dan rutin tarian mereka, terutamanya dalam lagu Ma Boy, Alone, Cool dan lagu Loving You. Keempat-empat ahli sangattt cantikkk dan menawan auwww !!

 

  • 4MINUTE – Mula meminati kpop group ni masa mereka popular dengan lagu Hot Issue. Semua pun cantik-cantik. Dan aku paling minat Hyuna si kecil molek dan Ji-Hyun yang aku kenali menerusi realiti tv Korea “The Romantic & Idol”

 

  • BTOB – Suka lagu terbaru mereka, 2nd Confession yang ala-ala ceria gituu. dah lah semua ahli jambuuu sangattt. Suka tengok Min Hyuk yang comel. Kenal Min Hyuk melalui rancangan The Romantic & Idol musim kedua.

 

  • BROWN EYED GIRLS – Suka sangat dengan lagu Abracadabra yang sememangnya catchy. Ala-ala magic spell macam dalam filem Harry Potter kegemaran aku gituuu…!

 

  • G.NA – Turut aku kenali melalui rancangan The Romantic & Idol musim kedua. Mempunyai personaliti yang menarik, dan tak dinafikan ada pakej hampir lengkap sebagai artis kpop. G.Na ni lawa, seksi dan ade figure yang menawan ! Fuhhhh !!!

 

More info about the concert CLICK HERE !!!

 

 

hyorin

 

Kalau dapat pergi konsert KPOP DREAM niii… kan best kalau personally dapat jumpa dengan ahli kumpulan SISTAR, iaitu Hyorin. Aku memang personally minatttt sangat dengan Hyorin yang bersuara husky ni. Hyorin ni jugak ahli subgroup SISTAR yang dikenali sebagai SISTAR19. Lagu favorite aku dari SISTAR19 ialah Gone Not Around Any Longer…

 

Lagu ni sangat sedih dan mendalam maksudnya. Macam terbayang balik saat putus cinta dan terpaksa move on sendirian bila dengar lagu ni. Satu perasaan yang sedih dan pilu bila hayati lagu ni. Melalui talkshow The Beatle Code, Hyorin menyatakan bahawa dia menangis masa merakam klip video lagu ni sebab liriknya yang sangat sedih. So.. aku personally nak jumpa Hyorin supaya aku dapat dengar dia nyanyi secara LIVE depan aku lagu Gone Not Around Any Longer.

 

stinger01

Haaaa dah bergumbira di konsert KPOP DREAM ni, jangan lupa pulakkk untuk cuba ride terbaru di Taman Tema Genting woot woot !!! Walaupun aku ni penakut yang teramat sangat, at least sebelum ni aku berjaya mencabar diri naik Space Shot okayy ! (Ciss tu pon nak bangga kaaa??)

 

Apa benda ride baru ni?? Haa nama dia Stinger Hydromagnetic Coaster. Bayangkan keseronokan naik roller coaster tambah dengan keseronokan water ride. Wallahhhh !!! Macam syiokkk jeeee. Tapi macam kena prepare baju lebihh je niii.. kang basah lejut kanggg ahahha. Apa-apa info pasal new ride ni korang usha kat sini yeee KLIK DI SINI !!

 

 

*          *          *          *

 

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert KPOP DREAM ni.. KLIK LINK INI okayyy???

Dannn kalau nak tahu lagi apa yang best mengenai ride baru yang aku sebut kat atas, apa kata korang KLIK KLIK SINI PULAK okayyy?

 

*          *          *          *

 

 

 

XOXO

 


Read More»

Saturday, May 18, 2013

JANGAN HANTAR EMAIL DAH.. SLOT SPONSORSHIP DAH PENUH…

 

JANGAN HANTAR EMAIL DAH.. SLOT

SPONSORSHIP DAH PENUH…

 

Assalamualaikum…

 

 

questionmark

 

 

Aku ni dah pat ploh lapan kali kot sebut sebut nak buat giveaway… tapi takkkkk buattt jugakkkkk !!! So kali ni aku dengan seriusnya ingin menganjurkan satu giveaway buat kali ke…. errr kali berapa tah.. Biar lantak! Hahahaa….

 

Untuk kali ni aku nak mencari penaja hadiah giveaway yee… Aku dah ade lebih 10 hadiah yang ditaja oleh online shop aku sendiri… dan semestinya aku nak mencari penaja sebab nak menambah jumlah hadiah supaya lebih ramai yang boleh memenanginya nanti.. Segalanya untuk readers dan followers blog kesayangan aku ni cewah cewahhh !

 

So berikut adalah sedikit guideline tentang pencarian sponsor ye.. Maaf ler bukan aku cerewet ke apa, tapi just nak clear kan awal-awal berkenaan sponsorship ni ye…

  1. Hadiah yang ditaja boleh datang dalam pelbagai bentuk, contohnya : wang tunai, topup, buku, baju, mekap, barang penjagaan dll.
  2. Jenis hadiah tidak terhad kepada wanita sahaja, hadiah untuk peserta lelaki amat dialu-alukan.
  3. Jumlah hadiah tidak terhad, nak sponsor satu je hadiah pon boleh, nak sponsor banyak pon boleh.
  4. Urusan pengeposan / penyerahan hadiah ditanggung 100 % oleh penaja. Pihak www.nisakay.com TIDAK akan mengeluarkan sebarang kos untuk menyerahkan hadiah tersebut kepada para pemenang.

 

 

So, sebagai balasan menjadi sponsor giveaway yang akan datang ini…

  1. Para penaja akan saya promosi di laman sosial media Nisa Kay – blog, fanpage, facebook personal, twitter dan instagram.
  2. Link laman utama penaja (website atau fanpage) akan berada di sidebar sepanjang giveaway berlangsung.

 

 

So… diharap jelas yeee… kata nak sponsor, sila sponsor seikhlas hatiii gituuuu. Ahakkss… Dan diumumkan juga… saya hanya mencari 5 hingga 8 sponsor sahaja okayyy… sekarang saya dah ada 3 sponsor luar dan 1 sponsorship dari online shop saya sendiri. Malas dah nak cari sponsor banyak sangat sebab nanti tak ter-handle :(

 

 

Baiklah.. bagi pihak yang berminat nak menjadi salah satu sponsor untuk giveaway saya yang akan datang… sila emelkan butiran berikut ke alamat emel sukamenaip@yahoo.com dan letakkan “SPONSOR GIVEAWAY NISAKAY” di bahagian Subject ya…

  • Nama Online Shop / laman web / blog
  • Nama anda (mungkin anda owner atau wakil kepada online shop / blog / laman web)
  • LINK FACEBOOK PAGE
  • LINK BLOG / BLOGSHOP / LAMAN WEB
  • TWITTER (jika ada)
  • INSTAGRAM (jika ada)
  • Nyatakan jenis dan jumlah hadiah yang ingin anda taja.

 

 

Baiklah… begitulah pencarian sponsor.. Saya mahukan yang terbaik buat bakal pemenang nanti. Ewah ewahh kemain demand kooooo !!! Hahahaha… Apa-apa pun emel dahulu ya.. nanti kita bincang secara lanjut melalui emel… dan bila senarai penaja dah konfem, kami akan launch giveaway niiii !

 

JANGAN HANTAR EMAIL DAH.. SLOT

SPONSORSHIP DAH PENUH…

 

XOXO


Read More»

Rindu setengah mati

 

**Entry lama dah.... yang baru terasa nak publish hari ni**

 

 

 

 

RINDU?
Bila bayangannya sentiasa bermain di mata
Seakan ternampak dia di mana-mana
Seakan dia di sebelah bila ku rasa kosong
Seakan dia di sisi bila ku rasa sunyi…



RINDU?
Bila diri yang jauh di mata terasa amat lekat di dalam hati
Bila diri yang lama menghilang diharap kembali
Bila diri yang tiada diharap agar datang ke sisi.



RINDU?
Bila malam ku harap kau kan hubungi
Bila malam ku harap kau menghiasi mimpi
Bila apa yang ku harap ku sendiri tak pasti,
Apa kau akan ada di sini lagi?



RINDU?
Bila dia tidak lagi seperti dulu
Bila dia tak lagi ingat kenangan lalu
Bila dia bukan yang ku harap selalu.

 



”Aku merindu kamu setengah mati merindu tiada henti merindu kamu masih hati ku untukmu aku tetap menunggumu..”

 

 

Ya Allah aku berserah padamu..
Sesungguhnya aku berserah akan jodohku padaMU..
Biar rindu aku terpahat untukMU ya Allah..
Mencintai dan merindu manusia yang berubah,
Satu kesakitan dan keperitan yang tidak dapat aku jelaskan..



Semoga aku ditunjukkan jalan yang benar,
semoga doa dari ruang hatiku yang dalam,
Kau dengar ya Allah…




Amin.


Read More»

Wednesday, May 15, 2013

PENGUMUMAN – Pemenang LINE dolls

 

Assalamualaikum…

 

clip_image0017

 

Masih ingat lagi mini giveaway yang aku buat dalam entry NOKIA ASHA 310 tu??? Haaa maaf sangat sangat sangat kepada semua yang telah menyertai mini giveaway ni… Telah ku baca berkali-kali komen-komen kalian… Thanks semua yang join tauuu! I really really appreciate it !

 

 

Baiklah… Inilah 3 orang pemenang yang akan menerima LINE dolls ni satu sorang ok…

http://penaberkala.blogspot.com/

http://khayrakoyuki.blogspot.com/

http://yummycoklat.blogspot.com/

 

 

IMG_6338_thumb1

 

Tahniahhh korangggg…. So apa yang korang kena buat sekarang ni ialah emailkan details berikut ke alamat emel aku : sukamenaip@yahoo.com

  • NAMA PENUH
  • NO. IC

 

 

 

TAHNIAH sekali lagi dan terima kasihhhh !!!

 

 

 

XOXO


Read More»

Tuesday, May 14, 2013

Ber-bowling bersama rakan blogger

 

Assalamualaikum…

 

Dah lama rasanya tak join aktiviti bersama rakan-rakan blogger.. Kalau diingat balik.. tahun 2012 merupakan tahun yang sangat aktif dengan aktiviti blogger gathering ni… Kejap gathering sana.. kejap gathering sini.. makin lama amalan gathering ni makin dilupakan…

 

Masing-masing sudah busy dengan urusan harian masing-masing agaknye.. So aktiviti gathering blogger ni dah menjadi suam-suam kuku… Lagipun dulu-dulu kalau gath mana ada aktiviti sangat pon.. Paling-paling pon perkenalkan diri dan amik-amik gambar sampai pengsan…

 

Maka pada dua minggu lepas (kot??) satu acara bermain bowling bersama rakan-rakan blogger telah dianjurkan. Tanpa berfikir pat belas kali, aku pon menyatakan persetujuan nak join.. Lagipun dah lama benor tak berkumpul berjimba dengan rakan-rakan blogger kennnzzz…

 

DSC01123

Pada pagi nan indah itu, aku dan Ziera yang datang dari Klang telah carpool dengan blogger Melastik Bintang and his wife and son. Heee sorryyyy bro MB ! Aku terlah terlewat gara-gara tertinggal kunci!! Haiyarrkkkkk!!!

 

 

DSC01125

Pastu Mr Ray (anak bro Melastik Bintang) duk ushaaaa je aku kat belakang. Kekekekee…

 

 

DSC01133

Gerak lambat maka sampai lambat. Semua dah menanti di Wangsa Bowl, tapi kami berempat mengisi perut di Georgetown White Coffee duluuu. Haaa perut harus penuh bagi mendapatkan tenaga untuk menghayun bola bowling dengan penuh perasaan yerk !

 

 

cats

Errrrkkk sesi memburukkan muka itu harus ada kalau dah melepak dengan mokcik Ziera ni haa… Maaf laa kami memang macam ni. Bahahahaha…

 

 

DSC01144

Bro Framestone pon nak kontrol ensem laa bila lensa kamera aku halakan pada beliau.

 

 

DSC01152

Antara blogger yang sudah siap sedia nak menghayun bola bowling. Semoga tak masuk longkang. Bahahaha….

 

 

DSC01158

Cik Lily Putih yang hanya redha melihat bowling itu bergolek. Ke arah longkang atau ke arah pin yang tegak berdiri di penghujung lorong?

 

 

DSC01165

Hahahah gaya tunggang langgang oleh aku. Gambar berjaya di-snap oleh Pak Lan. Ciskek betul anda yerrr… Nasib baik tak ambil gambor bola aku yang suke benor masuk longkang. Hukhukhuk.. Takpelah.. at least aku ni memang sedor skill aku bermain bowling yang amat menyedihkan. Bahahhaa…

 

 

DSC01169

Nak masuk game kedua.. With le gegirlsss…. Muka dah macam penat sangattt je haku. Maklumlah kurang zat dalam badan membuatkan aku penattt menghayun bola bowling yang berat tu. Boleh pulak tak jumpa bola yang ringan. Iskkkk!!!

 

 

DSC01182

Walaupun bola bowling setia bergolek ke dalam longkang, markah aku merupakan markah yang paling sikit sepanjang game berlangsung. Bahahahhaha… Tapi takpe, at least ade markah kan.. Usaha tangga kejayaan kan? Bahahaha.. Semua dapat hadiah saguhati. Awww thanks a lot kepada siapa yang sponsor. Semoga kalian dimurahkan rezeki !

 

 

cats

Pak Lan dan Yana Yassin selaku pemain lelaki dan wanita dengan markah tertinggi.. Wahhh hebat lah korang kannnzz.. Dapat hadiah specialll punye ! Ahahaha…

 

 

DSC01206

Yeayyyy semua pon dapat hadiahhh !! Seronokkk !!

 

 

DSC01211

Errrr ni dah napa nii. Lapar sangat la kot. Ok boleh abaikan sekarang…

 

 

DSC01220

Selesai main bowling kami cas balik tenaga dengan mengenyangkan perut di restoran berhampiran Wangsa Walk tu.. Burrppppp alhamdulillah !

 

 

DSC01225

Okay last pic bersama model iklan ubat gigi yang tak kesampaian iaitu Pena Berkala. Muahahaha…

 

 

Lepas ni aku harap ada lagi aktiviti yang best macam ni.. Seronok dapat spend time dengan kawan-kawan blogger yang sporting.. Lagipun bukan selalu kan.. masing-masing ada komitmen yang lebih besar dalam hidup.. Maka sekali-sekala bertemu, ada aktiviti seronok juga kan..

 

Kalau buat besar-besaran takut tak ter-handle pulak.. Bukan apa.. dah berkumpul ramai-ramai taknaklah sekadar berkenalan dan bergambar kan.. Ada aktiviti baru la best.. Ohh ye, mereka yang datang ni tak terus balik.. ada yang pergi karaoke pula. Aku dan beberapa blogger lain terpaksa pulang duluuu.. ade koje pulakk.. Semoga bertemu lagi ye korang !

 

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay