Friday, March 29, 2013

[EVENT] Pelancaran Colgate Optic White–Rahsia senyuman menawan Fazura !

 

Assalamualaikum..

 

Muka cantik, bentuk tubuh badan menarik, fesyen dilihat begitu kena dengan diri.. wahhh perfect girl are you? Tidak, jika anda ada…. GIGI YANG KEKUNINGAN !!! Oh my !! Gigi kuning ni umpama mimpi ngeri sebab bila kita senyum je kena cover, bila pakai gincu bibir terutama sekali warna merah jambu atau merah akan terserlah kekuningan gigi tu…

 

Sampai bila nak cover mulut bila nak senyum atau bergelak ketawa dengan sahabat handai dan yang tersayang ye dak? Nak bergambar pun tak boleh senyum nampak gigi. Nanti kena flash nampak kuning sangat gigi tu :( Nak jugak gigi putih senyum pun menawan bak pelakon jelita Fazura…

 

P1012455

Baru-baru ni aku berpeluang menghadiri event pelancaran produk terbaru dari jenama penjagaan oral terkenal, iaitu COLGATE. Kali ini Colgate akan melancarkan produk yang bakal disukai ramai, kerana lepas ni korang tak perlu malu-malu sengih tutup mulut dah! Hehee…

 

 

P1012458

FAZURA SPOTTED ! Turut bersama di majlis tersebut ialah pelakon jelita dan menawan siapa lagi kalau bukan Fazura ! Kembang diri aku dapat tengok Fazura depan-depan mata.. Haa kalau korang nak tahu, produk terbaru Colgate ni merupakan rahsia senyuman menawan Fazura !

 

 

Optic_White_regimen

Taraaaaa….!!!!!!! Ini dia set penjagaan oral terbaru dari Colgate iaitu COLGATE OPTIC WHITE ! Rangkaian produk Colgate Optic White terdiri daripada ubat gigi, berus gigi dan ubat kumur, khas untuk membantu mengurangkan kekuningan pada gigi ! Ooooo inilah dia rahsia senyuman mengancam Fazura ye.. Sedikit fakta mengenai OPTIC WHITE :

 

  • Gigi lebih putih satu tona selepas satu minggu
  • Menentang kaviti
  • Melindungi enamel
  • Menanggalkan plak
  • Menyegarkan nafas

 

 

P1012528

Kalau gigi dah putih bersih macam gigi Fazura, nak senyum nampak gigi pun sentiasa yakin ! Aku pun pernah dikomen oleh seseorang, kalau senyum nampak gigi lagi menawan. Tapi.. aku tak konfiden sebab amalan minum air berkarbonat buat gigi aku tampak kekuningan. Ouchhh !!!

 

 

P1012527

Well…. kenapa Fazura yang dipilih menjadi duta Colgate Optic White?? Menurut Chris Pikounis, Marketing Director of Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Fazura merupakan aktress terkenal di Malaysia yang memegang ciri-ciri wanita yang pintar, jelita, berbakat besar dan semestinya berkeyakinan tinggi !

 

 

P1012610

Pada majlis pelancaran Colgate Optic White tu jugak, buat pertama kalinya iklan TV Colgate Optic White yang menampilkan Fazura telah dipertontonkan kepada hadirin. Jelita dan menawan sungguh senyuman Fazura ! Gigi dah putih bersih kannn, semakin konfiden lah nak senyum! Hehee…

 

 

 

AAA

Pertunjukan fesyen bertemakan warna keyakinan OPTIC WHITE juga turut diadakan. Gorgeous collections ! Senyuman menawan dengan gigi putih bersih ni dah boleh diumpakan sebagai pelengkap kepada pakaian cantik yang kita pakai !

 

 

 

cats

Miliki set OPTIC WHITE Colgate ini sekarang ! Pintu keyakinan dengan senyuman menawan kini terbuka luas di depan anda ! Hahaha.. alami gigi yang 1 tona lebih cerah dalam masa 7 hari okay ! Hapuskan kekuningan pada gigi, sesungguhnya senyum itu pemanis wajah !

 

 

 

P1012640

Sekarang korang semua boleh miliki senyuman secantik Fazura. Setiap daripada kita memiliki kecantikan tersendiri, lengkapi kecantikan itu dengan senyuman menawan va va voom !!

 

 

 

P1012657

Jom jom ikut aku ! Keep your teeth shine bright like a diamond, gituuuu !!! Jangan lupa dapatkan set Colgate OPTIC WHITE !

 

 

 

tak yakin

Sebelum aku kongsi dengan korang pengalaman aku dengan rangkaian Colgate Optic White niii… jom tatap dulu muka-muka ku ini. Hahahaa… Sebelum ni aku suka juga senyum tanpa menampakkan gigi. Konon posing ayu gitu, tapi sebenarnya aku malu nak tunjuk gigi! Maklumlah aku ni selalu betul minum teh o pekat dan minum minuman berkarbonat! So.. gigi tak berapa nak putih.. :(

 

Bukan tu aje, nak pakai gincu pun jadi “first world problem” sebab aku takut gincu yang aku pakai tu akan lebih menampakkan kesan kuning pada gigi. Kalau nak bergambar pun senyum tak nampak gigi sebab takut lah nanti bila kena flash, terserlah kuning nya ! :O

 

 

 

cats

Sejak hari aku menghadiri majlis pelancaran COLGATE Optic White tu, terus berkobar-kobar semangat aku nak menggunakan produk-produk Optic White untuk senyuman menawab bak dutanya Nur Fazura!

 

 

cats

Yeahhh!!! Genap dari hari ke-7 aku menggunakan Colgate Optic White, aku sekarang terlebih yakin nak senyum nampak gigi depan kamera! Hahahaa!!! Lebih-lebih lagi bila produk Colgate Optic White mula menunjukkan hasilnya. Gigi yang kuning satu tona lebih putih selepas 7 hari !!

 

Penggunaan produk Colgate Optic White ni bukan aje akan terhenti sampai hari ke-10 aje.. aku akan tetap menggunakannya setiap hari untuk senyuman tampak lebih menawan dan yakin (gittewwww) setiap hari ! Yeah kita boleh!

 

 

 

P/S : Gigi satu tona lebih putih selepas satu minggu dengan ubat gigi Colgate Optic White, dengan penggunaan seperti yang disyorkan, untuk kotoran luaran sahaja. Kesan pada individu mungkin berlainan.

 

 

XOXO

Saturday, March 23, 2013

OOTD – Chiffon peplum blouse & printed shawl

 

Assalamualaikum…

 

DSC00497

A few weeks ago kot kami ala-ala nak makan-makan sekali dengan surprise kan birthday untuk abang baju askar di dalam gambar, Qarl Haiqal. Kengkonon nak sepraiss sepraiss. Tapi masa aku dan abang Adam Arjuna sampai elok je semua orang tengah makan kek.

 

Oh noooo !!! Seprais tak jadi sebab pelayan salah timing bawak keluar kek ! Ape daaa.. Dah lah kecah-kecah sangat amik order. Berlagaknya bukan main. Bila dia yang salah ambil order, macam nak gaduh pulak nada suara tu. Dah tunjuk gambar dalam menu pun boleh salah =.=

 

DSC00499

OOTD ! Ahaaa ini bukan outfit of THE day dah ni.. tapi Outfit Of THAT Day muahahaha… Dah berapa minggu baru iolss nak update ! Choiiii sangattt ! Blaus warna mustard ni ada flare ala-ala peplum kannzzz? Iolss suke sangat ! Kalau nak beli lah dari online shop aku, tapi bukan dijual online ye… hanya dijual di butik Sincerely By Us. Kenapa di butik tu? Nanti aku sharee!

 

 

DSC00500

Ehemmm aku ni memang suke benor baju yang plain, sebab aku suka padankan dengan tudung bercorak ! Kalau beli tudung bercorak, boleh match dengan baju kaler lain ! Contohnye shawl yang aku pakai dari Sincerely By Us ni… Cantik kann? Material sangat best dan senang bentuk ! Kalau pakai dengan baju merah atau biru pun boleh match !

 

 

DSC00502

Yang color-block bag ni pun dari online shop aku. Dah SOLD OUT keenam-enam warna tapi jangan risauuuu siapa yang dah berkenan sampai tak tido malam tu, inshaAllah dalam masa terdekat ni aku akan cuba restock, dengan lebih pilihan warna okay?

 

 

DSC00550

Ehemmm gambar feeling mesti ada ! Kalau pergi i-City time siang-siang takdak orang, then lampu belom pasang, aku rasa korang dah boleh feeling-feeling Korea, gambar lak kasi over-exposure muahahaha !!!

 

 

cats

Baiklah.. secara ringkasnye ini outfit aku malam kejadian bersejarah tersebut. Aku fokus pada baju je.. Sebab aku pakai jeans and flats biasa aje. Kalau ada yang berminat nak beli blaus ni online, lemme know ya.. Mana tahu aku restock and update online pulak ye?

 

And thank you so much Sincerely By Us for the gorgeous colourful shawl ! I love it to bits ! Korang pun jangan lupa shopping dengan SBU tau ! Dorang ada butik kat Alam Avenue Shah Alam ! More info about online shop aku dan butik SBU ni aku update lain kali ye ! Muah muahhh !!

 

 

XOXO

Thursday, March 21, 2013

Iklan kelakar…

 

Assalamualaikum..

 

Hari ni aku tengok iklan syampu ni kat Blog Serius. Tergelak-gelak aku tengok iklan ni. The point is, pakailah syampu khas untuk lelaki. Kalau pakai syampu perempuan kang rambut kau flowy habes macam dalam iklan ni. Bahahaa!!!

 

 

 

Yang ni lak aku tergelak time last sekali. “Sorry” dia boleh troll balik death demon tu. Bahahaha. Muka dah lah tak boleh blah cover malu !

 

 

 

Okay itu aje santapan mata malam ini. Sekian.

 

 

XOXO

Tuesday, March 19, 2013

TIPS KECANTIKAN – Skrub muka. Perlu atau tidak?

 

Assalamualaikum…

 

Seminggu ni memang tak cukup tido! Duk mengerjakan online shop aku (silalah LIKE haha!) and then ke sana sini… balik rumah dah malam.. Sampai rumah kena lak balas emel and semua whatsApp customer semua.. fuhhh! Kehidupan yang mencabar minda, jiwa dan raga! Nak cari rezeki oii kenalah rajin ye dak?

 

Seminggu ni aku perasan muka aku kusam ya ampunnn! Yelah dah ke hulu hilir tak sempat-sempat nak manjakan wajah.. Aku ni lak jenis suka pakai mekap. Kadang-kadang je aku pakai sunscreen je keluar. So untuk aku SKRUB MUKA tu penting ! Dua kali dalam seminggu aku akan scrub sendiri muka untuk kebersihan maksima !

 

cats

Skrub yang aku pakai dua kali seminggu tu ialah yang belah kiri : Peeling Day – White Jewel Face Scrub dari The Face Shop. Gua suka sangat nih ! Dua kali seminggu gua urut muka gua dengan skrub ni, terasa lebih lembut kulit dan lebih bersih.

 

Memandangkan gua balik Temerloh hari tu lupa nak bawak skrub ni balik Shah Alam, roommate gua yang cun melecun bagi gua guna sikit skrub muka dia, iaitu Skrub Wajah Safi Rania. Oooo patut la roommate gua lawa macam Rozita Che Wan haaa…!! Ni lah rahsia dia yaaa! Keh keh keh.

 

PERSAMAAN – Kedua-dua produk berbau wangi, tapi tak terlalu kuat. Teksturnya berbiji-biji halus ala-ala pasir yang halus mulus tapi tak sampai menyakitkan bila urut kat muka. (Lain la korang tak reti bahasa then tonyoh muka dengan berus ke hapa haha!) Pastu muka rasa lebih bersih dan tampak lebih cerah eceh!

 

PERBEZAAN – Tekstur yang sama tapi yang Safi Rania punya lagi pekat.. yang Face Shop ni cair sikitt.. Cara penggunaan lain sikit. Yang Face Shop ni, aku kena ratakan sikit-sikit kat muka, biar 5 minit camtu then baru urut muka. Ni salesgirl The Face Shop yang ajar haha! Yang Safi Rania ni aku terus sapu ja kat muka.

 

KONKLUSI – Dua-dua gua suka gila.. Tapi lepas ni maybe gua beli Safi Rania sebab lebih murah dan mudah di dapati okayh!

 

53348_max

 

Jangan jadi ignorant girls ! Ada yang anggap muka boleh cantik bersih dengan hanya cuci muka dua kali sehari je eh? Sedarlah bahawa kita keluar, kulit kena cahaya matahari, tu belum kira kulit kita kena bendasing dalam udara ewah. So proses pengelupasan (exfoliating) tu perlu okay. At least seminggu sekali !

 

EXFOLIATING ??? (PENGELUPASAN)

  • Exfoliating (pengelupasan) adalah salah satu langkah ringkas dalam rutin penjagaan kulit. Perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk menghilangkan kotorang dan sel kulit mati.
  • Kalau kotoran dan kulit mati ni tak dibersihkan betul-betul, ia akan menjadi punca jerawat dan bintik-bintik hitam euww!
  • Proses exfoliating ni membantu meningkatkan keupayaan kulit untuk perbaharui sel-sel kulit. Dan ia menjadikan kulit nampak lebih segar dan glowing gitchuu!
  • Tahukan uolls bahawa exfoliators wajah boleh menegangkan kulit wajah dan melawan tanda-tanda penuaan! Yess I loiikkee~

 

woman-exfoliating-skin

TIPS & TRICK !

  • Pilih dengan teliti jenis skrub wajah yang akan korang guna ! Pilih scrub yang diperbuat dari bahan semula jadi seperti kulit kacang tanah, pumice, apricot dan sebagainya. Bahan-bahan ini mudah menanggalkan kotoran di wajah tanpa meresap sehingga ke liang pori-pori.
  • Sebaiknya cuci muka dahulu sebelum scrub muka korang. Lepas cuci bersih dan bilas, ambil sedikit scrub dan urut dengan gerakan putaran. Urut wajah, bahagian dahi, hidung, dagu dan leher dengan lembut supaya tak menyakitkan kulit !
  • Guna skrub pada suhu air suam so ia dapat bukak liaang pori-pori untuk bersihkan wajah dengan lebih mudah.
  • Kalau kulit korang jenis normal, kering atau berminyak, disyorkan exfoliate kulit korang at least seminggu sekali. Pilih betul-betul produk yang sesuai dengan kondisi kulit !
  • Kalau kulit jenis sensitif pulak, korang tak boleh exfoliate kulit korang dengan kerap, sebab takut nanti memudaratkan pulak. Gunakan skrub dengan bahan semula jadi atau skrub organik untuk mengelakkan kesan negatif pada kulit.

 

 

1260_Vitamin E Exfoliating Gel (Marvel Gel)

 

Andd sebelum aku tamatkan entry ni, aku nak share satu produk yang aku sendiri dah cuba dan memang best. Serius aku tak dibayar satu sen pun syorkan produk ni kat blog ni. Sebab aku sendiri pun guna tester yang aku dapat free sebab beli pencuci muka Cosmoderm. Isk isk.

 

Gambar di atas ialah COSMODERM Magic Exfoliating Gel. Sesuai sangat bagi korang yang tak suka skrub muka yang ade biji-biji halus macam pasir tu. Takut sakit bila diurut pada kulit eh. Yang Magic Exfoliating Gel ni takkan sakit, sebab ia dalam bentul Gel ! Tekstur tak berbiji, tapi bila urut lembut kat muka, kita nampak kotorang mula berkumpul dan dibersihkan eurrkkk.

 

Best nye produk ni bau harum, tapi tak kuat sangat. Macam natural scent laa.. Then ada Vitamin E lagi tu. Menurut pengalaman peribadi aku, Vitamin E ni bagus untuk pudarkan parut jerawat dan ada macam-macam lagi la khasiat. So setakat ni je perkongsian aku. Semoga bermanfaat pada kalian. Adios.

 

 

XOXO

Saturday, March 16, 2013

[VIDEO] Mingguan Amanz : Galaxy S4, Google Reader Tamat, Bola Kampung

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

 

Haaaa malu gak nak share video ni dengan pembaca blog sekalian.. seperti yang dah sedia maklum, aku ni freelance host untu salah satu portal informasi teknologi yang best kat Malaysia ni iaitu AMANZ. So every week hari Jumaat adalah hari wajib aku bekerja. Hari lain tak wajib kerja ke?

 

Hahaa.. bukan tak wajib, cuma waktu bekerja aku lebih fleksibel sebab aku freelance, aku bekerja more to video content.. Lepas ni maybe AMANZ ada big plan untuk cater pembaca dari golongan wnaita. Tapiiii takleh lah aku nak reveal sebab aku pun tak pasti pelaksanaan nye sebab aku busy teramat sekarang. By the way jemput tonton video minggu ini!

 

 

 

Hikhikkk malu nak share sebab aku pakai spect la woiii! Macam ahakak-hakak je rupa aku wuwuwuuu.. Tapi takpe.. ade viewer kata nampak matured? Bahahahah “nampak” aje lah ye.. padahal tak matured pun aku. Perangai mengada-ngada macam budak-budak huahuaa…

 

And one more di saat aku tekan PUBLISH untuk entry ini, aku masih lagi belum tengok video ni wawawaa… Korang je lah tengok yee.. And bagilah komen membina sikit. And and anddd aku pakai spect sebab nak tutup eyebag. This whole week tido kul 3 or 4 pagi je :(

 

Thanks for reading and watching the video !

 

XOXO

Thursday, March 14, 2013

Ada apa dalam ALMARI BUDAK JAMBU ?

 

Assalamualaikum..

 

Hah sudah! Takde keje laa nak mengintai-ngintai dalam almari orang haa.. Korang pun jangan pulak datang umah orang, pi jengah lak ape yang ada dalam almari orang tu. Tu biadap + kurang ajar + perangai tak semenggah sangat tahu tak??

 

Tapi almari yang satu ni yang aku nak ajak uolls mengintai ni, memang patut dintai-intai dari tirai kamar.. Ehhh!!! Motiff sangatt tetibe ade tirai kamar. Oke berhenti mengarut. Korang usha la duluuu apa isi dalam ALMARI BUDAK JAMBU ni haaa. Nama almari pun nak feeling. Kuang kuanggg!

 

jambu 3

Ni apa? Sampul surat ke? Ade kad kawin ke di dalam nyer?

 

 

jambu2

Ni apa bulat-bulat ni? Lampu raya sesuci lebaran ke camne neh?

 

 

jambu1

Ambui tu dia stud nye macam nak cucuk mata orang! Cucuk mata kaki skodeng! Haha!!

 

 

Haaa tu dia serba-serbi isi dalam ALMARI BUDAK JAMBU nih ! Ada yang masih tak tahu atau buat-buat tahu apakah isi di dalam nya ini? Nak kena rebus buat sup otak ke ape ni? Ahaaa kalau nak tahu lebih lanjut, nak usha dengan lebih jelas bolehlah terjah blog KIFLI MALLY ! Curlasss!

 

 

XOXO

Wednesday, March 13, 2013

KENAPA

 

Assalamualaikum….

 

 

Pasti keputusan bagai sudah dimengerti sesetengah orang. Sudah dijangka. Namun bagi kebanyakan orang mereka lebih gemar bertanya kenapa. Kenapa. Kenapa.

 

Ya, setiap yang berlaku ada sebabnya. Dan sebab itu dijawab dari soalan KENAPA itu tadi. Sering aku mendapat pertanyaan KENAPA KENAPA KENAPA. Tapi bila aku menjelaskan dapatkah kalian MEMAHAMINYA?

 

Bila aku tuturkan jawapan “Bukan rezeki aku…” pasti ada yang akan membidasku. Pasti ada yang akan menuduhku sengaja “melepaskan rezeki itu”. Tapi mereka fahamkah apa yang telah aku alami? Apa yang mereka tidak tahu dan sesungguhnya hanya ALLAH yang Maha Mengetahui?

 

Telah aku beristikharah, berikhtiar dan memohon petunjuk serta jawapan dariNYA. Dan telah aku ditunjukkan dengan jelas di mana jalan aku. Segalanya bukan mudah. Jalan yang harus aku bina kembali. Dengan jerih perih sendiri.

 

 

 

Tidak aku minta semua orang memahaminya. Cukup ada ALLAH tempat aku mengadu, cukup ada ibu bapa dan segelintir rakan-rakan yang memahami dan menyokong. Bagi yang terus-menerus memandang serong akan keputusan aku, aku redha. Biarlah, aku telah bersedia untuknya. Aku yakin, rezeki masing-masing tidak sama dan telah ALLAH tetapkan sebaiknya untuk sesetiap umatNYA. InshaAllah..

 

 

allah best listener

Kini, aku perlu lebih kuat. Lebih berusaha. Lebih berdoa dan meminta hanya padaNYA.

 

 

 

XOXO

Sunday, March 10, 2013

[FILEM] Oz the Great and Powerful

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

 

Beberapa hari lepas aku berpeluang join premiere screening filem yang “mungkin” dinanti ramai.. Melihat poster dan trailernya jugak buat aku macam “oh wow ohh woww”. Cehhh lebih kurang macam tu lah…

 

Masa premiere screening tu, dekat US pun belum premiere.. Maka staff GSC Mid Valley sibuk lah mengutip any electronic devices yang boleh digunakan untuk merakam gambar atau apa-apa visual dari filem tu… Tapi sebab aku ni jenis tak percaya simpan-simpan barang aku kat entah sapa-sapa, aku decide nak letak semua barang aku dalam kereta aje.

 

 

OZ-Keyart-B

 

Poster cantik kemain. Tapi heronye aku tak kenal pun lahaiii. Aku pergi pon sebab aku “expect” filem ni bakal menggegar pawagam dan meletop-letop gitu. Ahaaa… And aku nak tengok Mila Kunis yang jelita itu saja. Boleh? AHahaha…

 

 

 

Okay dah tengok trailer nye? Macam gempak kan?? “Maaaacammmm” gempak kannn?? Grrr! Do you get what I mean?????

 

 

oz1

Too bad to say here that I dont really like the movie though :( Tak bermaksud movie ni sangat sangat tak best. Mungkin pada korang yang menontonnye macam best gempak-gempak je enn.. tapi malangnya citarasa aku berlainan. Ewahhh!!

 

Pada awal cerita lagi aku dah merasakan jalan ceritanya yang slow semacam aje.. Duk sibuk menceritakan perihal si Oz yang kaki perempuan dan gitu gini gitu gini. Aku dah mula bosan pada permulaan cerita. Nak tweet-tweet atau usha instagram tak boleh lak sebab phone sume simpan dalam kereta.

 

 

oz2

Lepas tu aku rasa some part of the stories macam best and gempak je kesan khas and animasi dia tu.. Tapi some part of the film macam acah-acah aje kesan grafik dia tu.. Macam tak sync pulak aku tengok. Aku tak reti nak guna terma apa, tapi macam tak masuk lakkk. Hadehh nak explain macam mana hehh..

 

Pastu watak Glinda (dalam gambar) macam terlalu baikkk. Guna kuasa kabus-kabus aje… Tapi bila kena tangkap dengan tapir terbang konco-konco adiknya yang jahat tu, elok je lemah longlai sikit pun tak meronta. Macam sangat tak realistik. Well, sume citer macam ni pun tak realistik. Tapi yang ni macam.. er… Hahaha

 

Okaylah aku tak reti nak cerita lebih-lebih. Kalau korang nak tengok, tengoklah… aku bagi 1/5 bintang aje. Citer ni dibikin dengan kos terlalu mahal untuk buat aku rasa not worth it to watch it. Nasib baik dapat tengok free. EHHHHH!!!!!!!!! Hahahaa….

 

 

READ : Review by Tony Teh from Colourless Opinions and Yen Ling from Miss Burung Hantu.

 

 

XOXO

Friday, March 8, 2013

Meatball IKEA – hanya RM2 untuk sepinggan 10 biji

 

**entry ni gua nak share semalam lagi, tapi atas sebab-sebab tertentu gua tak publish haha dan aku edit sikit laaa**

 

 

Assalamualaikum…

 

Kottbullar

Pic credit to : here

 

Kemain tau bergegar kejap iman gua apabila mendengarkan berita bahawa meatball IKEA yang nyum nyum sedap gila tu mengandungi DNA kuda! Erkkk kembang anak tekak gua tau! Gua dah lah suka sangat sangat makan meatball !! Hurmmm…

 

Maka dengan itu, pihak IKEA telah mengambil langkah drastik dengan menarik meatball dari menu.. Sadisss!! Aku baca info tu kat sini haaa.. Aku masa dapat tahu berita ni punyalah berangan nak pi makan meatball !! Sadis sangat sadisss!!

 

 

IKEA-Meatballs

Pic credit : here

 

Dan whatsapp dari kawan aku yang memaklumkan bahawa meatball will be back into IKEA’s menu sangat sangat buat aku terujaaa !!! Lebih-lebih lagi hari ni iaitu 8 Mac 2013, meatballs akan dijual dengan harga RM2.00 untuk sepinggan 10 biji tuuu!!  Sempena meraikan kembalinya meatball yang disahkan halal dan bebas DNA kuda! Herher!!

 

And aku baca berita gembira ni pun kat website HYPE Malaysia. Betullah kot haha sebab menurut kawan aku yang memang baca website ni, setakat ni HYPE Malaysia takkan share lah benda-benda yang tak confirm katanya… Melalui artikel ini jugak, harga promosi RM0.20 sebiji meatball tu akan sah pada 8 Mac sahaja!

 

rm ikea

Pic credit : here

So siapa yang pergi IKEA nak makan meatball hari ni?? Kompem ramai gilaaaa umat manusia kan? Kompem beratur panjanggggggg mengalahkan nak beli iPhone 5 kan? Hahahaa…. Share lah pengalaman korang kat ruangan komen aku tau! Aku takde rezeki nak merasa meatball murah hari ni.. takpe lain kali wajib pegi dengan kawan aku! Hehe..

 

 

 

 

XOXO

Thursday, March 7, 2013

[EVENT] Pratonton filem Cerita Kita

 

Assalamualaikum…

 

Isnin lepas aku dijemput oleh MiG untuk menyertai majlis pratonton filem terbaru mereka, iaitu CERITA KITA lakonan Yana Samsudin, Fezrul Khan, Pekin Ibrahim dan turut dibantu Shima Anuar dan Along Ezendey.

 

cats

 

Yeahhh berpeluan juga aku berjumpa dengan para pelakon filem ni.. Yang penting ada Yana Samsudin okayyy. Ade dia, sonang jee semua aku support ! Hehehe… Tapi aku tak berpeluang bergambar dengan pelakon lain.. dan juga pengarah filem Cerita Kita iaitu Pierre Andre !

 

 

cats2

Bila dah pegi majlis pra tonton tu haruslah bergambor sakan ye dak.. Ni antara rakan blogger dan rakan YSF yang aku jumpe…

 

 

DSC00313

Ada ahli YSF yang bawakkan cupcake CERITA KITA laaa.. tapi tak sempay ambil gambar sume dah ngap ngap tinggal yang ni je. Hek hek.. Sangat sedap cupcakes nyeee! Siapa lahh yang bawak ye… Terima kasih tak terhingga!

 

 

DSC00266

Yeargghhhh go go CERITA KITA ! Nampaknya satu kelainan yang dibawakan oleh Pierre Andre ya! AKu pon terkejut filem ni arahan Pierre Andre ahahaha….

 

 

DSC00275

Antara ahli YANA SUPER FRIEND yang hadir… Sangat supportive dan gembira semuanya nak berjumpa dengan Yana Samsudin hehehe…

 

 

cats3

 

SINOPSIS :

Mengisahkan Ika (lakonan Yana Samsudin) dan Kamal (lakonan Pekin) yang sudah bersahabat baik sejak 3 tahun lalu. Kamal memendam perasaan terhadap Ika, Ika pula yakin bahawa dia hanya menyayangi Kamal sebagai kawan dan ingin Kamal mengubah hidupnya.

Kamal mengambil keputusan yang mungkin membahayakan nyawanya demi menggembirakan Ika dan tekad untuk mengubah hidupnya. Kehadiran Abu, rakan serumah Kamal sedikit sebanyak mendorong Kamal untuk meluahkan perasaan kepada Ika.

Namun Malik (lakonan Fezrul Khan) pula menggugat keadaan apabila beliau jatuh cinta pada Ika dan melamarnya. Ika sudah pun bersetuju untuk mengahwini Malik ketika sesuatu menimpa Kamal. Di saat kebenaran terungkai, Kamal sudah pergi membawa diri. Adakah Ika yakin cintanya akan Malik? Atau Ika sebenarnya sayangkan Kamal lebih dari sekadar kawan?

 

_MG_4098

PENDAPAT / PANDANGAN AKU :

  • Sesuatu yang sangat lain. Kalau tak diumumkan siapa pengarah filem ni, mesti aku tak akan sangka filem ni adalah buah tangan dari Pierre Andre.
  • Aku suka hasil sinematografinya. Shot-shot ringkas yang diambil, contohnya, tangan yang memegang rokok, telefon bimbit.
  • Jalan cerita yang tak terlalu laju. Walaupun ending nya masih boleh dibaca atau diagak, tapi ia tidak membosankan langsung.

 

DSC00270

Jadi, jangan lupa tonton filem CERITA kita di pawagam okay??? Mula ditayangkan HARI INI !!! Woot woot!!!!!!!!!!!

 

 

 

XOXO

Wednesday, March 6, 2013

Best jugak youtuber sorang ni…

 

Assalamualaikum..

 

Seperti yang kita sedia maklum Youtube sekarang bukan sekadar platform untuk kita menonton klip video lagu atau filem, malah jadi platform untuk perkongsian informasi melalui isi kandungan video, dan juga tempat mengasah bakat. Tak gitu??

 

Banyak gila dah artis-artis yang lahir dari laman Youtube kat luar sana.. Ramai je manusia bersuara sedap yang share video nyanyian di Youtube tapi tak jadi artis la kan. Sebab ade orang tu minat menyanyi dan jadikan ia sebagai hobi saja..

 

 

Aku baru kenal SHAHZAMIR ni melalui video di atas. Ada kawan yang share video ni kat Youtube. Video nyanyian bersama Najwa Latif sape tak kenal oii… Setelah ku dengar-dengar lagu ni, gua rasa best jugak suara mamat ni…

 

Dah lah muka dia macam muka ex-classmate aku kat USM hahaha. Suara pulak boleh tahan. So korang pergilah ramai-ramai subscribe Youtube channel SHAHZAMIR okay? Like, share dan tweet juga Muahaha… Dan subscribe juga Youtube channel Najwa Latif bagi yang belom subscribe tu..

 

Dah alang-alang nak subscribe tu, subscribe channel Youtube Amanz Network sekali, seminggu sekali dapat la tengok video aku jugak. Ehh ter-promote lak. Kbai.

 

 

 

XOXO

Tuesday, March 5, 2013

OOTD – Pink Ombre knitted cardi

 

Assamualaikum…

 

Sejak dua menjak ni aku memang suka pakai something yang light and simple aje. Dah jarang pakai dress wooo.. Rasa macam lain aje pakai maxi skirt atau dress.. Aku ni dah lah kasar, langkah besar macam orang laki. Bahahaha!! So keganasan aku tu buat aku rasa awkward nak biasakan diri pakai dress balik..

 

 

DSC00208

Well well… such an OOTD blogpost la kan. Ini apa yang aku pakai masa majlis pratonton filem Cerita Kita lakonan Yana Samsudin, Fezrul Khan, Pekin Ibrahim dan Shima Anuar. Well, PINK adalah warna wajib since ianya warna kegemaran aku plus warna rasmi Yana Super Friend!

 

Apa yang aku nak highlightkan ialah pink ombre knitted cardi aku tu lahh ehem ehem. Cantik tak cantik tak? Ala kalau korang kata tak cantik pun aku tetap kata cantiks. Ahaks !! I truly love ombre but before this dont have the chance to buy anything in ombre. Well, walaupun dah tak glemer mana Ombre style ni aku tetap nak beli.

 

cropped

And yeah, I grabbed this lovely and comfy cardi at VOIR Gallery, Sunway Pyramid and the price was RM96.90. Bagi aku berbaloi sebab kualiti bagus. And if you want to buy tribal shawl like mine, just browse my collections in instagram @fsyn_my okay!

 

 

XOXO

Monday, March 4, 2013

[EVENT] Nuffnang Is 6 ! It was a blast yeah !

 

Assalamualaikum dan hai semua…

 

InshaAllah lepas ni aku akan lebih rajin memenuhkan dashboard Blogger.com korang dengan entry terbaru dari aku… Maklumlah, sejak memulakan kehidupan yang baru ni semuanya bukan mudah. Tapi alhamdulillah aku gembira dan aku bersyukur dengan rezekiNYA…

 

Semalam, tanggal 2 Mac 2013, genap 6 tahun Nuffnang bertapak di Malaysia. Sepanjang 6 tahun ni mesti banyak jatuh bangun syarikat ni untuk berada di tempat mereka sekarang.. Dan dengan Nuffnang jugaklah aku dapat merasa satu sisi lain dalam hidup aku. Berpeluang join events, dapat hadiah dan jumpa artis!

 

Dan aku pun hampir berhenti blogging selama lebih 4 bulan aku rasa. Blog aku seakan mati bila aku jarang sangat-sangat update blog. And now I’m back to blogging arena. Dan antara event yang mula-mula aku libatkan diri ialah NUFFNANG 6TH BIRTHDAY BASH yang diadakan di LUST, Kuala Lumpur.

 

**PHOTO SPAM**

DPP_0002

LUST, KL. Satu bangunan dengan Paper n Toast je haaa… Tempat aku and geng Amanz selalu co-working dulu…

 

 

DPP_0010

Diva merah menyala si Kifli Mally. Rantai kau taknak kalah kan nyah! Hahahha.. Yang baju nye berkotak-kotak itu Cik Lily Putih. Yang tudung warna warni tu pulak entah feeling gapo dio sampai duk jeling tempat lain. Almaklumlah kamera kiri kanan atas bawah sume nak pandang ahah!!

 

 

DPP_0022

Yang baju merah tu blogger baru Dyana Hassan. Jom ramai-ramai follow blog dia ye ! And yang kat tengah-tengah tu kawan beliau :)

 

 

DPP_0055

Yang berjaket biru tu sapa tak kenal memang nak kena ketuk kepala la kot. Blogger femesssss akak Pen Merah oh em gee !!! And jelita kat tengah-tengah tu Ceera Moon.

 

 

DPP_0053

With a few Chinese bloggers friends. And oh em gee, look who’s on my right. It’s Fui Chen, my classmate during from 5 ! Gosh I was shocked. I dont know what to say, what to react ahah! She’s so pretty and stylish now ahaa! Nice to meet you back dear !

 

 

DPP_0058

Lapor wehh laporrr !!!! Dari kiri, blogger dengan fanpage 1 juta like Pen Merah, Mokky, the burung hantu girl who always make faces in front of the camera Yen Ling, traveller yang comel Rayyan Haries and muka yang tidak lagi disembunyikan iaitu Pak Lan.

 

 

DPP_0070

Taking pic with my oppa is a must! Hahahahha!!!

 

 

DPP_0142

Hoyeahhhh!!!!!!!!!!! I won a 3 days 2 night stay at Awana Porto Malai Langkawi !! Yeahh thank you so much Resorts World Genting as one of the sponsors for NUFFNANG 6TH BIRTHDAY BASH !!! Thank you so muchhhhh  ♥

 

Well, itu sebahagian daripada gambar-gambar yang beratus-ratus yang diambil oleh Pak Lan. Banyak lagi pic kat kamera hakak Pen Merah… Nanti iols buat entry second part ehhh. Banyak lagi pics nak share dengan uollss hahahaha~ Till then !

 

 

XOXO