Thursday, December 5, 2013

Sertai perhimpunan blogger – BLOGRRR MOST WANTED !

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

 

Kepada semua pembaca, tidak kira anda blogger atau tidak, jom lah ramai ramai datang ke event perhimpunan blogger di MIECC, The Mines pada 14 Disember ini.. Kalau nak tahu ape kebenda BLOGRRR ni kan.. meh aku nak terangkan sikit.

 

BLOGRRR MOST WANTED ni merupakan event anjuran mynic bertujuan mengumpulkan seberapa ramai blogger ! Semasa event ni berlangsung akan ada pelbagai jenis aktiviti, perkongsian ilmu dan tips, gerai jualan dan juga cabutan bertuah ! Masa event ni lah nak jumpa blogger dan readers kan kan kan..

 

 

poster ENG

 

APA ???
Event untuk mengumpulkan para bloggers dan juga perkongsian ilmu, selain dari majlis penyampaian anugerah blog dan juga gerai jualan.

BILA ???
14 Disember 2013

DI MANA ???
Mines Exhibition Centre (MIECC), Jalan Dulang, MINES Resort City, Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor

*Boleh datang naik KTM, turun di stesen Serdang dan amik teksi ke sana*

 

 

Ahaaa selain daripada bertemu blogger dan juga online shop – online shop yang bakal bukak booth semasa event BLOGRRR ni nanti, korang yang datang nanti berpeluang bertemu artis tempatan ! Haaa jom lah jom lah boleh cuci cuci mata, membeli belah dan juga bergambar sakan dengan retis retis sebenar. Boleh tunjuk kat kengkawan haa Smile with tongue out

 

 

1393634_1409570249279387_1048980166_n

Korang blogger baru? Haaa jangan malu jangan segan nak datang ! Ajak kawan kawan semua okayh !! Kalau korang serius nak majukan blog dan juga nak tahu cara macam mana buat income dengan blog, KORANG WAJIB DATANG event BLOGRRR niii !!!!!!! Sebab ada seminar dan juga talk yang akan diadakan. Dan semuanya adalah PERCUMA !! Masuk percuma okayh ! Mai je datang dengar talk. Haaiii takkan orang nak bagi ilmu free pon tak nak?

 

 

482459_1409831915919887_1835277508_n

Kalau korang perasaan, dah macam jarang dengar je blogger buat gathering. Zaman aku dulu rajin benau buat gathering. Dengan cara gathering laa kita dapat mengenali sesama blogger dengan lebih dekat dan merapatkan ukhuwah.. Apa kata kita semua berkumpul pada 14 Disember ni dan sama sama mengeratkan kembali ukhuwah sesama rakan blogger?

 

Kepada yang bukan blogger pun sangat sangat dialu alukan datang ke acara BLOGRRR  ni okeh, sebab korang pon boleh berkenalan dengan para blogger, dan mendapat sedikit sebanyak pengetahuan mengenai dunia blogger. Mana tahu satu hari nanti korang memerlukan blogger untuk tujuan tertentu kan kan kan?

 

 

PEMILIK ONLINE SHOP ??

Anda memiliki online shop (blogshop / website / facebook page / instagram dll) ?? Jom semua kita bukak booth nak? Ehem ehemm.. online shop yang diasaskan oleh aku iaitu FSYN by NK pon akan bukak booth tau ! Booth aku nanti akan aku share dengan seorang rakan.. Ehem.. ehemm kalau nak tahu, kena datang la event !

Jom bukak booth dengan kadar sewa serendah RM50 ! Tapak sewa bersaiz 7x7 kaki, ada banquet table, dua kerusi dan plug point. So bawak lah apa yang patut ye ! Ohh ye, booth tercantik nanti akan ada hadiah tau ! So hiaslah booth anda selawa dan sekreatif yang mungkin ! Daftar sekarang di sini yee !!

 

 

ANUGERAH UNTUK BLOGGER

Akan ada 10 jenis kategori anugerah yang akan BLOGRRR sampaikan.. Tengok senarai 10 anugerah tu kat sini ye.. Kalau ada rerakan blogger / blog yang anda rasa layak untuk menang, boleh anda calonkan kat sini dan pemenang akan kami pilih mengikut keputusan juri-juri yang telah dilantik.. Ehemm.. AMANZ selaku supporter event ni tak boleh lah join anugerah.. blog aku pon kirenye tak leh la. Huwaa !

 

 

 

Sooo… kalau nak tahu lebih lanjut jom lah ke website berikut :
http://www.blogrrr.my/index.html

Nak sewa booth :
http://www.blogrrr.my/exhibitors.html

Nak calonkan blog untuk menang anugerah :
http://www.blogrrr.my/awards.html

 

 

Haaa… apa lagi, aku pon akan berada di sana sepanjang hari ye. Maka korang pun datanglah menepek dari pagi sampai petang, boleh ye semuaaa.. Hehehe dah kat sana nanti jangan malu jangan segan nak tegur aku ye. Aku tak makan orang. Aku makan spaghetti je. Hahaha !!

 

 

PSSTTTT !!!! TSHIRT BLOGRRR PERCUMA UNTUK 200 PENGUNJUNG TERAWAL !!! STOK TERHAD, SIAPA CEPAT DIA DAPAT !!

JOM PRE-DAFTAR KEHADIRAN DI SINI !!

 

 

SEE YOU GUYS THERE !

 

 

 

XOXO

15 comments :

HaFizaH aYu said...

Start jam brape nisa..insyaallah lau kelapangan nk pi

amirnawawi said...

Daebak!! Kena join jugak nih

aien hermionie said...

wah.. best nyer.. tapi jauh sangat.. huhu..

Nurul Atiqah Ahmed said...

terbaik!
inshaAllah.. see you there on 14th!
moga dipermudahkan. ameen. :D

~emi~ said...

Menarik! Dekat je The Mines tu. tapi nak pegi dgn sape ek..huhu

anne hanim said...

I will. Heee

YnaRazali said...

nak join!see you there Nisa!

Hanum said...

Thanks A Lot Akak Nisa ;) Saya baru register nama kat booth.
See u Akak.
Thanks untuk info yang sangat berguna ni ye.
Love u akak ;)

chinta said...

hebat nisa!

Atiqah Nadhirah Azhar said...

Hai..better naik bot pegi mines .rm2 ja..dari ktm serdang.teksi mahal..
Hai..kak.nisa.jenguk lah blog saya..
Lilimerahjambu.blogspot.com.
Have a nice day

Isabella Sofiaelena said...

Ala nak sangat pergi. Tp jauh gila..T_T

Oh Ping Blog said...

wow!!!
teruja nak pegi nie..
hikhik

Maya Omar said...

wow..opportunity utk jupe nisa and kawan2..insyaallah will be there..:)

Izzati Shaidi said...

kena pergi ni , dekat je ngan rumah saya , hihi

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

nak kemhor laa dgn nisa sampai ter pitam laaa t..