Thursday, December 5, 2013

Malaysia Tourism Hunt 2013 (MTH2013) – Part 1

 

Assalamualaikum..

 

Fuh fuhh *tiup habuk kat blog* hee rasa bersalah kat readers sebab aku dah slow blogging sekarang. Sekarang duk fokus meniaga dan fokus pada kerja dengan AMANZ… Dan juga… fokus mengikuti kelas memandu yeahuuu !! *berita gembira*

 

Gembira sangat sangat. Sekarang ni bayang lesen tu dah makin kelihatan, takdelah asyik kena perli dengan abang aku *huhuuu* Nanti dah ade kenderaan sendiri, senanglah aku nak ke hulu ke hilir pergi event. Yeah ! Tak payah dah menyusahkan orang keliling *lompat bintang*

 

 

13799997137870

 

Okay okay panjang pulak mukadimah gua hari ni, excited menaip kot.. Aku nak kongsikan dengan korang mengenai aktiviti pelancongan yang aku join lebih kurang dua bulan lepas. MALAYSIA TOURISM HUNT 2013 (MTH2013) merupakan aktiviti untuk memberi lebih exposure kepada tempat tarikan pelancong di Malaysia, sambil kami beraktiviti treasure hunt, selesai kuiz dan tugasan untuk menang hadiah. Haa paham ke idok?

 

Untuk entry part 1 ni aku takde lah banyak kisah sangat, just nak kongsikan mengenai tempat penginapan kami di Putrajaya selama 3 hari 2 malam. Oh ye, untuk pengetahuan semua MTH2013 ni berlangsung selama seminggu (7 hari) ! Haa tak pernah lagi aku travel selama ni. Paling lama pun empat hari tiga malam..

 

Semasa hari pertama, semua peserta MTH2013 ni check in di THE EVERLY HOTEL, Putrajaya. Hotel ni terletak betul-betul sebelah pusat membeli-belah Alamanda Putrajaya.

 

[credit here]

 

Ini adalah gambar hotel ni. Tampak ringkas je dari luar. Bangunan belah kanan tu lah Alamanda Putrajaya. Aku rasa lokasinya agak strategik. Sebab senang nak cari (boleh jadikan Alamanda sebagai landmark). And dekat dengan mall, so kalau nak beli apa-apa or cari makanan senang jugak la.. Pintu masuk hotel dekat dengan hujung mall, yang dekat dengan medan selera tu..

 

Hotel ni jugak jadi pilihan para graduan yang akan berkonvokesyen. Sebab masa hari aku check in tu ramai jugak keluarga yang datang menginap sempena musim konvokesyen yang berlangsung di PICC.

 

 

DSC09807

Check in seorang duluu.. My roommate tidak diketahui lagi masa ni.. So just enjoy the room sorang-sorang selagi ada masa.. Muahahahaa…

 

 

Gambar sekitar bilik hotel…

DSC09809

DSC09811

DSC09814

 

 

DSC09816

Bagi aku bilik ni cukup selesa nak duduk dua orang. Rekaan dalaman yang tampak moden dan kontemporari, which is my favorite ! Hiasan yang kat dinding tuuu ! Suka lah !

 

DSC09822

DSC09830

 

 

DSC09844

Bila dah sengsorang dalam bilik, mulalah buat keje gilo. Set timer kamera, pastu bebuat posing tido. Kengkonon penat lettew.. Sebabnya, sebelum check in aku sempat la jenjalan cuci mata cuci telinga kat Alamanda Putrajaya. Her her her…

 

 

DSC09834

Pemandangan dari tingkap bilik.. Hotel ni mengadap Alamanda Putrajaya.. Kalau dapat bilik belah lagi satu tu, maybe pemandangan tasik *kalau tak silap aku ler*

 

 

DSC09847

Isi kandungan goodies bag. Yeayyy Thank you GAYA TRAVEL dan juga sponsors !

 

 

DSC09854

Malamnye pula kami dinner di dalam ballroom ni… Sambil dinner, sambil briefing dan ucapan dari pihak-pihak tertentu.. Turut berlangsung pembahagian kumpulan.. Nanti next entry la ye aku tunjuk siapakah yang sangat bertuah dapat sama team dengan aku *muahahaa* yang pasti akulah satu-satunya budak kecik dalam team itu.

 

 

DSC09858

Yeayyy dapat MYPass card dan juga simkad serta reload. Thanks Touch n Go dan Maxis ! Nak tahu lebih lanjut mengenai MYPass card tu? JOM BACA KAT SINI !

 

 

Okayla… thank you so much kepada yang masih sudi baca blog kudus aku ni *kesat air mata* Aku sedar aku banyak kekurangan dalam menjalani hidup sebagai seorang blogger, tapi janganlah hanya tahu MENUDING JARI. Aku tahu aku ada salah silap sana sini, tapi jangan bercakap mengalahkan orang yang dah kenal aku bertahun eh. Kau takde kat tempat aku. *Eh emo pulak heh*

 

Okay okayyy jumpa next entry !

 

XOXO

2 comments :

anne hanim said...

Keep moving. We always here. You know why? Because you the aggressive writer and we the obsessive readers. (Wink)

Hafiz Hafizol said...

haiii nisa.... rindu nya kat awak :(



Kbye