Tuesday, November 5, 2013

Kad MYPass – Memudahkan perjalanan dan percutian di Malaysia!

 

Assalamualaikum..

 

DSC02570

Ahaaa first first kita kasi tepek muka sendiri.. Nak dijadikan cerita aku terlepas tren sebab hujan lebat di Shah Alam dan jalan jem. So aku lambat sampai KL Sentral dan terlepas group blogger dan media yang gerak ke KLIA menaiki ERL. Sudahnye aku bergerak sendiri ke KLIA naik ERL sorang-sorang. Wakaka. Haaa ade ape sebenornye ni???

 

 

DSC02586

Ahaaa ini lah dia tujuannya.. Aku bersama beberapa rakan blogger dan media pagi-pagi ke KLIA untuk menerjah booth MYPass di KLIA. Ahaa ape benda MYPass ni? Di bawah ni ade sikit info mengenai apa itu kad MYPass ni :

  • Kad prabayar dan diskaun yang dikeluarkan oleh Touch ‘n Go. Kiranya MYPass ni produk terbaru TnG la..
  • Kad MYPass boleh digunakan untuk membayar produk dan servis tertentu, di mana korang boleh lihat logo Touch ‘n Go dipamerkan.
  • Produk dan servis yang boleh guna dengan MYPass ni termasuk public transport di KL, kedai runcit, makanan dan minuman, taman tema, tempat tarikan dan macam-macam lagi arr.

Haaa ni sikit laa penjelasan mengenai apa tu MYPass kan.. Kalau kureng jelas lagi mengenai fungsi MYPass ni, haa apa lagi, teruskan membaca entry ku ini !

 

 

DSC02588

Mana nak beli kad MYPass ni ? Boleh beli kat kiosk / booth MYPass seperti di dalam senarai di bawah ye (sumber : laman web MYPass ) :

mana nak beli

 

 

Harga satu pack MYPass ini RM38 sahaja ! Apa ada dalam pack MYPass ni? Haa jom usha :

DSC02588

Dalam satu pack, kita akan dapat sekeping kad MYPass dengan reload RM10 yang dah sedia ada, buku panduan yang padat dengan info mengenai tempat menarik di Malaysia, borang redemption simcard Hotlink dan buku vouchers. Ini best sebab ade berpuluh-puluh keping voucher yang kita boleh guna di kedai-kedai terpilih.

 

Haa kenapa tajuk entry ni mengatakan mengenai percutian dan perjalanan? Hal ini adalah kerana kad MYPass ni bukan je boleh berfungsi macam kad TnG biasa (boleh guna kat tol dan untuk naik public transport) malah boleh guna ala kad prabayar untuk bayar makanan or minuman atau untuk dapat diskaun hebat !

diskaun n privileges

Boleh rujuk kat page MYPass : Discounts & Privileges senarai kedai atau tarikan utama kat Malaysia ni yang kita boleh guna MYPass.

 

 

DSC02590

Taraaa ini sarapan kami pagi tu, di Old Town White Coffee. Makanan sedap, sesuai nak isi perut sebelum korang fly ke mana-mana kann.. Haaa yang best nye Old Town ni of the merchants under MYPass ! Kita boleh gunakan kad MYPass untuk bayar makanan / minuman kita ! Woahh ni yang rasa nak reload kad MYPass banyak-banyak, so kalau nak fly ke mana-mana boleh makan dulu kat Old Town KLIA !

 

 

DSC02594

Ehem… sebut pasal fly ke sana sini, of course la kan kita akan menukar mata wang kann.. Ada banyak sangat money changer kat Malaysia ni kan.. Lagi-lagi kat kawasan yang banyak pelancong macam Kuala Lumpur. Tepi-tepi jalan pon banyak money changer. Ada yang offer tukaran kaw kaw best gilos, tapi yang tak best nye ade lak kes dapat wang palsu !

 

Kalau nak selamat dan tawaran tukaran menarik, boleh ke CIMB Bureau de Change (CIMB BDC) ni. Boleh tukar wang dengan perasaan selamat, takyah takut terrr-terima duit palsu ke apa. CIMB BDC ni jugak ada their own Foreign Currency Dispenser. Mudah kan.  Ada banyak features best dengan CIMB BDC ni, boleh check di laman web CIMB okay?

 

 

DSC02603

Ehemmm… nak naik ERL balik ke KL Sentral, takyah beratur beli tiket ke apa. Just touch je kad MYPass dan yoshh terus masuk ke ruangan menunggu ERL. Her her her…

 

DSC02605

Singgah di Touch ‘n Go hub yang terletak di KL Sentral. Haa nak buat apakah ?

 

DSC02611

Selain ada kaunter khidmat pelanggan, korang sebenarnya boleh customize kad TnG korang di sini !! Macam yang korang tengok dalam gambar ni. Curlass blogger Indonesia Acen Trisusanto punye gambar tauu. Kerennn bangat ! Terus siap print kat situ jugak okeh ! Sekejap sangat. Kalau tak silap dalam sploh hengget jugak nak buat ni kan. Just siap-siap bawak gambar high resolution dalam pendrive korang ye !

 

 

DSC02614

Kan dalam pek MYPass tadi ade borang redemption simcard Hotlink kan? Haa it was our fellow blogger from Philippine, Edgar of Eazy Traveler redeeming his Hotlink simcard, so it’s easier for him to contact us using the simcard .

 

 

DSC02616

Gunakan kad MYPass untuk public transport. Ohh ni masa naik KTM ke Mid Valley, untuk lunch.. Yhauuu boleh guna vouchers yang dapat dari buku vouchers tadi haa.. Korang boleh check sendiri senarai merchants makanan dan minuman under MYPass ni : KLIK SINI.

 

 

cats

Yuhuuu jom jalan-jalan sekitar KL naik bas Hop-On-Hop-Off ni ! Dapat diskaun 20% dengan MYPass wohhooo !! More info about discounts of this HoHo bus, CLICK HERE ! Psstt sorry ler gambor gua dan Acen kureng semenggah, menikmati angin betol kami duduk di open deck di atas bas dua tingkat ni.

 

 

cats

Jomm singgah Central Market (Pasar Seni) Banyak benda unik yang kita boleh beli.. dan ade kedai tertentu yang kita boleh dapatkan diskaun menggunakan voucer MYPass ! Yeahh !!

 

 

cats

Ahaaa diskaun 10% untuk tiket ke Menara KL ! Boleh nikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur dari Observation Deck kat sini. Mak oiii takutnye iolsss !! Rasa jantung ni tertinggal kat bawah dah ha ! Duk tahan takut pastu bergambar posing tak hengat pulak. Hahaha. Macam mana nak dapat diskaun tiket Menara KL ni? KLIK SINI

 

 

cats

Dah penat jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur, ni lah masanya nak relax dan manjakan diri dengan urutan di Jojoba Spa, yang terletak di Times Square, Kuala Lumpur ! Diskaun berbaloi-baloi okeh ! Boleh usha lebih KAT SINI (SILA KLIK SELAJU MUNGKIN) ahaha…

 

 

Haaa sebelum aku akhiri entry yang agak panjang ni (maklumlah berjalan seharian woihh seronokk!) ni rajinkan diri sikit lagi baca apa yang best nye lagi pasal kad MYPass ni.. sebab ade mention pasal percutian kan.. so kad ni sangat convenient dan efisien untuk pelancong dari luar negara jugak !!

best

 

So kalau korang ade kawan orang luar negara yang teringin nak makan angin kat Malaysia ni, boleh lah promote-promote kat kawan-kawan korang tu ye.. Kita orang Malaysia pon sangat convenient kalau beli kad ni okeh ! Gunalah voucer yang banyak tu sepuasnya hehe !

 

 

Untuk lebih info boleh lah ke laman web rasmi MYPass okeh !

 

 

 

 

 

 

Special thanks to Gaya Travel and Touch 'n Go for the around KL trip ! I had so much fun ! I bet other bloggers and media friends also had fun too !

 

 

 

XOXO.

11 comments :

amirnawawi said...

Wah bestnyer.. teringin nak turut serta program gaya travel nih

LA PENSÉE said...

best la youuuu! nak join trip dgn group blogger jugakkk! >.<

penaberkala said...

best giler kan naik hop on hop off tu
pernah naik sekali beberapa bulan lepas
good experience indeed

sha dhira said...

oshem gak kad MYPass ni..

tenku butang said...

Ho.. ok lah klu ada kad my pass ni yea.. nisa..awat nisa slim jea dari dulu.. untung bdn x naik..

Cik Ummi said...

seronoknyaaaa :D

so kiranya kalau dah MYPass, boleh je lah ek nak lalu semua tol?
Kalau dah ade TnG card, pastu nak wat MYpass,kira mcm bazir lah kan sbb TnG kad da xyah guna lg?

Jannah Jane said...

wahhhh....very good information kak nisa....thanks!

Puisi Jiwa Sesat said...

macam best. kene beli jugak ni. ^_^

Izzah Azizah said...

Senanglah kalau ada MyPass ni tapi nak g buatnyer jauh lah pulakk KL sane tu..agak2 kat Kuantan ada tak..

Era said...

Ehhh RM38 tu untuk semua tempat ke memang kena reload senantiasa??

hanari said...

Praktis dan mudah