Monday, August 26, 2013

TIPS KECANTIKAN - Tips mudah untuk kulit kering


Assalamualaikum...
 
 
 
 

Aku tak ingat lak mana aku baca tips-tips untuk kulit kering ni... Tips ni campur-campur.. ada yang aku amik dari majalah.. Ada yang aku baca kat website lifestyle dan macam-macam lagi.. Biasa kalau aku buat entry pasal mekap atau skin care, aku buat entry tu based on jenis kulit aku je... kulit aku lak jenis normal. So kali ni aku nak bagi quick tips untuk kulit kering atau mencegah kulit daripada menjadi kering. 
 
 
 
 
 
 
1. GUNAKAN LOTION
 
Mesti ramai di antara korang yang dah fedup nak pakai losyen. Mesti dah banyak jenis dan jnama losyen yang korang cuba kan? Basically fungsi losyen memang lah untuk melembap dan melembutkan kulit. Tapi korang tau tak nak sapu losyen kat kulit pon ade teknik dia. Haaa hasil terbaik ialah apply losyen tu semasa kulit sedikit lembap - contohnya lepas mandi.
 
Jangan lak korang gosok badan korang kuat-kuat degan towel, sebab perbuatan tu akan hasilkan iritasi pada kulit dan mengeringkan. Just lap badan dengan towel secara lembut, cukup takde air yang menitis dah. Then apply losyen. Sapu seluruh badan. Satu jenama yang aku nak rekemen kan ialah losyen Vaseline untuk lembapkan kulit secara efektif.
 
 
 
 
 
 
 
 
2. GUNA SUNSCREEN LOTION SEPANJANG MASA
 
Mesti korang ingat sunscreen lotion hanya perlu digunakan kalau kita keluar jalan-jalan or pegi pantai. Haaahaaa aku pun ingat macam tu jugak. Tapi sekarang dan banyak jenis sunscreen kan.. So cari jenis yang memang untuk losyen badan dan pakai jugak walaupun di rumah. Ia akan buat kulit kurang mengelupas.
 
 
 
 
 
 
 
3. ELAKKAN PENGGUNAAN PEEL-OFF MASK DENGAN KERAP
 
Ini pon baru aku tahu. Mereka yang berkulit kering kena elakkan guna peel off mask. Sebab ia akan menambahkan pengelupasan dan kulitnbertambah-tambah kering. So kalau pakai peel-off mask tu jangan sampai dua tiga kali seminggu. Just guna seminggu atau dua minggu sekali okey. Kang makin teruk lak kering dan mengelupas tu. Kalau nak guna mask, disarankan pakai mask dari sari almond dan walnut untuk melembutkan kulit.
 
 
 
 
 
 
4. DONT BE A WATER BABY LAAA...
 
Korang ada tak habit mandi sebelum tido? Selalunya kalau aku pun, kalau dah penat or seharian keluar aku akan mandi sebelum tido, badan fresh nak tido pon syiokk. Tapi apa yang kita patut elak ialah berendam terlalu lama dan mandi guna air panas ! Sebab kalau berendam lama-lama, kulit akan mengecut nanti cepat kedut lak. Mandi air panas terlalu kerap lak menyebabkan kulit bertambah kering.
 
 
Mandi malam memanglah boleh buat kita rasa tenang, segar dan relax lepas seharian keluar / bekerja.. Tapi sebenarnya tabiat ni boleh menghilangkan lembapan kulit !  Jadi kalau nak malam tu mandi guna air biasa (tidak panas) dan make it short okay ! Tak perlu nak berlama-lama dalam bilik air.
 
 
 
 
 
 
5. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH
 
Ini memang tips kesegaran tubuh badan dan kecantikan kulit yang tidak disangkal-sangkal lagi. Minum at least 8 hingga 10 gelas air putih sehari untuk badan yang lebih segar, kesihatan kulit dan lain-lain. Orang-orang tua cakap banyakkan minum air putih akan menghasilkan kulit yang tampak berseri. Haaa bukan sekadar cerah dan sihat, berseri-seri lagi!
 
 
 
 
 
 
 
 
Semoga tips-tips yang aku kongsikan di atas banyak manfaat untuk kalian yang mmbaca... Bagi aku, langkah yang paling asas, paling mudah dan paling murah untuk kita laksanakan ialah tips yang terakhir tu... iaitu minum air dengan banyak...
 
 
 
Kat rumah aku memang aku ada prepare sebotol air masak untuk aku minum.. Sebab aku da habit suka minum air manis or air bergas, so sekarang memang tengah nak didik diri untuk banyakkan minum air putih... Dulu masa seolah dulu aku pergi jalan kaki je.. Minum air masak banyak-banyak memang tak penat, takdak hal..
 
 
 
Minum banyak air jugak buat kulit muka bersih je. Yes ini terbukti, sebab zaman aku naik tingkatan 5 dulu, kawan-kawan lain dah start sibuk jaga muka dengan macam-macam produk, aku lak tak risau sebab memang masalah jerawat sangat minima. So sekarang dah malas minum air kan, aku pun nak jugak amalkan balik. So sama-samalah kita...
 
 
 
 
 
 
 
XOXO

25 comments:

  1. kak nisa guna skincare ape eyh? cosmoderm ke? cantik sgt kulit kak nisa :)

    ReplyDelete
  2. Okay, bru tau mandi b4 tido boleh menyahhidrasikan kulit. eceh. thanks for thsi tips. kulit awa emang kering banget. nt mesti cept kedut. hmm T_T

    ReplyDelete
  3. Okay, bru tau mandi b4 tido boleh menyahhidrasikan kulit. eceh. thanks for thsi tips. kulit awa emang kering banget. nt mesti cept kedut. hmm T_T

    ReplyDelete
  4. Nisa, bila nak umumkan pemenang GA ari tu? Huhu..

    ReplyDelete
  5. Thanks untuk info nie Nisa .. pasnie nk minum air putih byk2 nak kulit lawa gak ahh haha =p

    ReplyDelete
  6. Kak Nisa . Thanks a lot . Sebab Nina memang tengah alami kulit kering skunk ney . Hopefully petua ney dapat improve kulit Nina . Loveyou akak :)

    ReplyDelete
  7. Nice. Thanka for sharing dear ;)

    ReplyDelete
  8. haa.. citer pasal kulit kering ni.. bagi iqa memang stress! sebab contoh kalau nak apply bedak kat muka.. confirm nampak la cebisan2 kulit kering tu... T.T puas da minum air bergelen2 tapi tak ok gak.. huhu over. tp since da guna product hadalabo yang Super Hyalueinic Acid.. trus hilang masalah kulit kering dan mengelupas :) just share my opinion ^.^

    ReplyDelete
  9. thanks info ni, nanti bagi info kulit berminyak pulak tau ^^

    ReplyDelete
  10. haha.. yang mandi air panas tu yang tak boleh tu. sebab kat cameron ni. sentiasa kena air panas. kalau sejuk. maw menggeletar satu badan ni.oh, tak sanggup. -_-

    ReplyDelete
  11. pentingnye penjagaan wajah skrg ni walaupun lelaki . hehe

    ReplyDelete
  12. pentingnye penjagaan wajah skrg ni walaupun lelaki . hehe

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. thanks nisa sharing this entri. sangat berguna tips2 ni :)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. thanks nisa sharing this entri. sangat berguna tips2 ni :)

    ReplyDelete
  15. terima kasih kerana berkongsikan info ini..

    ReplyDelete
  16. Yeeeee.....base of skincare is most and more important than u all nak calit mekap sana sini...so kesihatan dn kecantikan kulit sgt pntg untk kualiti mekap u guys..

    ReplyDelete
  17. Best info ni! tips yang amat berguna. thanks admin :)
    by the way, baru ni saya dapat redeem produk New York Skin Solution! hihihi.. sapa nak boleh redeem gak kat sini http://bit.ly/18AqucF

    ReplyDelete
  18. petua no.5 tu je yg selalu aku amalkan..hu3

    ReplyDelete
  19. Orang lelaki camana plak? Boleh peel off juga ke?

    ReplyDelete
  20. wow nice tips n thanksssssz =)
    nnti musin sejuk kulit cepat kering.. hahha ;3

    ReplyDelete
  21. wow.. tips yang menarik sis. nak share yer. tq

    ReplyDelete
  22. Terima kasih atas tips ini. Saya share di FB.

    ReplyDelete
  23. thanks..kulit sy pun kering..kusam

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay