Monday, August 26, 2013

TIPS KECANTIKAN - Tips mudah untuk kulit kering


Assalamualaikum...
 
 
 
 

Aku tak ingat lak mana aku baca tips-tips untuk kulit kering ni... Tips ni campur-campur.. ada yang aku amik dari majalah.. Ada yang aku baca kat website lifestyle dan macam-macam lagi.. Biasa kalau aku buat entry pasal mekap atau skin care, aku buat entry tu based on jenis kulit aku je... kulit aku lak jenis normal. So kali ni aku nak bagi quick tips untuk kulit kering atau mencegah kulit daripada menjadi kering. 
 
 
 
 
 
 
1. GUNAKAN LOTION
 
Mesti ramai di antara korang yang dah fedup nak pakai losyen. Mesti dah banyak jenis dan jnama losyen yang korang cuba kan? Basically fungsi losyen memang lah untuk melembap dan melembutkan kulit. Tapi korang tau tak nak sapu losyen kat kulit pon ade teknik dia. Haaa hasil terbaik ialah apply losyen tu semasa kulit sedikit lembap - contohnya lepas mandi.
 
Jangan lak korang gosok badan korang kuat-kuat degan towel, sebab perbuatan tu akan hasilkan iritasi pada kulit dan mengeringkan. Just lap badan dengan towel secara lembut, cukup takde air yang menitis dah. Then apply losyen. Sapu seluruh badan. Satu jenama yang aku nak rekemen kan ialah losyen Vaseline untuk lembapkan kulit secara efektif.
 
 
 
 
 
 
 
 
2. GUNA SUNSCREEN LOTION SEPANJANG MASA
 
Mesti korang ingat sunscreen lotion hanya perlu digunakan kalau kita keluar jalan-jalan or pegi pantai. Haaahaaa aku pun ingat macam tu jugak. Tapi sekarang dan banyak jenis sunscreen kan.. So cari jenis yang memang untuk losyen badan dan pakai jugak walaupun di rumah. Ia akan buat kulit kurang mengelupas.
 
 
 
 
 
 
 
3. ELAKKAN PENGGUNAAN PEEL-OFF MASK DENGAN KERAP
 
Ini pon baru aku tahu. Mereka yang berkulit kering kena elakkan guna peel off mask. Sebab ia akan menambahkan pengelupasan dan kulitnbertambah-tambah kering. So kalau pakai peel-off mask tu jangan sampai dua tiga kali seminggu. Just guna seminggu atau dua minggu sekali okey. Kang makin teruk lak kering dan mengelupas tu. Kalau nak guna mask, disarankan pakai mask dari sari almond dan walnut untuk melembutkan kulit.
 
 
 
 
 
 
4. DONT BE A WATER BABY LAAA...
 
Korang ada tak habit mandi sebelum tido? Selalunya kalau aku pun, kalau dah penat or seharian keluar aku akan mandi sebelum tido, badan fresh nak tido pon syiokk. Tapi apa yang kita patut elak ialah berendam terlalu lama dan mandi guna air panas ! Sebab kalau berendam lama-lama, kulit akan mengecut nanti cepat kedut lak. Mandi air panas terlalu kerap lak menyebabkan kulit bertambah kering.
 
 
Mandi malam memanglah boleh buat kita rasa tenang, segar dan relax lepas seharian keluar / bekerja.. Tapi sebenarnya tabiat ni boleh menghilangkan lembapan kulit !  Jadi kalau nak malam tu mandi guna air biasa (tidak panas) dan make it short okay ! Tak perlu nak berlama-lama dalam bilik air.
 
 
 
 
 
 
5. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH
 
Ini memang tips kesegaran tubuh badan dan kecantikan kulit yang tidak disangkal-sangkal lagi. Minum at least 8 hingga 10 gelas air putih sehari untuk badan yang lebih segar, kesihatan kulit dan lain-lain. Orang-orang tua cakap banyakkan minum air putih akan menghasilkan kulit yang tampak berseri. Haaa bukan sekadar cerah dan sihat, berseri-seri lagi!
 
 
 
 
 
 
 
 
Semoga tips-tips yang aku kongsikan di atas banyak manfaat untuk kalian yang mmbaca... Bagi aku, langkah yang paling asas, paling mudah dan paling murah untuk kita laksanakan ialah tips yang terakhir tu... iaitu minum air dengan banyak...
 
 
 
Kat rumah aku memang aku ada prepare sebotol air masak untuk aku minum.. Sebab aku da habit suka minum air manis or air bergas, so sekarang memang tengah nak didik diri untuk banyakkan minum air putih... Dulu masa seolah dulu aku pergi jalan kaki je.. Minum air masak banyak-banyak memang tak penat, takdak hal..
 
 
 
Minum banyak air jugak buat kulit muka bersih je. Yes ini terbukti, sebab zaman aku naik tingkatan 5 dulu, kawan-kawan lain dah start sibuk jaga muka dengan macam-macam produk, aku lak tak risau sebab memang masalah jerawat sangat minima. So sekarang dah malas minum air kan, aku pun nak jugak amalkan balik. So sama-samalah kita...
 
 
 
 
 
 
 
XOXO

Read More»

Friday, August 23, 2013

VIDEO – My everyday basic style wearing shawl

 

Assalamualaikum..

 

Haihhh bila tak boleh tido ni macam ni la jadinya.. Start develop habit update entry pagi-pagi buta macam ni.. Memang tak tahu apa punca takleh lelap langsung dah sekarang. Badan penat dan lesu, mata dah kuyu pun tak leh nak lelap.. Hmm xpelah.. it will be okay soon, I guess.

 

save

 

Okay macam ni citer dia.. Aku memang kalau pegi event, aku lebih suka pakai shawl sebab nampak lebih ayu (cehh) dan juga lebih kemas berbanding tudung bawal. Entah kenapa la aku rasa bila pakai tudung bawal nak gi event apa-apa, mesti tudung tu buat hal. Senget la.. kemek laaa. Adoi stress daku !

 

 

cara 2

So ramai jugak orang yang bertanya melalui laman instagram aku, macam mana aku pakai shawl.. macam mana aku pakai shawl.. Aku ase dah bape puluh kali aku jawab, cari saja di Youtube.. cari saja di Youtube.. Namun masih ramai yang tanya macam mana aku pakai shawl. Disebabkan mereka bersungguh-sungguh nak tahu, maka aku pun dengan penuh kesungguhan buat video di bawah ni untuk korang :

 

 

Ok dah sudah tengok dah? Haa siapa yang ade account Youtube bolehlah subscribe dengan channel aku ya ! Hahaha kemain tauu aku promoteee !! Bila aku usha balik channel Youtube lama aku, agak sedih lah sebab terpaksa bertukar ke channel yang baru.. sebab ada video lama yang dah lebih 1 juta views.. and subscriber lak dalam 2000 lebih gitu.

 

Tapi apakan daya, channel yang satu lagi tu sangatlah caca marba. Takpe nanti aku upload balik video-video mekap aku dulu ye. Hahahah bila tengok video lama rasa kelakar nak mati pulak. Isskk betapa tak matangnya perangai!

 

cara 3

 

Okayy lah! Thanks for watching ya semua ! Lebih kurang macam ni laa gambar penuh (bahagian deoan) kalau aku pakai shawl biasa. Tapi sekarang tengah gemar halfmoon shawl ahahh! Boleh usha gak tutorial halfmoon shawl kat channel youtube aku eh..

 

Daaa !! Muah muah !

 

 

XOXO


Read More»

Wednesday, August 21, 2013

FILEM – Paku Pontianak bukan filem pontianak tipikal

 

Assalamualaikum…

 

paku

 

Dup.. dap.. dup.. dap… begitulah degupan jantung aku sepanjang malam tadi… semuanya dek kerana penangan menonton filem terbaru dari MiG iaitu filem seram Paku Pontianak. Filem ini dari trailer nye kemain seram lahaiiiii.. Sampaikan aku cepat-cepat skip iklan trailer ni kat Youtube atau alih TV kalau keluar kat TV haha !!

 

PAKU PONTIANAK? Cerita apa lagi kalau bukan pasal hantu yang mati beranak atau lebih glemer dikenali sebagai pontianak. Namun setelah berakhirnya majlis pratonton filem PAKU PONTIANAK ni, aku dapat simpulkan di sini (dari sudut pandangan peribadi aku) filem ini tidak seperti filem pontianak biasa yang berlambak di pasaran.

 

_MG_4516

Macam mana kalau korang ditakdirkan KAHWIN DENGAN PONTIANAK? Yer of cos laa korang tak tahu yang orang itu pontianak ke tak kan… So kalau TER-kahwin macam mana? Seriously korang kena tengok filem ni sebab hero filem ni iaitu Pekin Ibrahim yang memegang watak Adam telah jatuh cinta dan berkahwin dengn pontianak !

 

 

_MG_7782

Adam yang tidak sengaja “melanggar” Melati (lakonan Uqasha Senrose) telah memutuskan untuk berkahwin dengannya setelah Melati tinggal di rumah keluarganya selama beberapa bulan. Semenjak kemalangan tersebut Melati sedikit pun tidak mengenali siapa dirinya dan tidak mengingati jika dia mempunyai waris. Jadi, family Adam ni lah yang menjaga Melati.

 

Namun, perkahwinan Adam dan Melati mula terganggu apabila Adam dan adiknya sering mengalami perkara-perkara menyeramkan yang berkaitan dengan Melati. Tapi Adam percaya bahawa kejadian karut tersebut terjadi angkara Seri (lakonan Hidayah Samsudin) yang menggunakan ilmu hitam ke atas Melati.

 

 

_MG_5722

Kehadiran Pak Leh (lakonan Sidek Hussain) tidak disenangi Adam sebab Pak Leh ni sedaya upaya nak bagi hint kat Adam ni yang ada something wrong dengan bini dia. Jadi apa kesudahannya rumah tangga Adam dan Melati ni? Sebab Adam sayang sangat kat bininye tu…

 

 

_MG_5281

Kejadian seram bermula apa bila Melati kelihatan mulai “menjadi dirinya yang sebenar” haa gituhh. Kalau nak tahu apa yang sebenar tuh kenalah tengok PAKU PONTIANAK ye dak?? Elemen seram yang aku rasakan lain dari filem yang lain ialah penekanan dalam menerapkan elemen suspens. Faham ke idok? Maksud aku, kalau citer hantu je mesti berlambak-lambak hantu keluar skrin kan? Tapi yang ni tak..

 

 

_MG_4756

Di sebalik keseraman yang menyelubungi sepanjang jalan cerita, ada kisah yang tersirat dan tersurat. Haa gituuhhh. Ada kisah cinta, kasih sayang dan kekeluargaan. Daripada asyik terkejut tengok muka hantu baiklah kita hayati kisah cinta yang… haa kalau nak tahu silakan menonton filem PAKU PONTIANAK.

 

LAIN-LAIN :

  • Babak-babak seram sangat menjadi kerana lokasi penggambaran yang memang menaikkan mood seram.
  • Elemen suspens yang berjaya diterapkan. Sampai penonton-penonton menjerit-jerit.
  • Bukan citer tipikal pontianak terbang ke hulu ke hilir. Rambut menngerbang.
  • Tabik kat director yang kreatif. Maksud aku tak stick pada satu genre filem saja. Best!

 

 

1

 

Saksikan filem PAKU PONTIANAK, di pawagam bermula 22 OGOS 2013 ini. Lakonan -

Pekin Ibrahim
Uqasha Senrose
Ruminah Sidek
Along Eyzendy
Adiba Yunus
Hidayah Samsudin
Sidek Hussain




 

 

 

MORAL OF THE STORY :
Jangan bawak balik perempuan yang anda tengah-tengah malam okay. Hak hak hak.



XOXO


Read More»

Monday, August 19, 2013

VIDEO – Macam mana aku pakai selendang halfmoon

 

Assalamualaikum…

 

blog1

Ini antara gambar raya yang aku upload hari tu. Maka berduyun-duyunlah orang menanyakan tutorial dan juga mana nak beli tudung ini. Adik-adik, akak-akak cantik sekalian.. Pertama sekali, yes aku mendengar luahan korang dan aku dah ade video tutorial. Kedua, ini halfmoon shawl adalah produk akan datang online shop FSYN by NK aku.

 

 

DSC08019

Ini adalah produk percubaan ya.. Aku baru try test beberapa warna.. And try test ukuran juga.. Memandangkan saiz yang sekarang ni agak singkat (mungkin ramai yang suka labuh) aku tengah try test uji supaya saiz yang paling ideal dapat dikenalpasti. Apa-apa pun nantikan produk terbaru dari FSYN by NK ya ! Dan selamat menonton video tutorial dibawah !

 

 

 

Psssttt !! Halfmoon shawl merupakan kegemaran terbaru aku. Sebab depan belakang curvy lawa sangat dan tak payah nak lilit sampai lima enam kali untuk nampak kemas. Bila tak lilit berlapis-lapis macam kuih lapis, pakai pun lebih selesa, ringan dan tak panas.

 

 

 

Thanks semua !

 

P/S : Senarai peserta giveaway masih belum siap ye… Nantikannn!!


Read More»

Copyright © Nisa Kay