Wednesday, July 31, 2013

Sekitar majlis pratonton filem ADNAN SEMPIT 3

 

Assalamualaikum…

 

Wah wahh rasa dah berzaman pulak gua tak datang mana-mana majlis pratonton kannn. Maklumlah dua pratonton sebelum ni aku lupa nak pergi, stuck in jammed.. haihh takdak rezeki la kot.. So filem kali ni memang TAK AKAN aku lepaskan peluang kannzz. Ahakz.

 

DSC07539

Haaaa gi gambar rojak namanya.. Ada yang acah-acah nak masuk.. ada lak main tolak-tolak kat tepi tuh. Apa daaaa. Yang kompem serta pasti Bro Framestone ada di mana-manaaa !!!!

 

 

DSC07580

Yaaa tidak sah rasanya kalau tak ada gambar bersama Mejar David Teo ! Wajib bergambar. Haahaa boleh lak gua tak perasan tema majlis kali ini ialah tema hari raya !!! Tengok Mr David dah hensem-hensem pakai baju melayu siap sampin woo !

 

 

DSC07607

DSC07622

Barisan pelakon utama dan pelakon pembantu filem Adnan Sempit 3 serta Mejar David Teo.

 

 

DSC07626

Hiksss dengan kak yong wajib ber-camwore ! Gituuu! Tapi tudung aku dah kembang2 tu kenapaa :/

 

 

DSC07648

Intan Ladyana yang memegang watak Nadia iaitu isteri kepada Adnan.

 

 

DSC07636

Berbuka puasa pula di restoran Shogun. Semeja dengan Shima Anuar dan Intan Ladyana.. Belakang ku pula Niezam Zaidi. Ahaaa artis kah aku? TETTTTTT!!!

 

DSC07654

Ber-gwiyomi dengan Niezam Zaidi. Gituuhhh!

 

 

DSC07561

DSC07560

Cantikkkkk kak yong kesayangan pakai baju Hatta Dolmat uollss!

 

DSC07554

Macam barbie dolls sangat !! Comel comel !!!

 

DSC07562

Cantik tiada disangkal lagiiii ! Muahhh kak yong !

 

 

Ahaaa nak tahu best ke idok filem sekuel kali ini, nantikan dengan penuh kesabaran di dada review daripada aku okayh? Dan jugaaa nantikan video gua interview artis-artis ni.. Erkk kecuali Yanaaa. Tak sempat kite nak ber-video.. Takpe takpe.. Lain kali pasti ada !!!! Hehehe muahh !

 

 

JOM SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE NISA KAY !!

 

 

 

YOSHHH!!!


Read More»

Jangan menunggu…

 

Assalamualaikum…

 

Sekadar ingin berkongsi coretan yang aku dapat secara random di laman internet…

 

DSC03640

 

 

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

 

Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu akan semakin kaya.

 

Jangan menunggu orang peduli kamu baru kamu nak peduli, tapi pedulilah dengan orang lain juga! Maka kamu akan dipedulikan.

 

Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.

 

Jangan menunggu rezeki baru bekerja, tapi bekerjalah, maka rezeki akan menunggumu.

 

Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

 

Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

 

Jangan menunggu berjaya baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.

 

Jangan menunggu bersemangat baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti akan lebih bersemangat !

 

 

 

JANGAN MENUNGGU LAGI.

 

 

YOSHH !!


Read More»

Tuesday, July 30, 2013

NEELOFA in FSYN

 

Assalamualaikum..

 

Seperti yang aku selalu war-warkan, aku memiliki sebuah online shop yang baru nak bertapak dalam dunia perniagaan online ni. I’m doing this ALONE. All alone. I believe in working hard will results in great return inshaAllah. Rezeki yang sudah ALLAH janjikan, memang akan ada untuk kita, cuma kita juga perlulah berusaha untuk mendapatkannya bukan?

 

Kalau korang sudi, ushalah online shop aku yang tak seberapa iaitu FSYN by NK. Apa tu FSYN? Susoh benor nak menyebut satu-satu hurufnya. Hahaa I get that a lot.. :P But actually FSYN is pronounced as FESYEN. FSYN by NK bermaksud FESYEN by NISA KAY. Gituhhh. Macam rojak pulek. Hahaha. So to make it unique kononnya, hasil idea bos aku, terhasillah nama FSYN. Haha.

 

DSC06406

Haipppp? Apakah letak gambor Neelofa pulak ni haaa? Ini kan gambar masa aku jumpa Neelofa di majlis berbuka puasa bersama duta LINE Malaysia dan aku personally berpeluang interview duta-duta LINE Malaysia untuk video selingan Amanz. Ahaaa ni nak citer ni masa majlis ni berlangsung aku sempat laa bawakkan hadiah yang memang dah lama aku nak bagi beliau. Alhamdulillah beliau sudi menerimanya… Dan pada suatu hari…

 

Capture1

Neelofa cc kan kepada aku gambar beliau bersama Hans Isaac serta anak-anak yatim di satu majlis berbuka puasa yang beliau hadiri. Wahhh terkujat aku sebab dalam gambar tu beliau pakai Kimono Outerwear yang aku bagi beliau ! ALHAMDULILLAH thanks Lofa sudi pakai !!

 

1002319_555542914509122_590972216_n

And she did mention in her instagram that the Kimono Outerwear is from my online shop FSYN by NK. Thankssss Lofa ! She is too gorgeous and Lofa pin kan outerwear tu so it looked like an oversized blouse. Glad that se love it, and sudi pakai !

 

 

CSC_0040

And this pic is from Neelofa’s Team sendiri ! Lofa meminta wakil Neelofa Team nya untuk emel gambar-gambar berkaitan kepada aku. Wahhh terharu jugak lahhh ! Sebab dapat this pics. And seeing a popular figure like her sudi pakai baju dari online shop aku FSYN by NK yang masih baru dalam industri ni make me super excited !

 

 

CSC_0123

Lofa and Hans Isaac bergambar bersama anak-anak yatim di majlis berbuka puasa tersebut. Heee hope to see you again Neelofa !

 

 

3659_555537631176317_1606568192_n

So this is the outerwear that I gave her along with other pieces. Thanks a lot yaa for doing this ! Aku jarang sangat bertemu Neelofa di acara-acara.. Tapi first time aku jumpa beliau di majlis pelancaran produk Avon bersempena hari ibu di Sg Wang, kali kedua ialah malam gala filem Azura 2013. Iftar with LINE Malaysia adalah kali ketiga aku bertemu beliau. And baru kali ni aku dapat nampak karatkter sebenar Lofa.

 

 

Soooo this is really made my day. Thank you so muchhh !

 

 

XOXO


Read More»

Sunday, July 28, 2013

So apa yang terbaru?

 

Assalamualaikum..

 

Aku agak pasti kebanyakan pembaca blog aku terdiri daripada golongan wanita. Oleh sebab itu, aku sekali lagi nak promote la sikit apa produk terbaru dari online shop aku iaitu FSYN by NK kennzzz..

 

Tak penat ke promote barang sendiri je? Heyyy nak penat apa.. Blog sendiri kann.. Nak penat apa.. lagipun untuk memajukan bisnes sendiri kan. Hehehe.. So malas taip banyak-banyak sebab kepala dah agak wenggg setelah telan ubat selesema. Wwuwuwuu..

 

TEASER PRINTED BLOUSE

PRINTED BLOUSE
Sangat mudah kalau korang nak pakai untuk sehari-hari.. pergi kelas ke, pergi jalan ke. So simple.. just sarung je kan?

 

 

TRIBAL DRESS TEASER

TRIBAL DRESS
Corak tribal masih dapat sambutan nampaknya? Ada dress yang simple tapi menyerlah. Stretchable dan sesuai juga untuk ibu-ibu mengandung gituuu.

 

 

TEASER PAISLEY-PLAIN DRESS

PAISLEY-PLAIN MAXI DRESS
Haaa dress lagi ! Ye lahhh bagi kita wanita sopan le sikit pakai dress labuh macam ni… Nampak sungguh ayu bila berjalan-jalan feewwwiitt!!

 

 

TEASER WIDE SHAWL

PLAIN WIDE SHAWL
Ahaaa asyik pakai yang bercorak je kan? Yang plain lah senang nak matching. Kann tak gituuu… Yang ni BELOM UPDATE ya ! Korang like la dulu page FSYN dan nantikan bila aku nak update ok?

 

 

Boleh like Facebook fanpage FSYN di sini :
https://www.facebook.com/FSYNbyNK

 

Atau pada sesiapa yang ada akaun instagram, jom follow :
http://instagram.com/fsyn_my/

 

Dan boleh tweet kami di akaun twitter FSYN :
https://twitter.com/FSYN_MY

 

 

Selain baju dan beg, FSYN by NK ada jugak jual produk kecantikan. Ada mekap dan macam-macam lagi.. Kalau nak tahu boleh usha page FSYN by NK okay? Thank you so much semua ! Muahh !!!

 

 

 

Okaylah thanks ! Bye love love !

YOSHH!!


Read More»

Saturday, July 27, 2013

UPDATE 1 – I LOVE GIVEAWAY BY WWW.NISAKAY.COM

 

PERHATIAN kepada semua yg join giveaway di blog WWW.NISAKAY.COM

 

Ini adalah senarai perserta yang aku larat check setakat ini ok. SETAKAT ini. Belum habis check lagi.. So kepada yang namanya belum ada, cuba check kot kot aku ada tinggalkan komen yang entry korang tak memenuhi syarat penyertaan.


Kalau belum ada komen tu maknanya entry penyertaan korang aku BELUM CHECK ya! Mohon bersabar dan JANGAN JANGAN JANGAN submit link banyak kali!!! TQ

 

http://www.nisakay.com/2013/07/senarai-peserta-i-love-giveaway-by.html


TERIMA KASIH ATAS KESABARAN DAN PENGERTIAN KALIAN :)


Read More»

Friday, July 26, 2013

JAHIT – Webfilm oleh PETRONAS sempena Aidilfitri 2013


Assalamualaikum..

Tergerak nak kongsikan satu video yang aku baru tengok kat Youtube tadi. Tak lain tak bukan iklan raya dari syarikat gergasi PETRONAS. Macam kita tahu PETRONAS setiap tahu akan come out dengan iklan yang menyentuh hati, makna mendalam dan terkesan dalam hati kita. Jom tengok webfilm yang dihasilkan tahun ni..


Bagi aku, memang kebiasaan iklan PETRONAS tiap-tiap tahun memang akan membawa mesej yang tersendiri dan menyentuh hati. Iklan mengisahkan seorang ibu tunggal yang bekerja keras di bulan puasa untuk mengumpul duit buat perbelanjaan anaknya ke kolej kelak.

Sedih tengok seorang ibu tua gigih berusaha bekerja tanpa mengira penat lelah demi anak nya seorang. Mesej yang ditekankan pulak KUDRAT MEMBAWA BERKAT. Betul tu. Selagi kita ikhlas berusaha, inshaAllah satu hari nanti Allah balas usaha-usaha kita. Iklan jugak menunjukkan kasih sayang seorang ibu yang tak berbelah bagi kepada anaknya.

Antara mesej yang tersirat yang lain adalah (pada aku) golongan muda atau anak-anak zaman sekarang perlu sedar ibu bapa yang sanggup bekerja keras untuk kita. Rezeki tu memang Allah dah tetapkan untuk kita, so tugas kita lah nak berusaha mencari rezeki halal kan? So.. kita ni patut sedar, kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada dan hargai ibu bapa yang banyak bekerja keras untuk kita.


So tu je lah.

YOSH !!!

Read More»

Thursday, July 25, 2013

Kad raya dari NISA KAY

 

Assalamualaikum..

 

Yeahhh setelah lebih kurang nak 2 minggu kita berpuasa, makin terasa kemeriahan nak raya tu uolls kann! Mesti korang dah beli atau tempah baju raya.. Tak pun order je yang ready made kan? Online pun dah banyak jual baju raya.. Sebelum tu, nak promote lah, siapa takde lagi baju raya boleh usha De Lensa Boutique ye ! Sebab salah satu baju raya aku pun dari butik ni wink wink !

 

photo 2

 

Ok berbalik kepada tajuk di atas, aku sekali ingin nak bagi kad raya kepada readers yang bertuah.. Selama bertahun blog cabuk ni menempatkan diri di arena blog yang luas ni, ada juga yang tak putus-putus bagi sokongan , yang silent readers.. semualah..

 

Tahun lepas aku ada bagi juga kad raya.. Banyak yang bagi by hand la berbanding pos.. Bila ingat-ingat balik totalnya lebih 30 keping kad raya. Tak larat nak bagi banyak-banyak wuwuwuuwu.. So tahun ni pun sebab kesibukan melandaaa.. Aku pun dengan ini nak menyatakan tahun ni aku peruntukkan 20 keping kad raya sajo..

 

 

MACAM MANA NAK DAPAT KAD RAYA DARI AKU ???

LANGKAH 1 – Like fanpage SAYA SUKA MENAIP di sini
https://www.facebook.com/nisamenaip?ref=hl

 

LANGKAH 2 – Inbox fanpage butiran anda :
Nama Penuh
URL Blog
Alamat Lengkap

 

 

 

 

So terima kasih in advance ya ! I’ll be waiting for your messages !

 

YOSHH !


Read More»

Wednesday, July 24, 2013

Berpeluang menemuramah duta LINE Malaysia–Nazim Othman dan Neelofa

 

Assalamualaikum…

 

Baru-baru ni aku dan team AMANZ dijemput ke majlis berbuka puasa bersama jenama messaging app yang tengah naik kat Malaysia ni, iaitu LINE. LINE ni asalnye dari Korea dan apa yang menariknya LINE app ni ada sticker yang comel comel sangat sesuai untuk korang ekspresikan perasaan korang Ahaa gituu.

 

DSC06400

Sebelum majlis berbuka puasa berlangsung, para hadirin turut diperkenalkan kepada 3 orang artis Malaysia yang dipilih menjadi duta LINE Malaysia. Tak lain tak bukan para pelakon Nazim Othman, Fizo Omar dan Neelofa.

 

 

cats

Ahaaa dah namanya datang buat keje kan.. So kena lah interview orang kan.. Aku sangat berbesar hati dapat interview selebriti dan duta LINE Malaysia ni haaa.. Pada asalnya aku interview ketiga-tiga duta ni.. tapi too bad video interview Fizo Omar got problem and cannot be uploaded :(

 

 

DSC06403

Selebriti dan duta LINE Malaysia yang pertama aku interview adalah Nazim Othman.. It was just a quick interview.. memandangkan kami AMANZ hanya cover berita teknologi, tapi nak jugak kita tahu mengenai penggunaan aplikasi oleh para artis kan? So just a quick interview with Nazim Othman :

 

 

DSC06406

Alaaa takde gambar berdua dengan Neelofa pulakk! Tapi ade gak gambar ni haaa. Asalnya nak bergambar dengan Melakaboy (tengah) then Lofa dengan kiut nye nak fit into frame jugaakk. Hehehe. Nasib ade jugaklah gambar. Nak tengok gambar mesra aku dengan Lofa boleh follow instagram aku amboi promote ! Watch this quick interview with Lofa :

 

 

Ahaaa kalau nak tau ini lah pertama-tama kalinyaa.. buat julung-julung kalinyaa… AMANZ menampilkan artis dalam video-video terbitan mereka tau! Sekali dapat lak Lofa dengan Nazim Othman para duta LINE Malaysia lagii.. Curlass.

 

Tak dinafikan dunia teknologi memberi manfaat kepada semua.. So inshaAllah kalau boss approve akan ada lagi video selingan macam ni, menanyakan pendapat para selebriti Malaysia mengenai perkembangan dunia teknologi, dan kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian mereka. Till then, YOSHHH !!!

 

 

 

XOXO


Read More»

Sunday, July 21, 2013

Berbuka puasa di bufet Ramadhan De Palma Hotel, Shah Alam

 

Assalamualaikum…

 

Antara aktiviti wajib bagi para blogger di bulan puasa ni semestinya jemputan ke majlis-majlis berbuka puasa atau lebih glamor nye IFTAR. Haa gitchuuu. Ada je beberapa majlis berbuka puasa yang aku hadiri tapi yang lainnye just makan dan balik. Wakakaka..

 

Tapi berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam ni best sikit sebab banyak gila makanan best dan berbuka pulak dengan rakan-rakan blogger yang gila-gila. Gitewww.. Mungkin rezeki aku lah kot dijemput turut sama berbuka di sana memandangkan ada yang tak dapat datang..

 

cats3

Ahaa maaf lah ye pembaca semua.. memang takde gambar entrance ke apa terus aku tepek gambar suasana buffet Ramadhan kat De Palma Hotel ni. Diingatkan sekali lagi ini De Palma cawangan SHAH ALAM tau.

 

Makanan disaji dalam suasana gerai-gerai makan yang tersusun. Ada bahagian masakan melayu, masakan india, western food, dan pencuci mulut. Yang bestnye ada lebih 100 jenis hidangan pilihan untuk berbuka puasa ! Dah bayar kan, maka ini lah masa nak merasa semuaaaa nya ! Wah over gituu..

 

cats

Antara lauk pauk yang sedia untuk dimakannn ! Ada bahagian masakan tradisi melayu, ada pulak bahagian lauk pauk raja sehari.. haa maknanya kat bahagian tu ada beberapa jenis masakan kenduri. Atau dengan erti kata lain, lauk yang memang kenduri kahwin punya style laa. Nasi minyak.. rendang daging.. Fuhh sedap-sedap semuanya, menggegar iman betol !

 

 

DSC05989

Ini gambar sebahagian daripada ballroom di De Palma Hotel yang menjadi ruang makan. Ada meja yang kerusinya banyak, ada yang sikit, bergantung kepada yang dah reserved awal-awal. Boleh je kalau korang nak walk-in tapi dah masuk minggu kedua berpuasa ni kami difahamkan jumlah pelanggan meningkat. So untuk mengelakkan kekecewaan tak dapat kerusi meja, sila lah buat reservation dulu okayy?

 

 

DSC06008

Kami para blogger lepak-lepak dulu sambil tunggu waktu hampir berbuka, then baru nak terjah gerai-gerai makanan yang terletak di luar dewan ni. Haa masing-masing excited nak rasa pelbagai juadah berbuka puasa nampaknyaa!

 

 

DSC06063

Yang bagusnya, majlis berbuka puasa di De Palma Hotel ni dijalankan seiring dengan elemen-elemen Islamik. Tepat jam 7 malam, dewan ballroom ni bergema dengan alunan indah Qasidah oleh anak-anak tahfiz. Lunak suara adik-adik ni. Sejuk hati mendengarnya. Alunan ini berlangsung selama lebih kurang 20 hingga 25 minit dan berhenti sebelum azan Maghrib dilaungkan.

 

 

DSC06078

I’m very impressed bila dimaklumkan bahawa azan Maghrib akan berkumandang secara LIVE di dalam dewan ! Tersentuh betul bila adik ni melaungkan azan. Sedap betul suaranya..

 

 

DSC06080

DSC06071

Yeahh sudah tiba waktu berbuka puasa, serentak dengan azan yang berkumandang. Lauk pilihan aku semestinya Gulai Tempoyak Ikan Patin (makanan tradisi Temerloh!), udang masak lada, capati dan kambing panggang. Haa ini baru first round. Hahah jangan disangka diri ku yang kurus tak mampu makan berkali-kali.

 

 

DSC06085

Lebih kurang 10 minit lepas tu, dewan The Grand Ballroom bergema pula dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Bacaan Al-Quran dilaksanakan oleh qari yang didatangkan khas dari Mesir, Sheikh Hassan Abdel Ghany Mohamed Abouseta. Sheikh Hassan juga akan mengimamkan solat Terawikh di hotel ini.

 

 

DSC06082

Ehemmm my second round. Nak rasa pasta dia.. and of course my favourite desserts, ABC !!! Sedap wohhh. Hehehe kesukaan tu macam nak tambah dua tiga kali je ABC ni..

 

 

DSC06090

Ini pula sesi tazkirah ringkas yang berlangsung semasa hadirin tengah menjamu selera. Makan tu makan jugak ye dak.. Sambil-sambil tu dengarlah tazkirah, ada juga pengisian rohani. Tak rugi apa pun, lagi untung sebab dapat ilmu baru kan kan kan.

 

 

cats2

Ada banyakkk jenis pencuci mulut kat sini. Daripada makanan sejuk seperti ais krim dan ABC, ada juga kuih tradisional dan kek.

 

 

DSC06095

Okay jom makan pencuci mulut dah jom. Ais krim strawberry dan keladi menjadi pilihan. Dan juga beberapa potong kek yang memang wallah ! Delicious and sooo fluffy !

 

 

DSC06093

Mr Ray (pakwe Nisa Kay?) yang malu-malu setelah ditegur oleh Boni Yang Tak Berapa Kacak Pun. Ke tak sudi Mr Ray? Anyonyonyooo~

 

 

DSC06096

With blogger Nizam Ijam dan Namia Cinta.

 

 

DSC06111

Antara blogger yang turut sama berbuka puasa buffet Ramadhan di De Palma Hotel ialah :Bro Framestone dan Eira Kan, Abang Ensem, Boni Kacak, Sohoque, Namia Cinta, Melastik Bintang dan MalaysiaBackPackers

 

Terima kasih DE PALMA HOTEL, SEKSYEN 19 SHAH ALAM ! Great food and great day with blogger friends indeed ! Kepada yang nak berbuka puasa di buffet Ramadhan De Palma Hotel ni, harga untuk seorang dewasa ialah nett RM75 dan nett RM35 untuk kanak-kanak (8 hingga 12 tahun).

 

5456881941_801c034744_z

Untuk tempahan, jangan segan silu hubungi :

03-5542 8080

De Palma Hotel Shah Alam,

Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, P.O Box 7511, 40718 Shah Alam, Selangor D.E

 

 

 

 

XOXO


Read More»

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com




Assalamualaikum…
Pastiiii ramai dah ternanti-nanti giveaway yang aku nak lancarkan ni.. maklumlah dah berzaman gua update Senarai Hadiah GIVEAWAY kannn.. Mesti ramai dah baca dan tak sabar nak join.. Mana tahu rezeki bulan Ramadhan korang ke kannzz? Baiklah tanpa membebel lagi korang yang nak join tu  sila lah ikut langkah mudah lagi senang di bawah.
I LOVE GIVEAWAY
CARA MENYERTAI :
  1. Buat entry yang bertajuk : I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com
  2. Tepek banner pink di atas. Tak kisah lah nak tepek besar-besar atau kecik-kecik. Asal nampak.
  3. Follow dan like semua sponsor hadiah giveaway. KLIK SINI : Senarai Hadiah GIVEAWAY
  4. Back link ke entry ini semula. Atau dalam erti kata lain letak je link entry giveaway ni dalam entry.
  5. Submit link entry anda di ruangan komen di bawah. PERMALINK okay ! Maknanya link untuk entry tu sahaja. Jangan submit link blog sahaja, rajin lak aku nak check entry korang satu-satu kan? Memang tak dilayan ar kalau buat macam ni.
Mudah sesangat kan? Lima langkah mudah je wehhh. Ape ade hal kann? Kalau susah sangat bagi korang tak tahu nak kata apa lah.. Hadiah untuk mereka yang put effort untuk join okayyy. So kalau tak menepati langkah-langkah di atas memang aku takkan layan hokehhh !
TEMPOH PENYERTAAN :
  1. Sekejap je aku nak bukak penyertaan. Seminggu je okeh? Sebab aku nak settle urusan hadiah cepat-cepat. So korang boleh dapat hadiah sebelum raya. Okay?
  2. Tarikh tutup penyertaan : 21 JULAI 2013, 8.00pm
PEMILIHAN PEMENANG :
  1. Semua peserta akan disenaraikan terlebih dahulu. Aku target malam 21 Julai tu aku dah start menyenaraikan para peserta. So kalau ada yang miss boleh cepat-cepat settle by 22 Julai. Tak gitu?
  2. Lepas tu dalam minggu tu jugak aku announce pemenang, bagi details korang kat penaja, then dalam seminggu inshaAllah settle hadiah okay?
  3. Apa-apa pun kita hanya merancang, Allah yang menentukan okay.
  4. Pemenang akan dipilihan menggunakan random generator. Kalau dah rezeki korang inshaAllah tak ke mana okay?
OKAYY ! Tu aje kot aku nak bebel kan.. Haaa apa lagiiii, join jangan tak joinnn ! Ajak kengkawan join sekaliii. Wuhuuu! P/S : Like fanpage aku SAYA SUKA MENAIP untuk pengumuman terkini.


P/S : Jommm usha senarai peserta DI SINI. Bagi nama yang belum ada maknanya aku belum update atau entry korang tak menepati syarat penyertaan. TQ



KALAU NAMA TAK ADA DALAM SENARAI PESERTA TU MAKNANYA SAMA ADA SAYA BELUM CHECK ENTRY KORANG ATAU ENTRY KORANG TIDAK MENEPATI SYARAT.
JIKA ENTRY KORANG TAK MENEPATI SYARAT, AKU AKAN TINGGALKAN KOMEN.
PLEASE !!! JANGAN JANGAN JANGAN SUBMIT LINK BANYAK KALI , SEBAB IA AKAN MELAMBATKAN PROSES AKU NAK CHECK.



Okaylah thanks ! Bye love love !

Read More»

VIDEO : Ringkasan perkembangan dunia IT sepanjang minggu lepas

 

Assalamualaikum..

 

Sekali lagi aku nak share video aku dengan AMANZ kat blog ni.. Mulai sekarang mungkin tiap-tiap minggu korang akan dihidangkan dengan video-video yang aku buat dengan AMANZ okayh? Jemput-jemput lah tengok videonye sambil-sambil dapat ilmu pasal dunia IT kat Malaysia dan luar negara. Tak gitu?

 

 

Terima kasih kerana mengabaikan tudung yang senget ditiup angin. Bye bye !

 

 

 

THANK YOU SO MUCH.


Read More»

Wednesday, July 17, 2013

Jom usha ushaa~

 

Assalamualaikum..

 

Heeee bukan selalu aku nak promote barang camni dah kann.. Lama dah tak camwhore dengan baju-baju dari pelbagai online shop. Kali ni nak promote online shop sendiri boleh? Hahaha aku selaku founder bertanggungjawab mempromosi brand FSYN by NK ni ye dakk? Hahhaa~

 

Aku banyak dah pakai baju from my own online shopp.. Puas hati. Bila orang tanya beli kat mana, boleh refer dorang terus kepada online shop aku ye dak? And nak nak raya ni aku akan update banyak stok la, sebab nak kejar waktu cuti poslaju kan. So jom cuci mata.

 

SM TEASER

 

COVER PHOTO AC

 

LF TEASER

 

TEASER WC

 

 

Boleh like Facebook fanpage FSYN di sini :
https://www.facebook.com/FSYNbyNK

 

Atau pada sesiapa yang ada akaun instagram, jom follow :
http://instagram.com/fsyn_my/

 

Dan boleh tweet kami di akaun twitter FSYN :
https://twitter.com/FSYN_MY

 

 

Selain baju dan beg, FSYN by NK ada jugak jual produk kecantikan. Ada mekap dan macam-macam lagi.. Kalau nak tahu boleh usha page FSYN by NK okay? Thank you so much semua ! Muahh !!!

 

 

 

Okaylah thanks ! Bye love love !


Read More»

Copyright © Nisa Kay