Thursday, June 13, 2013

SEJARAH HARI JADIKU – Termasuk tandas lelaki dan kek dari Mr Handsome

 

Assalamualaikum..

 

Pertama-tama sekali aku memanjatkan syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana mengurniakan aku nikmat hidup hingga ke hari ini, mengizinkan aku mencapai apa yang aku mahu dan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah ke dalam hidup aku. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH…

 

Hari ini, tanggal 13 Jun 2013 maka dengan rasminya aku berumur 22 tahu. Ehemmm kalau boleh korang buat-buat tak ingat je lah ye umur aku. Anggap je aku ni 15 tahun sebab aku ni masih berperangai kebudak-budakan dan tak berapa nak matang dalam banyak benda. Kekeke…

 

Pada hari yang bersejarah ini. Cehh konon je kan. Aku telah mengalami dua peristiwa yang TAK PERNAH aku alami sebelum ni. Betul tak pernah ni ! Seperti yang aku nyatakan di tajuk entry ini, haa maka korang boleh agak la kann..

 

DSC03942

Hari birthday pon bekerja uolss.. Berkejar ke sana sini mengambil stok untuk jualan di online shop aku. Ehemm nak promote kejap, siapa ada INSTAGRAM jom follow online shop @fsyn_my ye. Kui kui kui.. So hari ni aku gerak dengan bos aku, dari KL Sentral. Selesai urusan aku, aku decide nak lepak Starbucks The Gardens, Mid Valley City.

 

Sebelum tu aku haruslah mengosongkan tangki kan. Kang lepak kat Starbucks nak minum-minum lagi… Maka aku pon menonong la mencari toilet… Dah jumpa toilet, takde pandang kiri kanan aku laju je melangkah masuk. Sekali aku nampak “mangkuk berdiri” elok bersusun kat dinding pastu ade lengchai yang tengah basuh tangan kat singki pandang pelikkk kat aku.

 

DSC03940

Maka aku pon tersedar yang AKU DAH TERMASUK KE TANDAS LELAKI !!!!!!!!!!!!!!! Ya ampunnn mana nak sorok muka haihh !! Nasib baik takde ramai orang. Ade sorang je kat singki dan dia je nampak aku. Waduhh jatuh saham gua selaku besday girl hari ni ! Wuargghh !! Ni first time gua termasuk tandas lelaki tau ! Sudahnya aku berlari keluar sambil cakap “Sorry”.

 

 

DSC03944

Okay dah sudah lepas hajat tu, daku tuju lah ke Starbucks, dengan harapan dapat la sedas dua line wifi percuma sebab daku nak submit kojeee.. Tengah aku melayan perasaan yang kacau bilau dek internet yang semput-semput, aku didatangi lengchai staf Starbucks membawa dulang berisi kek, dan dia cakap “Happy Birthday Miss”

 

 

DSC03946

Dengan hidung yang sekembang yang mampu aku mengucapkan “Thank You” dan letak dulang tu atas meja. Aku ingatkan memang STARBUCKS ni tahu aku punye birthday, sekali kat tisu ade pulak pesanan dari seseorang yang menggelarkan dirinya HANDSOME. Oke bagi aku perasan gilo orang ni. Ehh kbai. HAHA.

 

 

DSC03949

Aku syak la kan.. bos aku yang beli kek ni, pastu suruh staf tu hantar kat aku. Sebab bos aku Tekong dengan Aman memang ade kat Gardens ni, sebab ade event. Aku je malas join sebab nak submit koje. Nasib la aku boleh makan kek ni. Buatnye belikan kek lobak? Aku buat hiasan je la..

 

Apa-apa pun terima kasih banyakk banyakk kepada insan yang telah menggelar dirinya HANDSOME ini kerana bagi aku kek. Aku tetap rasa ni mesti keje bos-bos aku ni, nak buat aku perasan la ni =.- Demyu kahkahkahhh… Kalau orang yang bagi ni bukan bos aku dan betul-betul handsome, kenapa tak tinggalkan nombor phone ye dak? Kihkihkih.

 

 

P/S : Serius macam tulisan bos aku. Nak kena dorang ni =.=”

 

XOXO

41 comments :

Sheila Salim said...

Assalamualaikum nisa! selamat hari lahir dik! sekali lagi wish takpe kan? hehehehe adoiii gila kantoi birthday girl masuk tandas gens. hihi redha! semoga panjang umur, murah rezeki ye dik >____________<

Asyik Izas said...

WAH ADER PEMINAT MISTERI TU..Happy Birthday Nisa. Semoga berjaya dunia dan akhirat..:)

YnaRazali said...

happy birthday to u nisa!akak doakan moga Nisa panjang umo,murah rezki selalu.btw,bos ensem tak.haha:)

NurmasLinda NGakaisah said...

haha. nice story ! ;) anyway,hppy bufday Kak Nisa ! may Allah bless u always sis . Aminn ..

Ayu Idayu said...

wahhh.. bestnya dapat kek. xboleh blah yg salah masuk toilet tu. hahaha.. happy birthday kak nisa! :DD

jemputlah dtg blog saya.. :D
http://madamoiselleayuslittletalks.blogspot.com/

Ija Zamri said...

Happy birthday kak nisa :)
Semoga panjang umur dan murah rezeki :)

Budak Nakal said...

Selamat hari lahir yang ke 15 cik nisa...eh 22 hihi

Dkna Abza said...

mesti muka merah padam kan..hahahaa

semoga panjang umur :)

ANa Ahmad said...

hehe

Farah Dinah Hassan said...

Happy Birthday Kak Nisa Kay. :) hee. tak sangka hari jadi kita sama :)

Farah Dinah Hassan said...

Happy birthday Kak Nisa Kay!! tak sangka bday kita sama :)

Nazri Nasir said...

happy birthday...!!tahun depan punyer birthday,jgn masuk salah toilet lg taw.. :)

potia casadelarossa said...

wah... romntik gak org yg bagi kek tu... biarlah dia perasan ke tak... yg penting cara dia buat penghantaran tu dan tulis kat tissue tu gaya dia romantik suwit sgt2...

happy besday Nisa...

zaxx said...

happy besday...:) pergh ada dua surprise dalam satu besday.:)
harap2 mr.handsome tu adalah aaron aZiz.eh:? huhuhu

Puteri syakila said...

Happy birthday kak nisa. hehehe sdp kek :)

LaLa mhdnor said...

happy birthday nisa,umo kita sama la, hehe.

comel je bos nisa buat camtu, haha

muja said...

pergghhhh,,, kalau muja,, rabak dah hidung on the spot,, hahaa

ain samadi said...

Sanah Helwa NK..smG makin tambah rezekinya

Mysara Ab Rahman said...

hepy bezday nisa..amboi menonong masuk je la ni...hehe..nsb xrmi org kt toilet

Schajar McFlurry said...

Happy bufday Nisa Kay! Umur kita sama lah. Bufday pun nak dekat dah. 16 June ;)

Munirah Rafiuddin said...

Selamat Hari Jadi...semoga lebih berjaya & berjaya...
(^_^)

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

tarmizi said...

siapa lelaki handsome yang bertuah tu sweet sgt jeles i. happy brthday

steeqa amir said...

part msok toilet salah tu klakaq giler haha..btw happy birthday!

Dhia adawiyah said...

wahh .. bestnya kak nisa

Peminat Susah Mati said...

takkan la sy nak tinggal no phone... malu laa...hikhikhik...hope u enjoy ur cake...and oh my english...yoshhh

p/s: bukan saya yg bagi kek...hihihi

Amy Pdzy said...

Hppy Bfday Nisa Kay! May all your dream wishes & dreams come true! Stay ohsem & cool babe :)

makeupuser said...

sama bday abang akak dik..dia pun suka benor meniaga..good luck ok

makeupuser said...

sama bday dengan abg akak dik...heppy bday..dia pun sama suka benor meniaga...good luck

Azwan said...

Harap2 bukan bos tapi betul2 putera charles V ke? Brad Pitt ke? Afdlin Shauki (opss salah lak)..tapi kalau betul2 handsome, bos pun boleh lah kan,kan?

ekin schmidt said...

hpy belated bday.
xpela spe bg kan? tp kek tu sedap x?
wish all ur wishes come to u sooner or later :)

btw, please report this fan page(PENCURIK GAMBAR2 PEREMPUAN)
belum delete lg ni.
nanti kang gambar2 u guys sume lak penuh dlm page dia ni.
report ea.
http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/06/nasihat1-bf-panas-baran.html

Puan Bui Junaidi said...

HAPPY BELATED BESDAY NISA..MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS.^_^

Nao Mei said...

hapi bday dik :)

Atiqah Wadiah said...

haha~part masuk tandas lelaki tu mmg lawak..btw,epy belated birthday awek cun :)

MaYa MustWany said...

hihihi so sweet..happy birthday nisa

Noor Erwin said...

hahaha. ni lawak. takpe kenangan harijadi.
hapy belated besday.

Purnama Malam said...

Kepada semua Nuffnanger, jom like page Nuffnanger Malaysia untuk tingkat earnings kita semua

Nuffnanger Malaysia

Realiti dan Fiksyen



Anonymous said...

sunguh xsngka lar birthday kite sme dgn nisa, 13 Jun 1991..hehe
- aishah -

Secret Of Shaila said...

Selamat Hari lahir...Semoga panjang umur dan berjaya dalam bidang diceburi..^^

Anonymous said...

Hb nisa.. lambat wish hehe.. nisa boleh tak buat review about Etude House product? Product ni dari korea and now, dah popular kat Malaysia.. duta product ni kalau tak silap group Shinee, Sulli n Kristall f(x).. harap sangat buat sebab nisa selalu buat review with full details baca kat blog lain kebanyakkannya tak full details..

Mas Zull said...

assalamualaikum nisa...wah seronoknya ada yg bagi kek hari jadi la...;)

Mas Zull said...

assalamualaikum nisa...wah seronoknya ada yg bagi kek hari jadi la...;)