Wednesday, May 22, 2013

FILEM – Oh Mak Kau tonjol lawak bersahaja Jep dan Shuib Sepahtu

 

Assalamualaikum…

 

Hamboii stresssss gua ! Dua tiga minggu ni terlalu kuat bekerja mencari rezeki gamaknya, sampai jatuh sakit segala… Maka adik-adik, jangan hanya tahu mintak duit je tau. Nak cari rezeki yang halal ni bukan senang okay..

 

Apa tah aku mengarut ni… di kala stress dengan keje, dengan masalah hidup yang tak pernah habis ni, maka aku nak ajak korang tengok filem OH MAK KAU yang sememangnya lawak sebab ada kumpulan Sepahtu Rajalawak – Jep dan Shuib !!

 

Poster_Front

Maaf yang teramat sangatttt sebab aku terlampau lambat promote filem ni.. Padahal awal-awal dulu aku dah pergi majlis pratonton filem OMK ni dahhh… Sekarang filem ni dah masuk minggu kedua tayangan… Masih boleh ditonton di pawagam berdekatan tau !

 

 

4

OH MAK KAU mengisahkan kisah dua beradik yang sangat rapat, iaitu Sam (lakonan Jep) dan Mun (lakonan Shuib). Mereka berdua ni terlibat dengan kegiatan pecah rumah tapi tabiat pelik mereka ialah mereka akan  mengemas rumah atau premis mangsa pecah masuk tu. Hahaha sengal gila kot dorang !

 

Be at the wrong place and the wrong time orang putih kata ye? Sam dan Mun secara tak sengaja terlibat dengan kes yang dikendalikan oleh Que kerana mereka ingin menyelamatkan Que yang diculik. Maka korang kenaaaa tonton filem OMK ni untuk tengok usaha dua beradik ni nak menyelamatkan Que. HAHA !

 

55

Mereka bertemu dengan Que (lakonan Ain Nordin) seorang rakan lama dan Mun yang meminati Que telah salah faham dengan abangnya sendiri Sam. Antara scene lawak yang aku suka gila dalam filem ni.. Scene masa Mun peluk Sam dari belakang. Hahahaa Que tu gelak betul tuuu, bukan gelak berlakon. Nak tahu apa terjadi masa ni, kenalah tengok filem ni !

 

 

38

Dalam pada lawak bersahaja dan spontan yang dibawakan oleh Sepahtu, terselit jugak scene yang mengundang sebak iaitu masa mak Sam dan Mun, Mama San (lakonan Wan Maimunah) mengetahui kegiatan buruk anak-anaknya. Serius masa ni dah bergenang air mata akuuuu.

 

 

68

Ohhh si kacak pujaan hatiku Syamsul Yusof ditampilkan sebagai antagonis dalam filem ni… Wataknya juga berkait dengan Que yang telah dikenalinya sejak sekolah lagi.. Nak tahu apa sejarah mereka ni, kenalah tengok filem OH MAK KAU ye dak?

 

 

DSC01671

Barisan pelakon filem OH MAK KAU.. Aku suka cerita ni… di sebalik jalan cerita yang mungkin kebanyakan orang akan katakan sebagai cliche, jom kita tengok from the other side. Isu kekeluargaan, kasih sayang antara adik beradik patut diberi perhatian.

 

Lawak yang dibawakan oleh Jep dan Shuib bagi aku tak mengecewakan. Masa pratonton hari tu para hadirin bergelak sakan dalam panggung. Gandingan Shuib dan Jep tak dapat dinafikan lagi ada chemistry yang cukup kuat untuk membawakan watak dengan unsur humor yang begitu bersahaja.

 

DSC01658

Artis baru Malaysia.. Aman Nassim (pelakon drama Saya Sebenarnya Isteri Dia) turut sama memeriahkan majlis pratonton.. Jom like fanpage beliau KLIK DI SINI.

 

 

DSC01697

Bersama Muaz Mohamad, pengacara malam pratonton filem OH MAK KAU. Lamaaa tak jumpa Muaz sejak rakaman Generasi Y di RTM tahun lepas. Muehehehe…

 

 

DSC01682

Semasa press conference filem OH MAK KAU.

 

 

IMG_4599

Tu diaaaa Didie Alias yang turut membawakan watak jahat dalam filem ini.

 

 

IMG_4648

Inilah AIN NORDIN.. Yang melakonkan watak Que. Beliau juga merupakan penulis skrip dan pengarah filem OH MAK KAU.

 

 

DSC01702

Last but not least.. haruslah bergambar dengan hero filem ye dakkk.. Agak kecewa kerana tak dapat bertemu Jep yang tak dapat hadir untuk majlis pratonton ni… Huwaa nak jumpa diaa.. Takpe mungkin ada jodoh, lain kali bertemu lah ye. Muahahah…

 

Apa-apa pun jom tengok filem OH MAK KAU, masih ditayangkan di pawagam ok. Sangat sesuai bawak keluarga dan kawan-kawan, bergelak ketawa denga gelagat Jep dan Shuib. Memang tak kering gusi okayyy ! Yoshhh !

 

 

XOXO

15 comments :

AtiqAziz said...

Lawak citer nih....
btw gambar ngan Shuib tu cantik sgt pencahayaan dia...
chewaah~

Asyik Izas said...

nampak menarik filem ni..:)

Zee Suhaini said...

Cam best jer..lama dah tak tengok wayang..bila masuk panggung ni Nisa?

Rawlins byRawlins said...

Nak juga pergi preview gini Nisa ye

aQu Mad said...

aku lom tengok lagi citer ni..

shiQin Az said...

best gile dpt chance pg pratonton mcm nie kan..

Shahril Sidek said...

dah lama x tgk wayang nih..

Anonymous said...

Memang best. Kelakar giler lawak2 dlm OMK. Paling best babak Jep dgn Shuib bersama.. Babak Wan Maimunah boleh buat kita gelak & sebak gak..huhu.. Rugi sape tak tengok lagi kt pawagam kan Nisa ;)

Leny said...

sepertinya seru nih film nya,,semoga bisa menghibur!!

noor erwin said...

Mcm best jek.. Harus tonton ni.

sendiriDotNet said...

semangat...best ke x cite tu yer

AiSyAh Me said...

bestnyew!!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. perghh bestnya. sheila nak tengok lah! heee manisnya awak :)

Anonymous said...

Jep dan shuib mmg kuatkan cita... P tengok pun sebab depa dua ja.. =)

NUR AQILAH RAZIB said...

macam best tengok actress yang di tampilkan...best giler movie?