Tuesday, May 14, 2013

Ber-bowling bersama rakan blogger

 

Assalamualaikum…

 

Dah lama rasanya tak join aktiviti bersama rakan-rakan blogger.. Kalau diingat balik.. tahun 2012 merupakan tahun yang sangat aktif dengan aktiviti blogger gathering ni… Kejap gathering sana.. kejap gathering sini.. makin lama amalan gathering ni makin dilupakan…

 

Masing-masing sudah busy dengan urusan harian masing-masing agaknye.. So aktiviti gathering blogger ni dah menjadi suam-suam kuku… Lagipun dulu-dulu kalau gath mana ada aktiviti sangat pon.. Paling-paling pon perkenalkan diri dan amik-amik gambar sampai pengsan…

 

Maka pada dua minggu lepas (kot??) satu acara bermain bowling bersama rakan-rakan blogger telah dianjurkan. Tanpa berfikir pat belas kali, aku pon menyatakan persetujuan nak join.. Lagipun dah lama benor tak berkumpul berjimba dengan rakan-rakan blogger kennnzzz…

 

DSC01123

Pada pagi nan indah itu, aku dan Ziera yang datang dari Klang telah carpool dengan blogger Melastik Bintang and his wife and son. Heee sorryyyy bro MB ! Aku terlah terlewat gara-gara tertinggal kunci!! Haiyarrkkkkk!!!

 

 

DSC01125

Pastu Mr Ray (anak bro Melastik Bintang) duk ushaaaa je aku kat belakang. Kekekekee…

 

 

DSC01133

Gerak lambat maka sampai lambat. Semua dah menanti di Wangsa Bowl, tapi kami berempat mengisi perut di Georgetown White Coffee duluuu. Haaa perut harus penuh bagi mendapatkan tenaga untuk menghayun bola bowling dengan penuh perasaan yerk !

 

 

cats

Errrrkkk sesi memburukkan muka itu harus ada kalau dah melepak dengan mokcik Ziera ni haa… Maaf laa kami memang macam ni. Bahahahaha…

 

 

DSC01144

Bro Framestone pon nak kontrol ensem laa bila lensa kamera aku halakan pada beliau.

 

 

DSC01152

Antara blogger yang sudah siap sedia nak menghayun bola bowling. Semoga tak masuk longkang. Bahahaha….

 

 

DSC01158

Cik Lily Putih yang hanya redha melihat bowling itu bergolek. Ke arah longkang atau ke arah pin yang tegak berdiri di penghujung lorong?

 

 

DSC01165

Hahahah gaya tunggang langgang oleh aku. Gambar berjaya di-snap oleh Pak Lan. Ciskek betul anda yerrr… Nasib baik tak ambil gambor bola aku yang suke benor masuk longkang. Hukhukhuk.. Takpelah.. at least aku ni memang sedor skill aku bermain bowling yang amat menyedihkan. Bahahhaa…

 

 

DSC01169

Nak masuk game kedua.. With le gegirlsss…. Muka dah macam penat sangattt je haku. Maklumlah kurang zat dalam badan membuatkan aku penattt menghayun bola bowling yang berat tu. Boleh pulak tak jumpa bola yang ringan. Iskkkk!!!

 

 

DSC01182

Walaupun bola bowling setia bergolek ke dalam longkang, markah aku merupakan markah yang paling sikit sepanjang game berlangsung. Bahahahhaha… Tapi takpe, at least ade markah kan.. Usaha tangga kejayaan kan? Bahahaha.. Semua dapat hadiah saguhati. Awww thanks a lot kepada siapa yang sponsor. Semoga kalian dimurahkan rezeki !

 

 

cats

Pak Lan dan Yana Yassin selaku pemain lelaki dan wanita dengan markah tertinggi.. Wahhh hebat lah korang kannnzz.. Dapat hadiah specialll punye ! Ahahaha…

 

 

DSC01206

Yeayyyy semua pon dapat hadiahhh !! Seronokkk !!

 

 

DSC01211

Errrr ni dah napa nii. Lapar sangat la kot. Ok boleh abaikan sekarang…

 

 

DSC01220

Selesai main bowling kami cas balik tenaga dengan mengenyangkan perut di restoran berhampiran Wangsa Walk tu.. Burrppppp alhamdulillah !

 

 

DSC01225

Okay last pic bersama model iklan ubat gigi yang tak kesampaian iaitu Pena Berkala. Muahahaha…

 

 

Lepas ni aku harap ada lagi aktiviti yang best macam ni.. Seronok dapat spend time dengan kawan-kawan blogger yang sporting.. Lagipun bukan selalu kan.. masing-masing ada komitmen yang lebih besar dalam hidup.. Maka sekali-sekala bertemu, ada aktiviti seronok juga kan..

 

Kalau buat besar-besaran takut tak ter-handle pulak.. Bukan apa.. dah berkumpul ramai-ramai taknaklah sekadar berkenalan dan bergambar kan.. Ada aktiviti baru la best.. Ohh ye, mereka yang datang ni tak terus balik.. ada yang pergi karaoke pula. Aku dan beberapa blogger lain terpaksa pulang duluuu.. ade koje pulakk.. Semoga bertemu lagi ye korang !

 

 

XOXO

16 comments :

Schajar McFlurry said...

Seronoknya! Mungkin lain kali boleh pikirkan idea2 macam ni :)

Teena Tna said...

Wahhh, bestnyer, siap ada gathering blog ea..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

insanbiasabiasa.blogspot.com

ADEEYA said...

Seronoknya dapat jumpa rakan blogger :)

muja said...

bestnya!!! flawlessnya nisa :D

Potia Casadelarossa said...

meriah giler... sampai hanti tak hanjak... ekekeke..

YnaRazali said...

wangsa walk?ruginya tak gi...

Melastik Bintang said...

haha... lain kali kunci simpan siap2..nasib baik member buka..kalau tak..paham-paham je lah...

Mas Zull said...

assalamualaikum nisa...seronoknya berjimba bersama2 yer...:)

Bro Framestone said...

He...23x ala selamat Bro xmain je tue.. kalau x....

ManusiaHairan said...

Alahai Ziera, still comel cam dulu :)

Phat said...

jom bowling starmall plak pas ni nisa

penaberkala said...

kesian Nisa, nak hayun bola pun tak larat
seram je tengok, takut patah tulang tangan
next time bawak bola sendiri ye, keh3

nuRuL aZieRa said...

hahaha baru perasan post ni...thanks nok!

shukri fadzillah said...

wahahaha seronoknya~ dah lama tak bowling ramai2..

Jemput Singgah

hanizatul amira said...

seronoknye. teringin nk join blogger gathering. hihi

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. perghh bestnya! lama tak asah bakat ;p