Tuesday, April 2, 2013

PETRONAS Meet The Drivers – Lewis Hamilton & Nico Rosberg

 

Assalamualaikum…

 

Sangat sangat sangat teruja nak menghadiri event PETRONAS Meet The Drivers beberapa hari lepas. Memandangkan aku tak pernah ke PETRONAS Solaris Serdang, maka aku dengan rakan blogger aku bersemangat bertolak awal dari rumah. Takut tak jumpa tempat! Haha! Tapi terlebih awal pula sampai, sempat juga kami bersarapan.

 

DSC01564

Masih termimpi-mimpi daku menatap wajah tampan kedua-dua pelumba Mercedes AMG PETRONAS F1 Team yang sangat terkenal tak lain tak bukan Nico Rosberg & Lewis Hamilton. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat PETRONAS kerana membawakan kedua-dua pelumba handalan ini ke PETRONAS Solaris Serdang.

 

 

cats

Setelah Hamilton dan Rosberg tiba bersama-sama para VIP dan having some refreshments, acara dimulakan dengan kedua-dua pelumba mengisi minyak kereta 4 top spender kad Mesra PETRONAS. Wah wahhh bertuah sungguh ada pelumba terkenal isikan minyak kereta! Kalau aku yang terpilih jadi top spender kad Mesra, aku datang dengan tangki kosong aje. Muahahaha!!

 

 

cats1

Semasa acara berlangsung juga kami dapat lihat sendiri kereta lumba F1 yang sebenar !! Ini bukan replika, ini bukan mainan okay! Memang kereta lumba yang sebenar, yang dipandu di litar megah Sepang F1 Circuit tuuuu!! WAH WAH WAH! Hebat lah PETRONAS boleh bawakan kereta lumba sebenar ke depan mata kami !!!

 

 

DSC01457

Memandangkan ia kereta lumba yang sebenar, maka kita tak bolehlah suka-suka nak dekatinya ye dak? Dapat tengok depan mata pun dah cukup buat aku bersyukur dan teruja sebab aku belum pernah lagi pergi ke litar Sepang untuk menyaksikan perlumbaan F1.

 

 

 

cats2

Aku ni dah lah tak pernah-pernah ke litar Sepang.. and now…. Petronas have a “mini model of Sepang F1 Circuit” oh myyy myyy !!! I was so excited as I see there are several mini F1 racing cars with the controllers ! Ahah ! A mini race! Dalam pada teruja tu ada jugak perasaan takut dan segan sebab aku dah lama tak mengendalikan controlled car ni! Nanti daripada racing bertukar jadi bumping car pulak hikhik !

 

 

DSC01500

Tergelak seketika Hamilton dan Rosberg melihat set lumba kereta di situ. Kemudian Hamilton menjelaskan kepada En Akbar M Thayoob, Head of Retail Business Division, PETRONAS Dagangan Berhad bagaimana dia biasa memandu kereta lumba.

 

 

 

cats

Gelagat Lewis Hamilton dan Nico Rosberg ketika bermain permainan kereta lumba. Ada masa tergelak-gelak mereka melihat kereta permainan yang gagal dikawal.. ada masanya juga serius betul fokus seumpama perlumbaan sebenar ! Ahaaa...

 

 

DSC01541

Kedua-dua pelumba Mercedes AMG PETRONAS F1 Team ini meninggalkan “tanda tangan” sempena sesi PETRONAS Meet The Drivers.

 

 

DSC01575

Pelumba Mercedes AMG PETRONAS F1 Team Lewis Hamilton dan Nico Rosberg dan para VIP dari PETRONAS.

 

 

cats

Berakhir sudah sesi Meet The Drivers… Tapi acara tidak berhenti setakat itu ya.. Kami bloggers dan 4 Top Spenders tadi pun kena berlumba jugakkk!! Alahaiii cuak nye hahaha… Pemenang setiap pusing dapat menang PETRONAS Gift Card !! Wow woww…

 

 

DSC01619

Ahahaha yang baju hijau tengah tergelak terkekeh-kekeh sambil tutup mulut tu aku le tuuuu… Dah macam ape je kereta yang aku kawal. Ke depan tidak ke belakang tidak.. Asyik langgar kereta orang saja. Muahaha… Abang Budiey yang berbaju merah amboi serius betul !

 

 

DSC01646

Tibalah masa untuk bloggers dan PETRONAS serta 4 Top Spenders tadi berkongsi kisah dan bersoal jawab. En Akbar M Thayoob, Head of Retail Business Division, PETRONAS Dagangan Berhad memulakan sesi dengan berkongsi sejarah PETRONAS ditubuhkan, bagaimana jenama PETRONAS berkembang dan kini mempunyai pelanggan setia yang tersendiri.

 

En Akbar menekankan PETRONAS akan terus menerus memperbaiki mutu perkhidmatan dan produk mereka untuk semua pelanggan setia, memberi ganjaran dan sebagainya. Menurut beliau, “FANS will protect the brand”. True enough.

 

Setiap pelanggan bertuah di atas juga berkongsi bagaimana mereka mengisi tangki minyak kenderaan di stesen PETRONAS dan membeli makanan dan minuman di kedai Mesra. Menurut mereka, menggunakan PETRONAS PRIMAX 95 XTRA sangat berbaloi kerana menjanjikan mutu yang baik serta performance hebat dalam masa yang sama.

 

 

DSC01664

At the end of the day, we were so happy meeting the drivers, joined car race dan berbual dengan santainya bersama En Akbar dan pelanggan bertuah PETRONAS.

 

 

DSC01666

Sedang berlangsung di setiap stesen PETRONAS berhampiran anda ! Nak menang kereta terbaru Mercedes-Benz A-Class? Atau gajet-gajet lain yang hangat di pasaran??? Haaa selalu-selalu lah berbelanja di kedai Mesra PETRONAS yeeee !

 

 

DSC01668

Senang je nak menang ! Beli salah satu kombo di atas, dapatkan resit, isi borang dan isi dalam kotak ! Lagi banyak berbelanja lagi besar peluang nak menang sebab lagi banyak borang yang anda submit ! Haaaa senang sangat nak menang hadiah gempak dari PETRONAS !

 

Nampak tak betapa tak ruginya kita kalau setia pada yang satu ni?? Isi minyak dan beli barangan di kedai Mesra setiap hari ! Kompem satu hari nanti anda juga akan menikmati ganjaran seperti 4 Top Spenders yang aku ceritakan tadi !

 

And kepada semua pemandu di jalan raya (cewah!) jangan lupa isi tangki kereta korang dengan PETRONAS PRIMAX 95 XTRA! Kenapa?? Sebab ia merupakan satu-satunya bahan api yang menawarkan performance dan penjimatan yang sangat sangat hebat! Kalau tak percaya, korang boleh cuba sendiri PETRONAS PRIMAX 95 XTRA untuk perjalanan anda!

 

 

Psssttt !! For more information about Mesra Store promotion to win the new Mercedes-Benz A Class and other great prizes you guys can visit these pages :

PETRONAS Dagangan Berhad official site :
http://www.mymesra.com.my/

Petronasbrands official Facebook fan page :
https://www.facebook.com/petronasbrands

 

 

 

XOXO

13 comments :

truffle said...

kalo sy suka g tengok yang btol2 kat litar sepang tuh tp x pnh g pun sbb tiket nye kan mahal. hehe

Lelaki Ini said...

wah, tengok gambar pun daha best,
apatah lagi kalau dpt join, kan? seronoknya!

Phat said...

x nk komen entry tp komen pasal Tv9 itu hari nisa kuar dlm safiya kan kan

Ana Faryana said...

Arghh tak tahu pon..padahal dah dekat sangat gn UPM ni..selalu isi petrol kat sini..

leyla luv ariff said...

wah...best nye..
kte pnah pg time kecik je..
2 pown ta ingat rupe nye..
best akak dapat tgok krete lumbe yg real..

ahmad endo said...

sungguh beruntunglah cik nisa....cuma berharap je dapat tengok jentera F1 secara live n pegang...hehehe...nice!!

ewan mohd said...

Bestnya.. sis, Tp klw dpt jumpe dgn org punya Blog ni LG Best.. tk gitu Nisa Kay?? Haha..

al khattab said...

asslamualaikum!! bestnya kamu!! saya jgk teringin nk pergi event mcm ni!! masih tiada rezeki. tumpang gembira kamu!

a little less conversation said...

salam nisa..eh nape muka cm lain je skang? tau sy yg lama tak jenguk blog ni..hahaha

lama da tak pg tgk F1 kt sepang..huhu

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

rajin nya nisa gi event gini...

Akma Khaieri ^o^ said...

sonoknyer nisa...pg xajk pown..hehe

Solehah Shamsuddin said...

Yeahh! My cousin kerja di Petronas company. He invites me there, but maybe other time I go. Too far alot.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. bestnya! kalau suami sheila tengok ni, mesti dia jeles punya. kohkohhkohhh ;p