Wednesday, April 10, 2013

Amanz di Singapura

 

Assalamualaikum..

 

It has been a very tired week for me. Tanggap 1 April, bos bagitahu kami akan ke Singapura untuk cover story pasal event Startup Asia 2013. Gila nak percaya? Dah lah on April Fool masa tu, naluri aku kuat mengatakan bahawa aku bakal ditipu hidup-hidup oleh bos-bos aku yang duk cover gelak je.

 

Punya lah berusaha mereka meyakinkan aku, so aku pun percaya, esoknya terus buat passport, balik rumah terus kemas barang. Pagi Rabu aku rushing gila siapkan macam-macam benda sebelum tinggalkan tanah air. Cehhh macam nak pergi jauh sangat je.

 

DSC04316

1ST DAY - Ini jalan raya Singapura. Oh kami stay kat JB sahaja. Tak cukup bajet nak stay kat Singapura miahahaha. Bertolak dari KL pun naik kereta dengan bos-bos.Well.. pagi hari pertama di Singapura yang tidak begitu memberangsangkan sebab jalan jammed, ada jalan ditutup.

 

 

DSC04322

Gambar camwhore dalam kereta yang menunjukkan wajah nan lebar harus ada. Bonus apabila dapat snap sekali gambar bos Aman Firdaus kat belakang. Sebab bos ni kalau nampak orang nak ambil gambar dia, dia akan tutup lens kamera dengan tangan dia, bak artis menghalang paparazzi.

 

 

DSC04339

Okay dah sampai pun kat tempat kejadian. Hahaha di sinilah event Startup Asia 2013 berlangsung. Di Matrix, Biopolis. Berdekatan Ministry of Education Singapore. Ohhh keje aku ialah interview para startup, discover apa aplikasi dan perkhidmatan terbaru yang best-best. Kalau nak tahu bolehlah baca AMANZ ehh nanti.

 

 

DSC04354

Ini makan malam kami. Sup tulang merah Singapura. Makan di Restoran M A Deen Biasa (S) Pte Ltd, Jalan Sultan Singapura. Kuahnya walaupun aku macam batak melihatnya, tapi sedap weh. Tapi aku tak makan ler tulang tu. Aku makan roti perancis cicah kuah dia sedap weh.

 

 

DSC04356

Aku tak tahu kena rasuk dek jin apa sebab sejak dua menjak ni aku kuat makan nasi. Padahal dulu aku ni tak suka makan nasi, liat sungguh nak makan nasi ! Tapi bila lapar, benda pertama dalam otak aku ialah NASI. So aku order jugak nasi goreng biasa, telur goreng satu! Tapi telur goreng dia dah macam benjo aku tengok.

 

Lepas perut kenyang kami pergi Mustafa Center pulak. Tempat tu aku tengok ala-ala Mydin macam kat Malaysia. Tapi Mustafa Center ni dibuka 24 jam dan lagi besar sebab ada dua tiga blok kalau tak silap aku. Paling popular kalau nak beli souvenir murah and PERFUME MURAH SEPARUH HARGA DARI HARGA DI MALAYSIA !! Hahaha… Tapi dengar citer dari kawan yang merupakan orang Singapura jugak, perfume kat situ tak pasti ori ke idok. Pulak dah?

 

 

DSC04358

Penat usha-usha barang, kitorang gi minum-minum kat kedai mamak. Sayangnye takde satu pun kedai yang kami pergi tahu BANDUNG CINCAU. Dorang tahu bandung aje. Iskk. Kempunan aku. Oleh kerana money changer tak terima duit syiling, maka aku dermakan semua syiling aku untuk bayar minuman kami. Muahaha.

 

 

DSC04399

2ND DAY – Hari terakhir di Singapura. Kerja luar yeh yeh!! Hari sebelumnya kami dah interview 7 startup. Hee cukup la tu ye bosss. Penat kot nak berjalan and berdiri pakai wedges tinggi ni. Iskk. Hari kedua ni kami shoot video mingguan di luar. Yehh dapat jugak aku tengok apa yang menariknya Singapura ni..

 

 

DSC04416

Shoot video di area One Fullerton ni je haa. Alaa yang dekat Merlion Park tu.. Walaupun cuaca panas tak hengat kemain ramai jugak pelancong kat sini. Maklumlah datang Singapura tak sah kalau tak melawat Merlion statue kannnzzz…

 

 

DSC04419

Aku pun nak jugak wehhh bergambar macam orang selalu buat. Tadah mulut laa.. ape laa.. aku tadah tangan je laa konon-konon sambut air yang keluar dari mulut sang merlion. Hehehee…

 

 

DSC04422

Lagi satu gambar kenang-kenangan…

 

 

DSC04426

Shoot untuk outro video mingguan Amanz, khas di Singapura. Cewahhhh.. Walaupun Singapura di seberang jambatan cuma, tapi merasa jugak lah aku kerja kat negara orang kan… Bila datang ke Singapura, nak beli apa-apa mesti fikir pat belas kali, sebab matawang sana lagi mahal..

 

Lagipun kami datang ke sana bukan nak berjimba-jimba.. tapi nak bekerja la hoii.. So kepada kawan-kawan maaf kan daku ye sebab daku tak bawak apa-apa buat tangan pun untuk korang. Maybe next time kalau ada rezeki lagi aku ke sana, boleh lah korang kirim perfume eh. Hahahaha…

 

 

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

 

IMG_6456

Hey guys! I went to a workshop last week and I was like gasping for air as I was showed this latest gadget ! Available in gold colour too ! Gosh I already fall for the goldish fancy looks of this gadget. I’ve tried it myself too, and I cant waitttttt to share it with you guys too ! Till then !

 

 

XOXO

13 comments :

Mysara Ab Rahman said...

nisa ni wlupn study sntayse ada masa utk aktiviti luar..
cuti sem ek? pndai u bahagikan masa..:)

Aina Areen said...

singapura memang seronok :D auwwwww

Wawa Rosli said...

wah....best nya dapat ke singapura...:)

Munirah Rafiuddin said...

alhamdulillah...walaupun g sna utk keje tapi dpt gak pluang ke sana..sy pun teringin nak g tp husband ckp sblm g tmpt org kt pusing habis dl tmpt sndiri..mknanya tangguh dl niat nak ke sna...
#xde rezeki lg =)

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

Anonymous said...

hai nisa..bestnye jejalan..

LaLa mhdnor said...

bekerja sambil makan angin, best nya :)

Shazwani Ramly said...

sambil menyelam minum air. sambil bekerja sambil tengok tempat org. best lah kak nisaaa :)

Cik Tanpa Nama said...

suke sangat gambar sis dengan merlion tu...kretif2..huhu

btw, teringin nak samoai negara org jugak satu hari nanti ;)

ahmad endo said...

part makan2 ngan duit dolar singapore tu best....gambar ngan merlion pun best...hahaha

Bui Junaidi said...

HARI TU KAK BUI KAT USS JER..MMG TAKDER PG DEKAT MERLION TU..NNT NAK PG LAGI,NAK AMBIK GMBR MCM NISA LA..:)

Ana Farhana said...

kita tahuu.. phone nokia.. da byk blogger tunjukk.. tapi belum buat entry lagi.. hehe

wahhh! seronoknyaaa g sana.. kerja sambil enjoy..

ehhh nisa belajar uitm shah alam kan? btl ke??

ni bos kire utk bekerja dlm blog ke camne? huhu

Mas Zull said...

assalamualaikum nisa...seronoknya jenjalan ke Singapore...:)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. sambil menyelam minum air! nice nisa! manis :)