Tuesday, April 30, 2013

Are you adventure enough?

 

Assalamualaikum…

 

clip_image002

Hey hey guys ! Are you a social media freak that really cannot miss updating your Facebook, Twitter or Instagram?? Love challenges and exploring things? Adventure enough with unstoppable personality to achieve something? Then you’re the RIGHT ONE to stand a chance to win one of these cool gadgets ! What am I talking about?? Join ASTRO-ON-THE-GO contest now ! For more info click here !

 

 

clip_image004

Andddd as for me, I’m an unstoppable explorer because I love love love discover new things every single day, especially on my social media platform. One of my favourite social media platform is Instagram. Every day I will discover a new Instagram user who post fashion pictures because I just love to see beautiful people in unique and cool outfits using my device !

 

 

XOXO


Read More»

Monday, April 29, 2013

Selamat ulangtahun pertama, majalah HIJABISTA !

 

Assalamualaikum…

 

Siapa tak tahu majalah HIJABISTA kan.. majalah fesyen yang fokus kepada fesyen untuk wanita dan remaja bertudung. Sejak pertama kali dikeluarkan, majalah ni bukan main lagi dapat sambutan hangat wah wahhh.. dengan aku-aku sekali beli sebab aku nak rujuk beberapa perkara sahaja.. Hohoo..

 

Berbekalkan konpiden yang tak berapa nak menebal, aku gagahkan jua diriku ke acara ini. Tema NEON, STUD dan SPIKE ditetapkan oleh pihak penganjur. Nak pakai baju kaler neon? Hadoi makkk sangat la gua tak konpiden. Cukup dengan aksesori gua pakai neon. Kikiki…

 

DSC00097

Aku sampai awal SEJAM kottt!! Hahaha bukan apa, aku gerak awal sebab takut sangat sesat + hujan + lambat muahahaha.. Dah lah gerak sendiri, maka ku awalkan jua diri ini keluar rumah. Sempat jugak lah lunch makan soto. Sekali hidangan panas nak arwah, lidah aku yang hampir melecur :(

 

Tapi aku lupa semua tu saat jejak kaki kat Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Majlis serba ringkas itu diadakan dalam konsep hi-tea, minum-minum, makan makanan yang comel-comel dan mingle around dengan hijabista yang lain. Dah terbayang dah kat mata aku para hijabista yang sangat fashionista. Kompem aku yang tak seberapa ni tenggelam. Paling best juga dapat goodies yang penuh dengan buah tangan dari para penganjur.

 

 

DSC00092

Kurang sikit kekok gua bila kre HIJABISTA yang super friendly datang pada aku dan berbual-bual mesra.. Dorang sangat sporting dan best ! Di dalam gambar ialah Kak Hana yang genit dan comel. Cukup berani menggayakan neon + colour block.

 

 

DSC00099

Antara hadirin yang juga datang awal.. Amera Zaini model rasmi Al-Humaira Contemporary.. dan kini mengembangkan sayap sebagai selebriti berhijab. Ameera kini menjadi host untuk rancangan Hijabstailista yang ditayangkan di TV9. You go girl !

 

 

DSC00103

Dah habis segan asyik duduk saja, aku akhirnya bangun dan berjalan-jalan sekitar lobby lounge mencari-cari wajah yang ku kenali. Kuikuikui.. Dengan akak Yuyu Zulaikha wajib la camwhore. Sekarang camera dah boleh amik gambar portraiture, haruslah ku camwhore sepuasnya hehe.

 

 

DSC00107

Alamak gua nampak pucat sangat. Dah lah baju putih. Lupa nak setting camera, sudahnya gambar terang kemain lahaiii.. Lepas makan minum makan minum lipstick gua pun dah pudar. Nampak pucat sangat kan. Tak macam Fatin Suhana yang sangat gojess dengan lipstick merah beliau. Iskk kang ade kang gua edit picture guna Perfect365 kang kekekek..

 

 

DSC00113

Wowww Illa Damia artis hijabista in da houseeee.. Sangat sporting bila diajak camwhore. Muehehehe… Thanks Illa ! Muahhh!!!

 

 

DSC00116

Baiklah upacar perasmian ulangtahu pertama majalah HIJABISTA dan upacara memotong kek akan dijalankan sebentar lagi… Ucapan alu-aluan dari salah seorang krew majalah HIJABISTA.

 

 

DSC00124

Ucapan lagi.. Turut diumumkan rancangan HIJABISTA TV akan mula ditayangkan bermula Mei ini di Astro Ria. Sobss kite tak dapat nak tengok sebab kita ade HyppTV jewww… Ada 4 orang pengacara hijabista yang sangat cun semuanya!

 

 

DSC00131

DSC00136

Yeayyyy selamat ulangtahun pertama buat majalah HIJABISTA. Semoga segala aspek dipertingkatman mutu dan menampilkan lebih banyak info-info yang berguna untuk semua muslimah di luar sana inshaAllah :)

 

 

* * PHOTO SPAM * *

instajemah2

Dengan 3 orang pengacara HIJABISTA TV yang gojes dan meletopss semuanyaaa! Dari kiri : Syakirin, (err aku le tu), Hidayah Bakar dan Fatin.

 

 

DSC00139

With kak Lyna Kamal.

 

 

DSC00144

With the cute and stylish Jezmine Zaidan, pemilik butik Old Blossom Box. Yang kanan sekali tu kak DangMerduWangi, yang terkenal dengan Sookascarf. Kalau belum tahu apa itu SookaScarf, boleh search @dangmerduwangi di INSTAGRAM atau search hashtag #Sookascarf di INSTAGRAM juga ok?

 

 

DSC00146

With the pretty Suri Aryani, pemilik HUSH by Suri Aryani. Sangat peramah orangnya, manis dan kalau korang nak beli selendang lebar dan cantik-cantik boleh la like page HUSH by Suri Aryani di facebook orite?

 

 

DSC00149

Ahaaaa macam mak jemah sangat kannn.. Bertemu aje terus pung pang pung pang dengan update terbaru diri masing-masing. Masih ingat lagi bersama-sama kak Yatt Hamzah menjadi model untuk jenama tudung LuvStylista. Rinduuu waktu itu :”)

 

DSC00153

DSC00158

More pictures with her…..

 

 

DSC00164

With kak Alin… halo haloo.. jangan lupa roger-roger kite lagi kalau nak guna model. Kbai. HAHAHAHHA…

 

 

DSC00173

The always-gorgeous Shea Rasol ! Suka sangat tengok penampilan Shea yang sangat simple, but yet memenuhi tema majlis. Whoaaa I guess kena banyak berguru dengan diaaa.. sebab gua rasa pakaian gua masa event tu entah apa-apa :(

 

 

DSC00175

Again with Jezmine Zaidan :)

 

 

DSC00180

Again with Suri Aryani, pemilik HUSH by Suri Aryani.. masa ni kami makan-makan kat restoran kat hotel tu.. Founder iLoveTudung, Kak Zaralisa dengan baik hatinya belanja makan. Ya Allah segan sangat dengan dorang tau.. Kak Zaralisa sangattt humble, sporting dan peramah :)

 

 

DSC00182

Nisa dan Nisa jugaaa.. Hehehehee krew HIJABISTA yang satu ni sama nama dengan kitee. Hik hikk…

 

 

DSC00188

Kak Suzi, editor majalah HIJABISTA.

 

 

DSC00190

Okay okay last picture okay? Hahahah dari kiri, kak Suri Aryani, Nisa Kay bluergghh haha, Kak Suzi editor majalah HIJABISTA dan kak Zaralisa founder iLoveTudung. Thank you so much you guys! Had a great day :)

 

Sekali lagi, selamat ulangtahun yang pertama buat team HIJABISTA.. Semoga lebih banyak input meletop akan  melengkapi majalah HIJABISTA di masa-masa akan datang ! Jangan lupa semuaaaa beli majalah HIJABISTA yang terbaru di pasaran, covergirl by YATT HAMZAH ! So cute with lolita theme ! Terima kasih HIJABISTA untuk jemputan ini :)

 

 

XOXO


Read More»

Sunday, April 28, 2013

Aku, plastik dan kitar semula…

 

Assalamualaikum…

 

DSC00881

Well I have this one whole set of make up stuff that I got from an event last month. So I was recording myself puttin on the make up and what not. So nantikan lah video tu ye..

 

 

DSC00898

Dan ini adalah tempat kejadian ye. Bersepah-sepah mekap daku. Aku memang keluarkan satu-satu, supaya aku senang nak capai. Sebab leceh kot mekap sambil rakam ni. Mana nak tengok cermin nye, mana nak jaga gerak badan supaya tak out of frame.

 

So habis je rakam video mekap, takkan aku nak terus cuci mekap lak kan? Memandangkan aku tak keluar rumah sangat sebab sakit gigi dan gusi bluergghhhh. So I came up with a video. Well sorry la topik sangat boring ok. Baca entry pun dah tahu boring.

 

 

Boring kan. Aku pun tak tahu nak upload ke tak. Tapi dah susah-susah rakam maka aku upload je lah. AKu tak kisah orang nak kata aku bajet good good je cakap pasal kitar semula dalam video bluergghh. Janji aku tak mintak duit orang pun nak upload video ni. Dah tahu tak suke sapa suruh tengok ye dak? Padan muka. Kekekeke.

 

 

 

Ok kalau korang ada topik best untuk buat video, silakan memberi cadangan ya. Thank you so much !

 

 

XOXO


Read More»

Thursday, April 25, 2013

No title

 

Assalamualaikum..

 

Dalam pada aku tak sihat + kena siapkan keje yang telah aku tangguh-tangguh, aku jugak manusia yang betul-betul mencabar kesabaran aku. Sikit je la pesanan aku, korang berdua tak payah ambik tahu pasal aku dah sebab aku takkan ambil tahu pasal korang dah. Sorang psiko nak arwah, sorang menyamar. Pergi M *ehem ehem kontrol ayu balik*

 

Takde apa aku nak cakap. Pada blog ni jugak aku nak luah. Tapi aku tak lah luah semua ye dak. Benda rahsia peribadi takkan nak cerita lebih-lebih kat sini. Ohh ye. Kalau dah cerita kat sini takdelah rahsia peribadi namanya *senyum sinis*

 

 

 

 

Entah nampak sapa entah share video parody ni kat facebook. Kelakar kot. Lagi-lagi tang makcik yang jerit pegang anak tu.. Time tu lah aku tergelak. Kahkahkahkah. Apa-apa pun selamat pergi dari hidup aku wahai orang-orang tuttttttt.

MOOD : Geram nak mati, gelak je dulu.

 

XOXO


Read More»

Wednesday, April 17, 2013

Ke hadapan anon.

 

Assalamualaikum..

 

Terasa nak balas komen kat anon ni kat ruangan komen je. Tapi terasa terpanggil nak balas melalui entry supaya dia lebih sedar akan kewujudan jawapan aku untuk beliau yang ku hargai. Dan aku pasti serta yakin dan kompem ramai lagi yang berperasaan seperti anon di bawah.

 

 

image

P/S : Aku approve semua komen kecuali spam dan komen-komen yang tak guna.

P/S S : Sila baca entry ini dalam nada yang tenang dan aman, kerana aku menaip entry ini dengan penuh keikhlasan, dan setelah berfikir sedalam-dalamnya. Tidak berniat ingin menyinggung perasaan sesiapa, sekadar ingin menjelaskan keadaan dari fahaman aku sendiri.

 

FIRST OF ALL, aku sikit pon tak rasa diri aku glamour atau perasaan-perasaan yang sewaktu dengannya. Aku rasa… biasa-biasa saja.. masih blogger picisan seperti dulu. Bezanya cuma aktif dan tidak aktif sahajalah..

 

 

Mungkin ramai pembaca diluar sana menyalah erti perkataan GLAMOR dan AKTIF.

 

 

Glamor bagi aku adalah bila blog kau dibaca semua penduduk Malaysia, yakni tua dan muda, kaya mahupun miskin. Sebut je nama blog kau semua kenal, bukan sekadar pernah dengar malah pernah baca isi kandungan dan boleh describe rupa blog korang macam mana. Bila jumpa kat luar macam artis jumpa peminat, orang berebut nak ambil gambar, nak tandatangan, anda diperhatikan setiap masa dan orang akan judge kau atas bawah luar dalam bla bla bla bla…

 

 

AKTIF (1) bagi aku ialah bila kau ada masa lapang, dan pada masa itu Maha Suci Allah yang Maha Pemurah turunkan kau rezeki yang pelbagai (yakni dalam konteks blog seperti jemputan events dan dapat advertorial). Maka kau pun ke sana sini memenuhi jemputan events dan sebagainya.

AKTIF (2) pada aku bila kau ada masa lapang dan duit yang cukup untuk kau keluar shopping sakan, makan sedap-sedap dan bercuti-cuti Malaysia, dan juga ada masa untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan, buat kerja gila la la la, lantas kau share semua benda kat blog.

 

 

 

Bila dibaca dan dihayati balik dua perkara di atas, aku tak nampak pun diri aku dalam kelompok glamor (pada konteks dan fahaman aku). Tak ramai pun yang kenal blog aku ni. Aku selalu je pergi event lepas tu tercengang-cengang sendiri sebab tak siapa yang aku kenal, dan tak siapa kenal aku.

 

 

Terkadang ada juga beberapa orang yang meminta nak bergambar dengan aku, kerana mereka pembaca blog aku dan juga mengikuti perkembangan aku di beberapa platform media sosial. Tapi, itu langsung TIDAK diertikan sebagai glamor, kerana jumlah itu sekadar boleh dikira dengan jari. Terima kasih kepada mereka-mereka yang pernah buat aku terharu sebab aku tak menyangka blog picisan aku ni menangkap perhatian korang :’)

 

 

Bagi aku adalah satu pemikiran yang agak tipikal apabila aktiviti aktif seorang blogger diertikan sebagai glamor. Kerana bagi aku glamor dan aktif blogging adalah perkara yang amat-amat berlainan. Terdapat ramai blogger yang hanya dikenali dalam kalangan rakan blogger sahaja, dan sangat dikenali penganjur acara, lantas menjadikan blogger tersebut selalu dapat jemputan untuk ke acara-acara.

 

 

 

“MASA BELUM GLAMOR, SEGALA JENIS RAHSIA PERIBADI NAK CERITA”

 

Aku tak nampak apa yang aku kongsikan dalam blog ini sebagai rahsia peribadi. Jika anda sedang membaca entry ini, maka terbuktilah blog ini merupakan laman yang umum dan sesiapa sahaja yang menaip link blog aku akan dapat membacanya. Jadi, amat amat aku sedar bahawa segala yang aku kongsikan di dalam laman blog aku ini boleh dibaca sesiapa sahaja dari mana-mana pelusuk dunia. JADI, kalau aku ada sesuatu rahsia peribadi, kenapa aku still nak kongsi ye dak?

 

Jadi, apa yang aku kongsikan dalam blog aku ini bukanlah sejenis atau satu spesis rahsia peribadi. Tah mana yang rahsia pun aku tak tahu. Kalau dah namanya RAHSIA kenapa pulak lah aku nak menulis mengenainya di sini? Dah kalau aku share kat sini bukanlah rahsia namanya ye dak, sebab berjuta orang boleh baca penulisan aku.

 

 

 

“UPDATE PASAL EVENT, IKLAN DAN SEWAKTU DENGANNYA.”

 

Setiap manusia di muka bumi ini ada fasa-fasa kehidupan yang perlu kita lalui. Macam aku juga, di suatu masa dahulu, semasa aku masih bergelar pelajar, aku banyak luangkan masa dengan kawan-kawan, melakukan aktiviti gila dan suka share kat blog… Begitu juga kenalan sesama blogger, dulu kemain hampir setiap bulan nak buat gathering je haa…

 

Tapi aku kini dah kurang aktif dengan aktiviti yang lebih kepada personal.. KENAPA? Sebab aku dah melepasi fasa bersuka ria, dan kini memasuki fasa yang agak sukar dan inshaAllah fasa ke arah yang lebih matang iaitu…. BEKERJA. Ya aku kini bekerja, bukan satu, dua malah tiga kerja aku lakukan dalam satu masa.

 

Sekarang bukan masa untuk aku bersuka-ria sangat, menggila-gila sana sini… tapi sekarang masa untuk aku betul-betul fokus bekerja dan mencari rezeki yang halal agar mampu menyara hidup sendiri, mampu membeli keperluan hidup yang bukan murah nilainya, mampu membantu mak abah serta keluarga, dan mampu membantu insan yang memerlukan inshaAllah….

 

Jadi pada pandangan kalian, aku dah tak aktif blogging, dah tak share banyak benda seperti dulu… Dan kebetulan dalam pada aku struggling nak maintain kehidupan menyara diri sendiri, datang juga rezeki lain yang Allah beri.. contohnya, aku masih menerima jemputan ke acara-acara dan juga tawaran pengiklanan di blog.. Orang kata REZEKI JANGAN DITOLAK ye dak.. maka aku penuhi juga permintaan klien.

 

 

Jadi kepada para pembaca, harap penjelasan aku ni dapat memberi sedikit pencerahan kepada kalian semua.. sebab bukan sekali aku dapat komen macam ni. Ada la dua tiga kali, tapi aku tak ada masa nak menjelaskan. Jangan kerana salah erti maksud perkataan menjadikan anda menyalah anggap terhadap orang lain, seterusnya menjadi bahan kutukan anda, seterusnya membuahkan dosa dalam catatan amalan anda sendiri.

 

Penulisan aku ini aku tulis dengan ikhlas dan agak spontan, jadi mohon maaf lah jika ada yang salah faham atau terasa hati. Maaf juga kepada pembaca yang kecewa dengan isi kandungan blog aku yang tidak lagi seperti dulu. Aku kini bekerja setiap hari, kadang-kadang termasuk hari minggu, so faham-faham je lah ye.

 

 

 

 

XOXO

 

*Publish setelah berpuluh kali ulang baca*

**Oh yeee… lepas ni ada entry pasal event lagi ye.. BAHAHAHHAAA**


Read More»

Tuesday, April 16, 2013

Memilih antara dua – saat paling sukar !

 

Assalamualaikum…

 

Amboi amboi tajuk entry dah macam tajuk novel dah haa! Macam drama pun ada. Haaa sesuai sangat la dengan apa yang aku nak cerita ni kannzzz… Sebelum tu aku nak tanya.. adakah korang follow kisah bersiri DONT LOSE IT ALL yang kat laman web XPAX tu??

 

Haa pada yang follow kisah Amy, Nick dan Joe mesti dah tahu kannn. Pada yang belum tau lak, meh aku nak citer serba sedikit pasal kisah cinta tiga segi ni. Amy dan Nick pasangan kekasih. Joe lak kawan baik Amy dan Nick. One day Nick kena pergi luar negara. Mula-mula okay je contact Amy, tapi lama-lama dia macam menghilangkan diri.. tak contact Amy..

 

Amy duk la menangis meraung-raung sebab ingatkan Nick ni dah lupakan dia. Ye lah mana tahu jumpa awek mat salleh kan. Haa time emosi Amy tengah tak stabil dan kesunyian ni la Joe masuk line ! Siapa tahu Joe sebenarnya suka Amy kannn??

 

 

Capture

Kalau masih tak paham aku ni duk membebel pasal apa, why not korang follow story ni kat laman web XPAX tu haa.. Tengok video Amy, Nick & Joe ni dari mula.. Kompem korang akan lebih memahami apa yang aku cerita kan..

 

Korang pernah jadi macam ni tak? Maksud aku.. bila kekasih korang stay jauh.. jarang jumpa.. KOMUNIKASI tu penting kan kan? Lebih-lebih lagi sekarang semua mesti ada smartphone kan? Tapi kalau ada smartphone pun, tapi takde data hampeh jugak ! Hmm hmmm…

 

 

Screenshot_2013-03-25-04-57-47

As for me.. aku pernah jugak la having long distance relationship.. So data amat-amatlah penting bagi aku. So that aku boleyh Skype dengan yang tersayang. Boleh menatap wajah beliau. Ewahhh ! Tapi kalau takde data seksa jugak. Terpaksa cari tempat ada wifi nak skype =.=”

 

So.. lebih kurang macam kes Amy dan Nick lah kot. Bila takde data, lost contact, and then mulalah timbul macam-macam prasangka yang bakal merobohkan hubungan suci korang tuuu amboi !

 

A-woman-shouts-into-a-pho-014

Jadi you guys boleh paham kan bila aku cakap menelefon saja tidak mencukupi.. Duduk berjauhan dengan kekasih nak jugak menatap wajah kan.. Dengan data, korang boleh Skype.. WhatsApp bertukar-tukar gambar terbaru dan macam-macam lagi…

 

 

wong fu

Berbalik kepada kisah Dont Lose It All tu kan.. sedar tak sedar kisah Amy, Nick dan Joe dah sampai penghujung pun. Selepas satu tragedi, Nick kembali. Tapi masa tu Amy kan dengan Joe. Soooo Amy sekarang di persimpangan dilema lah kan. Nick atau Joe lagi sesuai dengan AMY?

 

 

Q

Waktu untuk mengundi pun dah tamat.. maka seperti yang sudah ku jangka.. Yeahhhh NICK won crowd’s vote !!! Mungkin ramai daripada kita fikir bahawa cinta pertama itulah cinta sejati.. Muahahaha…

 

 

 

image

So have you guys watch the final video of Amy, Nick and Joe’s story? Catch full episodes here at XPAX website.

 

 

 

So need a good data package? Dail *128# to pick a pack and keep connected with your loved ones 24/7 !

 

 

 

 

XOXO


Read More»

Friday, April 12, 2013

Choi Siwon di majlis pelancaran LINE Malaysia

 

Assalamualaikum…

 

Hari ni gigih sangat tau bangun pagi-pagi, mekap sambil mata pejam sampai tak sedar foundation tebal ya ampun, lepas tu muka dah macam tepung gomak. Adesss. Gigih sebab apa? Sebab nak ikut boss pergi event pelancaran LINE di Malaysia. Lebih gigih lagi bila ada kemunculan ahli Super Junior iaitu Siwon.

 

Rerakan blogger jangan nak bagi ayat “Tak ajak aku pon” dekat aku okeh. Tampor kang kekekkee (gurau je!) Sebab kalau tak silap aku, they didn’t invite bloggers, memang focused on media aje this time. Tapi ramai jugak fans yang datang dan ramai jugak yang tunggu kat bawah.

 

DSC_0056

Interesting and interactive presentation from LINE’s people. Yeah I’m a LINE user! Korang guna LINE tak? Stickers semua comel ya ampunnn ! Oh ye, kali ni aku pergi under AMANZ tau. Not as blogger ok. Tapi kamera  kat tangan aku, soo… ehem ehem.. apa salahnya share dengan korang semua peminat SIWON koleksi gambar yang aku ade. Mih mih mih…

 

 

Siwon1

Okay guys you can screammmmmmm nowwww !!!!!!!!!!!!!! It’s Siwon of Super Junior in da house!!! Choi Siwon selaku duta LINE membuat kemunculan di majlis pelancaran LINE Malaysia, Aloft KL Sentral pagi tadi. Tinggi dan kacak sangat Siwon nih.. Haihhhhh kawal diri please. BAHAHA!!!

 

 

cats

Banyak pulak gambar Siwon ni haa.. Dah namanya kamera di tangan aku kan. Maaf boss. Lain gambar yang disuruh ambil, gambar Siwon jugak yang penuh dalam kamera. Muahahaha!!! Maaf maaf !!

 

 

Siwon6

Helo hot guys. LOL.

 

 

Siwon4

A close up. Gigih tau aku dengan Aidasue awal-awal chop tempat depan pentas betul sebab nak gambar Siwon lawa-lawa. Ehekkk.. So semua masih ternganga di depan skrin komputer dek kerana kekacakan jejaka Korea ini? Omoooo~

 

 

Siwon7

Auwwwww so cute semua mascots ! And Siwon pon cute dan hotttttt!!!

 

 

Siwon8

Siwon with the local artists who have official accounts with LINE.

 

 

Okay guyss itu saja kot gambar-gambar yang aku nak share. Nak lebih info dan berita mengenai event dan aplikasi LINE ni, boleh baca AMANZ tau. Baca jangan tak baca muahahaha. Promote bos baekkk punya okay.

 

Kang letak banyak-banyak pictures Siwon kang aku dibenci ramai lak. Mih mih mih. Tapi aku sebenarnya dah lama tak layan lagu Super Junior pun. Last aku layan pun lagu Sexy, Free and Single (yeke ni tajuk dia??). Tapi Siwon memang a Mr Simple la kan.

 

 

XOXO


Read More»

Wednesday, April 10, 2013

Amanz di Singapura

 

Assalamualaikum..

 

It has been a very tired week for me. Tanggap 1 April, bos bagitahu kami akan ke Singapura untuk cover story pasal event Startup Asia 2013. Gila nak percaya? Dah lah on April Fool masa tu, naluri aku kuat mengatakan bahawa aku bakal ditipu hidup-hidup oleh bos-bos aku yang duk cover gelak je.

 

Punya lah berusaha mereka meyakinkan aku, so aku pun percaya, esoknya terus buat passport, balik rumah terus kemas barang. Pagi Rabu aku rushing gila siapkan macam-macam benda sebelum tinggalkan tanah air. Cehhh macam nak pergi jauh sangat je.

 

DSC04316

1ST DAY - Ini jalan raya Singapura. Oh kami stay kat JB sahaja. Tak cukup bajet nak stay kat Singapura miahahaha. Bertolak dari KL pun naik kereta dengan bos-bos.Well.. pagi hari pertama di Singapura yang tidak begitu memberangsangkan sebab jalan jammed, ada jalan ditutup.

 

 

DSC04322

Gambar camwhore dalam kereta yang menunjukkan wajah nan lebar harus ada. Bonus apabila dapat snap sekali gambar bos Aman Firdaus kat belakang. Sebab bos ni kalau nampak orang nak ambil gambar dia, dia akan tutup lens kamera dengan tangan dia, bak artis menghalang paparazzi.

 

 

DSC04339

Okay dah sampai pun kat tempat kejadian. Hahaha di sinilah event Startup Asia 2013 berlangsung. Di Matrix, Biopolis. Berdekatan Ministry of Education Singapore. Ohhh keje aku ialah interview para startup, discover apa aplikasi dan perkhidmatan terbaru yang best-best. Kalau nak tahu bolehlah baca AMANZ ehh nanti.

 

 

DSC04354

Ini makan malam kami. Sup tulang merah Singapura. Makan di Restoran M A Deen Biasa (S) Pte Ltd, Jalan Sultan Singapura. Kuahnya walaupun aku macam batak melihatnya, tapi sedap weh. Tapi aku tak makan ler tulang tu. Aku makan roti perancis cicah kuah dia sedap weh.

 

 

DSC04356

Aku tak tahu kena rasuk dek jin apa sebab sejak dua menjak ni aku kuat makan nasi. Padahal dulu aku ni tak suka makan nasi, liat sungguh nak makan nasi ! Tapi bila lapar, benda pertama dalam otak aku ialah NASI. So aku order jugak nasi goreng biasa, telur goreng satu! Tapi telur goreng dia dah macam benjo aku tengok.

 

Lepas perut kenyang kami pergi Mustafa Center pulak. Tempat tu aku tengok ala-ala Mydin macam kat Malaysia. Tapi Mustafa Center ni dibuka 24 jam dan lagi besar sebab ada dua tiga blok kalau tak silap aku. Paling popular kalau nak beli souvenir murah and PERFUME MURAH SEPARUH HARGA DARI HARGA DI MALAYSIA !! Hahaha… Tapi dengar citer dari kawan yang merupakan orang Singapura jugak, perfume kat situ tak pasti ori ke idok. Pulak dah?

 

 

DSC04358

Penat usha-usha barang, kitorang gi minum-minum kat kedai mamak. Sayangnye takde satu pun kedai yang kami pergi tahu BANDUNG CINCAU. Dorang tahu bandung aje. Iskk. Kempunan aku. Oleh kerana money changer tak terima duit syiling, maka aku dermakan semua syiling aku untuk bayar minuman kami. Muahaha.

 

 

DSC04399

2ND DAY – Hari terakhir di Singapura. Kerja luar yeh yeh!! Hari sebelumnya kami dah interview 7 startup. Hee cukup la tu ye bosss. Penat kot nak berjalan and berdiri pakai wedges tinggi ni. Iskk. Hari kedua ni kami shoot video mingguan di luar. Yehh dapat jugak aku tengok apa yang menariknya Singapura ni..

 

 

DSC04416

Shoot video di area One Fullerton ni je haa. Alaa yang dekat Merlion Park tu.. Walaupun cuaca panas tak hengat kemain ramai jugak pelancong kat sini. Maklumlah datang Singapura tak sah kalau tak melawat Merlion statue kannnzzz…

 

 

DSC04419

Aku pun nak jugak wehhh bergambar macam orang selalu buat. Tadah mulut laa.. ape laa.. aku tadah tangan je laa konon-konon sambut air yang keluar dari mulut sang merlion. Hehehee…

 

 

DSC04422

Lagi satu gambar kenang-kenangan…

 

 

DSC04426

Shoot untuk outro video mingguan Amanz, khas di Singapura. Cewahhhh.. Walaupun Singapura di seberang jambatan cuma, tapi merasa jugak lah aku kerja kat negara orang kan… Bila datang ke Singapura, nak beli apa-apa mesti fikir pat belas kali, sebab matawang sana lagi mahal..

 

Lagipun kami datang ke sana bukan nak berjimba-jimba.. tapi nak bekerja la hoii.. So kepada kawan-kawan maaf kan daku ye sebab daku tak bawak apa-apa buat tangan pun untuk korang. Maybe next time kalau ada rezeki lagi aku ke sana, boleh lah korang kirim perfume eh. Hahahaha…

 

 

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

 

IMG_6456

Hey guys! I went to a workshop last week and I was like gasping for air as I was showed this latest gadget ! Available in gold colour too ! Gosh I already fall for the goldish fancy looks of this gadget. I’ve tried it myself too, and I cant waitttttt to share it with you guys too ! Till then !

 

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay