Tuesday, March 19, 2013

TIPS KECANTIKAN – Skrub muka. Perlu atau tidak?

 

Assalamualaikum…

 

Seminggu ni memang tak cukup tido! Duk mengerjakan online shop aku (silalah LIKE haha!) and then ke sana sini… balik rumah dah malam.. Sampai rumah kena lak balas emel and semua whatsApp customer semua.. fuhhh! Kehidupan yang mencabar minda, jiwa dan raga! Nak cari rezeki oii kenalah rajin ye dak?

 

Seminggu ni aku perasan muka aku kusam ya ampunnn! Yelah dah ke hulu hilir tak sempat-sempat nak manjakan wajah.. Aku ni lak jenis suka pakai mekap. Kadang-kadang je aku pakai sunscreen je keluar. So untuk aku SKRUB MUKA tu penting ! Dua kali dalam seminggu aku akan scrub sendiri muka untuk kebersihan maksima !

 

cats

Skrub yang aku pakai dua kali seminggu tu ialah yang belah kiri : Peeling Day – White Jewel Face Scrub dari The Face Shop. Gua suka sangat nih ! Dua kali seminggu gua urut muka gua dengan skrub ni, terasa lebih lembut kulit dan lebih bersih.

 

Memandangkan gua balik Temerloh hari tu lupa nak bawak skrub ni balik Shah Alam, roommate gua yang cun melecun bagi gua guna sikit skrub muka dia, iaitu Skrub Wajah Safi Rania. Oooo patut la roommate gua lawa macam Rozita Che Wan haaa…!! Ni lah rahsia dia yaaa! Keh keh keh.

 

PERSAMAAN – Kedua-dua produk berbau wangi, tapi tak terlalu kuat. Teksturnya berbiji-biji halus ala-ala pasir yang halus mulus tapi tak sampai menyakitkan bila urut kat muka. (Lain la korang tak reti bahasa then tonyoh muka dengan berus ke hapa haha!) Pastu muka rasa lebih bersih dan tampak lebih cerah eceh!

 

PERBEZAAN – Tekstur yang sama tapi yang Safi Rania punya lagi pekat.. yang Face Shop ni cair sikitt.. Cara penggunaan lain sikit. Yang Face Shop ni, aku kena ratakan sikit-sikit kat muka, biar 5 minit camtu then baru urut muka. Ni salesgirl The Face Shop yang ajar haha! Yang Safi Rania ni aku terus sapu ja kat muka.

 

KONKLUSI – Dua-dua gua suka gila.. Tapi lepas ni maybe gua beli Safi Rania sebab lebih murah dan mudah di dapati okayh!

 

53348_max

 

Jangan jadi ignorant girls ! Ada yang anggap muka boleh cantik bersih dengan hanya cuci muka dua kali sehari je eh? Sedarlah bahawa kita keluar, kulit kena cahaya matahari, tu belum kira kulit kita kena bendasing dalam udara ewah. So proses pengelupasan (exfoliating) tu perlu okay. At least seminggu sekali !

 

EXFOLIATING ??? (PENGELUPASAN)

  • Exfoliating (pengelupasan) adalah salah satu langkah ringkas dalam rutin penjagaan kulit. Perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk menghilangkan kotorang dan sel kulit mati.
  • Kalau kotoran dan kulit mati ni tak dibersihkan betul-betul, ia akan menjadi punca jerawat dan bintik-bintik hitam euww!
  • Proses exfoliating ni membantu meningkatkan keupayaan kulit untuk perbaharui sel-sel kulit. Dan ia menjadikan kulit nampak lebih segar dan glowing gitchuu!
  • Tahukan uolls bahawa exfoliators wajah boleh menegangkan kulit wajah dan melawan tanda-tanda penuaan! Yess I loiikkee~

 

woman-exfoliating-skin

TIPS & TRICK !

  • Pilih dengan teliti jenis skrub wajah yang akan korang guna ! Pilih scrub yang diperbuat dari bahan semula jadi seperti kulit kacang tanah, pumice, apricot dan sebagainya. Bahan-bahan ini mudah menanggalkan kotoran di wajah tanpa meresap sehingga ke liang pori-pori.
  • Sebaiknya cuci muka dahulu sebelum scrub muka korang. Lepas cuci bersih dan bilas, ambil sedikit scrub dan urut dengan gerakan putaran. Urut wajah, bahagian dahi, hidung, dagu dan leher dengan lembut supaya tak menyakitkan kulit !
  • Guna skrub pada suhu air suam so ia dapat bukak liaang pori-pori untuk bersihkan wajah dengan lebih mudah.
  • Kalau kulit korang jenis normal, kering atau berminyak, disyorkan exfoliate kulit korang at least seminggu sekali. Pilih betul-betul produk yang sesuai dengan kondisi kulit !
  • Kalau kulit jenis sensitif pulak, korang tak boleh exfoliate kulit korang dengan kerap, sebab takut nanti memudaratkan pulak. Gunakan skrub dengan bahan semula jadi atau skrub organik untuk mengelakkan kesan negatif pada kulit.

 

 

1260_Vitamin E Exfoliating Gel (Marvel Gel)

 

Andd sebelum aku tamatkan entry ni, aku nak share satu produk yang aku sendiri dah cuba dan memang best. Serius aku tak dibayar satu sen pun syorkan produk ni kat blog ni. Sebab aku sendiri pun guna tester yang aku dapat free sebab beli pencuci muka Cosmoderm. Isk isk.

 

Gambar di atas ialah COSMODERM Magic Exfoliating Gel. Sesuai sangat bagi korang yang tak suka skrub muka yang ade biji-biji halus macam pasir tu. Takut sakit bila diurut pada kulit eh. Yang Magic Exfoliating Gel ni takkan sakit, sebab ia dalam bentul Gel ! Tekstur tak berbiji, tapi bila urut lembut kat muka, kita nampak kotorang mula berkumpul dan dibersihkan eurrkkk.

 

Best nye produk ni bau harum, tapi tak kuat sangat. Macam natural scent laa.. Then ada Vitamin E lagi tu. Menurut pengalaman peribadi aku, Vitamin E ni bagus untuk pudarkan parut jerawat dan ada macam-macam lagi la khasiat. So setakat ni je perkongsian aku. Semoga bermanfaat pada kalian. Adios.

 

 

XOXO

12 comments:

Noor Atikah Ramli said...

tips yg berguna :)
kawan ika pon ade cakap yg produk safi rania tu bagus , heee

♥ hudahassan ♥ said...

Memang sgt sesuai tips nih. hda pon memang tgh carik. Sbb muka burn bile sukan tgh panas. Even pukul 11 pon dah terik. Ouch.

Skrg tggl nak putihkan balek . hee :D

Maryam said...

boleh guna sekali sekala je scrub tu. be careful nisa

sakinah said...

wow...bestnye...btw, tq for sharing ye kak nysaa... :)

Cik Nurul Siezuka said...

Safi Rania memang best.. :)

meticmagic said...

demi wajah mulus :D

cik chinta said...

pon nk trus stick dgn safi rania gold ni. mmg berkesan kat muka. cme amik masa je. n paling penting hage murh n sng nk dpt

MiSz fiFiEyQa said...

saya kadang2 malas gile nak skrub muka..haha..
tapi saya dah try produk cosmoderm tu...best n puas hati sbb kita dapat nampak sendiri kotoran tu tertanggal..sampai kadang2 hari2 sy guna..dah nak habis dah 1 botol..haha

Alia Najiha said...

Betul2. Lepas skrub muka rasa mcm bersih sgt kulit ni. Lagi 1 yg elok gel pengelupasan Syahirah yg wrna pink tu. :)

asyiqin nasir said...

scrub GARNIER pon sangat best! feeling2 limau sangat. eh

miss_joJi said...

Skrub pun pnting ..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. pandai jaga muka. bagus2 :)

KLIK SINI!!! TOLONG PENUHKAN TABUNG MASA DEPAN SAYA YE !!