**entry ni gua nak share semalam lagi, tapi atas sebab-sebab tertentu gua tak publish haha dan aku edit sikit laaa**
Assalamualaikum…
Pic credit to : here
Kemain tau bergegar kejap iman gua apabila mendengarkan berita bahawa meatball IKEA yang nyum nyum sedap gila tu mengandungi DNA kuda! Erkkk kembang anak tekak gua tau! Gua dah lah suka sangat sangat makan meatball !! Hurmmm…
Maka dengan itu, pihak IKEA telah mengambil langkah drastik dengan menarik meatball dari menu.. Sadisss!! Aku baca info tu kat sini haaa.. Aku masa dapat tahu berita ni punyalah berangan nak pi makan meatball !! Sadis sangat sadisss!!
Pic credit : here
Dan whatsapp dari kawan aku yang memaklumkan bahawa meatball will be back into IKEA’s menu sangat sangat buat aku terujaaa !!! Lebih-lebih lagi hari ni iaitu 8 Mac 2013, meatballs akan dijual dengan harga RM2.00 untuk sepinggan 10 biji tuuu!! Sempena meraikan kembalinya meatball yang disahkan halal dan bebas DNA kuda! Herher!!
And aku baca berita gembira ni pun kat website HYPE Malaysia. Betullah kot haha sebab menurut kawan aku yang memang baca website ni, setakat ni HYPE Malaysia takkan share lah benda-benda yang tak confirm katanya… Melalui artikel ini jugak, harga promosi RM0.20 sebiji meatball tu akan sah pada 8 Mac sahaja!
Pic credit : here
So siapa yang pergi IKEA nak makan meatball hari ni?? Kompem ramai gilaaaa umat manusia kan? Kompem beratur panjanggggggg mengalahkan nak beli iPhone 5 kan? Hahahaa…. Share lah pengalaman korang kat ruangan komen aku tau! Aku takde rezeki nak merasa meatball murah hari ni.. takpe lain kali wajib pegi dengan kawan aku! Hehe..
XOXO
Kerjaaa. Xdpt p. Huuu
ReplyDeletetak pernah rasa.. Hehehe
ReplyDeleteNampak sedap! Nyum nyum.. Murahlah! rm 2.00 utk 10 biji.. Teringin nak rasa~
najihah pegi semalam ; hajat_hajat nk mkn meetball TAPI xdjual... huhuhu
ReplyDeletetak tau pong
ReplyDeletekalau tau, dah serang nih
adeh
da 9hb..
ReplyDeletemelepas la..
huhu
sedap ke? tak pernah lg try... nak kesana pun kena fikir byk..jalan jem ooo00oo...hihi.
ReplyDeleteSemalam dapat beli 7 pinggan meatball tu pun selepas beratus dekat sejam. Mmg ramai giler semalam.. Tapi berbaloi laa..
ReplyDeletewaaa yeke kak nisa.. tp sib bek halal.. sebelum buka blog td teringin nk mkn meatball.skali tgk entry knisa wah meatbal! dh lps dh murh.. huhu.. folow la sy kalau sudi kak nisa cumil.. :)
ReplyDeletetak menyempat jugak nak makan meatball murah
ReplyDeleterasanya xde hal la kalau ada DNA kuda pon..islam x larang kita makan kuda..hehe..cuma status halal x halal tu je la kot..
ReplyDeletebelum pernah merasa lagi meatball ni. nanti nak pau en.tunang g sana lah. :)
ReplyDeleteida pergiiiiiiiiiiiii.. memang best! beratur panjang. tapi lagi best tapauu babeeee.. hikhik.. jenguk2 ke blog ida ye ;)
ReplyDeleteBukan isu tak halal daging kuda tu. Tapi sebab kuda yang digunakan kuda lumba dalam pertaruhan. Kuda tu semua dah di inject dengan benda2
ReplyDelete