Friday, March 8, 2013

Meatball IKEA – hanya RM2 untuk sepinggan 10 biji

 

**entry ni gua nak share semalam lagi, tapi atas sebab-sebab tertentu gua tak publish haha dan aku edit sikit laaa**

 

 

Assalamualaikum…

 

Kottbullar

Pic credit to : here

 

Kemain tau bergegar kejap iman gua apabila mendengarkan berita bahawa meatball IKEA yang nyum nyum sedap gila tu mengandungi DNA kuda! Erkkk kembang anak tekak gua tau! Gua dah lah suka sangat sangat makan meatball !! Hurmmm…

 

Maka dengan itu, pihak IKEA telah mengambil langkah drastik dengan menarik meatball dari menu.. Sadisss!! Aku baca info tu kat sini haaa.. Aku masa dapat tahu berita ni punyalah berangan nak pi makan meatball !! Sadis sangat sadisss!!

 

 

IKEA-Meatballs

Pic credit : here

 

Dan whatsapp dari kawan aku yang memaklumkan bahawa meatball will be back into IKEA’s menu sangat sangat buat aku terujaaa !!! Lebih-lebih lagi hari ni iaitu 8 Mac 2013, meatballs akan dijual dengan harga RM2.00 untuk sepinggan 10 biji tuuu!!  Sempena meraikan kembalinya meatball yang disahkan halal dan bebas DNA kuda! Herher!!

 

And aku baca berita gembira ni pun kat website HYPE Malaysia. Betullah kot haha sebab menurut kawan aku yang memang baca website ni, setakat ni HYPE Malaysia takkan share lah benda-benda yang tak confirm katanya… Melalui artikel ini jugak, harga promosi RM0.20 sebiji meatball tu akan sah pada 8 Mac sahaja!

 

rm ikea

Pic credit : here

So siapa yang pergi IKEA nak makan meatball hari ni?? Kompem ramai gilaaaa umat manusia kan? Kompem beratur panjanggggggg mengalahkan nak beli iPhone 5 kan? Hahahaa…. Share lah pengalaman korang kat ruangan komen aku tau! Aku takde rezeki nak merasa meatball murah hari ni.. takpe lain kali wajib pegi dengan kawan aku! Hehe..

 

 

 

 

XOXO

13 comments :

NinaAz said...

Kerjaaa. Xdpt p. Huuu

Nur Madihah said...

tak pernah rasa.. Hehehe
Nampak sedap! Nyum nyum.. Murahlah! rm 2.00 utk 10 biji.. Teringin nak rasa~

Nurul Najihah said...

najihah pegi semalam ; hajat_hajat nk mkn meetball TAPI xdjual... huhuhu

penaberkala said...

tak tau pong
kalau tau, dah serang nih
adeh

Katak Comel said...

da 9hb..
melepas la..
huhu

Bonda Qalish said...

sedap ke? tak pernah lg try... nak kesana pun kena fikir byk..jalan jem ooo00oo...hihi.

Lyz said...

Semalam dapat beli 7 pinggan meatball tu pun selepas beratus dekat sejam. Mmg ramai giler semalam.. Tapi berbaloi laa..

ara gshasaa said...

waaa yeke kak nisa.. tp sib bek halal.. sebelum buka blog td teringin nk mkn meatball.skali tgk entry knisa wah meatbal! dh lps dh murh.. huhu.. folow la sy kalau sudi kak nisa cumil.. :)

...Nadz Fisol... said...

tak menyempat jugak nak makan meatball murah

zuno said...

rasanya xde hal la kalau ada DNA kuda pon..islam x larang kita makan kuda..hehe..cuma status halal x halal tu je la kot..

ShuhaidaSaad said...

belum pernah merasa lagi meatball ni. nanti nak pau en.tunang g sana lah. :)

::EIDA:: said...

ida pergiiiiiiiiiiiii.. memang best! beratur panjang. tapi lagi best tapauu babeeee.. hikhik.. jenguk2 ke blog ida ye ;)

Aqilah Mat Kail said...

Bukan isu tak halal daging kuda tu. Tapi sebab kuda yang digunakan kuda lumba dalam pertaruhan. Kuda tu semua dah di inject dengan benda2