Thursday, February 14, 2013

[TUTORIAL] Ping entry di BLOGR.MY !

 

Assalamualaikum…

 

Sebagai seorang blogger, kalau korang betul-betul nak up kan blog korang adalah dengan cara menarik trafik ke blog korang. Bila ramai baca blog, trafik masyuk, advertiser pun berkenan.. maka dapatlah anda merasa apa yang dikatakan “buat duit dengan blog” ye. Tapi kalau trafik sendu-sendu macam mana nak promote barang ye dak?

 

Salah satu cara untuk tarik trafik ke blog kita ialah dengan ping entry ke twitter, fanpage facebook atau pun facebook personal. Kalau nak ping satu-satu macam leceh lak kan? So macam mana kalau kita ping sekali aje, terus autopost ke ketiga-tiga platform tersebut?

 

http://blogr.my/

 

Blogr.my merupakan salah satu platform ping entry yang aku guna sekarang. Aku link kan facebook personal aku, fanpage blog aku dan juga twitter aku. Sekali aku ping, dia terus autopost ke ketiga-tiga platform ni. So dah jimat masa aku tak payah nak ping banyak kali.

 

BLOGR 1

#1 Korang pergi kat web Blogr.my. Pastikan dalam masa yang sama korang tengah online facebook tau! Pastu klik kat Log Masuk.

 

 

BLOGR 2

#2 Lepas tu, korang boleh pilih nak Log masuk dengan Facebook atau twitter. Aku pilih Log masuk dengan Facebook aje..

 

 

BLOGR 3

#3 Okay lepas tu klik la apa yang patut. Klik Go to App.

 

 

BLOGR 4

#4 Lepas tu korang tick page mana yang korang nak managekan sekali ke apa. Aku untick bahagian ni, sebab aku nak link kan 1 fanpage sahaja, dan aku buat manual linking.

 

 

BLOGR 5

#5 Okay lepas tu masukkan nama pengguna. And then klik Daftar.

 

 

BLOGR 6

#6 Bila dah sah log masuk tu, korang klik pada butang merah PING! tu yee…

 

 

BLOGR 7

#7 Bila kuar kotak ni, masukkan permalink entry blog anda. Maknanya link entry itu sahaja ye.. bukan link blog anda! Lepas tu klik Teruskan.

 

 

BLOGR 8

#8 Pilih icon yang anda nak ia muncul pada ping entry anda.

 

 

BLOGR 9

#9 Kemudian pilih kategori yang bersesuaian dengan entry yang korang nak ping tu..

 

 

BLOGR 10

#10 Sebelum ping entry tu, korang nampak tak ruangan TAMBAHAN kat bawah tu, klik aje kat situ untuk link kan Twitter anda dan juga Facebook page. Lepas link kan kedua-duanya, korang mungkin perlu ulang langkah ping entry.

 

 

BLOGR 11

#11 Okay sesudah link kan facebook, fanpage dan twitter korang, dah boleh ping entry korang dahhh… Mudah aje.

 

 

So setiap kali korang ping entry, dia akan autopost link tersebut ke page dan twitter yang korang dah gabungkan tadi. Kalau korang ada lebih satu fanpage pun boleh link kan ke page-page yang lain kot? Hoho.

 

So bloggers, apa lagi, jom daftar dengan Blogr.my dan ping entry korang hari ni! Bekerja keraslah untuk naikkan blog korang! Tu pun kalau korang jenis berminat nak promote nama blog dan tak segan nak bagi orang ramai baca hasil penulisan korang. Ihik..

 

XOXO

21 comments :

Hidayah Zulkefli said...

waaaaa..... bagus ni. Nak daftar jugaklah

HuzairieHusin said...

done.. baru tahu ada ping baru.. hehe.. tq :)

entry terkini.

http://zairiedinzly.blogspot.com/2013/02/segmen-kenalan-beto-kusyairy.html

Muaz Faris said...

kenapa ada "kot" di situ.. haha.

Are_Rull said...

thnk you 4 da info .. tp x dpt nk ping coz footer tu halang button ping .. cner ek??

Sabar said...

cuba jgn tak cuba ek..

Izzat Eshak said...

Menarik tutorial =)

ANa Ahmad said...

macam best ni hehe ^^

Atie said...

Ilmu berguna..thanks a lot Nisa:)

Atie said...

Ilmu berguna..thanks a lot Nisa:)

Hanny Abdullah said...

Salam...tq nisa atas perkongsian ini. Dan dan akak terus join tau..;)

taufikmaria said...

mcm best je ni..

ciksengeh :D said...

tengkiu ^_^

safrizal salleh said...

nice...
tp kadang2 ad problm time ping blog..

MéuzAngelo™ XXIII said...

boleh je nak letak link blog sahaja. ce tgk2 kat setting ke ape.. blog yg kita daftarkan kat blogr.my tu nnt akan detect latest entry dari blog kita. so senang nak ping :)

::MaEstrO aMaD:: said...

hi nisa. dah lama tak bukak blog ini. follow tp xbuka camne tu?skrg i dah aktif balik berblogging. lawat la blog baru i kt yellowcatch.blogspot.com

sblm ni tak tahu psl blogr.my ni. thanks for this post, baru je daftar.menarik jugak.hehehe

happy blogging!

Wan Aidanuranis said...

terima kasih untuk info..hik3

Bishrul said...

entri yang berguna. Thanks for the info ya..

khairuldiyana diyana said...

tq...sangat membantu..nak cube jgak lah..

gtrass said...

terlalu banyak website offer service ping ni. susah nak pilih yang paling bagus. kadang2 trafik biasa2 je.

filem

Liyana Shah said...

Tips yg menarik utk blogger bru mcm sy. Thanks..

belogerbiasa.blogspot.com

Mawar Assufi - akinassufi said...

Nice kak nisa.. Maybe nak try jugak ni :)