Thursday, February 28, 2013

TIPS KECANTIKAN – Makeup remover !

 

Assalamualaikum…

 

NEVER EVER EVER EVER go to sleep with your make up on, girls!!! Mekap bukan sahaja menghalang kulit bernafas, malas bahan kimia yang terkandung di dalam produk mekap boleh mendatangkan banyakkkk masalah pada kulit kita. Oh my oh myyy! Tak siapa suka masalah pada kulit wajah kannzz???

 

Dan ingatkanlah pada diri anda, SENTIASA BERSIHKAN MEKAP SEBELUM TIDO !!! Ada yang balik umah, penat-penat then terus terbongkang tido. Esok lupa, keluar seketol jerawat yang amat dahsyat baru kau tahu nak meroyan haaaa!!!

 

maybellien

Ini merupakan mekap remover yang aku pernah guna kejap dulu.. Guna pun sebab dapat sample free hahaha. Pandangan aku? Boleh laaa.. sebab dia membersihkan mekap dengan okay, tapi ianya berminyak! Huh!

 

 

DeepSeaLip_2

Yang ni pulak lebih kurang sama aje dengan make up remover Maybelline di atas. This one aku pernah pakai dulu-dulu.. Jenama Elianto. Membersih dengan baik, terutamanya maskara yang waterproof hape tuu.. Tapi so oily la! So lepas habis sebotol aku tak beli dah.

 

 

biore_MUR_pix1

This one I likeeeeee!! Senang bawak sebab dalam bentuk wet tissue, yang memang khas untuk remove make up. Works well on removing the make up, terutamanya mascara waterproof. Senang di bawa, tapi bagi aku macam mahal lah sebab sepeket tu ade bape helai aje. Haha.

 

 

Silkygirl-Hydra-Clean-Makeup-Remover_1

Okay yang ini pulak make up remover yang aku gunakan sekarang. Saje je beli sebab nak try. Then balik rumah terkejut sebab teksturnya bukan macam berminyak, tapi macam mosturizer pun ada. Krim warna putih! Memang berbeza dengan makeup remover yang aku pernah pakai sebelum ni.

 

Yang bestnya makeup remover yang ini all-in-one, untuk face, eyes and lips! So tak payah lah pakai separate make up remover, sebab ada yang khas untuk eye and lips sahaja, ada yang khas untuk kulit wajah saja.. haishhh bazir je duit beli banyak-banyak.. And ia macam melembap kulit masa kita bersihkan mekap tu.. tak oily. Best.

 

 

tips1

 

# SYAMPU BAYI

Untuk maskara yang sukar dibersihkan (contohnye mascara yang waterproof) cuba gunakan syampu bayi untuk membersihkannya. Syampu bayi ada formula yang tidak memedihkan mata, dan tidak terlalu kering seperti sabun biasa. Bersihkan maskara dengan menggunakan cotton bud atau cotton pad.

 

 

# MINYAK ZAITUN ASLI

Selain tu, korang boleh bersihkan mascara waterproof dengan menggunakan virgin olive oil. Maknanya di sini minyak zaitun yang betul-betul asli, bukan yang diproses tu ye? Minyak zaitun asli mengandungi anti-oksidan dan tidak mengandungi sebarang bahan merbahaya yang boleh mendatangkan iritasi pada mata.

 

 

# MINYAK BAYI

Kebanyakan barang mekap yang kita pakai ni larut minyak (oil-soluble) jadi kebanyakan daripada kita mesti guna minyak bayi (baby oil) sebagai pembersih mekap kan? Lagi-lagi tang maskara yang sungguh degil itu, dan eyeliner yang pekat sangat tuh. Kalau korang guna baby oil untuk bersihkan mekap, korang dah tak perlu nak cuci muka, just bilas je muka dengan air sejuk dan kulit orang akan terasa lembut gituuu~

 

 

# JANGAN PERNAH TIDUR DENGAN MEKAP !

Pastikan korang bersihkan jugak mekap korang sebelum tidor okay? Aku pun kalau dah malas sangat, aku memang prepare makeup remover yang dalam bentuk wet tissue tu, dengan wet tissue yang biasa (yang bukan jenis make up remover). Mula-mula aku bersihkan mekap dengan makeup removing wet tissue, lepas tu aku bersihkan lagi dengan wet tissue biasa. Kadang-kadang bila penat sangat aku bersihkan muka sambil mata terpejam.

 

 

# BERI PERHATIAN KEPADA SPESIFIKASI PRODUK !

Kalau makeup remover tu hanya untuk eye and lips, JANGAN gunakan pada bahagian muka yang lain macam pipi and dahi okay? Ini kerana produk yang spesifik macam ni dah diformulasi untuk kawasan tertentu aje. Silap guna boleh bawa kepada pelbagai masalah kulit. Tahu?

 

 

# JANGAN GUNA PRODUK SEMBARANGAN !

Ada je yang bantai tak remove mekap dengan makeup remover, tapi terus je cuci muka kan? Mekap bukan saja tak cukup dibersihkan, malah sisa mekap pada kulit akan membawa kepada bermacam masalah kulit yang malas dah aku nak ulang.

 

 

# JANGAN AMBIL REMEH MEMBERSIH MEKAP DI KAWASAN MATA

Kawasan mata kita adalah kawasan yang sensitif, so janganlah kita sembarangan aje sental minyak or makeup remover kat mata. Kesalahan penggunaan produk boleh membawa kepada allergi atau kecederaan ok? Bahaya ok? Gunakan produk yang dikhaskan untuk membersih mekap di kawasan mata, dan bersihkan dengan lembut ok?

 

Pendek kata, titikberatkan dulu mekap di bahagian mata, bersihkan dulu mekap di kawasan mata dengan lembut ye.. jangan kasar-kasar di kawasan sensitif.. Pastikan muka betul-betul bersih sebelum tidur. Kerana waktu tidurlah waktu kulit kita nak rehat dan bernafas..

 

Pastikan pilih pencuci muka yang sesuai dengan korang ye.. Jangan hanya kerana orang lain pakai okay, korang pon main beli aje.. CUBA dulu.. kalau tak sesuai, jangan teruskan okay? Then rehatkan muka selamat beberapa hari sebelum mula guna produk baru… Thanks for reading!

 

 

XOXO

12 comments :

Hidayah Zulkefli said...

Tak tahu pulak makeup remover silkygirl ni best. Nak beli jugaklah. Thanks kak Nisa sebab promote :)

Maryam said...

silkygirl tu best gila. tak oily pun. tapi dengar2 takleh guna remover yang jenis minyak. nanti bertambah minyak kat muka.

Fatin Rosli said...

dulu pernah gak nak beli makeup remover...tapi lepas guna minyak zaitun n baby oil, terus xnk beli dah...hehehe...

husnaradzie said...

Thanks Nisa for promoting the products!hehe..like ur blog 100x..hewhew

fatin fasihah said...

oUhh ade pulok remover yg berbentu wet tisu..baru tahu,,

mona zemis said...

malas ke malah >___<

reyna said...

tak berminyak la yg atas sekali tu ,,ok je sya guna ,,,hee,,

Cik Itie said...

hurmmm, I suka jugak nak tido dengan make-up2 sekali, tapi esok bangun azabbbbbbb :p

Sally Yatiey said...

Nice sharing kak nisa ^_^
Pernah cuba yang silkygirl tu je ;D hee

Sufinah Yussof (SY) said...

kalau sungguh bagai dikata. SY nak try juga la silkygirl makeup remover tu. watson or guardin, here i come~~~ hoho~

wazwansuki said...

setelah lihat penerangn ni br tau remover silky best rupenyer..sbb sllu tgk je x berani nk beli takut2 berminyak mcm remover mybline tu..pasni bleh lh beli ;)

anis zakaria said...

cuba elak pakai make up remover yang berasaska nminyak sebab akan menyebabkan oil seed di keliling mata.Akak dah berbelas tahun dok pakai make up remover yg oil based & end up tumbuh oil seed dikeliling mata. &&&&& finally i found the best make up remover ever sbb x ada minyak and yet membersihkan make up dgn sgt sempurna dan bersih. U all try guna Mary Kay make up remover... mesti jatuh hati punya & x akan guna yang lain dah