Thursday, February 7, 2013

TIPS KECANTIKAN – Foundation vs BB Cream


Assalamualaikum…


Berikutan entry aku mengenai tips memilih foundation dengan betul, ada juga beberapa pembaca yang bertanyakan soalan mengenai BEZA ANTARA FOUNDATION DAN BB CREAM. Soalan mereka buat aku tertanya-tanya jugak.. dan dalam masa yang sama aku cuba ingat mengenainya sebab aku pernah jugak buat research pasal ni.



Aku siap belek majalah lama, cari fakta mengenai foundation dan BB cream ni.. ye lah takkan nak menulis dengan membabi buta je dak? Jadi aku merajinkan diri membuat sedikit carian dan pembacaan, so that aku boleh share dengan korang tentang dapatan aku.




iemej

Kadang-kadang kita ni begitu dikaburi dengan bermacam jenis produk kecantikan yang ada di pasaran. Banyak jenama yang menawarkan pelbagai jenis dan fungsi foundation, tak kurang juga jenama-jenama dari Korea yang mula meletup-letup dengn produk mereka BB CREAM. Jadi, apa beza kedua-dua produk ni?





Types-of-makeup-foundation

FOUNDATION
  1. Menawarkan coverage yang lebih tebal, berupaya menutup cela di muka seperti parut yang tidak ketara.
  2. Coverage yang lebih tahan lama, sesuai untuk photoshoot, events, penggambaran dan lain-lain.
  3. Biasanya tekstur lebih tebal berbanding BB Cream. Tapi dengan teknologi zaman sekarang dah banyak foundation yang lebih ringan tekstur nya.
  4. Menawarkan lebih banyak pilihan tona warna yang sesuai dengan pelbagai warna kulit.
  5. Sesuai diaplikasi pada wajah menggunakan span, jari atau berus khas foundation.





bb-creams misc 2


BB CREAM
  1. Tekstur lebih lembut dan ringan.
  2. Fungsi lebih kurang seperti foundation, tetapi menawarkan lebih “skin care benefit” dalam formulanya.
  3. Sesuai bagi mereka yang tidak sukakan mekap tebal, namun ingin melindungi kulit secara ringkas dan ringan.
  4. Sangat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masalah kulit spt berparut dan sebagainya kerana coverage nye yang kurang berbanding foundation.
  5. Menawarkan tona warna yang agak terhad berbanding foundation. Mengikut pengalaman aku, kebanyakan BB Cream mempunyai tona warna cerah.
  6. Sangat praktikal disapu menggunakan jari sahaja.





make

Ambil gambar ni kat Google sebab dia lawa. Haha! Motif??




Jadi itu je lah serba sedikit perbezaan dan ciri-ciri foundation dan BB Cream.. Secara ringkasnya, foundation adalah mekap untuk coverage yang lebih tebal dan tahan lama.. BB Cream pulak dia lindungi kulit secara ringan dan mempunyai lebih banyak manfaat seumpama skin care. Hope perkongsian aku ini dapat membantu mereka yang bertanya..



Terima kasih sekali lagi kepada yang bertanya dan kepada yang membaca… InshaAllah kalau korang semua ada kemusykilan atau soalan.. boleh komen je eh.. Kalau ada masa, ada kerajinan aku akan cuba update entry mengenai topik yang korang tanya… Thanks!





XOXO

12 comments :

timm_bill said...

wa! TQ sharing..

Diyana Hussin said...

Tengs for the info!. Da lama curious pasal nie :)

AmalinaLee said...

Thanks sharing akak :)

atikah + haiza said...

hoho,br tau...tq sharing

Cik Puan Diksu said...

saya pengguna BB Cream

zarifahmr said...

kalau untuk kulit oily dan berjerawat sesuai ke pakai BB? selama ni pakai mineral foundation je. tapi macam tak selesa jugak kadang kadang. kalau lah boleh keluar rumah dengan naked face je kan best :(

good info btw. thanks nisa :)

Dkna Abza said...

nisa pakai apa?

Carlos Santiago said...

wowowo..mcm2 product pompuan ni...laki bleh pakai ker..

haney said...

ohh lain ekk. ingtkn sama :P

Salhah Suhot said...

bb cream pon ada yg ntok laki punye.macam foundation, kena beli ikut kesesuaian jenis kulit gak. :) tambah sket je. :)

Katak Comel said...

tq for sharing...
bole wat eksperimen kt bkl tunang..

Anonymous said...

pensyarah sy ckp. foundation adlah utk org yg berumur 35 thun ke ats n tdk ssuai utk bdk2 muda.bdk2 muda ssuai pakai bb cream/sunscreen.