Monday, February 25, 2013

Terhenti di sini

 

 

Kenapa lagu ini begitu bermakna?

 

 

Bila di depan ku kelam dan kosong

Bila kiri dan kanan kian menghimpit

Bila di atas ku mendung nan kelabu

Bila di belakang ku sayup kelihatan

Bila hatiku remuk redam bak kaca terhempas ke batu

Bila tangan tidak lagi menggenggam

Bila lemah kaki melangkah, longlai menapak

Bila wajah tak lagi diwarna senyum dan tawa

 

Tapi hati masih kuat memegang

sebatang tubuh ini untuk berdiri

Walau tidak terlihat jalan di depan

kaki kaku terhenti di mana kau meninggalkan.

 

Cahaya menerpa menerjah rasa

Bila kasih dihulur di saat aku kian rapuh dan jatuh

Bila langkah ku seakan tamat

Senyuman yang membakar rasa

Ikhlas di mata menjelas segala.

 

 

When I believe this is LOVE.

 

 

 

Nisa Kay, 25 Feb 2013, 1.54am


9 comments:

Emma said...

setiap rasa membawa perasaan yang berbeza ;)

nazray said...

Saya suka dengan blog awak. :D

Kak Mahh said...

Setiap perkataan....ada makna berbeza.

munaweera said...

setiap lagu ade feeling lebih bila ade kena dgn diri kita..

Seneorita Baharin said...

suka lagu tu sgt3..ada maksud tersirat.. :)

syafiqah hazeera said...

suka lagu ni! asfan kn :)

syafiqah hazeera said...

fllow nisa..
sudi jemput la ke belog sy

Fendy said...

nice...

Sally Yatiey said...

Best lagu ni ;D

Copyright © Nisa Kay