Monday, February 11, 2013

Blogger Lasertag Tournament anjuran SpeakOut Loud

 

Assalamualaikum…

 

Mungkin entry aku ni dha hampir-hampir basi sebab dah dua minggu sudah aku ber-lasertag bersama rakan-rakan blogger, baru ler nampak entry ini kat blog aku. Aku terlalu busy lak dua tiga hari ni, sampaikan terlupa mana yang perlu aku update dulu..

 

Pada 28 Januari yang lalu, SpeakOut Loud Events dengan kerjasama Laser Warzone E@Curve Damansara telah mengadakan Lasertag Tournamaent untuk para blogger. Cehhh macam surat khabar lak ayat aku.. Mulanya aku macam segan nak join, tapi ramai gak kawan-kawan blogger yang join, aku pon buang malu tu jauh-jauh. Kita nak enjoy-enjoy aje kannn..

 

P1011174

Tema tournament hari itu adalah BIRU ! Wahh sume pakat pakai baju warna biru, walaupun ada sebilangan rakan blogger yang bantai pakai baju kaler lain. Hakhakhak.. In pic, with Akmal Hilmi lelaki seksi. Seksi ke kau? Hahah!! Siap ada tag “contestant” uollss!

 

 

P1011180

Yang berdiri tu Mr Hamzah yang sedang memberi ucapan aluan-aluan kepada para blogger yang hadir. Ternyata ramai rakan blogger yang support this event, sebab jumlah yang hadir melebihi jangkaan. Alhamdulillah. Pssttt.. yang ternganga tu Ujang. Dia memang suka nganga-nganga, nak perangkap langau katanya.

 

 

P1011182

Rakan-rakan blogger yang berkumpul di bilik yang disediakan sambil menunggu blogger yang lain datang, dan taklimat mengenai permainan dimulakan.

 

 

P1011183

Tapi sebelum apa-apa, kita makan duluuu!! Thank you SpeakOut Loud Events dan Laser Warzone E@Curve Damansara siapkan makanan sekali untuk kami! Yeahhh kita om nom nom dulu, barulah ade tenaga nak menembak lawan masa tournament nanti ye dak?

 

 

P1011193

Sweet la Mr Hamzah ni… siap nyanyikan kami lagu masa kami lunch.. Walaupun Mr Hamzah boleh berbahasa Melayu sikit-sikit, tapi lagu yang dinyanyikan masa tu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya olehnya, dan dalam bahasa Melayu okayh! Ade bakat woot woot.

 

 

P1011196

Senarai nama asal ahli kumpulan aku. Tapi disebabkan ada kesilapan sikit dan ada blogger yang takde, senarai ahli kumpulan dah dirombak gitewww…

 

 

P1011199

Dari kiri, blogger diva seantero Malaya, Pojiepooh, mamat jambu feeling opps stailista Kifli Mally dan sekali lagi, Ujang si bapak orang yang perasan single. Bahahahaa!!!

 

 

P1011215

Yang pakai spect mata tu aku lupa siapa nama.. Hakhakhak.. Beliau merupkan wakil dari Laser Warzone E@Curve Damansara, memberikan taklimat mengenai pemakaian vest, macam mana nak collect markah, nak tembak kat mana, dan tatacara permainan lasertag. Baru aku tahu kalau senapang dia pun boleh dapat markah bila ditembak.

 

 

P1011221

Finally… jumpa jugak Kamal Effendi ni face to face. Tak tahu nape aku cakap macam ni, tapi maybe sebab aku selalu baca pasal dia kat blog orang kan.. So, nak tahu jugak siapa orangnye. Hehe.. Walaupun encik Kamal hanya dapat join kami separuh game, tapi takpe. Jasamu kami kenang!

 

 

P1011224

Payah betul nak muka semenggah sikit budak ni kan… Ni lah dia Hafiz Cyber.

 

 

P1011235

Curlasss sangat, siap ade medal untuk tournament lasertag ni! Yang pasti bukan aku pemenangnye. Aku tahu lari-lari je, menembak hampehhh! Bahahaha!!!

 

 

P1011239

Goodies bags sumbangan E@Curve Damansara. Thank you thank you!!!!

 

 

P1011236

Piala untuk juara Blogger Lasertag Tournament.

 

 

P1011246

Gegurlsss yang hadir untuk game lasertag. Berdiri, dari kiri ialah kak Rabiatul Adawiyah yang tak main lasertag kerana sedang pregnant (beliau wakilkan suami beliau), kak Iera Kan (isteri Bro Framestone), kak Hidayah, Cik Nurul, ouhh yang sebelah cik Nurul tu maaf yer saya tak cam.. Yang duduk pulak, dari kiri aku sendiri, blogger femesss Cik Epal dan Permaisuri Mon atau Datin Najah.

 

 

P1011242

Sementara tunggu giliran team masing-masing, kami main games. Ada Scrabble, ada main susun-susun blok pastu runtuh. Hahahaa…

 

 

P1011257

Inilah dua team yang berentap dalam pusingan akhir Blogger Lasertag Tournament. Persaingan yang boleh tahan hebatnya… dua-dua team pon bagus.. Kalau tak bagus, takdelah jadi dua team terakhir yang berentap.. Tak gitu??

 

 

Masa untuk penyampaian goodies bags untuk team yang tak menang (termasuklah team aku) wahahaa… PHOTO SPAM!!!

P1011269

P1011275

P1011281

P1011282

P1011301

 

TAHNIAH kepada team yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Blogger Lasertag Tournament ni! Memang bestttt main lasertag ni! Tak sakit kena tembak macam paintball tu… Cuma penat ke sana sini, kena sembunyi lagi, kena cari target and then ciungg ciungg!!

 

Team aku tak menang apa-apa.. Aku rasa team aku markah terendah kot. Hehehe tak kesahlahh. Siapa nak bagi main lasertag tiga empat round percuma kan? Yang penting aku dah ade pengalaman main lasertag. Hahaha dalam medan pertempuran tu aku tau lari aje. Bahaha!!

 

P1011308

Ni gambar team aku TEAM SHADOW! Hahaha memang sah-sah kami duduk dalam bayang-bayang je la kan… Dari kiri, Pak Lan yang tak suka gambar di public kan, Permaisuri Mon, aku, Hafiz Cyber dan Haizel..

 

 

P1011316

With peminat tegar Swift kuning, Eazy Izzuddin.

 

 

P1011321

With blogger Melastik Bintang. Masa event SBB2013 tak berkesempatan lak nak ambil gambar. P/S : Cer tengok kat belakang kami tuuuu.. ada yang cuba enterframe !

 

 

P1011322

With abang Hermas from Rentak Artis. I maybe tak howtt macam Siti Saleha, tapi kalau abang Hermas nak suruh aku suap dia kek untuk anniversary Rentak Artis next year boleh sajo. BAHAHAHA!!

 

 

P1011330

With kak Hidayah.

 

 

P1011319

With top scorer of the tournament jeng jengg Cik Epal !! Dalam CCTV, Cik Epal ni jalan melenggang-lenggang je dalam arena tu, alih-alih title top scorer dia punya! Hahaha penembak tepat dia nih!

 

 

P1011327

With Mr Raaj, manager Laser Warzone E@Curve Damansara.

 

 

Thank you so muchhh pihak SpeakOut Loud Events kerana sudi invite bloggers untuk join lasertag tournament ni. Such a great experience and moment! Kalah menang adat pertandingan kan? Hehehe kalah tak ape, janji aku rasa best and happy dapat berentap dengan rakan-rakan blogger!

 

Terima kasih juga kepada pihak Laser Warzone E@Curve Damansara selaku penaja lokasi.. InshaAllah akan aku kembali ber-lasertag di sana… Hehehe main lasertag kat cawangan E@Curve ni best sebab walaupun arena nye tak begitu besar macam cawangan lain, tapi at least tak penat sangat laa nak ke sana sini. hehe.

P/S : Tengah plan nak buat lasertag tournament sesama Yana Super Friends?? Amacam, ada yang nak join ke idok? Hikss Smile with tongue out

XOXO

7 comments :

Eazy Izzuddin said...

gigihnya hehehe ...
best event ever

Liyana Erythrina said...

teringin nak pegi event2 blogger ni, tapi slalu x dpt pegi sbb jauh..wuwuwu ;'(

Rosmiza Ali said...

Wah! Nampak sangat menyeronokkan.. Skema tak ayat kite.. Ihiks! Bila nak kena invite join event macam2 ni ? Huhu..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

ambooiihh kemaen memasing..

Ehh eazy izzudin pun ade ek..

Best laa korang..

Nurul Ain said...

syok2

Hidayah said...

takde apa nak komen...
nak bgtahu jer..

mlm nih akak tidur sengeh sampai pagi esok ..pagi lusa... muka terpampang kat blog femes....huii....sukanya.. sukanya..sukanya... *ok akak over hiks..

Anonymous said...

hafiz cyber tu scammer LOL