Friday, January 4, 2013

TIPS – Makanan yang baik untuk kesihatan

 

Assalamualaikum…

 

Sejak kebelakangan ni aku suka layari laman-laman facebook page atau website untuk cari info yang menarik yang baik untuk aku dan baik juga untuk dikongsi bersama. Ewahhh! Lama tak post pasal tips ke apa kat blog ni.. Iolls takde masa laa nak bergambar sakan dengan produk bagai sekarang ni.. Uhuk uhuk..

 

Sebenarnya aku tengah minggu exam ni. Tapi masih tak sedar-sedar diri kann.. nak juga update blog kesayangan!! Dah hampir satu semester (bersamaan lebih kurang 4 hingga 5 bulan) aku slow blogging sangat bagi impak besar pada aku. So bila ada masa tu aku update la jugak kan.. Saja nak kongsi beberapa makanan yang baik untuk kita :)

 

 

Pearled Barley Grain crop 011-horz

‎1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.


2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

 

 

anggur-horz
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut


5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

 

 

page
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.


8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.


9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.


10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.


11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

 

 


“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”

 

 

 


FULL CREDIT TO :  Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

 

 

 

Thank you for reading! xoxo !

2 comments :

Hanida Moss said...

Awww tembikai utk anak yang baik perwatakan & wajah! Awwwww ;)

n.a.najwa m.bakhari said...

ska mkn barli...bes kunyah2..hehe
nisa meh lawat blog sy..
http://insinyurnajwa.blogspot.com/
thx nisa~~xoxo