Monday, December 31, 2012

Pergaduhan di majlis kahwin orang

 

Assalamualaikum…

 

Ape ni datang-datang majlis orang bergaduh pulak ni? Dah ler bergaduh, tak malu ke dengan tetamu yang datang? Abang photographer siap ambik-ambik gambor lagi hah! Hoooo buat malu je weyh!!! Dah tu, pergi bergasak lak sampai naik pelamin orang haaaa!! Ape laaa nak jadi !!!

P1010458

HAHH!!! Tengok lah ni, ingat senonoh sangat laaa perangai bergaduh atas pelamin orang ni hah??? Amboiii anak sapa lah ni. Kbai!

 

 

xoxo


Read More»

Friday, December 28, 2012

KAHWIN MUDA????

 

Assalamualaikum..

 

kawen2

Ehh ehh bukanlah kahwin muda sebegini yang aku maksudkan.. Ishhh. Takkan lah budok-budok yang tak pandai apa-apa nak dikahwinkan ye dak? Di hari yang mulia ini,, hari Jumaat yang terakhir untuk tahun 2012 ini, aku berasa nak menaip aje pasal kahwin muda. Well.. perihal kahwin muda ni dah lama diperkatakan. So aku saje je laa nak meluahkan pendapat.

 

Pada aku kahwin muda TAK SALAH sama sekali.

Tak salah bila anda dah bertemu jodoh yang baik.

Tak salah bila anda dah cukup matang untuk menghadapi segala dugaan bersama-sama.

Tak salah bila anda dah cukup terbuka untuk menerima buruk baik pasangan anda seadanya.

Tak salah apabila anda dah buat solat istikharah sehingga Allah bagi petunjuk yang baik pada anda.

Tak salah apabila anda dan bakal suami sudah MAMPU untuk menanggung hidup selepas kahwin.

Tak salah kerana kahwin muda ni mengurangkan maksiat. Yelah kita orang muda kan darah panas. Terlalu mudah ikut nafsu dan emosi.

Tak salah bila anda dah bersedia mental dan fizikal untuk memegang tanggungjawab yang lebih besar selepas bergelar isteri / suami orang.

 

Haaa banyak lagi pendapat aku sebenarnya.. Tapi tak tercerna pulak bila aku dah menaip ni haishh. In fact, ramai je kenalan aku yang kahwin muda.. Kawan sekolah aku dulu, sekarang dah ada yang bergelar mak orang dah haa… Ade juga yang bakal bergelar mak orang.

 

Aku happy tengok kawan-kawan yang kawin muda ni. Bahagia dan sweet aje bila bercinta lepas kahwin. Aku pun teringin ye dak? So sekali sekala ada jugaklah aku mengusik mak aku..

 

AKU : Mak, nak kawen muda jugaklah. Elak maksiat.

MAK : (tak layan)

Satu hari aku nak tolong-tolong kat dapur (kononnye la)…

MAK : Haaa kalau benda senang macam ni pun takleh buat, nak kawen ape benda nye?

 

Pergghhh ayat mak aku tu terus buat aku sedar. “AKU TAK READY LAGI..” dan aku tak mampu. Kalau ikutkan hati nak je nikah hari tu jugak, boleh gi memana dengan suami, nak jalan pegang tangan pun tak kesah, nak ambil gambar sweet-sweet pun boleh.. semua HALAL.. Amboiii gatalnye aku! KAHKAHKAH!!

 

Tapi janganlah kita buat keputusan nak kahwin awal hanya kerana kita tengok orang lain best aje kawen awal. Sweet je, majlis gilang gemilang kemain. Kita mampu ke macam tu? Kita ready ke nak pikul tanggungjawab yang bukan mudah? Ingat kawin ni pasal pakai baju pengantin lawa-lawa and then photoshoot and then buat majlis meriah kemain je ke? Habis hidup lepas kahwin takyah fikir ke ?

 

Nak kahwin ni bukan mudah. Banyakkkkk perkara yang kita fikir. Kalau mak ayah kita tak bagi kita kawin awal tu, percayalah dorang tau apa yang baik untuk kita. Dorang dah jaga kita dari kecik lagi.. Kalau ada kawan anda yang kahwin awal, tu dah jodoh dan takdir mereka.. Jangan samakan hidup kita dengan orang lain. Perjalanan hidup setiap manusia itu berlainan…

 

Untuk rakan-rakan yang kahwin awal.. alhamdulillah semoga Allah berkati kehidupan kalian suami isteri.. semoga sentiasa bahagia, dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.. Kepada kawan-kawan yang masih belum bertemu jodoh (macam aku, haha!) kita teruskan hidup macam biasa dan teruskan pencarian si dia yang tepat ecehhhh! Semoga sampai waktu yang tepat Allah temukan kita dengannya inshaAllah…

 

kawen

(Aku Google “kahwin muda” keluar gambar ni)

 

Sooo ada a few tips bagi pasangan yang berhajat nak kahwin muda. Aku dapat dari facebook. Saje nak share dengan korangg Heeee…. Kot laa ada yang dah merancang nak akhwin muda, tapi tak tahu macam mana nak berhadapan dengan mak ayah korang… Jom baca jom..

 

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

 

 

Haa amalan dan tips kat atas ni jangan lah buat masa nak yakinkan mak ayah bila dah nak kahwin tapi lepas kawin tanggungjawab ke mana, ibadaha ke mana.. apa punnn tak boleh! Apa-apa pun nak kahwin ni (tak kira lah kahwin muda or kawin tak berapa muda) bukan mudah ye… Apa yang aku tulis ni PENDAPAT aku semata-mata. Takde niat nak mengata mana-mana pihak ye.

 

Dan sebelum mengakhiri entry ini aku nak MEMOHON MAAF kalau ada yang terasa ke apa dengan entry aku, sesungguhnya aku takde niat nak mengguris perasaan mana-mana pihak, sebab ini cuma luahan pendapat semata-mata. TQ.

 

 

xoxo


Read More»

Thursday, December 27, 2012

Majlis Pernikahan

 

Assalamualaikum..

 

Ambui ambui kemain tau tajuk entry majlis nikah gituu.. Well, nampaknya study week aku tidak diisi dengan perkara yang sepatutnya iaitu STUDY!!! Aargghh aku rasa macam student yang bangang gila yang duk habiskan masa buat benda lain, tapi study abaikan. Harap je angkut buku teks sana sini, tapi pencil box and kertas kajang tak bawak balik. HUH!

 

Well, permulaan study week aku agak huru hara sebab aku berkejar ke sana sini. Sepatutnya meeting tapi tak jadi. Sepatutnya buat itu, tak jadi… buat ini, tak jadi. HAIHHHHH! Why laa everything so hard hahhh~ Apa-apa pun berlangsung sudah majlis pernikahan… oppsss bukan majlis aku yang pastinya.

 

P1010041

Ouuu well yes.. muka ku berpanas terik hangat setiap hari. Jelas hilang seri dan bertambah gelap. Lepas 4 tahun jangan tanya kenapa kalau muka ku tak ubah macam negro. Silap-silap kena cekup dengan polis sebab ingat aku pendatang. Ehh apa aku mengarut ni. Heeee dulang hantaran tu untuk aku pegang dan bergambar sahaja. Well, yes.

 

P1010033

Ini baru betul gadis-gadis dulang. Semuanya sepupu sepapat aku, dua daripadanya adik aku. Yang pegang bekas merah tu, benda tu hadiah kepada kakak pengantin perempuan sebab langkah bendul. Haa gituuu. Mohon keempat-empat adik perempuan kahwin dulu supaya aku dapat banyak hadiah. EHHH??

 

P1010072

Sebelum memulakan perjalanan menuju lokasi majlis pernikahan yakni rumah pengantin perempuan, marilah kita sama-sama memohon kepada Yang Maha Esa agar segalanya berjalan lancar dan diberkati olehNYA…

 

P1010082

Sampai je berdekatan rumah pengantin perempuan, kami stop dulu tepi jalan menanti sedara mara yang masih belum sampai. Haaa ada pulak majlis penyerahan lego. Entah YB kawasan mana ni pun aku tak tau. Nampak tak along aku kemain disinari nur…

 

P1010101

A pic with my dear lil bro. My only one lil bro. Beloved. Afiq.

 

P1010109

CANDY BUFFET!!! Banyak gila coklat cadbury. Haaaa laju je tangan aku sauk cokelat! Sekali amik, aku amik segenggam. Tapi adik-adik aku lagi tak senonoh. Siap amik simpan dalam beg, banyak lak tuh!!!

 

P1010121

“Marilah kita menyaksikan sama ada pengantin kita ni betol ke dok lelaki..” Ehh buat lawak lak tok kadi..

 

P1010164

ALHAMDULILLAH… Dengan sekali lafaz, abang saudara aku, yakni sepupu aku telah selamat menikahi Kak Lin. Tahniahhh tahniahh.. semoga Allah merahmati hubungan kalian..

 

P1010192

My biggg family!! Ni family belah abah je.. Ni pun masih ramai yang takde..

 

P1010203

Persoalannye… turn aku bila?? OOPPSS Biarlah rahsiaaaa… Rasa-rasa muka hensem bak Fahrin Ahmad, ade rumah,a de kereta, mampu jaga anak orang silalah datang berjumpa mak abah saya. Oppss anda belum tentu melepasi halangan seterusnya.. EEhhhh!!!!!!!!!!!!!! Kbai..

 

 

 

xoxo


Read More»

Wednesday, December 19, 2012

LAMOR2 – Minuman collagen untuk kecantikan

 

Assalamualaikum…

 

Wah wahh tak perlu aku taip panjang lebar la mengenai apa itu LAMOR2 ye dak? Sebab jenama minuman collagen ni nampaknya semakin disebut-sebut ramai setelah beberapa blogger Melayu buat review produk ni.. Pendek kata, aku pun tertarik nak cuba minuman kolagen ni.. Maklumlah aku ni duk rajin amik vitamin ja.. nak gak amik kolagen bagi keanjalan gitteww~

 

20121219_012354

Haaa.. meh la sini aku cerita jugak lah pasal LAMOR2 ni… Lamor2 ni merupakan jenama minuman kolagen yang popular dalam pasaran kaum cina. Jadi sejak kebelakangan ini produk ni cuba menembusi pasaran kaum Melayu pula.. Jangan risau, produk ni sememangnya halal! Jadi kita boleh mengambilnya tanpa was-was!

 

20121219_012414

Produk Lamor2 ni datangnya dalam 1 kotak yang mengandungi 15 sachet. Jadi satu kotak boleh tahan selama 15 hari, lebih kurang dua minggu jugaklah sebab kita hanya perlu ambil kolagen Lamor2 ni sekali sehari selepas makan.

 

 

20121219_012447

Haaa… macam ni lah rupe Lamor2 ni.. Bancuh satu sachet dalam segelas air masak dan minum je. Haa mudahkan.. Nak kecantikan dari dalam, kita kenalah rajin amalkan produk-produk macam ni ye dak? Haa aku duk pung pang cerita pasal produk ni, meh aku nak share dengan korang apa khasiat dan kesan produk ni..

 

20121219_214139

Okay just tuang satu sachet serbuk minuman kolagen ke dalam gelas. Serbuknya berwarna ungu-ungu putih gitu.. Baunye macam bau berry ! Teringat ribena. Haha!!

 

20121219_214224

Lepas tu just tuang air dan kacau sampai serbuk tadi tu larut…

 

cats

Nyam nyam jom minum! Rasa macam air anggur.. masam masm manis. SEDAP!!

 

 

561955_510889362257256_130456779_nhttps://www.facebook.com/SimplyBellaRosaLamor2

Haaa.. ni lah antara kebaikan dan manfaat kalau kita rajin ambil kolagen Lamor2 ni setiap hari… Selain daripada nak cantik aje, banyak lagi manfaat lain. Haa sambil menyelam minum air ye dak… Dalam pada nak cantik tu, banyak juga khasiat Lamor2 ni untuk tubuh badan kita… Kalau nak tahu banyak lagi pasal khasiat Lamor2 ni, boleh klik SINI !!

 

380252_532338790112313_332908197_n

Haa ini merupakan salah satu testimoni pengguna LAMOR2 yang sebelum ni… Masalah kulit beliau berkurangan. Dah kurang merah-merahnye…

 

68316_522689187743940_2022620552_n

Nampak tak condition kulit pengguna ni dah berubah menjadi lebih baik? Haaa apa lagi kawan-kawan! Siapa yang ada masalah kulit tu, bolehlah cuba produk kolagen Lamor2 ni yee!! InshaAllah berkesan… tapi tempoh keberkesanan tu bergantung kepada diri masing-masing ye!

 

20121219_220222

Siapa nak tahu berapa harga LAMOR2 ni atau nak maklumat lebih lanjut lagi, boleh hubungi :

VALERIE GOH 0192341881

FACEBOOK : https://www.facebook.com/SimplyBellaRosaLamor2

 

 

XOXO

PENGUMUMAN..
Kalau ada blog lain selain dari blog Nisa yang copy paste entry Lamor2 di blog Nisa and jadikannya "testimoni" mereka, mohon report kat Nisa ye... Sebab ada pihak tak bertanggungjawab gunakan review2 dan testimoni ni untuk menyokong produk palsu dan tidak halal oleh mereka.


THANK YOU..


Read More»

Cara menangani marah.

 

Assalamualaikum semua…

 

03b-angry_kids

 

Bila tiba musim-musim nak habis semester, semua assignments kena siap cepat, kena submit sebelum deadline dan sebagainya… Selain daripada study, banyak jugak faktor-faktor luaran yang membuatkan kita menjadi sangat sensitif dan rase asyik nak mengamuk aje.. Sikit-sikit marah.. sikit-sikit melenting…

 

Sifat marah ini amatlah tidak baik ye tuan-tuan puan-puan. Bila kita marah, kita akan bergaduh dengan orang sekeliling kita. Bila kita memusuhi orang sekeliling kita, syaitan akan bersorak-sorai sebab dia dah berjaya pecah-belahkan umat Islam. Kadang-kadang orang sekeliling tak buat ape sangat pun, tapi bila iman kita tak kukuh, benda kecik pun boleh jadi besar.

 

Maka semua pembacaku, dan juga untuk peringatan diri sendiri jugak.. marilah kita sama-sama hindari marah… Ye memang susah.. aku tahu, even aku yang panas baran dan sensitif ni pun amat susah nak kawal kemarahan. Tapi alhamdulillah ada sesetengah benda yang aku masih boleh kawal bila rasa nak marah… Walaupun benda tu nampak kecik dan tidak bawak perubahan yang besar, but AT LEAST kita cuba okay. So try take the FIRST STEP!

 

SEDIKIT PERKONGSIAN UNTUK SEMUA… DAN JUGA UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI :



Sayyidatina Aisyah menceritakan;


"Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah datang kepadaku ketika aku sedang amat marah. Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم memegang batang hidungku & menggosok²kannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda; "Wahai U'waiyyish (nama timangan Aisyah)! Ucapkanlah;
اللهم اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِيْ وَأَجِرْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ


Allahummaghfirli zanbi, wa azhib ghaizho qalbi, wa ajirni minassyaitan.


(Ya Allah, ya Tuhanku. Ampunilah aku dari dosa²ku, hilangkanlah kemarahan hatiku & selamatkanlah aku dari syaitan).


~ Riwayat Ibnus Sunni رحمه الله.

xoxo.


Read More»

FASHION VALET – Semua ada di sini!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera…


Helloooo kaki shopping sekaliannnnn!!! Mari rapat mari dekat aku nak share something cool, something best, something happening! It’s big, it’s amazing!!! Haha kemain tau aku hiperbola sangat.. Tapi masalahnya memang betul punnnn !!!

Bagi kaki shopping sekalian (errr macam aku lah), shopping di online shop yang menjual pelbagai style pakaian, pelbagai jenama merupakan ala-ala syurga shopping gituuu. Haa apa yang aku nak cakap kat sini ialah “one stop centre” untuk membeli-belah! Ahah! Faham ke tak? Errr… Kirenye di dalam satu laman web tu ada jual pelbagai jenama dan fesyen serta jenis barangan ! Dari pakaian, aksesori, kasut hinggalah ke barangan mekap dan penjagaan muka! Cool giler kan?


Capture3


Yeah babyyy!! I’m talking about the online shopping heaven Fashion Valet ! Di mana lagi kita nak shopping barangan pereka tempatan dengan harga berpatutan tanpa perlu keluar rumah pun?? Semestinya di Fashion Valet hello…! Tak perlu aku ulang ya? Hahahaa…



FAKTA MENGENAI FASHION VALET :
  • Fashion Valet  adalah kedai membeli-belah dalam talian dengan lebih 150 jenama berbeza tempatan dan dalam rantau Asia Timur Selatan seperti Thailand dan Indonesia.
  • FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA!!! And yes girls Fashion Valet ship worldwide and international orders depend on weight of parcel.
  • Ahli yang baru mendaftar akaun dengan Fashion Valet akan mendapat 10 kredit point secara automatik untuk mula shopping! Yeay!
  • Fashion Valet ada credit point system yang dipanggil FV Rewards. Lebih belanja, lebih ganjaran woot woot! Untuk lebih info mengenai FV Rewards jom ke sini : http://www.fashionvalet.com/fv-rewards
  • Pelbagai gaya pakaian dari yang moden ke stail tradisional. Semua di Fashion Valet !



Untitled2

Untitled

GOSHHH!!! Berpinar mata bila masuk website Fashion Valet okay??? Buy almost anything you need and want here ladies!! Nak dinner? Yes kat Fashion Valet jual dress.. Nak bersantai atau jalan-jalan dengan yang tersayang? Yesss Fashion Valet ada jual various designs and labels of tops, blouses, dresses and many moree!!! Oh my bukak website Fashion Valet ni buat aku tak boleh nak take a breathe tau!!




Capture4


Capture5

ACCESORIES ! MAKE-UPS !!!! Oh myyyyyyyy ternganga-nganga kite tauuuu tengok website yang sangat memenuhi keperluan dan citarasa ramai! Selain daripada menjual pakaian pelbagai gaya dan jenama, ada juga aksesori dan barangan mekap untuk kita sentiasa tampil cantiks menawanss !! Ye lah, baju dah cantik, kenalah ada aksesori sepadan dan wajah tampak da bomm kan kan?? Goshhhh I love Fashion Valet too much okay!!




Capture6

Melangkah dengan penuh gaya dan keyakinan dengan kasut yang perghhhhh sangat sangat cantik okay!!! Bermacam label kasut yang ada di Fashion Valet tau tau tau! Cuci mata aje kat Fashion Valet, you can get things from top to toe! Complete!





Capture7

Hik hik Fashion Valet tak semestinya shopping untuk para wanita sahaja. Dah namanya ala-ala “one stop centre” for online shopping kan… para jejaka pun boleh juga shopping di Fashion Valet ! Haaa tak diskriminasi terhadap wanita sahaja kan? Ye lah, kadang-kadang kaum lelaki ni takde masa nak pergi membelek baju kat kedai.. jadi Fashion Valet jawapannya!



 Pendek kata, nak cari apa pun, pergi cari kat Fashion Valet dulu yaaa :) Mesti ada yang berkenan punya nye!! Customer service FV pon tip top woot woot!! Haaa special untuk readers blog www.nisakay.com jeng jeng jeng~







~Nisa Kay~

Read More»

Tuesday, December 18, 2012

Nisa Kay dan Yana Samsudin versi kartun..

 

Assalamualaikum..

 

IMG_20121217_115314-horz

Ini adalah gambar dari instagram aku… Baru-baru ni aku dengan dengan kembang hidongnye ada berkongsi dengan uolls pengikut akaun instagram aku print screen lock screen handphone dan iPod aku. Maka berbondong-bondonglah persoalan, kecelaruan, tak kurang juga tekaan-tekaan kelakar macam mana aku dapat wallpaper sebegini.

 

Woahhh rasa cool kejap. Kembang hidungku tak kempis-kempis lagi.. Ade ke patut ade orang tanya aku lukis sendiri ke kartun ni? Uhuk uhukk batuk terkeluar anak tekak kejap aku. Berseni pulak tangan aku nak lukis?? Hahaha jauhhhh sekali aku yang lukis…

 

 

proses

Ini pulak gambor semasa kartun ini mula-mula diproses.. Persoalannye sekali lagi.. MACAM MANA AKU DAPAT KARTUN NI??? Buat kat mana??? Ada jugak yang gigih cari apps untuk buat kartun ni. Bila tak jumpa datang marah-marah aku sebab kedekut sangat nak bagitahu. Errrr dik, this is no apps! This is human work.

 

 

catsss

Tak lupa juga aku turut dapatkan kartun ini untuk kak yong kesayangan ku YANA SAMSUDIN. Lepas ni bolehlah buat wallpaper ye kak long.. Di saat kak long menatap kartun itu, ingatlah ianya hadiah tulus ikhlas dari adikmu Nisa Kay. Hahahaha berangannye lah aku ni. Bweekk wekk..

 

COMEL KANN?????? Hahahahaa mana nak dapat? Mana nak dapat?? Ehemm meh sini semua aku bagitahu… kartun ni bukanlah boleh dapat gedebuk jatuh dari langit gittew… Aku telah menemui seorang kartunis (errr boleh panggil kartunis la kan??) yang sangat sangat berbakat! Dan hasil kerjanya pun aku puas hati.. Harga pun berpatutan!

 

Kalau korang nak upah dia lukis kartun atau karikatur atau apa-apa kerja yang beliau boleh buat (kekekee~) bolehlah hubungi :

 

ARTORTOISE

http://tortoise-art.blogspot.com/

https://www.facebook.com/Artortoise

 

Untuk sebarang pertanyaan mohon sangat sangat korang tanya direct kepada pihak Artortoise okay? Aku tak tahu menahu mengenai servis dorang yang lain. Aku cuma bayar beliau untuk lukis kartun aku dan YANA SAMSUDIN ajeee.. Hehehe apa-apa pun terima kasih tak terhingga kepada pihak Artortoise yang amat mudah berurusan! Semoga bisnes anda maju inshaAllah :)

 

 

PSSTTT : Please ye people dont ask them for free cartoons or caricature. They are doing business !

 

 

 

 

~Nisa Kay~


Read More»

Friday, December 14, 2012

FSYN

 

Assalamualaikum…

 

Just a short update! Nak buat assignment ni hehehe… you guys kindly visit my online shop FSYN ya! Baru update dress tadi feewwittt!!

 

https://www.facebook.com/FSYNbyNK

 

cats

ELLY CHIFFON DRESS

RM 45 each.

 

 

logoooo2

https://www.facebook.com/FSYNbyNK

 

PSSSTTTT!!! Thank you so much kepada semua yang vote logo FSYN ! Muahhh!!!


Read More»

Friday, December 7, 2012

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG !!

 

Assalamualaikum semua..

 

Just a short entry this time… Ingat lagi tak aku duk promote giveaway yang julung-julung kali di abang aku adakan? Alaa… kalau tak ingat sila rujuk ENTRY INI…. Kepada mereka yang join GA ini, pemenang dah pun along aku umumkan..

 

meuz

 

Haa ramai-ramai terjah blog GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN okeh??? Mana tahu rezeki korang ke kali ni?? Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kepada mereka yang telah menang… Kepada yang tak menang jangan kecewa, jangan mengamuk tak ketentuan hala okay.. Mungkin belum rezeki korang…

 

Nantikan giveaway aku hujung bulan 12 pulak ye.. InshaAllah akan ada hadiah untuk lelaki dan wanita. Baru adil gituu…. Tapi exact date aku tak dapat nak janji lah okay? Sebab tengah busy ni, dah sampai pun penghujung semester 1 sebagai degree student! Hehehe..

 

And terima kasih tak terhingga kepada semua sponsor yang sudi menaja hadiah-hadiah untuk GA pertama along aku ni.. Dan terima kasih kepada semua yang menyokong GA pertama along aku… InshaAllah ada rezeki, dia buat GA lagi okay??

 

k_si_kool

nurul_ain

pen_merah

cahaya_azyla

 

 

Okay thank you so much semua yang menjayakan GA ni secara langsung dan tak langsung ! InshaAllah ada rezeki, akan aku dan along aku kongsi bersama korang ya? Sebab korang jugak yang menyokong blog kami selama ni.. Okay byeee (ehhh bukan aku kata tadi short entry ke? Hmmm dasar suka menaip! Grr)

 

 

~Nisa Kay~


Read More»

Tuesday, December 4, 2012

Logo mana pilihan kalbu??

 

Assalamualaikum…

 

Well… setelah online shop aku bergerak secara perlahan selama ini… akhirnya aku membuat keputusan untuk memberi satu anjakan paradigma kepada perniagaan aku ni… Aku telah buat keputusan untuk menjadi vendor di butik SINCERELY BY US SHAWLS yang akan dibuka inshaAllah pada Januari 2013 woot woot !

 

Well… basically apa yang akan aku jual ialah blaus, peplum and tops. Semua stock ni akan aku letak kat butik SINCERELY BY US SHAWLS sahaja tau! Takde update kat facebook atau instagram tau! Memandangkan aku ni sangat busy sebagai seorang student, maka aku takde masa nak mengurus stok. Jadi siapa nak dapatkan baju-baju ready stock online shop aku FSYN by NK, sila ramai-ramai serbu butik SINCERELY BY US SHAWLS Januari ini di Seksyen 7 Shah Alam tau!

 

Mintak tolong korang undi logo baru untuk FSYN by NK bolehhh??? Hee banyak design yang abang aku buat, sampai aku tak tahu nak pilih yang manaaa. hehhee… mohon semua undi kat sidebar ye!

 

TOLONG SAYA BUAT KEPUTUSAN!
Undi logo yang anda suka kat sidebar blog aku ni ya!

cats

 

TOLONG SAYA BUAT KEPUTUSAN!
Undi logo yang anda suka kat sidebar blog aku ni ya!

 

 

By the way… untuk pengetahuan semua… semua barang ready stock yang saya jual akan saya letak di butik SINCERELY BY US SHAWLS yang akan di buka di Seksyen 7 Shah Alam tak lama lagi okayh! Nanti aku akan update mengenainya pada masa akan datang ya!

 

So buat masa ni kat facebook dan instagram FSYN by NK memang aku jual barangan pre-order. Ini bermakna, order, bayar dan barang akan sampai 2 hingga 3 minggu dari negara pengeluar okay? Ada juga pre-order item yang ready stock.. Depends la kan…

 

FSYN by NK

Facebook page : https://www.facebook.com/FSYNbyNK

Instagram : @fsyn_my

~Nisa Kay~


Read More»

Saturday, December 1, 2012

Haha + Byul wedding

 

Assalamualaikum…

 

Dalam pada tengah buat assignment tu kan.. sempat lagi aku ternampak ade orang post link website ALLKPOP kat facebook. Well, aku memang tak baca and tak pernah pergi this website pun. Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah link yang dipost tu ialah berita perkahwinan Haha dan Byul.

 

Kedua-duanya artis terkenal di Korea. Tapi aku kenal Haha sebab Running Man aje. Tak tahu lah dia ni penyanyi ke apa. Byul lak aku memang tak kenal. Aku tahu dia artis Korea je. Nama dia well known lah kan. Alaa kalau nak tahu korang Google je lah eh.

 

[ALL PICS CREDIT TO : ALL KPOP’s WEBSITE]

haha2

 

haha4

 

HAHA6

 

HAHA5

[ALL PICS CREDIT TO : ALL KPOP’s WEBSITE]

 

So tu jelah entry kali ini. Bosan mengadap assignment, maka ku leraikan sedikit kekusutan dengan cuci mata gambar wedding Haha dan Byul. Tak minat KPOP? Okay toksah baca then. Aku taknak orang meninggal. Ehh maksud aku, aku taknak orang meninggalkan komen-komen yang tak best kat blog aku yang suci murni ni. #ehh

 

 

~Nisa Kay~


Read More»

Copyright © Nisa Kay