Friday, September 28, 2012

Prelove Party

 

Assalamualaikum…

 

PRELOVE? Bagi yang masih belum faham apa itu prelove, meh sini aku nak share sikit about prelove. Prelove atau lebih tepat lagi pakaian terpakai. Tapi.. yang bestnye, kita boleh beli barangan prelove yang berjenama, yang masih cantik dan elok, dengan harga yang sangat sangat berpatutan!

 

Well, tak semua orang suka beli prelove things kan? Tapi just consider, kenapa taknak berjimat bila ada peluang untuk shopping baju cantik-cantik, beg dan kasut berjenama dengan harga yang murah sangat? HONESTLY I don’t care whether baju yang aku beli murah ke, tak berjenama ke, terpakai ke.. Janji aku selesa pakai, bajunya masih elok dan cantik (for prelove items) and most important aku beli guna duit sendiri. Herherher…

 

prelove

 

And yeahh OLD BLOSSOM BOX sekali lagi menganjurkan prelove party!! Dah beberapa kali OBB menganjurkan prelove party ni.. So masa prelove party ni nanti, Jezmine Zaidan (owner OBB) dan rakan-rakan fashion blogger beliau akan melambakkan baju-baju yang cantik-cantik, masih elok dan vogue de vass untuk dijual dengan harga yang sangat sangat murah!

 

Sebelum ni aku dah pernah dua kali jugaklah shopping di prelove party seperti ini. Yang paling best nye, each prelove parties are getting better and and better! Selain daripada pilihan baju, kasut, beg, aksesori dan tudung yang pelbagai, ada juga benda lain yang turut dijual. Haa apakah itu?

 

Korang ramai-ramai lah terjah butik OBB yang terletak di LAMAN SERI SHAH ALAM, SEKSYEN 13 tu ye… Prelove party kali ni aku tak dapat datang, sebab aku jauh di haa di Pulau Mutiara. Hehehe… so kepada mereka yang bakal menggegarkan butik OLD BLOSSOM BOX lusa, have fun ya! XOXO.

 

 

Kbai.

Thursday, September 27, 2012

Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita–Tajwid

 

Assalamualaikum…

 

Sudah lumrah wanita menyukai barang-barang yang cantik, terutamanya yang mempunyai pilihan warna. Dan kini golongan wanita semua boleh memiliki naskhah yang comel dan cantik ini.

 

P1018503

Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita – Tajwid berwarna pink milik aku. Saiz kecilnya yang comel memudahkan aku membawa naskhah al-Quran ini ke mana-mana aku pergi. Janji kita jaga elok-elok, pegangnya, letaknya..

 

P1018510

 

P1018511

 

Dalam naskhak Mushaf Al-Burhan ni, antara ciri yang aku suka ialah dalam naskhak ni, dia dah highlightkan tajwid yang penting, dan penjelasan di bawah ayat-ayat tersebut. Jadi secara tak langsung kita boleh melatih diri membaca al-Quran dengan tajwid yang betul.

 

P1018513

Naskhah ni juga ada terjemahan ayat-ayat al-Quran. Jadi, di samping melatih diri membaca dengan tajwid, kita juga boleh menghayati maksud-maksud ayat al-Quran.

 

TAJWID & TERJEMAHAN
-Al Quran dan terjemah 30 Juz lengkap.
-744 muka surat berwarna dengan frame bunga.

- Indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran
- Hadith Arba'in Nisaaiyyah
- 40 nasihat dari Rasullulah buat wanita melalui hadith yg sahih
- 40 Hadits tentang wanita (Arba'in Nisaaiyyah) .
-20 Sejarah wanita yang disebut dalam Al Quran.
- Tips Kecantikan Wanita mengikut sunnah Rasullulah
Al Quran quantum wanita.
-Carta tentang ibadah rawatib wanita.
-Carta tentang ibadah nafilah wanita.
-Carta tentang wanita yg haram dinikahi
-Indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran.
-Fiqih ibadah wanita.
-Agenda Muslimah khatam Al quran.
-Gelar wanita dalam Islam.
-Kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasan sejarah Islam seperti Siti Khadijah r.a., Siti Aishah r.a., Ummu Salamah, dan ramai lagi..

 

 

P1018516

 

cats

 

Inginkan naskhah ini? Jom beli di sini :

https://www.facebook.com/AlQuranUntukWanita

Wednesday, September 26, 2012

Petua Kecantikan Rambut

 

Assalamualaikum semua..

 

Wah wahh lama sungguh tak share tips kecantikan dengan readers semua. Aku ni pon bukanlah jelita mana pon, tapi tetap nak share tips yang aku baca / jumpa di internet untuk kebahagiaan kita semua ye dak..

 

Baiklah, biasanya aku suka share about kecantikan kulit dan wajah kan.. Kali ni aku nak share petua menjaga kecantikan rambut. Siapa kata yang bertudung tak perlu jaga rambut? Kami yang bertudung ni lah kena jaga betul-betul rambut yang kali lindungi dengan tudung / hijab ni.

 

rambut

 

HITAMKAN RAMBUT BERUBAN DENGAN DAUN KARI

Tak semestinya yang beruban tu orang tua sahaja. Ada jugak orang muda yang mengalami masalah rambut beruban sebab akar rambutnya sakit. So jom usha petua ni.

  1. Ambil segenggam daun kari dan campur dengan satu sudu minyak kelapa
  2. Masak campuran tersebut atas api sederhana hingga daun kari hangus.
  3. Tutup api dan biarkan campuran tersebut sejuk pada suhu bilik.
  4. Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut dan amalkan selalu.

 

LEBATKAN RAMBUT

  1. Gunakan pati santan, dan lumurkan pada rambut yang lembap dan sapu rata di keseluruhan kepala hingga ke akar rambut.
  2. Ambil tuala yang bersih dan kering, bungkus kepala anda selama setengah jam.
  3. Kemudian, bila kepala dengan air suam.

 

 

petua-rambut-gugur

 

Masalah rambut gugur bukan sahaja dialami oleh mereka dari golongan yang berusia, namun hampir semua golongan usia mengalami masalah ini. Berikut adalah beberapa petua dan tips mengatasi masalah keguguran rambut.

 

PETUA MENGATASI RAMBUT GUGUR 1

  1. Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas.
  2. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga.
  3. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit.
  4. Bilas dengan air besih.
  5. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

 

PETUA MENGATASI RAMBUT GUGUR 2

  1. Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala.
  2. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit.
  3. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih.
  4. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.

 

PETUA MENGATASI RAMBUT GUGUR 3

  1. Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak.
  2. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  3. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman.
  4. Bilas dengan air bersih.
  5. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.

 

 

So basically tips yang aku share ni berlambak kat majalah and internet. Saja nak share. Sharing is caring right? Kbai.

Friday, September 21, 2012

Magis

 

 

love_heart1280x800

 

Magis kan bila kita mulanya tidak menyukai dan membenci seseorang tetapi kita tidak mengenalinya pun. Hanya kerana perlakuannya yang membuat kita rasa err annoying nye mamat nih. Hanya kerana dia merasakan kita sombong bila tak approve friend request dia, then dia kata aku sombong, berlagak bla bla bla.

 

Magis kan bila orang yang kita tidak sukai itu kita temui dalam satu acara yang tidak disangka-sangka, jauh sekali dirancang. Bila tujuan asal kita berbeda pada mulanya, namun bertukar tiga ratus enam puluh darjah bila mata bertentang mata.

 

Magis kan bila kita masih boleh tersenyum pada si dia yang kita tidak kenal tetapi tidak menyukainya. Masih boleh mengukir senyuman bila berpandangan dan perasaan berdebar dan malu itu bukan main merajai hati.

 

Magis kan bila segalanya terlalu pantas berlaku dan kita masing-masing mengakui dalam hati ada suka. Seterusnya ia bercambah menjadi sayang. Magisnya dunia kita. Walau jarang bertentang mata, namun hati terasa sangat dekat. Magis kan bila kita masih merindui dia walau si dia duduk di hadapan kita.

 

Magis sekali bila hati ini masih bertahan dan bertahan walau retak seribu sekali. Walau dugaan datang melanda, meroboh harapan dan perasaan. Magis sekali apabila aku masih mampu menyayangi walau terasa dikhianati, malah hati aku menjadi kuat dan lebih kuat selepas satu persatu dugaan menimpa. Magis sekali bila perasaan ini tidak mahu pergi malah semakin kuat melekat di hati.

 

Magis sekali kisah kita, magis sekali hati yang bertahan dan menyayangi. Magis sekali bila bibir masih mampu melafaz cinta hingga ke hari ini. Dan… magis sekali bila aku masih setia hingga ke hari ini.

 

 

Bodoh kan aku? Ya, kerana itulah magisnya perasaan yang lahir ini.

Thursday, September 20, 2012

Jaga wajah anda dengan Hansaegee ! Comel seperti artis Kpop !

 

Assalamualaikum..

 

Kesibukan aku yang baru sahaja mendaftar di universiti ditambah pula dengan minggu orientasi dan kem kepimpinan siswa yang wajib dihadiri tidak membantutkan usaha aku untuk mencuba sebuah rangkaian produk baru daripada Korea, Hansaegee.

 

Walaupun bergelar pelajar, aku sentiasa menitikberatkan soal kecantikan kerana ia merupakan persediaan aku untuk menjadi seorang wanita yang sejati pula (cewah!). Bukan apa, kadang-kadang cemburu juga melihat kemulusan kulit wajah bintang korea macam Girl’s Generation atau T-Ara. Entah apa formula yang mereka gunakan agaknya, kan?

 

Tapi, kita sebagai perempuan ni janganlah ambil mudah mengenai penjagaan kulit. Mana tahu nanti kalau tak diambil kisah, bila dah teruk, baru nak cari ubat tu la, ubat ni lah. Jadi, aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku menggunakan beberapa produk rangkaian Hansaegee ini dengan korang.

 

P1018518

Produk pertama yang aku nak kongsi dengan korang ialah Beauty Clinic Medieu Sensitive Sun Cream.

P1018521

Ini gambar close up Beauty Clinic Medieu Sensitive Sun Cream ni. Tanggapan pertama aku pada sun cream ni, aku agak ia mesti sama atau lebih kurang je macam sunblock yang ada di pasaran sekarang. Tapi bila aku gunakannya, jangkaan aku meleset sama sekali.

 

 

P1018525

Tekstur Beauty Clinic Medieu Sensitive Sun Cream ni sangat ringan dan lembut, tidak terlalu pekat dan melekit seperti sun block biasa. Ia juga ada make-up base combination, di mana korang boleh gunakan sun cream ni seperti foundation atau BB cream. SPF 50+ memang bersesuaian dengan penggunaan rakyat Malaysia dek kerana cuaca panas negara kita.

 

 

cats

Bila disapu pada muka, ia cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak bercapuk seperti memakai foundation atau BB cream. Tona warnanya amat bersesuaian hampir semua jenis kulit sebab aku siap bagi kawan aku yang kulitnya lebih cerah mencuba Sensitive Sun Cream ni. Memang tak nampak sangat perbezaan bila pakai sun cream ni.

 

Antara yang best pasal Beauty Clinic Medieu Sensitive Sun Cream ni ialah :

  • Tahan sehingga 12 jam
  • Melindungi kulit dari sinaran ultra ungu
  • Melembapkan kulit (yeahh!!)
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Kalis air dan pasir
  • Ekstrak kaktus menenangkan kulit dari rasa pedih, selamat digunakan bagi kanak-kanak dan kulit sensitif
  • Make-up base combination (tona warna yang natural, boleh digunakan sebagai krim muka)

 

Kalau aku hurai satu persatu kebaikan Sun Cream ni maunye esok pun aku tak habis menaip tau! Memang sun cream yang amat amat berlainan dari sun block yang ada di pasaran sekarang, pelbagai fungsi dan manfaat pulak tu! Beli tau! RM81.50 aje.

 

 

P1018528

Haa.. satu lagi produk best yang aku nak share dengan korang ialah Beauty Clinic Masks. Ada 6 masks yang setiap satunya mempunyai fungsi-fungsi dan manfaat tersendiri. Topeng muka kecantikan ni merupakan antara yang terhangat di Korea tau! Haaa best tak? Best tak?

 

 

P1018557

Baiklah… mari sini mari rapat aku nak share dan nak perincikan dua masks yang menjadi kegemaran aku dan aku telah menggunakan kedua-duanya. Semestinya pilihan hati aku ialah N.M.F Aquaring Ampoule Mask dan Vita Lightbeam Essential Mask.

 

P1018551

Ini muka aku sebelum pakai mask. Dua minggu aku sangat sibuk dengan aktiviti minggu orientasi, kena pulak pergi kem PIMPIN Siswa yang wajib tu, lepas tu berkejar pergi kelas dan buat medical check up. Kulit aku jadi kusam dan kering sebab aku kurang jaga. Cuci pun bila ingat je.

 

 

mask

Oh my ! Lihatlah betapa nipisnya Beauty Clinic Mask ini, yang diperbuat dari Silk Cellulose seperti yang korang lihat di atas. Mask yang sangat nipis ini membolehkan kulit untuk terus bernafas dan dapat menyerap nutrien dengan lebih efisyen dan pantas!

 

 

face

TARAAA… !! Inilah wajah saya setelah memakai mask Hansaegee ni! Best apabila kulit muka berasa lebih lembut, lembap dan segar ! Pasti keserian terserlah bak artis Kpop yang jelita-jelita tu! Cewahhh!! N.M.F Aquaring Ampoule Mask sememangnya berfungsi untuk melembapkan kulit, jadi sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit kering.

 

Bila aku pakai Vita Lightbeam Essential Mask pula, kulit dirasakan lebih segar dan bersih. Vita Lightbeam juga mempunyai manfaat untuk mencerahkan kulit. Haa, sangat sesuai aku pakai sebab aku baru balik dari kem! Jadi kawan-kawan semua jangan ragu-ragu dengan produk HANSAEGEE ya, sebab produk mereka dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan tidak merbahaya kepada kulit kita.

 

Beauty Clinic Masks mempunyai 2 rangkaian: "Special Cure Line (Ampoule Masks)" berharga RM10.90/keping, dan "Intensive Care Line (Essential Masks)" berharga RM8.90/keping.
Setiap satu daripadanya mempunyai manfaat yang tersendiri sesuai untuk keperluan individu. Haaa murah sangat kan? Harga memang mampu beli, lagipun seminggu pakai mask dua tiga kali je kan?

 

 

 

Jadi, dari mana anda semua yang membaca ni nak dapatkan produk yang aku dah sebut di atas? Layarilah alamat di bawah :

 

HANSAEGEE NATURE

Laman Web : www.hansaegee.com or www.hansaegee.com.my

Facebook : www.facebook.com/HansaegeeNature

 

 

 

Terima kasih!

Wednesday, September 19, 2012

USM ConvEx 12

 

Assalamualaikum…

 

Ambui ambui mentang-mentang hari ni aku takde kelas langsung kan, semangat je aku update blog. Minggu pembelajaran baru aje bermula, kami semua baru sign up slot tutorial semua, ditambah pulak dengan musim konvo, USM sangat sesak. Kelas banyak cancel. Maka bersenang-lenanglah aku sampai ke hujung minggu!

 

Nak balik tapi baru aje balik minggu lepas, gara-gara urusan penting yang tak dapat aku elak. Kerana aku balik minggu lepas jugalah, aku dengan berat hati sangat sangat terpaksa menarik diri dari team penyelaras ConvEx 2012.

 

Takpe, tak balik kampung pun, tetap ada benda best kat USM ni. Macam aku sebut sebentar tadi, ConvEx. Apa ConvEx ni? Convocation Expo atau ConvEx 2012 ni adalah acara yang berlangsung sepanjang minggu konvokesyen di USM ni…

 

427456_373490339383586_1686938971_n

SMART KAN logo USM ConvEx 2012 ni? Design baju dorang pun cantik. Warna menyerlah oren hitam putih lagiii.. Apakan daya takde rezeki aku nak join team penyelaras kan.. Takpelah lain kali mungkin boleh join lagi inshaAllah… So guyss! Aku nak promote sikit la apa yang best sepanjang minggu ConvEx 2012 kat USM ni..

 

253459_392176154181671_526107567_n

Haaa tu dia jadual minggu ConvEx 2012 ! Penuh dengan aktiviti yang best best weh! Boleh menang banyak hadiah hebat. Ada pameran, ada booth, ada pertunjukan dan macam-macam lagi lah…

 

ConvEx 2012 ni bukan sahaja untuk budak USM Kampus Induk jugak… Student USM Kampus Kejuruteraan kat Nibong Tebal pon mai laa sini… Student USM kat Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan pon kalau free mai la sini.. Kot-kot laa tengah takde kelas apa kan.. Muahahaa…

 

Dan yang penting ia turut dibuka untuk pengunjung awam! Tapak ConvEx 2012 ni dekat pintu masuk USM kat Sungai Dua tu aje haa… Datang naik bas, turun kat situ je. Senang sikit, kalau bawak kereta susah pulak korang nak parking. Kat ConvEx 2012 ni ada banyak gila booth yang menjual pelbagai barangan seperti beg, aksesori, kain pasang, tudung, baju dan banyak lagi!

 

422597_390626404336646_696821815_n

Korang rasa korang ada bakat, tapi tak lepas-lepas masuk Akademi Fantasia, Mentor, Raja Lawak atau Showdown?? Haaa mai la sini join Konvo Got Talent kat ConvEx 2012 niii… Daftar RM3 je weyh!! Kalau menang dapat RM200 !! Kayoo kayooo..

 

 

551765_389813077751312_651053621_n

Korang hebat main catur? Dah dilatih main catur sejak kecik lagi oleh bapak korang? Masa ni lah nak menunjukkan kehebatan bermain catur! Hadiah utama kamera Samsung kot!!

 

 

578513_389805351085418_1583838193_n

Ehem ehemm… serlahkan keayuan semulajadi anda dengan menyertai Miss ConvEx 2012 !! Takde baju lawa? Boleh pinjam kat kawan.. Tak reti mekap?? Boleh suruh kawan mekapkan.. Terbuka kepada WANITA sahaja okayy!! Yang bukan wanita dan errr separa wanita tak boleh! Hoho…

 

 

338674_413756045326677_1531886449_o

Kalau nak cerita pasal aktiviti ConvEx 2012 memang tak habis-habis la menaip sampai esok kan! Like page ConvEx 2012 (https://www.facebook.com/UsmConvEx12) untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti harian dan sebarang promosi okayh!

 

Kalau yang gila tweet tu follow lah twitter ConvEx 2012 (https://twitter.com/ConvEx12) untuk sebarang informasi jugak yeh! Bagi yang tinggal di area Penang, mai la ramai-ramai yek!

 

 

 

Kbai.

GIRL STUFF : FCC BeautyFarmasi Colour

 

Assalamualaikum…

 

Dah lama jugaklah aku tak share pasal mekap-mekap dengan uolls kan kan? Nak buat video macam malas pulak, sebab webcam laptop baru ni tak cantik macam webcam laptop Acer aku dulu. Sobss. Nak rakam pakai kamera digital, tripod pulak tak bawak. Haihh.. apa dugaan..

 

Takpe, takpe.. aku masih nak share dengan korang pasal mekap yang best, berkualiti dan yang penting harga sangat berpatutan.. Dah lama jugak aku guna mekap ni, dalam dua tiga bulan gitu? Baru sekarang la ada masa nak share dengan uolls pembaca setia. Cewah !!

 

Jenama yang aku nak share dengan korang ialah jenama FCC BeautyFarmasi Colour (FCC). FCC ni dahulunya dikenali dengan jenama FARMASI, tapi sekarang dah re-branding jadi FCC ye.. Tapi packaging dia semua cop Farmasi lagi.. Jangan risau, sama je.

 

P1018160

STAY MATTE FOUNDATION - RM37.90

 

P1018164

Stay Matte Foundation ni tekstur dia sangat lembut, tidak melekit dan ringan untuk sapuan mudah dan light coverage. Dah namanya Stay Matte kan, jadi finishing dia memang tak berkilat, sesuai lah kot untuk mereka yang kulit berminyak. Lagi satu, ia diperbuat dari bahan-bahan mineral dan tahan lama.

 

 

cats (2)

Sebelum dan Selepas aku pakai Stay Matte Foundation. Beza gila kan? So far kulit muka aku takde masalah serius macam jerawat dan mengelupas ke apa. Just bila aku malas jaga muka, muka nampak kusam, parut jerawat yang kecil-kecil pulak nampak macam bintik-bintik je kat muka. Dan tona kulit tak sekata.

 

Macam dalam gambar sebelum ni, aku pakai sikit je foundation ni, sebab kulit muka aku takde cela yang serius. Tapi jangan kita salah faham, fungsi foundation ni bukannya untuk “menghilangkan” terus cela di wajah, tapi lebih kepada meratakan warna kulit dan buat parut kelihatan pudar gitu. Oh ye, kod foundation yang aku guna ialah SOFT BEIGE 06.

 

 

cats3

SILKY TOUCH COMPACT POWDER - RM29.90

 

Dah pakai foundation maka kita pakai pulak bedak kan? Tapi kalau dah pakai Stay Matte Foundation tadi, kalau taknak pakai powder pun okay kot? Sebab coverage dia walaupun light, tapi cukup untuk buat wajah tampak lebih bermaya.

 

P1018172

Silky Touch powder ni pun bedaknya sangat sangat lembut dan licin bila disapu pada wajah. rasa macam tak sapu apa-apa. Applicator bedak ni pun tekstur dia ala-ala baldu gitu, so sangat lembut pada wajah. Biasanya memang aku pakai sikitttt aje powder ni. Just finishing touch kepada foundation tadi. Kalau nak apply powder sahaja tanpa foundation pon okay!

 

Untuk lebih info dan cara penggunaan yang betul mengenai Silky Touch powder ni, sila KLIK DI SINI ye ! Haa kod bedak yang aku guna ialah DARK BEIGE 08. Tapi tak dark sangat pon. Sangat sesuai dengan kulit aku. Kawan-kawan aku yang kulit cerah dari aku pon boleh pakai bedak kod ni.

 

 

P1018177

LIP MAXIMIZER LIPSTICK – RM29.90

 

Yang ini pula lip maximizer. Haaa semestinya memberi effect lip-plumping agar seksi bak ANgelina Jolie. Hahaha takdelah sampai macam tu, tapi effect plumping tu memang ada ye, membuat bibir tampak lebih penuh gituuu… Lip maximizer ni turut mengandungi ekstrak halia untuk melancarkan peredaran darah.

 

P1018180

Lip Maximizer lipstick ni boleh dipakai begitu sahaja, atau disapu menggunakan lip brush untuk hasil yang lebih memberangsangkan. Wahhh gituu! Tapi aku pulak, aku suka pakai lip maximizer ni, then tambah sikitttt aje lipgloss, sebab aku ni suka bibir aku nampak ala-ala basah gituu. Kod lip maximizer yang aku pakai ialah KOD 02.

 

 

cats

 

TARAAA… siap dah mekap. Kejap je mekap simple macam ni, tak terlalu berat dan melampau-lampau. Kalau sekadar nak keluar pergi kelas, membeli belah dengan kawan-kawan atau korang memang jenis tak suka mekap tebal, korang boleh cuba FCC ni!

 

Memang lah ada banyak jenama yang best best juga, dan FCC ni merupakan jenama mekap yang salah satu daripadanya! Kita nakkan barangan mekap yang dijamin halal, selamat, dan yang penting berkualiti serta pada harga berpatutan. Aku boleh katalah FCC ni memang mekap yang berkualiti tinggi, setanding dengan jenama mekap mahal-mahal kat luar sana. Cuma dengan FCC kita jadi lebih bijak sebab kita boleh jimat banyak!

 

Jenama FARMASI (FCC) ni jugak bukan ada barangan mekap semata-mata, ada juga barangan penjagaan diri. Semuanya berkualiti, dan pada harga berpatutan! Memang best kan? Terjah di sini :

 

FACEBOOK : https://www.facebook.com/beautyfarmasi.colour

BLOG : http://beautyfarmasi.blogspot.com/

Selamat shopping FCC!

 

Kbai.

Jom pergi kelas

 

Assalamualaikum…

 

Lama woii tak update blog. Aku update pasal fakers pon kemain ada yang meroyan. Tenang ye semua.. tenanggg… Tau ler rindu aku kannn. Hakhak.. Baiklah.. hari ni entry express lagi pantas ye adik-adik. Bukan apa, memang lah hari ni satu hari wa takder kelas gara-gara USM tengah konvo, tapi wa banyak urusan der…

 

20120918_142123

Blazer oren, kakak angkat ku Shereen bagi hadiah sempena birthday. White tops beli kat bazaar kat Taylors College, seluar khakis beli kat Brand Outlet, envelope handbag from Modish Mode House. Crocs pink, dari Crocs la kan. Tak lupa Marwah (Pink) Shawl dari RinaSalleh.com :)

 

Ececehh nak juga buat outfit post gitu.. Alah gambar comot je, snap pun pakai henpon ku yang tak seberapa ini. Hukhuk.. Aku pergi kelas macam ni la, simple je. Simple ke? Muehehe… kadang-kadang bila sampai mood malas ya amat memang aku sarung tshirt, cardigan, jeans and tudung syria je pergi kelas.

 

Nanti aku nak share serba sedikit kisah hidupku ye.. cewah cewah !! Bukan apa, dah di kejauhan di atas pulau ni kan, dah tak boleh pergi events sana sini macam dulu… Sekarang sudah rasmi bergelar pelajar kembali, untuk mengejar segulung ijazah! Wahh ayat kuu!! Okay lah, teruskan membaca blog kudus ku ini ya!

 

 

Kbai.

Wednesday, September 12, 2012

Tak habis-habis lagi…

 

Assalamualaikum..

 

fake lagi gila

https://www.facebook.com/profile.php?id=100004071650771&ref=ts

 

Aku rasa dah pernah sangat aku mention pasal facebook fake ni semua. Dah penat nak melayan, maka aku biarkan seketika.. Tapi ada pihak yang hilang akal agaknya, sampaikan nak buat fake profile aku, dan buat pula engaged dengan profile yang fake jugak! Kesian blogger HIZAMI RAHIM kerana namanya turut kena tempias.

 

Bila baru-baru ni ada lagi orang yang bertanya facebook di atas fake atau tidak, maka tahulah aku bahawa faker ini belum berhenti dari membuat kerja-kerja yang langsung takde faedah ni. Kau dapat duit kah buat benda macam ni? Heh.

 

Kalau fake profile yang biasa-biasa tu maybe aku boleh buat tak tahu je lah kot. Bila ada orang tanye tu facebook betul ke tak, baru aku jawab facebook tersebut fake atau tidak. Tapi kalau dah sampai nak mengaku diri dia tu sebagai aku, ada pulak yang tak betul macam ni, buat in a relationship lah, engaged bagai, ini sudah lebeyyy bhai! Sudah mencalar nama baik gua dan rakan blogger !

 

Maka bagi yang BAIK HATI dan memahami keadaan aku, aku mohon korang report this fake profile ya.  Sesungguhnya kalau dah orang buat fake profile untuk tujuan tak baik macam ni, barulah aku update blog dan maklumkan kepada semua supaya takde yang tertipu. Sekian.

 

 

Sign PNG NisaKay

KLIK SINI!!! TOLONG PENUHKAN TABUNG MASA DEPAN SAYA YE !!

RAMAI-RAMAI KLIK YE !!