Wednesday, August 29, 2012

Review filem 29 FEBRUARI dari KRU Studios

 

Assalamualaikum…

 

Wah dah lama sungguh aku tak update / review filem-filem tempatan kan ! Maklumlah sejak aku berpindah dari Shah Alam ke Pahang, aku terpaksa pilih-pilih event untuk aku hadiri di hujung minggu. Kalau majlis pratonton filem memang dah banyak aku tolak sebab duduk dah jauh kan..

 

Memandangkan hari ni aku ke Shah Alam atas urusan pelajaran, aku tekadkan hati untuk pergi jugak Malam Gala filem terbaru KRU Studios iaitu filem 29 FEBRUARI. Filem lakonan Remy Ishak ini merupakan filem 3D Malaysia yang pertama !!

 

29Feb-_poster

 

Filem ini mengisahkan Budi (lakonan Remy Ishak) yang dilahirkan pada tarikh yang hanya hadir 4 tahun sekali iaitu pada 29 Februari. Kehidupan beliau menjadi sangat berbeza dengan orang lain lantaran umurnya yang lambat meningkat, justeru menyebabkan Budi lambat menua. Apabila Jepun datang menjajah Tanah Melayu, ibunya dibawa pergi oleh askar Jepun dan hilang khabar berita sejak itu. Ayahnya punya dibunuh kejam dan bangunan milik ayahnya diletupkan.

 

Bertahun-tahun sudah berlalu dan Budi tinggal di rumah kebajikan. Bersama-sama rakan baiknya yang buta iaitu Razak (lakonan Izzue Islam), Budi menyara hidup dengan menjual bakul. Pertemuannya dengan Lily (lakonan Jojo Goh) sama sekali telah mengubah hidup Budi apabila dia jatuh hati pada Lily.

 

IBA_0411

REVIEW / PENDAPAT :

Jujur aku katakan, filem ini mempunyai kelainan dan jalan cerita yang kurang cliché dari filem Melayu yang melambak di pasaran filem sekarang. Tidak keterlaluan aku kata filem 29 FEBRUARI ni mempunyai jalan cerita yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Filem yang mengisahkan Budi yang lambat menua dek kerana hari lahirnya hanya datang empat tahu sekali.

 

Budi seorang manusia biasa yang mempunyai perasaan untuk dicintai, namun perbezaan kaum, agama dan taraf hidup membuatkan beliau dan Lily gadis yang dicintainya berpisah. Kisah Lily dan Budi pada pandangan mata aku amat sweet dan tidak keterlaluan kerana watak Budi itu sendiri mempamerkan ciri-ciri seperti kelakar dan mempunyai minat yang sama membuatkan Lily tertarik padanya.

 

IBA_0019

Perjalanan hidup Budi yang amat panjang telah menduga Budi. Namun Budi amat tabah menghadapinya walau dia tidak punya apa-apa. Dan watak yang dibawakan oleh Izzue Islam sebagai seorang rakan yang buta sedikit sebanyak mewarnakan jalan cerita dengan keletahnya. Namun sebagai seorang sahabat, Budi sentiasa di sisi Razak.

 

Namun bagi aku, sayangnya watak Razak dalam filem ini tidak banyak kerana aku lihat watak Razak dan Budi sebagai rakan yang akrab ada keserasian. Momen sedih ketika berita pemergiannya disampaikan terlalu pendek, sebelum sempat mata ini berair, sudah beralih pula pada babak lain.

 

IMG_8085

Antara babak yang mengundang rasa sayu dan sedih pula adalah ketika ayah Budi dibunuh kejam, Budi dihalau dari rumah kebajikan, ketika Razak dikhabarkan sudah meninggalkan rumah kebajikan itu, dan babak ketika Lily dan Budi akhirnya bertemu setelah bertahun-tahun berlalu. Mainan emosi tidak terlalu berat dan bagi aku ianya just nice.

 

Berapa bintang?? 4.5/5 bintang !!! Banyak lagi yang best nya pasal filem 29 FEBRUARI. Tapi bagi korang yang tak faham sinopsis yang aku tulis mengikut pemahaman aku seperti di atas tadi, maka harus sangatlah korang pergi tengok filem 29 FEBRUARI ni di pawagam berhampiran okay! Lagi best kalau korang tengok filem ni dalam 3D !

 

 

P1018293

Kualiti gambor tak best pulok. Tapi best bila dapat jumpe Lisa Surihani pelok ciom pipi kiri kanan (okay ini tipu) dengan hubby nyer Yusri.

 

 

P1018298

Persembahan lagu SEPERTI DULU oleh kumpulan Forteen. Best lagu ni! Tengok Izzue Islam yang belah kiri sekali. Comel kan? Ehhh!!

 

 

P1018303

Mak jemah manalah yang sakan bergambor dengan kumpulan Forteen ni hah? Maaf gambor terpaksa edit black and white sebab muka aku comot gila, seharian kat luar, then alih-alih terus pergi event !

 

 

P1018318

Persembahan mantap Jaclyn Victor.

 

 

P1018326

Press conference.

 

 

P1018322

Maaflah .. ade “nurrrrr” pulak dekat aku. Suci murni je muka aku jadinya. Buahahahaa!!! Berangan la aku nak nurr bagai –.-  Di tengah-tengah tu Iejam, wartawan Bernama merangkap member satu kampus aku. Dan yang kanan sekali tu antara blogger yang hadir iaitu Yana Yassin.

 

 

Jangan tunggu lama-lama okayh! Esok 30hb Ogos filem ini akan mula ditayangkan di seluruh negara ! Tengok jangan tak tengok! Tengok lah dalam versi 3D okay ! Berbaloi tengok filem ni, bawak sedara mara dan kawan-kawan ye ! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay

Monday, August 27, 2012

Terima kasih Ya Allah, terima kasih Annas Easkey!

 

Assalamualaikum…

 

Wahh meriahnye Syawal, umat Islam menyambut kemenangan sebulan kita berpuasa. Tapi sedih jugak sebab Ramadhan bulan mulia dah berlalu.. Apakah kita berpeluang lagi nak mengumpul amal ibadah di bulan Ramadhan akan datang? Mudah-mudahan ya…

 

Di bulan Syawal ni jugak aku kena berkejar buat review yang dah lama sangat sangat tertangguh, entry berbuka puasa, events dan entry raya. Semua kena buat sebelum aku berangkat ke Pulau Mutiara. Baiklah.. entry kali ni adalah entry sebagai tanda syukur kepada Allah dan terima kasih kepada blogger / photographer yang amat dikenali rakyat Malaysia iaitu ANNAS EASKEY.

 

Sebelum raya hari tu photographer Annas Easkey menganjurkan contest duit raya. Peserta cuma perlu buat entry mengenai beliau. Syarat pun mudah aje. Aku suka join contest yang syaratnye mudah-mudah je. Hehe.. aku ambil hampir sejam jugak sebelum mula menaip. Sebab aku nak hasilkan entry yang ikhlas untuk Annas Easkey. Menang atau tidak, itu rezeki masing-masing kan..

 

annas3

 

Hari ni aku masuk blog Annas Easkey setelah di Dashboard blogger.com aku memaparkan yang beliau ada entry terbaru. Dup dap dup dap kejap bila entry baru beliau itu adalah entry mengenai keputusan contest yang dianjurkan beliau. Allah! Aku hampir saja lupa mengenai contest tu! Oh ya, untuk contest Annas tu, KLIK SINI untuk baca entry aku.

 

annas4

YA ALLAH !! Terkejut aku melihat senarai pemenang yang dipilih oleh Annas Easkey. Nama yang kedua tu.. Nisa Kay.. Ya Allah macam tak percaya pun ada.. dua kali aku refresh page blog Annas sebab nak make sure apa yang aku nampak. Ternyata nama dan link blog aku yang tertera di situ.

 

ALHAMDULILLAH !! Ya Allah.. rezeki Syawal. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah. Kepada Annas Easkey juga, anda juga seorang yang pemurah. Terima kasih di atas keikhlasan hati anda untuk berkongsi rezekiNYA dengan kami. Semoga Allah permudahkan jalan anda, dan semoga Annas terus tabah dan terus mencipta nama sebagai rakyat Malaysia yang berjaya inshaAllah !

 

 

Sign PNG NisaKay

Friday, August 24, 2012

Beli belah di Senheng dan berpeluang menangi SONY INTERNET TV !

 

Assalamualaikum semua…

 

Salam Aidilfitri buat semua. Wah kemain kan raya tahun ni, nampak macam meriah je dengan baju baru, perhiasan baru, kasut baru.. semua benda baru lah! Dah tu bila sampai musim raya ni lah para ibu-ibu berlumba-lumba nak hias rumah dengan peralatan dan perabot baru ye dak?

 

So, seminggu sebelum raya hari tu aku ada jalan-jalan dengan mak dan abah ke bandar, nak ke Senheng katanya, nak usha TV baru… Amboi mak, TV kat rumah tak cukup besor ke? Kemain nak usha TV baru. Kihkihkih… Sedang mak abah mencuci mata kat Senheng, aku ternampak poster kemain besor kat dalam kedai tu !

 

image005[2]

SPIDER-MAN !! Siapa minat Spider-Man mesti suka berita yang aku nak war-warkan ni hehehe… Dengan pembelian di Senheng, anda berpeluang mendapat merchandise Spider-Man edisi terhad ni dengan percuma  !! Haa macam mana nak dapat tu??

 

 

DDD87538-BA55-4F71-A36F-F2D79C799669

Dengan pembelian bernilai RM999 hingga RM1998 anda layak mendapat sebuah beg kasut Spider-Man !

 

 

2D2269C2-90FD-4453-AC54-60F2E1437B87

Untuk dapatkan payung Spider-Man ni pulak, anda hanya perlu berbelanja dari RM1999 hingga RM2998 !

 

 

770461C6-2B58-4FC7-8E49-C3EEF50BA0D1

Dengan pembelian, RM2999 hingga RM3998 pula Travel beg edisi terhad Spider-Man ni pulak mungkin menjadi milik anda !

 

 

64D8F8C5-1E15-4CE6-8F09-F45AE8AECA86

Karpet stylo Spider-Man edisi terhad ni pula bakal menjadi milik kepada pembeli yang berbelanja RM3999 ke atas !

 


 

Haaa mudah sangat nak dapatkan barangan percuma dari Senheng ni ! Barangan edisi terhad pulak tu ! Alang-alang nak berbelanja menghias rumah sempena hari raya ni, dapat pulak hadiah percuma, best kan?

 

 

Review Sony KDL-40EX650 LED HDTV.[6]

AHAHHH !! TV baru raya ini? Mungkinkan SONY INTERNET TV ini menjadi milik anda? Mungkin rezeki anda di bulan Syawal yang indah ini untuk memenangi TV ini ??? Haa tiada apa yang mustahil okay! Macam mana nak menang TV ni??? Anda semua baca elok-elok setiap info kat bawah ni :

 

 

  • Dengan setiap pembelian bernilai RM999 ke atas, anda berpeluang untuk memenangi sebuah daripada 50 buah SONY Internet TV 46” (KDL-46EX650)
  • Jawab soalan yang mudah sangat : SENHENG® and senQ® Digital Station are the official sponsor for The Amazing Spider-Man. (True) (False)
  • 3 peluang untuk menang jika anda membeli mana-mana produk jenama SONY atau membuat pembayaran dengan menggunakan Hong Leong & EON Bank Credit Card / skim pembayaran mudah AEON.

 

Haaa anda semua dah faham apa yang diperlukan untuk anda semua menyertai Shop & Win Contest di Senheng ni?? Baiklah, kalau dah faham jom tengok pulak langkah-langkah untuk memenangi TV 46 inci ni woot woot !!

 

1. Buat pembelian bernilai RM999 dan ke atas (di dalam satu resit) di mana-mana cawangan Senheng atau senQ yang terlibat.

2. Dapatkan borang penyertaan dan lengkapkan borang tersebut.

            - Jawab soalan mudah

            - Isikan butiran peribadi anda di borang tersebut.

            1. Name

            2. PlusOne No

            3. S/O No (very IMPORTANT – need to fill up full – e.g. SON or SCS)

            4. Phone No (mobile phone preferred)

            5. Email Add

            6. Signature

           -  Sign form

3. Anda perlu mengisi borang tersebut dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap akan menyebabkan penyertaan anda ditolak.

 

 

Haaa mudah sangat kan? Beli, isi borang, jawab soalan mudah dan anda berpeluang memenangi TV baru! Haaa mungkinkah rumah anda yang akan dihiasi dengan TV baru nanti? Kalau nak tahu anda semua kenalah join dulu contest ni ! Cepat-cepat bagitahu mak ayah masing-masing ye! Ajak mereka ke Senheng berhampiran sekarang juga !

 

 

Bukan itu sahaja – Facebook Senheng ada pula ‘contest’ Spider-man yang lain untuk memenangi Sony PS3!

Fuhh…banyak ganjaran dari Senheng!

 

 

Lawati laman berikut untuk maklumat lanjut :

http://www.senheng.com.my/

https://www.facebook.com/SenhengElectric

 

 

Sign PNG NisaKay

Wednesday, August 22, 2012

Jom bergaya dengan tutorial hijab Scarflets, dan berpeluang menang RM1500 !


Assalamualaikum…



AD_SH_180ml-horz

Siapa tak kenal jenama SUNSILK? Haaa jenama yang begitu popular ni merupakan rangkaian syampu dengan harga yang amat berpatutan tapi dengan kualiti tinggi. Kat rumah aku aje macam-macam jenis Sunsilk yang kami guna. Mak aku suka Sunsilk Lively Clean & Fresh (hijau) tu, adik aku suka Sunsilk Silky Smooth & Manageable (pink), abah aku pulak pakai Sunsilk Andti-Dandruff Solution  yang warna biru. Aku pulak pakai Sunsilk Damaged Hair Reconstruction untuk perbaiki rambut rosak.




399558_430651053645856_662164783_n

Tapi sekarang aku bertukar kepada Sunsilk Lively Clean & Fresh sebab dia ada rumusan untuk mengawal minyak pada kulit kepala, memastikan kulit kepala bersih dan segar. Memang sesuai sangat dengan wanita bertudung!


Sebab kadang kala bila cuaca panas, kulit kepala akan mula gatal-gatal sebab kulit kepala kurang bersih dan berminyak. Bila pakai je syampu ni serius masalah tu boleh di atasi!  Dengan kesegaran yang berpanjangan, kita para wanita berhijab pun akan merasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, takdelah tergaru-garu kepala tu ye dak!


Baiklah, bercerita pasal Sunsilk Lively Clean & Fresh ni, pada 12 Julai hingga 26 Julai yang lalu Sunsilk ada menampilkan gadis-gadis Scarflets dengan gaya-gaya tudung yang menawan untuk para hijabista semua. Korang kena undi gaya kegemaran dan pengundi bertuah akan dapat pergi ke bengkel bersama Scarflets!




finalis

Dan kini, 4 gaya tudung dengan undian tertinggi akan tampil dengan video tutorial.




SS_prizes_screenshot

Untuk minggu ketiga hingga minggu keenam (6 Ogos hingga 31 Ogos 2012) pula, korang berpeluang menang hadiah! Empat pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk memenangi wang tunai RM1500 dan memenangi jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk!


Korang hanya perlu pergi ke facebook Sunsilk Malaysia, tengok video tutorial tersebut, belajar memakai hijab seperti dalam tutorial, dan ambik gambar anda menggayakan hijab tersebut dengan tema mingguan. Haa jadilah hijabista yang paling vouge de vass sebab anda mungkin memenangi hadiah di atas!!



Selain daripada dapat bergaya dengan gaya hijab yang cantik di pagi raya, kalau menang, bertambah-tambah seronoklah sebab dapat duit raya kan??? Selamat mencuba!




Sign PNG NisaKay

Friday, August 17, 2012

Iftar Keluarga AMANZ NETWORK

 

Assalamualaikum…

 

Seperti yang diketahui semua, sepanjang bulan Disember 2011 hingga Jun 2012 aku bekerja part-time sebagai wartawan pelatih untuk AMANZ NETWORK. Dan di bulan Ramadhan tahun ni, aku dijemput untuk menyertai majlis berbuka puasa bersama keluarga AMANZ NETWORK.

 

Mulanya boss merancang nak buat majlis berbuka di rumah anak-anak yatim. Tapi ada pulak halangan yang tak dapat dielakkan. Maka, kami berbuka puasa sesama kitorang sahaja. Hohohoo..

 

P1016672

Setelah perbincangan diadakan (perbincangan lah sangat kan), kami semua bersetuju dengan cadangan untuk berbuka puasa ala buffet di restoran Marche Movenpick di The Curve, Damansara. Wahh ni first time ni aku datang Marche !

 

 

P1016575

Aku sampai aje, tengoklah meja yang banyak dengan gadjet! Boss Amanz iaitu Aman Firdaus tengah update website AMANZ NETWORK ! Yaa.. tengah bekerja, walaupun dah nak berbuka puasa. Pergghh gigih. Yang buat peace tu Arib Ismail, seorang lagi intern Amanz la kot. Manakala Husna si Boodark Kewchik pulak tak dapat join sebab duduk jauh.

 

 

P1016638

 

Disebabkan aku ni orang kampung semata-mata, tak pernah jejak kaki kat Marche (pronounce Mar-shay), maka aku dengan excited nye duk ambik gambar sana sini..

 

P1016576

P1016578

P1016580

Suasana restoran Marche ni mengingatkan aku kepada The Terrace di Genting Highland yang turut mempunyai food centre / counter yang dibahagikan mengikut kategori makanan seperti, western, chinese, drinks & beverages dan lain-lain. Ohh aku suka betul dengan environment Marche ni !

 

 

P1016594

Woahhh pembaziran yang nyata di situ ! Mentang-mentang tengah berpuasa kan, nafsu je semua melihat makanan-makanan. Selagi boleh amik, hah amik hangkut bawak pegi meja, sampai meja pun sarat dengan makanan !

 

 

food 2

food

Hohohoo.. tenang ye semua, alah dah nak dekat waktu berbuka dah pun ye dak? Puasa pun tinggal dua hari apalah yang nak terliur sangat. Esok lusa dah tak puasa boleh lah pergi makan kat Marche ye dak?

 

 

P1016612

Acara memberi duit raya dari boss !! Yahuu yahuu tenkiu boss ! Semoga AMANZ NETWORK dilimpahi rezeki yang banyak inshaAllah.. Amin !! Haha Aman Firdaus buat tak tahu je orang nak bergambar dapat duit raya. Rela ke tak tu boss? Haha !!

 

 

P1016632

Pastu main cabutan bertuah cenderahati pulak, sempena bini CEO AMANZ NETWORK Ikhwan Nazri pergi ke Bandung. Tenkiu Kak Wani ! Herherher..

 

 

P1016651

With Arib Ismail.

 

 

P1016641

Family pic. Ehh Group photo !

 

 

P1016661

Harusss bergambor dengan lembu hijau si maskot Marche Movenpick !

 

 

P1016652

Last but not least! Muka sememeh aku. Just pakai bedak Miyami je. Eyeliner tak pakai. Muehehe… And I really really love the shawl. Marwah Shawl from RINASALLEH.COM :)

 

Masa pun berlalu dan masa untuk kita balik wuhuuu.. Ini kali terakhir kot aku gathering dengan keluarga AMANZ sebab lepas ni aku dah sambung belajar di tempat orang, so jauh di mata gituuu. Sobs Sobs. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay

Mohon bantuan untuk rakan blogger #SaveJejai

 

Assalamualaikum…

 

jejai

Siapa JEJAI ?? Beliau adalah penulis & pemilik blog Teratakarmo. Semalam aku dikejutkan dengan berita bahawa Abang Jejai menghidap penyakit kanser paru-paru (stage 4). Mengucap aku kejap bila dapat tahu pasal ni. Aku mencari kesahihan berita ni dari kawan-kawan blogger. Sungguh benar berita yang sampai pada aku…

 

Aku mengenali Abang Jejai melalui event-event yang dianjurkan Nuffnang. Bagi aku Abang Jejai merupakan seorang yang kelakar dan suka mengusik rakan-rakannya. Mungkin disebabkan perwatakannya yang ceria tu buat rakan-rakan blogger lain tak menyangka bahawa beliau sedang bertarung dengan penyakit yang kronik.

 

Namun, membaca entry abang EYRIQAZZ tengahari tadi buat sebak aku tak tertahan lagi. Walaupun tidak mengenali abang Jejai secara rapat, namun sebagai rakan blogger aku rasa terpanggil untuk berkongsi kisah ini dan memohon bantuan semua yang membaca buat abang jejai.

 

Saya berharap agar followers / readers / visitors blog saya sudi menghulurkan bantuan buat rakan blogger ini. Sikit pun tak ape, keikhlasan hati tu inshaAllah nanti akan dibalas berganda-ganda olehNYA.

 

Bantuan boleh dihulurkan ke akaun ini :

 

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)

Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )

 

 

Sebarkan mengenai ini, sesungguhnya niat aku hanya untuk memohon bantuan insan baik hati di luar sana untuk rakan ini. Sama-samalah kita berdoa kepadaNYA agar abang Jenai dapat diselamatkan dan cepat sembuh. Amin..

 

 

Sign PNG NisaKay

Monday, August 13, 2012

Model ARA LEE BOUTIQUE

 

Assalamualaikum…

 

Waduh-waduh lamanye nak update pasal ni, tapi tak ber-update pun! Apa nak jadi la dengan aku sekarang ni, tahap kepemalasan tinggi ya amat! Bulan puasa ni pun duk rumah je, tapi disebabkan duduk-duduk tu la yang buat aku ase lemah bermaya aje. Tapi kalau sebut pasal berjalan aku lah yang pertama yang excited!

 

Beberapa bulan lalu (ye dah berapa bulan dah) aku telah dijemput oleh akak model yang cantik sangat sangat iaitu ARA LEE untuk menjadi salah satu model dalam online shop beliau. Masa tu kalau tak silap aku dia memang baru bukak online shop. Selain aku dan kak Ara sendiri jadi model, dua orang blogger lain yang turut dijemput jadi model ialah Love Bunga Querida dan Yuyu Zulaikha.

 

P3041673

Aku lambat sampai. Orang lain sume dah sudah mekap, Yuyu si kakak kecik pon dah start amik-amik gambor sume. Aku sampai-sampai je, Bunga terpaksa mekapkan aku dengan kelajuan 100km sejam. Ehhh over lak aku.. Bunga tanya aku nak mekap camne. Aku redha kan aje muka ku ditenyeh-tenyeh.

 

 

P3041677

Antara barang mekap milik Bunga. Ohhh kecuali roti tu ye! Masa tu aku tak makan lagi, so beli roti je buat alas perut. Huahuaa…

 

 

cats

Ohhh gambar sebelum dan selepas ade kat Bunga kot. Yang ni gambor selepas je. Yang first tu betul-betul lepas mekap, yang tengah tu gambar masa gayakan tudung, dan gambar last tu gambar dah habis photoshoot.

 

 

P3041675-horz

Anyonyonyooo~ Comel nye kakak kecik Yuyu nih! Muehehee…

 

 

P3041696

Okay giliran haku pulekkk.. Senyummm senyummm!

 

 

P3041707

Okay selesai photoshoot haruslah camwhore ye dak. Snap snap gambor buat koleksi sendirian berhad!

 

 

P3041751

“Homaiiii comelnye muke dakuuu!” Kata aku yang melihat gambar sendiri di kamera milik Bunge. *Dushhh!!*

 

 

P3041717

Kak Ara dengan kakak kecik Yuyu tengok kamera, aku lak feeling sorang-sorang pandang tempat lain. Duhhh! Aku ni dah kenapa??!!

 

 

P3041699-horz

More pics! Kami memang suke bergambor. Kalau tak takdelah kami terima tawaran jadi model dari Kak Ara ni kannnnzzz :’D

 

 

P3041770

Okay lepas habis shoot shoot tu, masing-masing pon dah penat kemain, maka perut yang berlagu pilu harus kita isikan dengan makanan sihat lagi kuat! Old Town White Coffee di Alamanda yang kami tuju. Kemain serius muka Bunga nak order makanan.

 

 

P3041787

Iced chocolate yang sedappp dan pepsi lemon (kot??)

 

 

P3041791

Ni nasi lemak rendang la kot? Aku dah lupa lah ape ni…

 

 

P3041792

Mi ape entah ni, aku pun tak ingat. Yang aku ingat ni hidangan yang aku order sebab aku jarang makan nasi. Huk huk~

 

 

P3041795

Ni lagilah aku tak tahu nama. Kemain lagi hidang dalam bakul siap dengan kertas bungkus nasi lemak haaa…

 

 

Pendek kata, memang hari yang best. Hari itulah di mana aku mengenali Love Bunga Querida secara dekat, selama ni duk tengok video mekap beliau je. Masa itu juga merupakan kali pertama aku betul-betul jumpa dan spend time dengan akak sweet Ara Lee ! Hehe terima kasih kak Ara sebab sudi ajak Nisa jadi model! Hehehe…

 

 

Korang kalau nak cuci mata kat online shop milik Kak Ara, korang boleh terjah :
ARA LEE BOUTIQUE 

 

Sign PNG NisaKay