Thursday, May 31, 2012

Avon meraikan Hari Ibu dengan pelancaran Shine Attract Lipstick

 

Assalamualaikum..

 

DSC_9572

Ambuii lepas bagi salam, takdak mukadimah ape ke benda terus aku tepek gambar Neelofa yang jelita yeh! Memang nak mencuri perhatian korang kejappp. Aku dapat jumpa Neelofa lagi! Untuk kali ke… err dua ke, ketiga ehh? Lupa lahh.. Haaa nape lak aku bertemu Neelofa ni??

 

Haaa baru sekarang berkesempatan berkongsi dengan anda mengenai kisah menarik oleh Avon ni. Tak lama dulu aku ada menghadiri majlis sambutan hari ibu oleh jenama terkenal Avon. Sempena menyambut hari ibu, Avon turut melancarkan gincu bibir terbaru iaitu SHINE ATTRACT LIPSTIC.

 

9Picture credit to : Miss Sunshine

 

Oleh kerana aku dan Pen Merah sampai lambat dek kerana jalan jammed dan hujan, maka kami berdua terlepas acara pelancaran, persembahan, memotong kek.. Ehh banyak jugak ehh benda yang kami berdua terlepas. Aduhh sedihnya!

 

8Picture credit to : Miss Sunshine

 

Ohh ya, bukan setakat melancarkan gincu bibir terbaru, Avon turut meraikan hari ibu dengan memecahkan rekod menjalankan aktiviti make over antara ibu dan anak, berlangsung serentak di seluruh Malaysia! Ibu dan anak yang dah siap make over tu akan ambil gambar bersama-sama oleh jurugambar profesional.

 

Semua gambar akan di upload di facebook Avon Malaysia dan orang ramai boleh mengundi pasangan ibu dan anak paling fotogenik. Peserta top 3 akan menerima hadiah barangan Avon bernilai RM2000.

 

DSC_9574

Tak lama lepas sampai di lokasi, kami terus ke café berhampiran untuk sesi sidang media pula. Gambar (dari kiri) : Neelofa (wajah terbaru Avon), Ms Carolyn Nur Amira Lee, Pengarah Urusan Avon Malaysia dan Aspalin Hj Sirat, Ketua Bahagian Pemasaran Komersial Avon.

 

 

DSC_9602

Tuuu diaa aku tepek lagi satu gambar Neelofa. Neelofa sedang menunjukkan lipstik Shine Attract yang dipakai beliau, kod Passionate Red. Merah menyala uolls! Bagi yang nak nampak berani, seksi aww boleh try pakai lipstick code ni.

 

DSC_9580

AVON SHINE ATTRACT LIPSTICK didatangkan dalam 10 kilauan berbeza, daripada warna-warna natural hingga ke warna yang berani, sesuai untuk semua jenis kulit dan pelbagai peringkat umur.

 

 

DSC_9624

Neelofa bersama ibunya.

 

 

DSC_9674

Yeahhh masa untuk mekap-mekap. Ni memang favorite part aku. Kalau aku tahu ada make over bagai ni haa, dah lama aku datang tak pakai mekap langsung!

 

 

DSC_9647

Tapi aku memang tak mekap sangat pun on that day…

 

 

DSC_9700

Tuuu dia mekap artis telah memulakan operasi men-transform-kan muka ku yang tak berapa nak jelita tuh…

 

 

DSC_9737

Tadaaa jelita tak makkk?? Jangan jelly tau uolls. Hahaha over tak aku?? Seronok dapat mekap free menggunakan produk mekap Avon dan dimekap pulak oleh jurumekap profesional. Ahakss…

 

 

DSC_9718

Lepas dimekap aku diinterview pulak oleh pengacara majlis. Hikhikk.. malu makk…

 

 

P5310162

Goodie bag!!

 

P5310166

Yeayyy dapat 3 Shine Attarct Lipstick!! Berfungsi melembap dan memberi kilauan nyata pada bibir tanpa meninggalkan rasa melekit!

 

P5310167

Dari kiri : kod Cherry Pie, Fever dan Orchid.

 

P5310170

Aku juga membawa pulang Passion Tote khas dari Avon. Woww merah! Sesuai lah kot kalau aku nak pergi dinner ke ape. Hikhik…

 

 

Thank you AVON MALAYSIA! Seronok dapat jumpa Neelofa! Hafiz juara Mania dan Shila Amzah pun ada datang membuat persembahan tapi tak sempat lak nak bertemu dan bergambar sama.. dengan Neelofa pun tak sempat..

 

Apa-apa pun, lipstick SHINE ATTRACT ni sangat sesuai kalau nak hadiahkan mak korang sempena hari ibu. Tak payah tunggu hari ibu pun boleh hadiahkan mak kita kan.. takkan kita sayang mak kita pada hari ibu je, mestilah kita hari-hari sayang kan…

 

 

LAWATI :

Facebook Fanpage AvonMy : https://www.facebook.com/AvonMy

Laman web Avon Malaysia : http://www.my.avon.com/

 

 

 

Sign PNG NisaKay

Wednesday, May 30, 2012

Love Note

 

 

In the middle of the night…

 

 

love1

 

 

Thank you.. I’m so.. touched!

 

 

 

 

Sign PNG NisaKay

Tuesday, May 29, 2012

Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands Golf & Country Resort – RESTORAN RAJAWALI

 

Assalamualaikum…

 

Sebelum ni aku story mory kat korang pasal hotel Awana Genting dan telah pun aku share sedikit gambar hotel dan sekitarnya yang aku ada.. Dan seperti yang aku janjikan, aku akan story mory pasal restoran hotel tersebut iaitu RESTORAN RAJAWALI.

 

P1015451

Restoran Rajawali ni terletak betul-betul di sebelah lobi. Kalau berdiri kat reception counter memang sah-sah lah akan nampak pintu msuk restoran. Kalau tak nampak jugak meh korek bijik mata. Ehh!!

 

 

P1015453-tile

Sesampainya kami di hotel Awana Genting, kami semua check in bilik masing-masing selepas diberi taklimat tentang aturcara. Lepas check in tu, aku terus tukar baju untuk aktiviti treasure hunt (entry akan datang) dan turun makan.

 

P1015462-tile

Pergghhh tengoklah bermacam-macam jenis hidangan yang ada untuk makan tengahari.

 

P1015467-tile

Makanan untuk vegetarian pun ada, makanan western punnn ada. Wallah! Aku memang suka makanan western.

 

P1015476-tile

P1015481-tile

Lauk pauk makanan tengahari yang sangat menyelerakan dengan aroma menggoda pergghh!! Tak terkata lah aku. Harharharr~

 

P1015489

Ini pulak wajah-wajah keriangan para blogger yang sedang makan tengahari. Amboii tengah makan pun sempat berposing uollss!! Bloggers spotted : miracikcit , Nisa Fuzi, Hanis, Cik Lily and Ruby.

 

 

P1015493

Meja khas untuk bloggersss uollss!!

 

P1015699

Ini pulak meja kami masa sarapan pagi, masa hari kedua kami di hotel ni..

 

P1015701-tile

Sarapan ala western. Ada bacon, sausages, potato wedges dan pancake!!

 

P1015706-tile

Nasi lemak, nasi impit, salad dan buah-buahan…

 

P1015714-tile

Cereals, nasi goreng, roti bakar dan jus merupakan hidangan utama untuk sarapan okayh..

 

P1015718

Inilah hidangan pertama yang ku ambil. Honey star kegemaran aku semestinya! Hahaha macam budak tadika pulak aku rasa sarapan makan cereals. Ahh pedulikan! Lepas makan cereal, aku tibai pancake, roti bakar, sausage dengan potato wedges pulok. Hahaha..

 

Demikian makanan yang sedap lagi mengenyangkan perut yang dihidang sepanjang dua hari kami di hotel tersebut. Persekitaran restoran Rajawali pulak sangat selesa sebab luas, ada stage dan banyak tempat duduk. So kalau musim cuti sekolah aku bayangkan mesti ramai kat hotel tu.

 

Baiklah… dah habis cerita pasal makan, next entry agak panjang lah kot, sebab aku nak cerita pasal aktiviti treasure hunt kami pulok! Weeehuuuu!!! Ohh ye, kalau nak baca entry-entry aku yang berkaitan TRAVEL boleh lah CHECK THIS OUT !!

 

 

Sign PNG NisaKay

Kelas penjagaan wajah bersama Mary Kay

 

Assalamualaikum…

 

Baru-baru ni jugaklah aku dapat jemputan daripada pihak Mary Kay untuk join kelas penjagaan wajah. Dan aku boleh bawak kawan-kawan. Mungkin waktu dan jadual yang tidak mengizinkan, hanya 2 orang kawan blogger yang boleh hadirkan diri.. Takpe, next time boleh join lagi yea gurls??

 

IMG_9294

Seriously, aku datang ke skin care class ni TANPA sebarang mekap! Nampak tak aku caps lock kan perkataan TANPA tuhhh.. Memang agak kelampiran betol muke ku tanpa mekap kan. Hukhuk.. takpe.. aku bersyukur :)

 

 

IMG_9270

So masa kami sampai di HQ Mary Kay yang terletak di dalam bangunan Jaya 33, Petaling Jaya, sebuah bilik dah dikhaskan untuk kami menjalani skin care class bersama beauty consultant yang dilantik. Atas meja ni dah tersedia cermin, skaf, air mineral, produk-produk Mary Kay dan survey form.

 

 

IMG_9271

Tu dia aku dan SIEZUKA sedang mengisi survey form. Survey form ni mempunyai soalan-soalan yang berkaitan dengan rutin penjagaan kulit dan keadaan kulit kita. So kena jawab dengan sejujurnya ya, sebab dia akan indicate condition sebenar kulit kita.

 

 

IMG_9288

Tu dia beauty consultant kami ari itu, Kak Zunita yang sangat peramah dan sporting! Beliau tengah meneliti survey form yang kami dok isi tadi. So kesimpulannya, kulit aku dan kulit cik SIEZUKA berada di tahap yang normal, manakala kulit PEN MERAH pulak jatuh dalam kategori berminyak.

 

Jadi kami hanya akan gunakan produk yang bersesuaian dengan kulit kami. Aku dan cik SIEZUKA yang berkulit normal akan menggunakan set MARY KAY BOTANICAL EFFECTS FORMULA 2, manakala PEN MERAH akan guna set FORMULA 3, khas untuk kulit berminyak.

 

 

IMG_9300

Pertama sekali, kami bertiga diberi peluang untuk mencuba rangkaian product MARY KAY SATIN HANDS PAMPERING SET ni untuk membersihkan tangan.

 

IMG_9302

Percayalahhhh *nyanyi lagu Siti Nurhaliza* produk SATIN HANDS ni memang superb!! Bila siap guna produk-produk tu, memang ketara sangat beza tangan kanan (yang memakai produk) dengan tangan kiri (yang tak pakai produk). Kulit akan nampak lebih bermaya dan bersih! Lembut pulak tuh..

 

 

IMG_9286

Inilah rangkaian produk utama yang kami nak cuba pada hari tu. MARY KAY BOTANICAL EFFECTS yang terbaru dari Mary Kay!

 

 

IMG_9314

Lepas cuci bersih tangan, kami bertiga membersihkan muka dengan menggunakan MARY KAY OIL-FREE MAKE UP REMOVER pulak. Memang lah kami datang ke skin care class ni tanpa memakai mekap langsung, tapi just nak bersihkan kot-kot masih ada kesan eyeliner ke.. ape ke..

 

 

IMG_9321

Cuci muka time! Hohohoo.. Pembersih muka MARY KAY BOTANICAL EFFECT : 3-IN-1 CLEANSE FORMULA 2 terlebih dahulu diletakkan di 5 spot berlainan di wajah (macam dalam gambar tu lerr..) Ohh ye, yang pink kat kepala tu bukanlah anak tudung aku.. iskk.. itu ialah skaf rambut yang tersedia kat atas meja untuk kami pakai..

 

 

IMG_9345

Hohhh!! Jangan lari dulu ye!! Ini bukanlah hantu kak limah. Ini ialah.. Nisa Kay! Isk iskk.. Kami disuruh supaya memakai MASK FORMULA 2 muka hanya sebahagian muka sebab nak tunjuk perbezaan wajah yang pakai mask dengan yang tak pakai mask. Yang putih-putih kat bibir tu kami cuba MARY KAY SATIN LIPS : LIP MASK. Memang berkesan untuk membersih bibir dan mengembalikan bibir yang tampak segar.

 

Lepas mask tu dah kering, maka bolehlah dicuci sebersih-bersihnya yek. Bila muka dah bersih aku apply FRESHEN FORMULA 2 supaya muka kembali segar, dan last sekali pakai HYDRATE FORMULA 2 berfungsi untuk memberi kelembapan pada kulit.

 

 

IMG_9369

Bila muka dah fresh dan nampak jauh lebih bermaya, apa lagiii..make up time!! Ini memang part favourite aku lah kot.. Aku mencuba foundation MARY KAY TIMEWISE MATTE-WEAR LIQUID FOUNDATION dan hasilnya menakjubkan! Warnanya memang masuk sangat dengan kulit aku dan nampak sangat natural!

 

Kak Zunita mengenakan lapisan eyeshadow yang nipis, tak perlu tebal-tebal dan boleh buat muka tampak berseri. Blusher pun sapu nipis aje.. Supaya keaslian wajah tak hilang. Cewahhh.. ape benda entah ayat aku! Hahaa…

 

IMG_9409

Taraaa… muka aku yang dah siap dirapi dan dumekap! Mekap yang tidak tebal, aku pakai foundation tu sikit aje, dah cukup untuk satu muka. Tampak flawless sebab warnanya memang sebati dengan warna kulit dan nampak sangat natural.. Best best!!

 

Baiklah.. sudah berpuas hati dengan skin care class dengan Mary Kay.. Aku dan kawan-kawan dapat belajar cara membersihkan wajah dengan betul. Pokoknya, harusss disiplin! Kata nak wajah cantikss kannn…! Banyak jugak info bermanfaat yang kami dapat…

 

So uolss yang nak kan maklumat lanjut mengenai Mary Kay dan produknya, bolehlah terjah website mereka di http://www.marykay.com.my/ ye!! Korang ajaklah tiga empat orang kawan pergi skin care class dengan mana-mana beauty consultant Mary Kay, sebab tujuan utama dorang ialah SHARING! Dorang takkan paksa uoolls beli produk dorang macam sesetangah brand tu okayh?

 

 

 

 

P/S : Mary Kay takde pertalian darah dengan Nisa Kay. Harap maklong. Kekekeke…

Sign PNG NisaKay

Monday, May 28, 2012

Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands Golf & Country Resort – THE HOTEL

 

Assalamualaikum…

 

Lama dulu aku ada update entry ala-ala teaser, masa tu aku update live dari Genting Highland, dengan menggunakan internet hotel yang berkelajuan tinggi. Muahaha.. Kini aku bawakan cerita penuh mengenai trip ni ye. Cerita akan aku bahagikan menjadi beberapa entry.

 

Pada 9 dan 10 Mei yang lepas Nuffnang dan Genting Malaysia telah bekerjasama untuk mengadakan trip ke Awana Genting Highlands Golf & Country Resort pula untuk memberi peluang kepada para blogger terpilih untuk merasai aktiviti outdoor.

 

P1015389

P1015395

Ini pintu masuk hotel. Sangat ringkas dan luas. Di sebelah kanan ada kafe dan di sebelah kiri pun ada restoran tapi kena turun tangga ke bawah.

 

 

P1015398

Berhampiran pintu masuk ada barisan kedai-kedai cenderamata.

 

 

P1015399

Ada dua lorong.. Marilah kita ikut jalan yang lurussss.. Muahaha…

 

 

P1015401

Para blogger berkumpul di ruang legar di area reception.

 

 

P1015413

Reception counter.

 

 

P1015420

Jadual perkhidmatan shuttle bus yang akan terus ke First World Hotel di puncak Genting Highland.

 

 

P1015496

Pokok orkid di tanam di dalam hotel. Namun bahagian atapnya lutsinar dan tembus cahaya.

 

 

P1015415

Di tengah tengah kawasan legar tadi, boleh tengok ke tingkat bawah. Ada taman..

 

 

P1015432

Para blogger yang hadir dibahagikan dua orang untuk satu bilik. Ni lah bilik kami yang sejuk dan selesa. Katilnya luas! Yeahuuu…

 

 

P1015434

Antara kemudahan lain yang disediakan…

 

 

P1015442

Feeling kejap buat teh panas.. Hohoo..

 

 

P1015443

Pemandangan dari balkoni bilik aku yang terletak di tingkat berapa puluh entah. Yang ada tennis court tu Sunrise & Sunset Sports Centre.

 

 

P1015444

Boleh nampak padang golf…

 

 

P1015447

Tuuuu diaa kolam renang! Tapi memandangkan jadual kami pack dengan outdoor activity maka mungkin hasrat untuk ke kolam renang terpaksa dilupakan…

 

 

P1015507

Padang Golf…

 

Baiklah.. itu sahaja buat masa ni ye.. Entry kali ni aku fokus kepada hotel, bilik dan kawasan sekitarnya… Entry seterusnya korang kena jaga-jaga lah yek! Sebab aku akan update pasal Restoran Rajawali!! Hahaha makan makan makannn!! So see you in the next entry!!

 

 

Sign PNG NisaKay