Monday, April 30, 2012

Dian Cheezy Sauce – enak sedap dan murah!

 

Assalamualaikum…

 

Sebenarnya dah lama sangat nak share pasal produk makanan yang best ni dengan korang. Sebelum bercerita lebih lanjut meh aku tanya, korang suka tak makan cheesy wedges kat KFC tuh?? Mesti ramai yang suka. Aku pun suka jugak! Sebab sos cheesy nya yang sangat sedap!

 

543070_203881959726728_189230317858559_348311_1108047726_n

Picture by : https://www.facebook.com/diancheeze

 

Tapi kalau dah nak makan untuk sekeluarga kena beli banyak pulak kan? Bila terasa nak makan kena pulak menapak cari KFC kan? Haaa.. sekarang tak perlu lagi! Sebab cheesy sauce yang sedap tu boleh buat sendiri kat rumah, bila-bila masa dan boleh makan dengan pelbagai jenis makanan!!

 

P4133382

Untuk pengetahuan semua, serbuk untuk buat cheesy sauce ni dah boleh beli dalam bentuk paket dan boleh simpan di rumah. Bila nak makan bolehlah bancuh! Memang mudah sangat sangat okay!

 

P4133384

Nak bancuh pun senang aje.. Mula-mula masukkan 5 sudu serbuk cheese ni ke dalam mangkuk / bekas.

 

P4133385

Lepas tu tuangkan secawan air panas. Aku tuang sikit-sikit untuk memudahkan serbuk di digaul sebati dengan air panas tu. Aku try guna air suam pun boleh…

 

 

P4133391

Kacau sampai sebati.. dan taraaaa dah siap untuk di makan!! Sekarang ni pun kentang goreng wedges tu kan dah boleh beli kat mana-mana pasaraya, so kita dah ade cheesy sauce yang sangat sedap untuk di makan bersama!

 

P4164080

Bukan setakat boleh makan dengan kentang goreng wedges tu, cheesy sauce ni boleh juga dimakan dengan kentang goreng mahupun cucur! Haaa cheesy sauce ni memang makanan sampingan yang sedap di makan dengan pelbagai jenis makanan seperti sosej, nugget, bebola dan macam-macam lagi!

 

523302_197205693727688_189230317858559_330755_610486839_n

Picture by : DIAN CHEEZE

 

Serbuk cheesy sauce ni boleh dibancuh sekaligus dan boleh diisi dalam botol dan simpan dalam peti… Semestinya produk ni HALAL ye.. sedap, mudah dan murah. Apa lagi korang tunggu??? Korang boleh beli serbuk di kat  DIAN CHEEZE yee!! Murah murah je.. Nak tahu harga atau macam mana nak beli boleh pergi ke page DIAN CHEEZE okay!

 

530938_194596553988602_189230317858559_323652_1791758639_n

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Monday Blues Quotes #1

 

 

Cinta akan pudar jika tidak dijaga hubungan di antara lelaki dan perempuan itu. Ini kerana HATI mengenal erti lelah dan kecewa..

 

-Nisa Kay-
30 April 2012, 9.28 pagi

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sunday, April 29, 2012

Cepat-cepat join Samsung Global Blogger!!!

 
Assalamualaikum…
 
 
 
Olympics515x293-0
 
 
Rasanya dah berkali-kali aku duk membebel kat sini nak suruh korang join jugak Samsung Global Blogger ni. Pada yang masih blur dan blank pasal Samsung Global Blogger ni, tolonglah rajinkan diri untuk terjah ENTRY INI. Kat situ aku dah bagitahu apa tu Samsung Global Blogger ni.
 
 
 
Kalau masih tak kondifen.. ehh konfiden, aku ada berkongsi serba sedikit tips buat video supaya korang ada sedikit guideline macam mana nak hasilkan video yang baik untuk submit untuk Samsung Global Campaign ni.
 
 
 
 
 

 
Heee aku pulak memang tak konpiden langsung nak cakap omputih ni haa… Tapi takpelah.. belum cuba belum tahu kan??? Maka tanpa sediakan apa-apa skrip dan persediaan aku terus rakam video kureng best ni sejurus selepas aku habis meeting pagi tadi. Huhu. Lantaklahh janji aku mencuba. Korang pun jomlah cuba :D
 
 
 
 
 
 
 
Sign PNG NisaKay
 
 

Read More»

Nuffnang Trip to Awana Kijal Terengganu - PART 2

 

PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4 | PART 5

 

Assalamualaikum..

 

Kini tiba masa untuk aku berkongsi cerita bahagian kedua mengenai Nuffnang Trip yang aku dan beberapa blogger lain join tuh. Memang seronok meyh. Aku tak buat ikut day 1 ke day 2 ke.. kang berjela-jela pulak entry. Aku ni jenis tak suka entry panjang berjela. Huhuu so aku pecahkan kepada beberapa part.

 

P4204132

So alkisahnya aku yang enak tidur dalam bas, akhirnya terjaga dan ternampaklah akan daku pintu gerbang hotel Awana Kijal yang devass debaboom tuu. Maka dengan wajah mamai dan sememeh aku betulkan tudung dan kemas tempat duduk aku. Then turun daripada bas bila bas berhenti.

 

 

P4204134

Tadaaaa muka baru bangun tido uolss. Eksklusif! Kahkah. Apa aku mengarut nih. See.. bagasi kesayangan aku tu aku usung sampai Terengganu tau. Bertuah kau bagasi, merasa jugak aku bawak ke hotel lima bintang. Ehhh apa aku ni cakap dengan beg!

 

 

P4204136

Agak terpinga-pinga aku bila beberapa staf Awana Kijal datang dan menghulurkan tuala lembap yang sejuk dan juga welcome drink. Unik kan gelas dia? Dalam hiasan ni ada air oren yang kurang sejuk err.. Haha tapi best, sebab boleh hilangkan penat. Sekali aku tekup muka dengan tuala yang sejuk tu, pergghhh segar bijik mata!

 

 

P4204140

And meet Anis from the blog Gadis Kampung Separa Bandar, and she was my roommate kat hotel tu. Baru first time kenal ni. Hai Anis. [GAMBAR] Kami yang sedang excited sedang menayang kad kunci bilik. Lalalaa…~

 

 

P4204145

Taraaa… PREMIERE ROOM WITH SEA VIEW. Memang best. Luas, selesa, ada dua buah katil super single, TV yang ada beberapa channel astro, hotel guide, refrigerator, cawan, kopi dan the, pemanas air, bantal ekstra, seterika, ironing board, dan lain-lain.

 

 

P4204150-horz

Bilik air yang selesa. Ruangan membuang dan ruangan shower diasingkan. Yeahh I like like like! Ada dua bath robe yang besarrrr ya amat. Kalau orang yang keding sekeping macam aku boleh muat 3 orang kot dalam satu bath robe tu. Kahkahkah. Bilik air siap ada ubat dan berus gigi extra, pisau cukur, tisu, hair dryer dan lain-lain.

 

 

P4204154

TV yang boleh pusing-pusing. Hohoho. Ada channel movie dan Disney lah. I like like like lagi!! Hahaha… Bilik juga disediakan sejadah, bakul sampah, laci dan lain-lain.

 

 

P4204153

Hotel guide yang lengkap! Ada peta, ada risalah, ada flyers waktu-waktu solat, dan dalam file coklat tu ada maklumat lengkap mengenai perkhidmatan yang ada dalam dan luar hotel. Serta ada kadar bayaran untuk trip, aktiviti sukan air dan macam-macam lagi. Ada senarai nombor-nombor untuk dihubungi lagi tu…

 

 

P4204147

Pemandangan dari bilik kami. Yeahhh SEA VIEW uolls. Bukan takat sea view, POOL VIEW pon adooo. Kuikuikuii.. cuci mata iolss tengok mat salleh ketak-ketak berenang. Ehh gatal pulak aku. Haha. Memang best menikmati angin segar pantai bila tingkap dibuka. Hewhew..

 

 

 

P4204156

Sekali time hampir mahgrib tu ada orang duk bunyikan loceng bilik. Adoi makk seram iollss okay!! Rupanya room service hantar kuih raya okayh. Eh ehh kuih raya? Raya blom lagi la akak! Hahaa okay mungkin dia hantar kuih untuk alas perut ke apa kan.. Hohoo…

 

Haaa pendek kata kalau tang bilik memang tip top okay! Selesa sangat sebab berkongsi dua orang saja.. So katil satu sorang, boleh golek-golek.. boleh berkelubung dalam selimut.. Herherher.. cuma agak kecewa sebab kalau nak internet kena bayar RM25 for perkhidmatan internet 24 jam menggunakan kabel dalam bilik.

 

Apa-apa pun ada wifi free kat lobby hotel. Bolehlah angkut laptop turun ke lobby sebab siap ada meja, kipas serta extension untuk para pengguna laptop ya. Maka bergembiralah sebab masih ada wifi free.. Hehee… Okaylah see you guys in the next part of this trip. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Thursday, April 26, 2012

Sekitar majlis pratonton filem Berani Punya Budak

 

Assalamualaikum..

 

Mak aihh semakin menjadi-jadi nampaknya sifat pemalas nauzubillah aku ni… Haaa kali ni baru aku nak update pasal majlis pratonton filem arahan Afdlin Shauki iaitu Berani Punya Budak yang akan ditayangkan bermula HARI INI. Jadi korang pergi ramai-ramai bergelak ketawa di pawagam ye…

 

IMG_5845

Gambar tak banyak pun.. adelah sikit dengan blogger yang hadir. Maaf muke nampak pailang habis sebab dalam mulut ada makanan. So tak boleh nak senyum nampak gigi. Herherherr…

 

 

IMG_5846

Orang lain masih lagi dalam mood bergambar sana bergambar sini tapi aku sekali lagi dengan muka pailang tak hingat aku tuh, aku tetap fokus pada makanan dalam pinggan. Ohh nampak benor kelaparan yang tidak terhingga.

 

 

IMG_5852

Dah masuk panggung baru tergedik nak bergmbar dengan pas masuk. Comel je pas masuk dia buat ala-ala saiz namecard tuh. Heee senang nak selit dalam beg. Kalau kumpul pun comel kan…

 

 

IMG_5857

Adibah Noor sebagai pengacara majlis.

 

 

IMG_5866

Ucapan dari wakil penerbit.

 

 

IMG_5869

Ucapan dari pengarah dan pelakon filem Berani Punya Budak, Afdlin Shauki.

 

 

IMG_5890

Aku tak stay lama kat majlis pra tonton dan sidang media tu. Lepas ambil-ambil gambar, berborak dengan rakan blogger pastu aku dengan Pen Merah terus ke Shah Alam sebab teringin nak makan laksa dengan ABC kat gerai burger dekat dengan rumah sewa aku.

 

Apa-apa pun, filem BERANI PUNYA BUDAK memang menampilkan aksi dan kesengalan yang berani. Kalau korang nak santai-santai, nak bergelak ketawa bolehlah tengok filem alih bahasa ni ye. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Nuffnang Trip to Awana Kijal Terengganu - PART 1

 

PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4 | PART 5

 

Assalamualaikum..

 

Pergghh perghhh keterujaan bercuti pada hujung minggu lalu masih bersisa dalam diri. Malah masih segar kenangan yang tak mungkin aku lupakan tu! Hahaha ayat nak sastera je kan.. Susah aku nak cerita macam mana aku boleh ter-join trip ni. Tapi syukur yang tidak terhingga kerana rezeki aku dipilih oleh Nuffnang untuk menggantikan tempat seorang blogger yang tidak dapat hadir.

 

Lebih kurang 10 ke 15 orang blogger yang dapat invitation untuk menyertai Nuffnang trip dengan kerjasama Resorts World Genting ke Awana Kijal, Terengganu. Ada blogger yang dapat single invitation, ada juga beberapa blogger yang dah berkeluarga datang bersama keluarga masing-masing.

 

P4204082

Pepagi lagi dah kena berkumpul di perkarangan Wisma Genting di Jalan Raja Chulan KL. Aku terbangun lewat so aku gerak dari rumah pukul 8 pagi. Ohh nooo!! Dalam jadual mengatakan aku harus sampai selewatnya 9.30 pagi. Tapi jalan jammed ya amat pulakk. Wuwuwuu dugaan…

 

Tapi nasib baik masa aku sampai tu bas pun belum sampai. Maybe sebab jalan jammed kot. Yelahh.. pagi Jumaat kan mesti sesak sikit… Dalam gambar di atas merupakan sebahagian rakan-rakan blogger yang turut join trip ni. Dari kiri : DD Fabulous, Uzair Othman, aku dan Rabiatul Adawiyah a.k.a. Ruby.

 

 

P4204086

Akhirnyaaa bas pun sampai. Tapi masih belum jalan ye. Kami mengambil tempat dan bersenang lenang dulu. Dan aktiviti wajib adalahhh… bergambar!! Haruslahhh. Haha!! Kami dijamu minuman dari Coffee Bean.. Tak lama lepas tu bas pon jalan hoyehh hoyehh. (Dalam gambar memakai baju Nuffnang : Cik Lily Putih)

 

 

P4204092

Apabila perjalanan menuju Terengganu bermula, wakil dari Resorts World Genting iaitu Suzie pun mulakan briefing mengenai trip ke Awana Kijal ni. Perjalanan tak akan terus ke Terengganu tapi akan singgah makan tengahari di Cherating dulu.

 

 

P4204094

Disebabkan malam tu aku plan taknak tido, tapi terlelap jugak pukul 4 pagi, maka aku sangat mengantoks! Lepas briefing je aku dah krohh krohh. Sedar-sedar dah kat highway. Bila sambung tido, sedar balik dah kat RnR Lanchang. Oh mak bape jam dah aku tido neh? Hahaha..

 

 

P4204104

Alhamdulillah selamat sampai di Cherating. Lepas RnR Lanchang tadi aku tido sampailah bas ni stop depan restoran ni, baru aku sedar. Hakhakhak tak senonoh betul tabiat tido aku. Hukhuk…

 

 

P4204113

Sotong Celup Tepung.

 

 

P4204116

Tauhu goreng dan kuah lada.

 

 

P4204118

Ikan kerapu stim dengan kuah kicap.

 

 

P4204120

Nasi goreng.

 

 

P4204123

Bihun goreng dengan lala.

 

 

P4204124

Sayur goreng.

 

 

P4204126

Ketam berlada.

 

 

P4204127

Sesudahnya masing-masing mengenyangkan perut, haruslah menjalankan sesi yang harus dijalankan. Ehh apa aku mengarut nih. Bergambar laa itu harus okay! Nak nak pulak restoran Pak Su ni berada di tepi pantai. Memang menghayati betullah angin yang bertiup.

 

 

P4204129

Okay ini cubaan berani mati. Muka pejam mata bajet tido ahh nih. Betapalah aku nak menunjukkan yang aku ni dalam bas kuat tido aje. Badan penat kemain sebab satu malam tak tido. Padan muka diri sendiri. Wuwuwuuu… Okay muka burok ye aku tahu. No need make up much sebab nak bercuti kan.

 

Okay.. hari pertama memang best gila. Tapi ini baru entry perjalanan pergi ke destinasi iaitu Awana Kijal Hotel yang sangat vass debaboom kat Terengganu. Nanti cerita dah sampai Awana Kijal tu aku story mory lain pulak ye. Kbai.

 

 

 

Undi blog NISA KAY di Digi WWWow Awards. KLIK SINI !!!

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Wednesday, April 25, 2012

Yana Super Friends di majlis pratonton filem 3 Temujanji

 

Assalamualaikum…

 

Mak aihh lambat bebenor aku nak up entry pasal aktiviti kelab peminat Yana Samsudin atau lebih dikenali dengan nama glemer kami iaitu Yana Super Friends (YSF). Selaku kelab peminat mestilah joinkan diri untuk aktiviti yang berkaitan dengan artis kesayangan kite tu dak???

 

IMG_3830

Yeahhhh aku di poster filem 3 Temujanji yang telah ditebuk lubang untuk dilekatkan kepingan terakhir ituuu. Muahaha jom sesapa nak 3 temujanji dengan aku tak?? Kahkahkah over tauu.. Tapi filem ni memang menyentuh perasaan aku yang lembut ni laa.. ecehh…

 

 

564893_379970175367729_142763649088384_1228527_1288993453_n

Gambar beramai-ramai dengan Yana takdok laa pulak dalam koleksi aku.. maka aku pergilah cilok gambar yang diambil oleh presiden YSF iaitu abam RR kite. Hikhik.. Gambar-gambar boleh check kat fanpage Yana Samsudin.

 

 

IMG_3824

Haaa ini pulak gambar kami beramai-ramai di ruang legar TGV Sunway Pyramid itew selepas habis tayangan filem 3 Temujanji. Malangnya tak dapat bertemu dengan puteri Yana Samsudin kami sebab beliau dan Pierre Andre rushing ke set penggambaran sejurus selepas tayangan tamat.

 

 

IMG_3848

Maka kami pon lepak-lepak lagi kat situuu, bergambar sana sini… Lepas tu shoot video promo 3 Temujanji untuk MiG. Pergghhh adakah muka aku pon bakal keluar kat video tu nanti?? Sebab aku duk hujung-hujung je.. So takut tak masuk kamera lak muke aku ahakss..

 

 

IMG_3844

Gelagat bebudak pink Yana Super Friend #1

 

 

IMG_3846

Gelagat bebudak pink Yana Super Friend #2

 

 

IMG_3838

Gelagat bebudak pink Yana Super Friend #3

 

 

IMG_3598

Kami di YSF ada sebab kami yang tersendiri kenapa kami sokong pelakon yang sedang meningkat naik ni. Tapi secara peribadinya, aku merasakan sikap Yana Samsudin yang merendah diri, sangat friendly dan ingat akan peminatnya buat aku suka untuk menyokong beliau.

 

Ramai yang tanya macam mana nak join YSF dan juga join aktiviti yang dianjurkan oleh YSF. Senang aje… follow twitter @YanaSuperFriend untuk mengetahui maklumat jika ada aktiviti.. beramah mesra dengan ahli-ahli YSF.. Jangan lupa like fanpage Yana Samsudin dan follow twitter @YanaSamsudin untuk ikuti setiap update mengenai Yana Samsudin. Dan sebagai tanda sokongan bolehlah beli t-shirt YSF yang warnanya pink tu okeh! Haruslah LOVE~ Kbai.

 

 

Undi blog NISA KAY di Digi WWWow Awards. KLIK SINI !!!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay