Friday, December 28, 2012

KAHWIN MUDA????

 

Assalamualaikum..

 

kawen2

Ehh ehh bukanlah kahwin muda sebegini yang aku maksudkan.. Ishhh. Takkan lah budok-budok yang tak pandai apa-apa nak dikahwinkan ye dak? Di hari yang mulia ini,, hari Jumaat yang terakhir untuk tahun 2012 ini, aku berasa nak menaip aje pasal kahwin muda. Well.. perihal kahwin muda ni dah lama diperkatakan. So aku saje je laa nak meluahkan pendapat.

 

Pada aku kahwin muda TAK SALAH sama sekali.

Tak salah bila anda dah bertemu jodoh yang baik.

Tak salah bila anda dah cukup matang untuk menghadapi segala dugaan bersama-sama.

Tak salah bila anda dah cukup terbuka untuk menerima buruk baik pasangan anda seadanya.

Tak salah apabila anda dah buat solat istikharah sehingga Allah bagi petunjuk yang baik pada anda.

Tak salah apabila anda dan bakal suami sudah MAMPU untuk menanggung hidup selepas kahwin.

Tak salah kerana kahwin muda ni mengurangkan maksiat. Yelah kita orang muda kan darah panas. Terlalu mudah ikut nafsu dan emosi.

Tak salah bila anda dah bersedia mental dan fizikal untuk memegang tanggungjawab yang lebih besar selepas bergelar isteri / suami orang.

 

Haaa banyak lagi pendapat aku sebenarnya.. Tapi tak tercerna pulak bila aku dah menaip ni haishh. In fact, ramai je kenalan aku yang kahwin muda.. Kawan sekolah aku dulu, sekarang dah ada yang bergelar mak orang dah haa… Ade juga yang bakal bergelar mak orang.

 

Aku happy tengok kawan-kawan yang kawin muda ni. Bahagia dan sweet aje bila bercinta lepas kahwin. Aku pun teringin ye dak? So sekali sekala ada jugaklah aku mengusik mak aku..

 

AKU : Mak, nak kawen muda jugaklah. Elak maksiat.

MAK : (tak layan)

Satu hari aku nak tolong-tolong kat dapur (kononnye la)…

MAK : Haaa kalau benda senang macam ni pun takleh buat, nak kawen ape benda nye?

 

Pergghhh ayat mak aku tu terus buat aku sedar. “AKU TAK READY LAGI..” dan aku tak mampu. Kalau ikutkan hati nak je nikah hari tu jugak, boleh gi memana dengan suami, nak jalan pegang tangan pun tak kesah, nak ambil gambar sweet-sweet pun boleh.. semua HALAL.. Amboiii gatalnye aku! KAHKAHKAH!!

 

Tapi janganlah kita buat keputusan nak kahwin awal hanya kerana kita tengok orang lain best aje kawen awal. Sweet je, majlis gilang gemilang kemain. Kita mampu ke macam tu? Kita ready ke nak pikul tanggungjawab yang bukan mudah? Ingat kawin ni pasal pakai baju pengantin lawa-lawa and then photoshoot and then buat majlis meriah kemain je ke? Habis hidup lepas kahwin takyah fikir ke ?

 

Nak kahwin ni bukan mudah. Banyakkkkk perkara yang kita fikir. Kalau mak ayah kita tak bagi kita kawin awal tu, percayalah dorang tau apa yang baik untuk kita. Dorang dah jaga kita dari kecik lagi.. Kalau ada kawan anda yang kahwin awal, tu dah jodoh dan takdir mereka.. Jangan samakan hidup kita dengan orang lain. Perjalanan hidup setiap manusia itu berlainan…

 

Untuk rakan-rakan yang kahwin awal.. alhamdulillah semoga Allah berkati kehidupan kalian suami isteri.. semoga sentiasa bahagia, dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.. Kepada kawan-kawan yang masih belum bertemu jodoh (macam aku, haha!) kita teruskan hidup macam biasa dan teruskan pencarian si dia yang tepat ecehhhh! Semoga sampai waktu yang tepat Allah temukan kita dengannya inshaAllah…

 

kawen

(Aku Google “kahwin muda” keluar gambar ni)

 

Sooo ada a few tips bagi pasangan yang berhajat nak kahwin muda. Aku dapat dari facebook. Saje nak share dengan korangg Heeee…. Kot laa ada yang dah merancang nak akhwin muda, tapi tak tahu macam mana nak berhadapan dengan mak ayah korang… Jom baca jom..

 

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

 

 

Haa amalan dan tips kat atas ni jangan lah buat masa nak yakinkan mak ayah bila dah nak kahwin tapi lepas kawin tanggungjawab ke mana, ibadaha ke mana.. apa punnn tak boleh! Apa-apa pun nak kahwin ni (tak kira lah kahwin muda or kawin tak berapa muda) bukan mudah ye… Apa yang aku tulis ni PENDAPAT aku semata-mata. Takde niat nak mengata mana-mana pihak ye.

 

Dan sebelum mengakhiri entry ini aku nak MEMOHON MAAF kalau ada yang terasa ke apa dengan entry aku, sesungguhnya aku takde niat nak mengguris perasaan mana-mana pihak, sebab ini cuma luahan pendapat semata-mata. TQ.

 

 

xoxo

28 comments :

EdoHayra said...

entry yg mnarik

misz aisya said...

like 1000x dan sgt2 setuju. nice entry.

kalau mak ayah x izinkan, mesti brsebab. slh satunye mgkin diorg nampak kita ni mcm ready xready je nak brkahwin. so, diri sndiri kne diperbaiki. tingkatkan ilmu, matang n paling penting niat kerana Allah. :)

Nabyla Ahmad said...

salam kak nisa..yeah..saya ada pk nak kawen muda..senang..tapi serius..bila pk dlm2..saya sgt2lah tak ready...semua benda tak tahu buat..haha..teruk teruk...

lavenderlover said...

kena fikir dalam2 sblm kahwin ni..lg2 kalau x matang & ready, bukn sng nak galas tanggungjawab lepas kahwin..

p/s-kahwin mmg best sp la yg x nak plak kan.. hehe..
hv a great day nisa!

sYiRa LoKMaN said...

terjah sini,,hehehe..nice entry ! :)

Cik Ummi said...

haha. betul tu ape yang nisa cakap..

terasa macam jeles jek tgk member2 yang kawen awal ni..
tp sedar bahawa diri sendiri tak ready lagi nak pikul tanggungjawab tu sebabnya,bila balik rumah time cuti jek,awal2 dah pengsan atas katil..muahahhaa..konon jet lag =P

nabila azmi said...

=)...

Misz Fazie said...

kawin muda ni jugak banyak cabaran dia.

Nurfara Hani said...

sekarang ni ramai yang kahwin muda. jeles tengok:)

MiSz fiFiEyQa said...

kadang2 kan kalo rase stress study,slalu t'fikir: ala senang2,kawen je la..takyah nak pening2..haha

tak sedar plak yg masak pun x pass lagi!!mengemas pun malas..ade hati nak kawen.. -,-'

LaLa mhdnor said...

kawen muda dah jadi trend, macam zaman dulu. mak2 sume kawen muda kan :)

Ayie Abas said...

salam nisa :)

bagus jugak klu kawin muda...klu semua dah cukup syarat nya...apa salah kan...

Cik Tia said...

hehe .. yelah , nanti dah tua tak sedap lak nak kata kahwin tua :P

cik nadd said...

Semoga
sampai waktu yang tepat Allah temukan kita
dengannya inshaAllah…

izfanora said...

kawin jgn tak kawin.. :)

zaImIslawayu said...

perasaan nak kawin tu fitrah. tapi kena tgk kemampuan kita jgk. masih belajar. xde duit. hehe dah la duit skng penting. lau tak ckup duit kang mula la muncung sedepa. :D

nuruashia said...

agreed nisa ) kawen muda mmg sesuai tp kalo xready better xyh kan :) tnggungjwb berat ouchhh :)

acai.ho said...

lol comel gila nisa kay dalam amanz.my

acai.ho said...

lol comel gila nisa kay dalam amanz.my

Poi Blogger said...

btul la tu dpt elak maksiat,, hehee

Shazwani Ramly said...

tips yg menarik. wani nak kahwin lepas hbs blaja lahhh. haha.

inasazali said...

seronoknya kawin muda ni..hehe..
btw nice entry..td ina ade trnmpk blog nisa msuk dlm majalah remaja..1 JAN 2013..tahniah ye...

keunikan hidup cik Dheann said...

yup..kahwin muda maybe ok and maybe not...depends laa....
cik nisa kite nie bila lagi???

Hanida Moss said...

Well said dear..
Semua ni bergantung pada individu.
tepuk dada tanya selera hehe..

Btw, salam perkenalan dari saya :)
I follow u :p

gadis oren said...

kadang2 rase mcm dah ready , tp kadang2 rase mcm xready plak , huhu

Quran Pen said...

kahwin muda ni bagus, at least boleh mengelakkan maksiat dan perkara yang tidak elok berlaku... kan TT kan?

potia casadelarossa said...

cukup ilmu agama, ilmu rumahtangga... tak kisah la klu study lg ke jika perlu kawin lah kamu.. krn kawin itu tiada hukum yg tetap... ada makruh, haram, wajib, harus... kawin bkn utk elak semata2 tp lbh dr itu... fikirkan lah

Kad Kahwin Murah said...

cukup berinformasi dan bermanfaat blog kali ini..
bagus untuk tatapan mereka yang ingin berkahwin!


Signature :
Kad Kahwin Online