Thursday, October 4, 2012

Candy Buffet

 

Assalamualaikum…

 

Dah berhabuk dikit dah blog aku ni nampaknya? Biasalah sebagai student aku takde masa 24 jam untuk mengadap laptop dan menaip entry berkualiti untuk anda semua. Jika sempat, aku suka share info menarik dan berguna untuk aku dan untuk semua yang membaca inshaAllah…

 

Dua tiga hari ni kemain tau orang cari pasal candy buffet atau dalam bahasa melayunya kita panggil set hidangan manisan. Ehhh betul ke translation aku tu? Aku tibai je. Ahhh pedulikan. Herherherr…

 

candy_buffet_upper_tier_view_large

Ini gambor dari pakcik Google. Apa yang aku faham candy buffet ni seakan menjadi trend di majlis-majlis perkahwinan masa kini ewahhh! Satu meja akan dikhaskan untuk hidangan manisan sahaja seperti gula-gula, coklat, cupcakes, kek, sumi jelly, strawberry celup coklat, marshmallow  dan paling terkini macarons (sejenis manisan Perancis).

 

Nampaknya semakin ramai bakal-bakal pengantin berminat nak buat candy buffet di majlis perkahwinan mereka. Yang aku pasti, kalau aku nampak macarons, aku serbu dulu. Muehehehe.. candy buffet semestinya menjadi perhatian budak-budak dan semua yang meminati makanan yang manis-manis macam ni.

 

candy1

Ini adalah salah satu contoh candy buffet yang simple. Aku nampak kawan aku duk promote baik punya kat facebook. So alang-alang aku tengah ada mood nak menaip meraban pasal candy buffet ni, ada baiknya aku promote sekali CHIRPY CAKE yang ada menyediakan perkhidmatan menyediakan candy buffet di majlis-majlis. CHIRPY CAKE jugak ade jual macam-macam, pergi sana usha.

 

 

theweddingheaven yahoo com

Satu lagi contoh candy buffet. Yang ini dari THE WEDDING HEAVEN. Wah wahh serba pink gitu. Customer boleh jugak mintak candy buffet ni ada tema-tema kot. Contohnya kalau warna tema majlis anda biru ke, putih ke, boleh lah kot request nak warna serupa. Pergi usha THE WEDDING HEAVEN jugak okay?

 

 

candy3

Yang ini pulak gambar candy buffet dari SOMETHING SWEET BY MIMI. Ini adalah candy buffet untuk majlis TV3 Wanita Inspirasiku Brand Launch. Haaa nampak tak candy buffet ni bukan saja jadi trend di majlis-majlis perkahwinan, tapi sesuai untuk sebarang jenis majlis seperti majlis hari jadi, majlis tunang, majlis pelancaran, majlis makan malam dan banyak lagi.

 

 

cups-tile

Ehemmm ehemmm aku pon tengah feeling-feeling nak buat majlis minum petang atau sambutan hari jadi, lepas tu ada cupcakes, macarons, mini pavlova warna pink dalam candy buffet aku! Tak lupa strawberry cicah coklat. Aummmm. Sodappp! Hahaha…

 

Tapi berangan je lah dulu ye.. Takdok duit dan takdok keje nak buat majlis tetibe je. Hahaha.. Buat candy buffet untuk slumber party dalam bilik hostel boleh ke dak? Agak-agak boleh tak? Muahahahaa… Kbai. Take care and much love.

 

 

XOXO

16 comments :

Shazwani Ramly said...

haah, dh jadi trend skrg ni bila tgk kat majlis mana mana. seriously, cantik dan sweet je benda ni, lagi lagi mase majlis kahwin :)

Mila Ahmad said...

macarons memg tengah famous !

Misz Mieza said...

Nyummeyh! Sedapnye cuppies! ^^,

::EIDA:: said...

Ha.. straberi cicah coklat, jgn lupa cari ida yer... ada servis itu! =)

baby lydia said...

mne2 org sebut macarons kn..

ηuя αιмι Ƒαянαηα said...

Candy Buffet nampak comel sangat :)

Atiqah Wadiah said...

kalau buat kat hostel,jgn lupa jemput eh :P

faa.rosli said...

kalo buat sendirik mesti best ni!

khadijah said...

kan kat wedding pun best letak ni, tapi kene pk cost lagi..hee

Miz Dayah said...

gambar2 semua nampak memikat jiwa dan raga betol.....teros rasa mengidam. haha

Nurul Akmal said...

semuanya nampak comel dan best2..

Princess Syazliyana said...

#13200 . done follow you :) singgah blog comeii nih :D follow me back , maybe ?

Magic Chic said...

Mmg menarik concept candy buffet especially dgn tema pastel colors. Suka3x~

FaLya said...

wah,comelnyer... nmpk mcm perhiasan jer,hee

Mr & Mrs Sallehudin said...

Haii..
I pun ada wat business candy buffet & chocolate fountain pakej jugak. Juz viw kt my fb page: sweetheartstories cupcakes & craft :)

diana said...

hye nisa kay,

candy buffet ni boleh disediakan sendiri tau. so kita boleh plan ikut apa yg kita rancangkan sbb biasanya pakej vendor ni dia dah ada specific food and deco yg terhad mengikut pakej yg dipilih. so, jadi sekreatif dan meriahkan majlis anda sendiri. boleh juga mulakan ur own candy buffet biz. check out my website ye Nisa utk DIY candy buffet dan macamana nak mulakan bisnes candy buffet!! tq