Friday, September 21, 2012

Magis

 

 

love_heart1280x800

 

Magis kan bila kita mulanya tidak menyukai dan membenci seseorang tetapi kita tidak mengenalinya pun. Hanya kerana perlakuannya yang membuat kita rasa err annoying nye mamat nih. Hanya kerana dia merasakan kita sombong bila tak approve friend request dia, then dia kata aku sombong, berlagak bla bla bla.

 

Magis kan bila orang yang kita tidak sukai itu kita temui dalam satu acara yang tidak disangka-sangka, jauh sekali dirancang. Bila tujuan asal kita berbeda pada mulanya, namun bertukar tiga ratus enam puluh darjah bila mata bertentang mata.

 

Magis kan bila kita masih boleh tersenyum pada si dia yang kita tidak kenal tetapi tidak menyukainya. Masih boleh mengukir senyuman bila berpandangan dan perasaan berdebar dan malu itu bukan main merajai hati.

 

Magis kan bila segalanya terlalu pantas berlaku dan kita masing-masing mengakui dalam hati ada suka. Seterusnya ia bercambah menjadi sayang. Magisnya dunia kita. Walau jarang bertentang mata, namun hati terasa sangat dekat. Magis kan bila kita masih merindui dia walau si dia duduk di hadapan kita.

 

Magis sekali bila hati ini masih bertahan dan bertahan walau retak seribu sekali. Walau dugaan datang melanda, meroboh harapan dan perasaan. Magis sekali apabila aku masih mampu menyayangi walau terasa dikhianati, malah hati aku menjadi kuat dan lebih kuat selepas satu persatu dugaan menimpa. Magis sekali bila perasaan ini tidak mahu pergi malah semakin kuat melekat di hati.

 

Magis sekali kisah kita, magis sekali hati yang bertahan dan menyayangi. Magis sekali bila bibir masih mampu melafaz cinta hingga ke hari ini. Dan… magis sekali bila aku masih setia hingga ke hari ini.

 

 

Bodoh kan aku? Ya, kerana itulah magisnya perasaan yang lahir ini.

16 comments :

izfanora said...

hati kiter Allah yang lebih tahu..

MAGIS kan bila mana seorang yang sangat aku benci kini menjadi seorang suami yang sangat aku tunggu-tunggu kepulangannya bila waktu pulang kerja.. hahaha..

indah dunia bila kita merasa MAGIS yang tuhan beri kepada kita. hargai selagi ia ada.. :)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

huuuu.. lumrah kehidupan... terus mara ke hadapan.

nadhea said...

dan kerana rasa Magis itu jua satu kurniaan dariNYA utk kita rasai walau seketika :)

Khairul Nizam said...

smua kehendak Allah..

Anonymous said...

kite dlm dunia yg sama skrg ni..but..past is past..lets bygones be bygones..

comeliness_zaty said...

hati kita milik Allah..semua magis itu datang dari Allah. ;)

hafiz hafizol said...

magis juga apabila aku dapat mengenali dgn lebih dekat empunya pemilik nama Nisa Kay lol. kbai

Atiqah Wadiah said...

biasa lah life kan..unpredictable

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

ia sebuah magika.. :)

✿ Milly Molly ✿ said...

Nice one! Be strong dear :)
Everything happened with its own reason..

FatihahRadzi said...

yeahh :)

Miz Dayah said...

that was called life. be strong and keep move in...God knows what the best for us. InsyaAllah...

Azee Hana said...

dalam hidup,,macam2 boleh jadi...yang x terpikir dek akal pon,,kadang2 terjadi..huhu..

Ahmad Alqurniawan said...

Hae Non..salam Kenal..jangan lupa mampir keblog aqu ea..qwe tunggu Followback sama Komentarnya !! Salam Persahabatan ea Non !! :D

Sandra Azwan said...

first time dengar daun kari used for hitamkan grey hair....cool!

Sandra Azwan said...

Nisa, my Online shop dalam proses....kalau berminat nnt bolehla Nisa order yer...;-P