Wednesday, August 29, 2012

Review filem 29 FEBRUARI dari KRU Studios

 

Assalamualaikum…

 

Wah dah lama sungguh aku tak update / review filem-filem tempatan kan ! Maklumlah sejak aku berpindah dari Shah Alam ke Pahang, aku terpaksa pilih-pilih event untuk aku hadiri di hujung minggu. Kalau majlis pratonton filem memang dah banyak aku tolak sebab duduk dah jauh kan..

 

Memandangkan hari ni aku ke Shah Alam atas urusan pelajaran, aku tekadkan hati untuk pergi jugak Malam Gala filem terbaru KRU Studios iaitu filem 29 FEBRUARI. Filem lakonan Remy Ishak ini merupakan filem 3D Malaysia yang pertama !!

 

29Feb-_poster

 

Filem ini mengisahkan Budi (lakonan Remy Ishak) yang dilahirkan pada tarikh yang hanya hadir 4 tahun sekali iaitu pada 29 Februari. Kehidupan beliau menjadi sangat berbeza dengan orang lain lantaran umurnya yang lambat meningkat, justeru menyebabkan Budi lambat menua. Apabila Jepun datang menjajah Tanah Melayu, ibunya dibawa pergi oleh askar Jepun dan hilang khabar berita sejak itu. Ayahnya punya dibunuh kejam dan bangunan milik ayahnya diletupkan.

 

Bertahun-tahun sudah berlalu dan Budi tinggal di rumah kebajikan. Bersama-sama rakan baiknya yang buta iaitu Razak (lakonan Izzue Islam), Budi menyara hidup dengan menjual bakul. Pertemuannya dengan Lily (lakonan Jojo Goh) sama sekali telah mengubah hidup Budi apabila dia jatuh hati pada Lily.

 

IBA_0411

REVIEW / PENDAPAT :

Jujur aku katakan, filem ini mempunyai kelainan dan jalan cerita yang kurang cliché dari filem Melayu yang melambak di pasaran filem sekarang. Tidak keterlaluan aku kata filem 29 FEBRUARI ni mempunyai jalan cerita yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Filem yang mengisahkan Budi yang lambat menua dek kerana hari lahirnya hanya datang empat tahu sekali.

 

Budi seorang manusia biasa yang mempunyai perasaan untuk dicintai, namun perbezaan kaum, agama dan taraf hidup membuatkan beliau dan Lily gadis yang dicintainya berpisah. Kisah Lily dan Budi pada pandangan mata aku amat sweet dan tidak keterlaluan kerana watak Budi itu sendiri mempamerkan ciri-ciri seperti kelakar dan mempunyai minat yang sama membuatkan Lily tertarik padanya.

 

IBA_0019

Perjalanan hidup Budi yang amat panjang telah menduga Budi. Namun Budi amat tabah menghadapinya walau dia tidak punya apa-apa. Dan watak yang dibawakan oleh Izzue Islam sebagai seorang rakan yang buta sedikit sebanyak mewarnakan jalan cerita dengan keletahnya. Namun sebagai seorang sahabat, Budi sentiasa di sisi Razak.

 

Namun bagi aku, sayangnya watak Razak dalam filem ini tidak banyak kerana aku lihat watak Razak dan Budi sebagai rakan yang akrab ada keserasian. Momen sedih ketika berita pemergiannya disampaikan terlalu pendek, sebelum sempat mata ini berair, sudah beralih pula pada babak lain.

 

IMG_8085

Antara babak yang mengundang rasa sayu dan sedih pula adalah ketika ayah Budi dibunuh kejam, Budi dihalau dari rumah kebajikan, ketika Razak dikhabarkan sudah meninggalkan rumah kebajikan itu, dan babak ketika Lily dan Budi akhirnya bertemu setelah bertahun-tahun berlalu. Mainan emosi tidak terlalu berat dan bagi aku ianya just nice.

 

Berapa bintang?? 4.5/5 bintang !!! Banyak lagi yang best nya pasal filem 29 FEBRUARI. Tapi bagi korang yang tak faham sinopsis yang aku tulis mengikut pemahaman aku seperti di atas tadi, maka harus sangatlah korang pergi tengok filem 29 FEBRUARI ni di pawagam berhampiran okay! Lagi best kalau korang tengok filem ni dalam 3D !

 

 

P1018293

Kualiti gambor tak best pulok. Tapi best bila dapat jumpe Lisa Surihani pelok ciom pipi kiri kanan (okay ini tipu) dengan hubby nyer Yusri.

 

 

P1018298

Persembahan lagu SEPERTI DULU oleh kumpulan Forteen. Best lagu ni! Tengok Izzue Islam yang belah kiri sekali. Comel kan? Ehhh!!

 

 

P1018303

Mak jemah manalah yang sakan bergambor dengan kumpulan Forteen ni hah? Maaf gambor terpaksa edit black and white sebab muka aku comot gila, seharian kat luar, then alih-alih terus pergi event !

 

 

P1018318

Persembahan mantap Jaclyn Victor.

 

 

P1018326

Press conference.

 

 

P1018322

Maaflah .. ade “nurrrrr” pulak dekat aku. Suci murni je muka aku jadinya. Buahahahaa!!! Berangan la aku nak nurr bagai –.-  Di tengah-tengah tu Iejam, wartawan Bernama merangkap member satu kampus aku. Dan yang kanan sekali tu antara blogger yang hadir iaitu Yana Yassin.

 

 

Jangan tunggu lama-lama okayh! Esok 30hb Ogos filem ini akan mula ditayangkan di seluruh negara ! Tengok jangan tak tengok! Tengok lah dalam versi 3D okay ! Berbaloi tengok filem ni, bawak sedara mara dan kawan-kawan ye ! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay

17 comments :

Mr.Poyos said...

Hai Cik Nisa.. Remember me?? I la bouncer kat dpn pintu masuk ruang media tadi. I senyum kat U, tp U wat xtau jew..SENTAP!! haha. Just a Joke. B'dway..just nak kasi sedikit pembetulan, sket, maybe U keliru tadi. Acctually Razak xmati. Remember scene dekat bastop then ada sowg budak laki jual bakul? Kemudian sebuah keta wira putih datang, dalam keta 2 ada sowg owg tua yang mintak tongkatkan? Itulah Razak, tapi dia dah tua ketika itu..laki pakai baju puteh (Amar V. Ashraf) tu anak dia yang diberi nama Budi.. Part 2 memang pening sket pun, Last word tq for supporting okeh. Salam..

Lelaki Ini said...

wah..
bestnya dpt jmpe artis!

YaNa Yassin said...

Haaa, mesti xpasan kan. Razak tak mati ler. dia pergi meninggalkan rumah tue jerr. Kan yg dalam teksi tue razak dah tua. Yang anak dia suh Budi brenti merokok sebab bapak dia semput :P

Dieya said...

nisa study mana skang?

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

oooo yg semalam tu boyband 4teen eh? waddaaaa shame lah aku tak kenal. hohohoho~..
www.shahrulhairy.com

Atiqah Wadiah said...

forteen comel..yeayy~

* FAR * said...

cam sedih je cerita ni..
3D mesti best!

Izz Latif said...

Oukeyh!
now dah ingat masa satu Nisa
ada ternampak kwn perempuan u tuh masa kat dalam
:)
hehe

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

bole laa nk tgk ni nisa..

Nurul Akmal said...

Cam menarik.. coemlnyer lisa surihani.. :)

adriea said...

salam.. newbie kat blog nisa ni.. tertarik masa tgk tutorial pakai shawl n mekap kat youtube trus tersinggah n terfollow ur blog.. hehe...

boni kacak said...

wah..macam best je cerita ni

Scarlett O'Hara said...

Lisa tu cantikkan?Senyum je dan tak sombong.

Fauzi Blues said...

Aku pun rasa nak tgk cerita ni...sbb ada scene kat stadium merdeka kan?...

Anonymous said...

@Mr.Poyos Razak terima cabaran Budi bila Budi cakap "Sampai bila ko nak hidup bergantung dgn orang lain?" masa dorg di rmh anak2 yatim tu. Razak x meninggal. yg kejadian di bus stop tu, bdk lelaki yg tegur Budi supaya jgn isap rokok tu adalah anak Razak & nama dia pon Budi, Razak namakan anaknya sempena sahabat baik dia. kalau korg perasan, masa Razak n Budi kat rmh anak yatim dulu, Razak selalu ckp "Budi, tongkat aku, Budi". sama x mcm Razak suh anak dia amikkan tongkat dia masa kat bus stop tu? sama kann? lps tu, dtg keta saga putih dtg amik razak & anak dia, itu cuba menunjukkan yg Razak hidup senang. masa tu kan keta saga tu HOT, baru keluar di pasaran. kpd sesiapa yg nak pegi tgk citer 29 Februari ni, jgn terlepas pandang 1 babak skali pon, nnt anda xkan fhm semua double meaning yg terselit. kpd yg dah tgk, gi tgk lagi skali n cari all the double meanings dlm citer tu. selamat menonton! ;)

Syafik Coklat said...

memang teringin nak tgk nnt , cuma takde kesempatan . dah cik nisa bg penilaian macam tu , ak nak tgk gak !

Ain Dzaya said...

seronoknyer beliau dpt berjumpa dan cium pelok tangan dengan retis laaa...amboii....