Thursday, August 2, 2012

Mekap mudah dan cepat dengan produk MARY KAY


Assalamualaikum..



Meh sini mari rapat mari dekat aku nak story mory apa lagi kalau bukan pasal mekap! Kalau dalam entry ini aku dah berkongsi mengenai produk Mary Kay Botanical Effects yang best, kali ni aku nak bercerita pula mengenai rangkaian produk mekap Mary Kay!



P1016497

Jeng jeng jenggg!!! Banyak kan? Heee satu set untuk muka! Nampak macam banyak je produk mekap ni.. Tak menyusahkan ke nak mekap? Ehh siapa kata susah? Dengan Mary Kay mekap jadi lebih senang dan cepat sebab produknye yang bagus dan ada applicator yang memudahkan lagi kerja-kerja mekap!





P1012400

Okay silakan tatap dulu mukaku yang tak semenggah ini. Almaklumlah setelah beberapa hari tak tido malam, kepenatan, maka macam ni la jadinya muka aku. Jadi bila nak keluar aku memang memerlukan bantuan mekap untuk bagi muka tampak berseri. Heyy semestinya dengan produk mekap Mary Kay!





P1013989


MARY KAY TIMEWISE MATTE-WEAR LIQUID FOUNDATION
29ML (RM70.00)




Perkara pertama yang you guys should take into consideration bila membeli foundation adalah memilih shades yang sesuai dan pastikan ia betul-betul masuk dengan warna kulit anda. Dengan Timewise Liquid Foundation tu semua dah tak jadi masalah sebab didatangkan dengan 5 shades, dan ia betul-betul buat warna kulit kita lebih sekata.


Antara keistimewaan foundation ni ialah dirumus dengan campuran peptida kolagen-bangunan untuk membantu kulit mengekalkan keremajaan dan mengandungi vitamin E yang meneutralkan semula kerosakan yang disebabkan oleh persekitaran yang menyebabkan penuaan lebih cepat! Haa best kan??





P1012406-vert


MARY KAY MINERAL POWDER FOUNDATION
RM70.00


Mineral powder ni terbaik dari ladang sebab finishing dia light aje, rata dan tahan lama pada muka! Sememangnya diformulasikan untuk pemakaian yang lebih tahan lama, mineral powder ni jugak tepat untuk menyamarkan garis-garis halus, kedutan dan lain-lain. Tekstur mineral powder ni pulak halus, ringan dan terasa lembut bila disapu di muka.






MARY KAY MINERAL EYE COLOR (RM26.00)
MARY KAY MINERAL CHEEK COLOR (RM35.00)
MARY KAY EYE COLOR APPLICATORS (RM8.00)
MARY KAY COMPACT CHEEK BRUSH (RM10.00)


Ini pulak rangkaian eyeshadow dan juga ada blusher di situ (warna pink). Cerita pasal eyeshadow dulu, mineral eye color didatangkan dengan 29 warna menyerlah, dan diformulasikan untuk lebih tahan lama dan sesuai dengan pelbagai warna kulit.

Mineral Cheek Color pula didatangkan dengan warna Strawberry Cream yang lembut dan mempunyai glitter, so bila pakai tu memang nampak tulang pipi naik dan muka seakan glowing cewahhh! Mengandungi anti-oksidan yang melawan proses penuaan.





P1013981


MARY KAY LASH PRIMER (RM75.00)

Kalau wajah ada bedak asas, untuk bulu mata pun ada asas atau primer nya. Dengan penggunaan lash primer ni, bulu mata tempak lebih panjang dan boleh dipakai begitu sahaja tanpa maskara untuk natural finishing. Lash Primer ni bukan sebarang primer. Diformulasikan dengan Pro Vitamin B5 (panthenol) dan phytantriol, ia boleh menguatkan lagi bulu mata kita.





P1013985


MARY KAY LASH LOVE MASCARA (RM75.00)

Menurut pengalaman peribadi aku menggunakan Lash Love Mascara ni, sejujurnya aku sangat sangat sangat sukakannya! Bulu mata aku nampak lagi panjang dan ada lebih volume lepas pakai mascara ni! Sapuan yang lebih lancar dan tak ada lekit-lekit! Besttt!!





P1014010


MARY KAY CRÈME LIPSTICK (RM48.00)

Didatangkan dengan 16 warna hebat, warna pink satin (dalam gambar) jugak menjadi pilihan hati sebab warnanya yang natural. Warna-warna lain pun hebat juga, mungkin sesuai untuk korang ye tak? Tekstur lipstick yang tak melekit, bila sapu je kat bibir rasa lembut dan tak cepat kering.





P1014007


MARY KAY NOURISHINE PLUS LIP GLOSS (RM48.00)

Memang warna pink kegemaran aku! Jadikan bibir lebih lembap dan lip gloss ni tak cepat kering. Tahan lama untuk terus membuat mukaku berseri dan bibir nampak segar dan sihat! You guys should try this one!




cats

Taraaa… dah pung pang pung pang dalam bilik air, dalam 10 minit je gitu dah pun siap mekap. Mudah dan cepat bila kita mekap guna produk yang bagus dan sesuai dengan kulit kita. Hasil lepas mekap dengan produk Mary Kay pulak tak terlalu tebal dan melebih-lebih..

Dan yeahhh pada hari yang lain, aku berkesempatan buat video aku mekap menggunakan produk Mary Kay. Seronok ni nak share dengan you guys! Walaupun dengan video corrupt nye, video cannt be traced lah, ape lah.. aku gagahkan jugak buat video ni. ENJOY :





12 comments :

Fienazzuki said...

bila dah kerja nnti I pun nak beli jgak lah...
cntik!

* FAR * said...

wah.. best suak!!

marykay adik beradik nisa kay ye? ;P

MisS BubBLe said...

guna produk mary kay by nisa kay.. sesuai dah tu..:)

Aida Zaida said...

Kt mne nak cari produk ni?.. Nk beli yg MARY KAY LASH LOVE MASCARA (RM75.00)

cik chinta said...

pehh..byk nye

Siti Aniza said...

menajdi ke.. dulu masa praktikal banking, aku pakai jap.. habis naik jerawat muka aku.. mungkin muka kau sesuai kot. tak semua muka. am i rite

Nurul Syafiqa said...

Mhl nyer harga dia.. semput mk tgk he he

Emy Ellyana said...

murah la kalau nisa dapat foundation tu RM70.00. .emy beli RM85.00 ahli taw. .

KAK ZZ said...

Emy neli kat mana RM85..Mary Kay juga ke?

nina said...

Saya suka kalu kt perak mana nak bli produk ni..

Nick Aida said...

Beli kt ner brg mary kay...

Maya Omar said...

my favourite make up set..sangat berbaloi untuk dimiliki..:)