Monday, August 13, 2012

Jalan-jalan Cuci Mata – MULAWA FASHION



Assalamualaikum..


Pasaran online shop nampaknyha semakin meluas dan mendapat sambutan yang hangat! Sehangat ayam percik yang baru dibakar.. ehh??! Aku sendiri pun suka online shop sebab banyak design menarik, dan tak perlu penat-penat keluar rumah untuk survey barang.


Baiklah, sejajar dengan peningkatan dalam kewujudan kedai di atas talian di masa kini (ayat karangan betullah), aku nak perkenalkan korang dengan satu lagi online shop yang menarik tertarik memang de bommm!!!



Mulawa -Corporate Image



MULAWA FASHION ni mengenengahkan jualan tudung-tudung bawal yang unik dan menarik, yang jarang aku tengok kat pasaran dan online shop lain. Haaa apa yang unik dan menarik tu? Moh la kita sama-sama skodeng…



Tudung Bawal Printed -Butterfly

Yang ini Tudung Bawal Printed – BUTTERFLY. Haaa nama dia begitu sebab ade corak butterfly yang comel-comel kat tudung ni. Biasanya kalau bawal printed dia akan bercorak di keseluruhan tudung atau kat bingkai tudung, tapi yang ini coraknya di bahagian depan, sekaligus membuat ia tampak lain dari yang lain.





Tudung Bawal Printed- Love

Yang ini pulak Tudung Bawal Printed – LOVE. Yang ini ada corak bentuk hati pada tudungnya. Corak tersebut boleh di pakai di bahagian depan atau dari tengah kepala hingga ke belakang, terpulang kepada cara anda melipat tudung ni…





TUTORIAL

Haa.. di page MULAWA FASHION ni jugak ada tutorial tudung bawal. So bolehlah korang melaram di pagi raya atau bila-bila nak ke kenduri-kendara dan rumah terbuka! Dengan tudung-tudung bawal dari MULAWA FASHION semestinya korang akan tampil ringkas, segar dan lain dari yang lain! Untuk keterangan lanjut step by step, korang boleh rujuk kat caption gambar dalam album ni : Tudung Bawal Printed – BUTTERFLY.





Shawl Chiffon & Polka

Selain tudung bawal, MULAWA FASHION ada jugak menjual selendang bagi mereka yang meminati selendang. Shawl Chiffon & Polka ini semestinya membolehkan korang semua bereksperimentasi dengan gaya lilitan yang bermacam cara dan membuatkan penampilan korang memang de vass gituu.





TUTORIAL 2

Haaa ini pulak tutorial untuk memakai Shawl Chiffon & Polka ni. Mudah je sebenarnye, cuma kalau first time cuba tu mungkin korang rasa janggal sedikit. Takpe takpe.. practice makes perfect! Korang try banyak kali, sure boleh jadi cun macam model kat atas ni okay? Keterangan step by step korang boleh rujuk caption gambar dalam album : Shawl Chiffon & Polka.



Baiklah.. dah banyak jugak aku share dengan korang ni. Haa apa lagi ramai-ramai lah LIKE fan page MULAWA FASHION ye! Dengar-dengar kat page MULAWA FASHION ada contest, boleh menang 10 helai tudung!! Haa adakah rezeki anda di bulan Ramadhan ni untuk beraya dengan tudung baru?? Haaa kalau nak tahu pergi like page MULAWA FASHION dulu okay!








Sign PNG NisaKay

8 comments :

Mooniqueen said...

Yelah cantik2...

Mira Adzlia said...

secara pantas sy sudah like..hahaha..thanks nisa sbb share kan link nih..adeh..melayang lg duit pasni..huhu :p

Tengku Laurel Adamila said...

Cantiknya tudung bawal tuh >,<

ηuя αιмι Ƒαянαηα said...

cantekkknyaaa

ieda said...

aah cantik
tapi sayang , org seusia akk dah x sesuai kuuut .. untuk anak2 dara diluar sana ok lah ;)

boni kacak said...

baiklah.. rupa model dia macam maria elena la

ratna shah said...

cantik...menarik...

ratna shah said...

cantik dn menarik...