Thursday, August 2, 2012

[EVENT] Iftar MIG 2012

 

Assalamualaikum…

 

Dah berapa hari ek aku tak update belog? Masya Allah pemalas sungguh aku ni. Huuu mood swing membuatkan aku malas nak menaip dek karana idea yang terkedek-kedek je keluar dari minda kudus aku ni.. Dan membuat aku lebih selesa online facebook, twitter dan emel je. Blogwalking jugak aku tapi aku jenis tak tinggal jejak kat blog orang.

 

Walaupun aku dah decide untuk slow down dalam aktiviti dan events yang melibatkan aku sebagai seorang blogger, namun Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah telah turunkan aku beberapa rezeki berkaitan dengan blog. Salah satunya ialah, aku telah mendapat jemputan untuk menyertai majlis Iftar MIG 2012.

 

P1016142

Terima kasih kepada pihak METROWEALTH PICTURES (MiG Online) yang sudi menjemput aku untuk turut bersama-sama memeriah majlis berbuka puasa MIG, serta meraikan golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim dan ibu tunggal.

 

 

P1016139

Meja yang masih kosong. Mungkin aku yang datang awal sangat kot. Muahaha.. aku dan Syafiq Rosli sengaja gerak awal dari Shah Alam, sebab takut jalan jammed dan tak jumpa jalan. Alhamdulillah sampai jugak kami ke destinasi. Muehehe..

 

 

P1016147

Bersama TK Che Mat dari radio online GAOL FM. Sekarang dah ade GAOL TV uolls.. So sepanjang majlis berlangsung dapat ku lihat TK Che Mat busy benor interbiu para artis dan selebriti yang hadir ke majlis Iftar MIG 2012 ni..

 

 

P1016176

David Teo selaku CEO MiG menyampaikan sumbangan kepada rumah-rumah amal yang terpilih…

 

 

P1016202

Kemudian, berlangsung pula acara menyampaikan duit raya kepada penghuni rumah anak-anak yatim dan juga kepada para ibu tunggal yang hadir.

 

 

P1016217

Persembahan lagu Baik-baik Sayang oleh Wali Band, disampaikan oleh penghuni rumah anak-anak yatim. Sungguh bersemangat mereka menyampaikan lagu. Suara pun sedap, macam penyanyi nasyid!

 

 

P1016240

Mejar David Teo sedang berucap. Tak lupa juga ada pantun di pengakhiran ucapan beliau! Hehee…

 

 

Ohhh ye, ramai juga artis yang hadir bagi sama-sama meraikan mereka yang kurang bernasib baik dan berbuka puasa bersama media dan blogger. Antara artis yang hadir ialah :

 

P1016206

P1016223

P1016285

P1016310

P1016314

 

Baiklah semua.. dah puas bergambar sementara menunggu waktu berbuka puasa. Majlis kali ni tak ramai fans atau blogger yang join pun. So tak berebut sangat nak ambil gambar. Heeehee.. tapi kena tunggu artis selesai photoshoot atau interview dengan para media lah yek.

 

P1016323

Masa untuk berbuka! Inilah meja yang aku duduk bersama rakan-rakan blogger dan rakan media yang hadir. Hahaha masyaAllah macam membazir je amik banyak-banyak. Hidangan berbuka puasa yang sedap-sedap ni ditaja oleh Kafe Mig Lemon.

 

 

P1016333

Selesai berbuka puasa, dapat angpow pulak dari Mejar David Teo! Wah wah kemain banyak nye duit raya aku dapat ni ! Hahaha inilah situasi yang turut muncul dalam akhbar Harian Metro kelmarin (31 Julai 2012). Muehehe tak sangka terselit jua mukaku dalam surat khabar!

 

 

P1016341

Para jemputan kemudian dihiburkan dengan persembahan lagu nasyid dari kumpulan Devotees.

 

 

P1016349

Aku dah kenapa macam ahli kumpulan nasyid pulak posing macam tu. Bahahaa!!!

 

P1016411

With my beloved kak yong, YANA SAMSUDIN!!

 

 

P1016423

Antara rakan blogger yang hadir. Bro Framestone takde lak dalam gambor sebab beliau dah balik masa ni.. DARI KIRI : Syafiq Rosli, Ujang, Yana Mib, Nisa Kay dan Illiyin Roslan.

 

 

P1016451

Gambor penutup. Warga MiG Talent dan pengarah serta penulis skrip bergambar beramai-ramai.

 

 

Sekian al-kisah majlis berbuka puasa MIG 2012. Alhamdulillah murah rezeki aku dapat berbuka puasa free, sedap-sedap pulak tu makanan dia! Hehehe.. I really really had a great time on that day. Sampaikan akulah blogger last yang balik (ye lah kot?) setelah lepak seketika dua tika dengan kak yong kesayangan aku.

 

Terima kasih Allah di atas rezekiMu ini. Terima kasih kepada pihak MiG Online dan juga kepada Mejar David Teo di atas jemputan ke majlis ini. Ohh by the way, aku sepatutnya pergi ke majlis berbuka puasa bersama para pelakon filem terbaru MiG iaitu Halim Munan.. tapi apakan daya, aku terlambat plus jalan jem pulak..

 

 

 

 

Sign PNG NisaKay

11 comments :

miss Fyqa said...

Diana Amir sgt cantik :)

Ety said...

OHHH Wait ! Nisa pergi ke ? No wonder hari tu masa baca paper, ada nampak muka Nisa. Tak sure sangat mula-mula sbb gambar dari tepi, masa Nisa dpt angpau dri Mejar David Teo. Lepas ni, okay mmg confirm laa :)

Hee. Syok nyaa :D

Atiqah Wadiah said...

waaa..best lah nisa :)

aDiNDaNiL said...

wah akk . weewiit .. cun agy tuu

MiSz fiFiEyQa said...

nisa!untungnye..nora danish kan tu?
Btw nak duit ry sikit!ehehe

Mira Adzlia said...

wah, bestnya...rmi giler retis...hihi

faa.rosli said...

weh..aok ngan pelako papa i love u tu da sedondon dah..hahaha

Phat said...

best best

Fienazzuki said...

ala...nak jugak!!!
Jealous!!!

Pinky Aina said...

SEDIH NAK JUGAK.

Faizul Osman said...

bestnye dapt makn free, jumpa artis... siap dpt angpow lg...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/curik-minum-air-teh.html