Friday, July 6, 2012

WHAT I WORE during Irine Nadia’s wedding?

 

Assalamualaikum..

 

Yeah bebeh, lama tak buat outfit post kan. Almaklumla.. saya jadi malu pulak nak buat outfit post sebab saya tak cantik.. Baju tak berjenama, semua cap Times Square, Sg Wang Plaza atau cap online shop murah semata-mata. Kerana itu ajelah yang saya mampu. Hek hek~

 

Apa-apa pun, alhamdulillah dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada aku, merasa jugak aku pakai baju oleh seorang fashion designer! Aku dapat merasa pakai dress tu sebab aku telah menang contest yang dianjurkan oleh fashion designer tersebut.

 

P1014391

So readers… This is the dress-blouse yang aku dapat hadiah dari fashion designer tersebut. Siapakh beliau? Jeng jeng jeng… Beliau ialah SANDRA AZWAN !! Yeahh seorang pereka fesyen yang cenderung mereka pakaian yang berunsurkan futuristik aku rasa? Hahaa maaf aku tak tahu nak interpretasi macam mana :p

 

Mulanya aku ingat nak pakai baju kurung biasa… Tapi lebih kurang seminggu sebelum wedding Irine Nadia, aku telah bertemu dengan Sandra Azwan untuk menuntut hadiah kemenangan aku dalam contest beliau. Muahahaa.. contest apekah? Yeahh yeahh aku telah dipilih oleh Sandra Azwan sebagai pemenang tempat pertama untuk contest :

 

SANDRA AZWAN

 

P1014046-tile

So aku telah decide nak pakai baju ni ke majlis perkahwinan Irine Nadia dan Vel Oliver. Dan aku padankan dress-blouse tu dengan maxi skirt warna purple gelap cap uptown Damansara. Kahkahkahh... So ala-ala baju kurung moden la kan. Hahaha pon boleh kan?

 

Zaman sekarang nak pergi kenduri dah boleh trendy. Bukan setakat pakai baju kurung semata-mata, pakaian long dress dan maxi skirt pun dah boleh buat pakai pergi kenduri-kendara.. Tak pun beli je blouse panjang sampai atas lutut tu, padankan dengan maxi skirt. Contohnye blouse pink lembut boleh padan dengan maxi skirt warna hitam, mustard, dark purple dan lain-lain.

 

IMG_4056

Tudung pulak, aku pakai tudung eksklusif LUVSTYLISTA. Tudung sarung siap yang aku pakai ni ialah tudung Diana Tie-Up (Chiffon). Sangat mudah dipakai dan digayakan ke majlis-majlis formal atau tidak formal.

 

Nampak tak bahagian bertali pada tudung ni? Bahagian bertali ni boleh dilonggarkan sikit untuk adjust kelabuhan tudung. So ianya menutup dada, dan tidak jarang. Sesuai untuk muslimah moden macam kita-kita ni ihik ihik~ Bahagian tali tu juga boleh dipakai di bahagian tepi, bawah dagu atau atas kepala.. terpulang kepada kreativiti masing-masing!

 

P1014384

DRESS BY : SANDRA AZWAN

BLOG :
http://bysandraazwan.blogspot.com/

FACEBOOK FAN PAGE :
https://www.facebook.com/pages/Life-with-Sandra/122583607824774

 

 

IMG_4057

EXCLUSIVE HIJAB BY : LUVSTYLISTA

BLOG :
http://blog.luvstylista.com/

FACEBOOK FAN PAGE :
https://www.facebook.com/pages/Luvstylista/391318664237450

 

 

Aku sangat sangat bersyukur atas rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT. Sesungguh Allah menurunkan rezeki buat hamba-hambaNYA pabila kita dalam keadaan yang tidak menjangka namun memerlukannya. Allah knows best for His servants.

 

Dan aku sangat berterima kasih kepada dua pihak di atas! Semoga Allah murah rezeki kedua-duanya. Sandra Azwan, seorang pereka fesyen yang sangat berbakat, dan jenama Luvstylista pula, membariskan rekaan hijab yang unik dan eksklusif, sesuai untuk muslimah masa kini!

 

Sign PNG NisaKay


33 comments:

  1. hehehe...Sandra Azwan my classmate time blaja diploma kt uitm dulu...dari 1st kenal dier memang best sebab tgn dier tk berenti melukis time lec tgh ngajar...penuh buku ngan lukisan dier..

    ReplyDelete
  2. Mahal tak kalau kawan nisa jahit tuk baju kawen?

    ReplyDelete
  3. siapa bilang gadis melayu tak menawan
    hikhik:)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. tudung awak sangat2 cantik la.. saya suka.. tu sebab la saya pun nak beli juga macam tu.. utk raya.. hehehehe.. :)

    ReplyDelete
  6. Cantik baju tu dear.. Terbekenan suda... ;)

    Pandai Mix n Match ;) dan pandai bergaya :D

    ReplyDelete
  7. comey! ;)
    i pun nak beli jugak la tudung macam tu..

    ReplyDelete
  8. semoga nisa sukses selalu yeww , Aminn.. nisa pkai ape pon tetap comel ;)

    ReplyDelete
  9. Pendapat sy kalau Nisa pakai tudung color purple mcm maxi skirt tu lebih menyerlah bcoz blouse dress tu color lembut.

    ReplyDelete
  10. hey Nisa .. cntek bju .. :) btw sye bru tau yg kite nih sebaya .. hahaha! malu pulak dulu pnggil awk akak :D sbb muke awak matang .. :P

    ReplyDelete
  11. ok la tu.. saya pakai baju bundle je tau. daripada kasut sampailah ke baju..

    ReplyDelete
  12. salam.. xpe, kami x tgok baju, kami tgok orgnya saja ^^ (gurau). bergaya mengikut kemampuan, itu jujur.

    ReplyDelete
  13. mix n match dengan maxi skirt..sweet je.. ^^

    ReplyDelete
  14. nisa cantek sangat. sweet. i thought baju yg u pakai haritu baju kurung moden. hehee.
    i nak request something, boleh tak u buat entry psl camane nak jage contact lens. ;) hehee

    ReplyDelete
  15. u look really awesome!
    nice!

    ReplyDelete
  16. ermmm.. pertama.. mata awk nmpaj sgt cntik.
    kalau awk pakai contact lens.. mean sgt sesuai dgn awk.

    2. beruntung nyer dpt blouse. haaaaaaa

    ReplyDelete
  17. Kak nisa pakai apa pun cantik :)

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay