Friday, July 6, 2012

MTV WORLD STAGE menggegar lagi!!!

 

Assalamualaikum…

 

11

Weehooo!! Bercerita pasal konsert MTV World Stage, teringat-ingat aku akan kemeriahan acara tahun lepas. Terbaik wehhh!! Punyalah semangat aku nak tengok 30 Second To Mars kan, sanggup berasak berpanas berhangit dengan penonton sekalian alam! Tu belum peminat Kpop lagi tuh! Berjoget-joget aku bila Beast buat persembahan.

 

 

worldstage01_1152x864

Yes baby yes!! MTV WORLD STAGE IS BACK!! MTV World Stage 2012 bakal menggegar Malaysia di Sunway Lagoon!! Kali ni MTV World Stage membawakan artis-artis hangat yang pasti menggoncang jiwa anak-anak muda cewahhh!!

 

cats

Membariskan penyanyi-penyanyi hebat dan terkenal, MTV World Stage 2012 kali ini membawakan anda semua Jay Park, Kara yang hot, Mizz Nina yang meletopz dan Justin Bieber pujaan para gadis!! Mesti ramai yang tak sabar nak pergi.

 

Weehooo Celcom nak bagi tiket percuma. Yes PERRRRRRRCUMA!! Nak tahu macam mana nak dapat TIKET PERCUMA??? Baca dengan teliti segala detail yang akan aku tulis hingga ke akhir entry ini!

 

TAMBAH NILAI PRABAYAR

topup prabayar celcom[5]*Pic credit to : http://www.myvitrd.com/ *

 

Haaa kemain baku ayat aku! Bak kata budak muda mudi sekarang, topup! Haaa dengan topup henset korang tu, korang berpeluang menang tiket percuma ke MTV World Stage 2012. Haaa macam mana tu??

Cara-cara:

  • Mendaftar dengan hantar sms MTV ke 28881
  • Bila dah dapat sms pengesahan, topup sebanyak RM60 dan ke atas untuk dapatkan mobile voucher yang melayakkan anda redeem 2 keping tiket!

Terma dan Syarat :

  • Satu nombor telefon hanya sah untuk 2 keping tiket
  • Perlu mendaftar dan tambah nilai sebelum 10 Julai 2012
  • Mobile voucher perlu ditebus pada 12 Julai
  • First come first serve basis.

 

MELALUI FACEBOOK

n_1234209334_facebook_logo

Haaa sekarang ni macam-macam cara ada untuk korang menang 2 keping tiket percuma untuk menyaksikan MTV World Stage 2012! Cara lain yang korang boleh usahakan ialah melalui facebook!

 

  • Like salah satu fan page ini : Xpax | U.O.X | S.O.X
  • Daftar dan guna aplikasi “Time To Muxic” yang ada di page yang anda like tu.
  • Bermula 26 Jun hingga 8 Julai 2012, gunakan aplikasi itu untuk share info mengenai MTV World Stage 2012.
  • Semakin banyak anda share, semakin banyak mata yang anda dapat.
  • 25 peserta dengan jumlah mata tertinggi akan mendapat 4 keping pas percuma ke MTV World Stage 2012!
  • Bagi yang top 25 yang dapat pergi konsert tu pulak, pada 14 Julai layari xpax.com.my/timetomuxic  untuk check in di lokasi konsert dan tag gambar-gambar MTV World Stage kepada Xpax dengan moneghubungkan Facebook anda ke aplikasi tersebut.
  • Setiap check-in dan tagged photos memberi anda mata dan 10 peserta dengan mata tertinggi bakal memenangi pas untuk after party!

 

 

MELALUI THE CUBE

thecubepink_social_logo

MUSICUBE

Download Call Me Tone dan True Tone atau Full Song terpilih untuk peluang memenangi pas percuma ke MTV World Stage!

  • Untuk muat turun Call Me Tones: Dail *888*<CODE># tekan CALL.
  • Untuk muat turun Full Songs: Hantar FS<space>kod lagu ke 21308.
  • Untuk muat turun True Tones: Hantar TT<space>kod lagu ke 21308.

 

FRENCUBE (MOKOMOBI,SPEESH, FRENZER,FRENSPOT)

  • Anda dan kawan anda berpeluang berkonsert secara percuma!
  • Join Frencube denga mendail *888*219#
  • Pose seperti superstar dan upload gambar korang tu ke Frencube untuk peluang menang tiket percuma!

 

CUBE RADIO JUKEBOX

  • Rakam suara anda menjerit “I LOVE JUSTIN BIEBERRRRR”
  • Jeritan terpanjang, kreatif dan paling bersemangat akan dipilih untuk memenangi tiket ke MTV World Stage 2012!

 

 

PELUANG BERTEMU JUSTIN BIEBER !!!

JB

Wuahahaha buat gadis-gadis peminat Justin Bieber yang jambu itu, tidakkah korang teringin bertemu JB secara dekat?? Bergambar sebelah-sebelah, kasi orang lain jeles dengan korang? Haaa nak tak? Nak tak? Mudah aje nak menang pass exclusive ke meet-n-greet session dengan JB!! Wohooo!!

 

Apa yang korang perlu buat hanyalah dengan muat turun lagu Justin Bieber “Boyfriend” atau lagu “Die In Your Arms” jadikan Call Me Tones, lepas tu send kat kawan-kawan korang sebagai hadiah (gift).

 

TITLE

ARTIST

CODE

RBT ID

Boyfriend (Justin Bieber M&G)

Justin Bieber

162572

0011127675

Die In Your Arms (Justin Bieber M&G)

Justin Bieber

162573

0011127676

 

  • Untuk muat turun, taip CMT<jarak>kod lagu dan hantar ke 22990 atau dail *888*<kod lagu># dan tekan CALL.
  • Untuk menghantar Call Me Tones sebagai hadiah, taip CMT Gift<jarak>kod lagu<jarak>nombor telefon rakan anda dan hantar ke 22990.
  • Untuk muat turun yang lebih mudah, korang bolehlah pergi ke portal mobile USSD The Cube dengan mendail *888*99# atau *888# dan pilih option MTV World Stage 2012.

 

mtv-worldstage-2012-500x694

Mungkinkah korang yang bertuah yang bakal bertemu dengan Justin Bieber? Ohhh Mungkin kah??!! Haaa segalanya tak mustahil kalau korang usaha lebih sikit. Ada rezeki, dapatlah korang bertemu pujaan hati korang tu ye.

 

Sebarang maklumat lanjut boleh korang usha usha kat laman web xpax.com.my  atau www.thecube.my okay? Good luck semuaaa. Dan semestinya… jumpa di MTV WORLD STAGE 2012 woohooo!!!

 

 

Sign PNG NisaKay