Wednesday, July 18, 2012

KEMBARA MEDIA FOTOGRAFI PERAK – Part 5

 

Asslamualaikum…

 

Hehee bertemu lagi dalam siri entry KEMBARA MEDIA FOTOGRAFI PERAK, aku kena taip selaju mungkin dan siapkan entry percutian ke Perak sebab aku ni mengejar nak buat entry ke Pahang dan Johor pulak! Aiyaaaa boleh cramp tangan aku suk menaip nih!

 

Baiklah, kalau entry PART 4 aku duk bercerita pasal makan je, kali ni, entry part 5 ni aku nak share pasal aktiviti kami pada hari kedua kami di Pulau Pangkor, Perak. Pagi-pagi kami dah bangun dan kenyangkan diri semasa sarapan, sebab nak guna banyak tenaga untuk aktiviti island hopping yeayy!

 

DSC_0867

Percutian ke Perak kali ni agak ramai wakil media yang ikut. Bas pun boleh tahan penuhnye. So ahli yang ramai ni diangkut oleh dua buah bot untuk aktiviti island hoping. Heee aku agak nervous sebenarnye sebab aku ni ala-ala seram sejuk bila nak naik bot / kapal / feri.

 

 

DSC_0873

Anak-anak ketam yang sungguh banyak di pantai! Maafkan kami kalau kami terpijak anda-anda semua yeee… Kami tak dapat nak elak! Wuwuwuuu~

 

 

 

Muka bajet cool duduk atas bot. Bot ni belum bergerak lagi, memang laa aku bajet cool dan macho aje. Muahahaa….

 

 

DSC_0886

Bot mula meninggalkan pantai Pangkor Island Beach Resort. Pemandangan yang masyaAllah sangat indah! Cuaca pun baik. Syukur alhamdulillah!

 

 

DSC_0895

Uncle Ah Keong selaku pengemudi bot membawa kami jalan-jalan kat laut dan di sekitar Pulau Pangkor tu. Cuba tengok betul-betul bentuk batu ni, macam menyerupai kepala ular kan? Masa aku tengok masyaAllah terkejut aku! Begitu besar kuasa Allah menjadikan ia seolah-olah kepala ular.

 

 

DSC_0906

Pulau kecil ni pulak CORAL ISLAND. Ini memang lokasi orang snorkeling. Menurut Uncle Ah Keong, kalau air surut, memang air akan kering betul sampaikan kita boleh berjalan kaki dari pantai ke pulau ni!

 

 

DSC_0925

Laju je ikan-ikan ni naik ke permukaan air untuk makan roti yang Uncle Ah Keong baling.

 

 

DSC_0938

Aku snorkeling. Tapi snorkeling setempat boleh? Nampak tak aku pegang tali kat belakang aku tu? Kahkahkah. Tali tu sebagai sempadan kawasan snorkeling. Aku menghayati pemandangan underwater dengan memegang tali tu je. Nak berenang tak pandai. Entah kenapa walaupun aku pakai life jacket tu aku rasa nak tenggelam aje.

 

 

DSC_0954

Haaa ini pulak batu yang menyerupai kepala ikan paus. Aku tak dapat ambik gambar dekat-dekat. Maklumlah, kamera cikai je, so zoom takleh jauh-jauh. Kekekeee~

 

 

DSC_1011

Lepas penat snorkeling, aku decide nak stay kat pantai di mana kami akan makan tengahari di sini woot woot! Manakala ade jugak sebahagian ahli trip yang nak pergi memancing. Aku dan beberapa rakan lain duk main air kat pantai ni je.

 

Sementara orang lain pergi fishing, aku duk pulun la mandi pantai, main air, main pasir.. Sementara tu jugak ada chef yang datang bawak peralatan dan bahan memasak ke pulau ni. Outdoor lunch woo! Selain kitorang, ade jugak sekumpulan pelancong dari China yang tengah berehat-rehat di pulau ni.

 

Bila kawan-kawan dari bot satu lagi tu dah kembali ke pantai dari aktivit memancing, apa lagi menggilo lah kitorang duk bergambar sakan. Nak tepek gambar macam banyak sangat, so inilah kompilasi aktiviti kami.

 

page

(1) Berlari berkejaran, seindah pantai di Pangkor.. (2) Contengan blogger di pantai.. (3) Pengalaman pertama kali naik jet ski.. (4) Aksi lompat-lompatan harusss adeee~

 

 

DSC_0995

LUNCH TIME! Bermacam jenis seafood yang dimasak untuk makanan tengahari. Best best!! Makan pulak dengan suasana pantai memang best la kan.. Muehehee… Lepas kekenyangan.. maka, masa untuk pulang ke resort!

 

Dalam perjalanan pulang tu kemain tau Uncle Ah Keong memecut bot beliau serta melakukan beberapa aksi drift yang buat kami terjerit-jerit dalam bot tu. Manakan taknya, dah lah air tengah berombak, bila bot tu dipandu laju memang melambung-lambunglah kami ! Tapi pengalaman yang sangat best!

 

IMG_0449

Dah sampai punnnn di pantai Pangkor Island Beach Resort. Ini pertama kali aku join aktiviti snorkeling dan island hopping! Memang best sangat-sangat! Nanti korang yang nak ke Pangkor tu boleh lah duk Pangkor Island Beach Resort ni ye, amik pakej island hopping dengan Uncle Ah Keong pasti best! Muahahaa~ Kbai.

 

 

 

P/S : Full album of Pangkor Island trip at the page SAYA SUKA MENAIP.

Sign PNG NisaKay

10 comments :

Nurul Akmal said...

waaaahhh bestnyer...

ADEEYA said...

Seronoknyaaa! Haih rindu Pangkor...

Zahora Ahyan said...

menyelam kt coral island mmg best.. :) sy dah pnh pg.. tp seriusly.. btl la.. even kita guna life jacket.. mmg tenggelam.. ahaha..
*sama sama x pndi berenang... * ahahaha

Ibnumusa El-Muhammady said...

Ni masih kat sana ke? Saya baru je balik semalam. Kalau tidak leh je jumpe

shera haifa said...

bestnye nisa.. bnyk tmpt g jalan2..

Alieza Dayasari said...

waaaa menarik sgt, bestnyer...

Misz Mieza said...

MM walaupun dah duk Perak, harem tak pernah sampai Pangkor lagi.. huhu.. Nak naik jet ski gak!!!! ;D

Rusydi Mustaffa said...

Pulau Pangkor ?? Selalu pergi kalau time cuti sekolah. Best and pemandangan yang indah. :D nice entry

mrs kayrul said...

nak g pangkor gak..huhuuhu

Kak Mahh said...

Pemandangan yang cantik ...patutlah mat saleh datang sini.