Friday, July 13, 2012

KEMBARA MEDIA FOTOGRAFI PERAK – Part 3

 

Assalamualaikum…

 

Yeahhh semangat membara-bara nak taip entry ni. Dah sampai PART 3 pun kisah aku di negeri Perak… Sekarang nak masuk part menceritakan lokasi utama kami di negeri Perak iaitu Pulau Pangkor. Entry PART 2 aku dah cerita bahawasanya aku ni pertama kali naik feri, dan pertama kali menjejakkan kaki ke pulau.

 

Sekarang ni, aku nak cerita pasal serba serbi pasal hotel tempat kami menginap di Pulau Pangkor. Penginapan di Pulau Pangkor ni ditaja dengan penuh kasih sayang oleh Pangkor Island Beach Resort, antara hotel yang terbaik yang ada di atas pulau itu.

 

DSC_0577

Abaikan muka selekeh aku tu. Ni papan tanda hotel. Papan tanda ni terletak di jeti tempat kami semua turun feri.

 

DSC_0582

Kemudian kami semua akan menaiki macam bas open air. Bas ni khas untuk mengambil para penginap Pangkor Island Beach Resort (PIBR).

 

DSC_0587

Dah sampai pun hotel. Gambar di atas ni adalah laluan masuk ke lobi hotel.

 

DSC_0593

Kami disambut dengan penuh kasih sayang oleh staf-staf PIBR yang mesra alam sungguh. Turut disediakan minuman sejuk buat penghilang dahaga. Fuhhh… Abang photographer jat belakang tu kemain lagi suke dapat minum air sirap ye.

 

DSC_0597

Kaunter di lobi.

 

DSC_0601

Nak pergi Pangkor ni boleh naik flight jugak rupanya.

 

DSC_0613

Takde lif ye… kena berjalan kaki dan menaiki tangga-tangga.

 

DSC_0614

Kedai serbanika.

 

DSC_0619

Jalan-jalan dalam kedai serbanika kejap, tengok apa yang best dalam kedai ni. Banyak tshirt, makanan ringan dan cenderahati yang dijual.

 

DSC_0616

Pemandangan kolam renang dan private beach di PIBR. Fuhhh nyaman nye rasa.

 

DSC_0604

Elvin dan Catherine dari M Mode Media (Majalah Santai) sedang mengagihkan bilik untuk para media.

 

DSC_0627

Bilik nombor 270. Aku dapat sebilik dengan Azila Palal, broadcast journalist dari Berita TV9.

 

DSC_0633

Pergghhh best gilak bilik kami! Kami super single yang diletakkan bersebelahan, sangat empuk dan selesa. Mengadap TV pulak tu. Fuh fuhh..

 

DSC_0635

Nampak tak pintu coklat sebelah TV tu? Kalau korang tempah dua bilik hotel sekaligus, PIBR akan bagi dua bilik yang bersebelahan dan pintu tersebut akan dibuka seterusnya menyambungkan kedua-dua bilik tersebut.

 

DSC_0646

Bilik air yang luas dan selesa semestinya!

 

DSC_0637

Kalau tak silap bilik yang kami semua dapat ni semua beach view. Ehhh rasanya bilik kat resort ni semua beach view dak? Hahaha… Memang best sebab pagi-pagi dengar bunyi ombak menghemas pantai ececehh *lagu Ombak Rindu berkumandang*

 

DSC_0643

Melayan perasaan kejap… menunggu putera duyung datang menjemputku. Aisehhh overdose pulak aku ni berangan kan.. Huahuahuaa.. pendek kata, bilik ni ada beranda bolehlah korang berehat-rehat dari dalam bilik je sambil menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT.

 

DSC_0650

Dah lepak-lepak kat bilik kami serbu pantai pulak. Jadual trip kali ni tak begitu ketat dan banyak masa lapang. So kami menyeronokkan diri dengan bermain air sambil photoshoot tepi pantai. Mamat dalam gambar di atas ialah Bakhtiar, cameraman dari TV9. Dan beliau ialah photographer tak rasmi aku sepanjang photoshoot di Pangkor. Kekeke…

 

Baiklah sampai di sini saja entry untuk kali ni. Next entry aku update Aku, Dia dan DSLR pulak ye. Special edition photoshoot at Pulau Pangkor! Yeahuuu hahaha! So jangan jemu membaca blog aku yang tak seberapa ni ye. Thanks! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay

16 comments :

Faqihah Husni said...

Bestnyaaaaa!!

Boni JLL3 said...

pergi pulau pangkor pulak?? tak ajak pun

Fatin Farhana Binti Ramli said...

waa .. pangkor is awesome .. teringan vacation last year ..

Syafik Coklat said...

lama dah tak pergi bercuti kat pulau-pulau nie , huhu . last pergi kat langkawi tempoh tahun lepas . lama doell.

apa-apa pun hepi tgk gmbr nie =)

asyiqin nasir said...

sangat best =)

Nurul Akmal said...

Cantiklah tempat dia.. hotel pun nampak selesa jer..

@YUNID@TI said...

wooo... pergi pangkor... pastinye best kan... huhuhu... bile la nak sampai pangkor ni...

AmirahSyafiqah ♥ said...

wah,, bestnya >.<

Phat said...

lama dah x g pangkor..

DanieL AdiE said...

Wah..seronoknya...

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

wa...bes nya...

Are_Rull said...

smlm dpt tgok dak nisa ni dpn2 .. hehehe .. kt hentian rehat mana tah .. tp area johor .. around mgrib .. dy order roti cnai mybe .. hehehe

CikZaitul said...

jauh perjalanan luas permadangan..

ye dak ??

hehehheh...

dah jupe putera duyung ?

missswafea said...

As salam. Terbaik! Aku tak pernah sampai pangkor lagi! arghhhhh! 8D

cci said...

g pangkor ke.. dekat ngan umah cci jerk... ^_^

Kak Mahh said...

Penginapan yang selesa.