Sunday, July 1, 2012

[GAMBAR] Selamat pengantin baru Irine Nadia Marcello & Mohd Amirul

 

Assalamualaikum…

 

Pada 30 Jun 2012 bersamaan hari Sabtu, aku dan hakak Pen Merah serta adik aku yang aku angkut dari Pahang telah menjelajah ke Masjid Tanah, Melaka demi menghadiri majlis perkahwinan blogger terkenal dan comel iaitu Irine Nadia Marcello.

 

Disebabkan kesibukan yang teramat, aku tak sempat pun jumpe Irine untuk menerima kad jemputan kahwinnya. Kad tersebut di pass kan kepada abang beliau iaitu Aizul Marcello. Itu pun tak sempat jugak nak ambik. Haa kemain busy masing-masing ye! Jadi dengan hanya berbekalkan alamat yang Irine WhatsApp kepada aku, aku dan hakak Pen Merah redah jugalah ke Melaka.

 

P1014262

Ececehhh kemain tau gambar aku! Ada gaya photographer tak? Hahaha!! Berangan la aku! Gambar tak seberapa ada hati nak dibanding dengan wedding photographer! Jauh sekali macam langit dengan bumi! Haaa apa-apa pun, buruk ke tak gambar yang aku nak letak dalam entry ni korang hadap je lah ye!

 

 

P1014087

Pengantin sedang bersantap.

 

 

A1

Acara memotong dan menyuap kek. Awww sweet!! Pengantin laki mengelat sebab turn dia disuap dia pandang belakang! Kekekee~

 

 

P1014166

Bersama ibu dan bapa pengantin lelaki.

 

 

P1014210

Candy buffet table. Masa aku ambil gambar ni meja ni dah hampir licin! Hahaa…

 

 

P1014212

Frame gambar.

 

 

P1014227

Kek pengantin serba biru dan putih.

 

 

P1014236

Wahhh banyak hadiah nih! Mesti banyak hadiah berupa barangan keperluan rumah. Kekeke…

 

 

P1014237

Goodies bags untuk para hadirin.

 

 

P1014238

Khemah dan meja makan untuk para hadirin. Dah macam ala-ala garden wedding je eh??

 

 

P1014247

Pengantin bergambar bersama blogger femes ames iaitu Fatin Liyana Asri dan rakan beliau.

 

 

P1014263

Pengantin sedang memberi ucapan.

 

 

P1014280

Really love the dress!! Cantik sangat. Ini majlis perkahwinan pertama yang aku tengok pengantin perempuannya pakai baju pengantin ala-ala hoodie dress ni. Siap ada ribbon kat belakang memang cantikss!!

 

 

P1014294

Si pengantin comel Irine Nadia Marcello.

 

 

P1014370

 

Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai Mohd Amirul dan Irine Nadia Marcello. Semoga gerbang perkahwinan kalian sentiasa bahagia dan dirahmatiNYA inshaAllah :) Semoga setiap dugaan yang datang kalian lalui dengan tabah dan sentiasa kuat bersama. Pergghh ucapan aku mengalahkan orang yang dah kahwin pulak!!

 

Okaylah, sampai di sini sahaja kemalasan aku meng-update blog. Heee memang niat nak share gambar-gambar ni dari semalam tapi apakan daya, badan penat sangat balik dari Melaka, malam tu tido pon awal, tak sedar apa dah. Hehehe.. Thank you dear Irine Nadia Marcello atas jemputan ni. Muah muahh!!

 

 

 

P/S : Gambar-gambar penuh sekitar majlis perkahwinan Irine Nadia akan di-upload di fan page Saya Suka Menaip

Sign PNG NisaKay

30 comments :

ielaSuhailah said...

cantekkk sangat... congrats irine :D

Mr. Z dan Mis N said...

terbaik..cun dan hensem semoga terus bahagia hingga akhir hayat

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

dalam banyak2 gambar, lupa nak ambil gambar dengan Nisa.
Wuuuu~ kecewa

onie said...

tunggu nisa kay lak....

daya jamal said...

okayy . kite same lahh kak nisa . first time tngok wedding pengantin perempuan pakai macam nie . cantik pulak too ! :) kak nisa biler lagi ? hihihi .

Miss Sue said...

love irine ! :)) teringin nak kawin awallll...

EmaCai said...

irene cantik..pasangan nya kacak.. tapi mane pic nisa?? hehehehe mesti cantik dress up anda hari tu kan??

EmaCai said...

irene cantik..pasangan nye kacak..tapi pic nisa mane?? mesti dress up nisa awesome on that day kan?? heeeeee

Miss Xyz said...

cantiklah gambar pengantin, ahaha. Gambar akak mana? scroll scroll nak cari gambar kak Nisa Kay, rupanya takde, hehe ^^

Nieda said...

sama cantik sama padan.
Tahniah.

Alieza Dayasari said...

waaaaaaaaaaaaaa.... sukanyer...
warna tu sgt soft.. like..
selamat pengantin baharu...

miz ruha said...

cantek dress irine,,
selamat pengantin baru to irine and amirul.

Anonymous said...

to me, irine nampak lagi lawa masa dia bertunang. hihi

Fatihah said...

bagai pinang dibelah dua. Tahniah buat mereka.

dress irine tersangat cantik !

Anem arnamee said...

Salam NK (ekeke).

gambo dah ade gaya. ok pe :p
pepun thanks for sharing untuk mereka yang tak pergi dan hanya melayang doa dari jauh seperti saya :)

may ALLAH bless u , and for both of them especially .


tcare .

Natasha said...

cantiknyerr~~
congratz irine..semoga bahagie sampai bila.. ^^

Zaira Fadzil said...

wahhh jelesnye orang dah tawenn! congrats irine dan pasangan! barakallahu lakumma wabaraka alaik!

zahidahwahid said...

simple n nice dress wedding dia...
selamat pengantin baru...

Atiqah Wadiah said...

semoga kekal abadi selama2 nya :)

Mami Nia said...

canteknye biru mix pink ! selamat pengantin baru irine

Cik Anis said...

sweet je :)

DanieL AdiE said...

Lovely dress!

Congratez both!

Jay said...

cantiknya tema warna yg di pilih..nak jugalah buat tema warna tu nt kalau kawin..hehehe.

Riena Haiqal said...

cantiknya Irine..
selamat pengantin baru Buat Irine dan Suami.. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan membawa kebahagiaan sampai ke syurga..

Mira Adzlia said...

cantik nye irene... :)

Marina said...

cantik colour biru dia...

zyanfara said...

tanx nisa...sebab kamu pnye blog la dpt tgk gamba2 irine nie...hehehe...tahniah kpd irine dan amirul...

Myra Jay said...

Selamat Pengantin Baru buat Irine dsan pasangan..
Klaau dah cantik pakai apapun tetap nampak cantik :)

Anonymous said...

Cantiknya Irene!! ♥ :)

Eera Shera said...

suka sgt dress irine tu..cantik gile