Monday, July 30, 2012

Kad raya ohh kad raya

 

Assalamualaikum..

 

Hari tu aku ade buat ala-ala kad raya giveaway. Hehehe.. not really a giveaway. Lebih kurang contest kot sebab aku siap suruh orang bagitau kenapa suka baca blog aku, dan berapa lama dah baca blog aku.

 

Tujuan aku buat macam tu bukan nak tengok kata-kata pujian yang melambung-lambung. Seriously itu bukan yang aku mahu, itu bukan yang aku cari. Aku pun manusia biasa. Takut aku kena puji-puji ni… compliment might lead to expectation. And expectation might lead to frustration. Wahh gituuu!

 

kad raya

Gambar dari instagram aku : nisa_kay

 

 

Baiklah ini adalah sebahagian kad raya yang aku beli semalam, sebelum aku balik kampung. Aku memang suka beli kad raya gambar kartun. Harap yang menerima tu nanti, terimala dengan hati yang terbuka.. kekekee… Baiklah.. berikut adalah nama-nama readers yang aku pilih untuk terima kad raya dari aku muehehee… :

 

  1. Namazi b. Ab. Rashid
  2. Nur Khairunnisa Binti Mohamad Fuzi
  3. Nurul Syafiqa Jamaludin
  4. Meor Zaidee bin Meor Ahmad
  5. Nur Syazana bt Abdol Rahman
  6. Siti Khatijah Abu Bakar
  7. Adibah bt Dollah
  8. Fatimahtol Mukmimah bt Awang
  9. Saidatul Azreen Bt Abdul Khalib
  10. Nur Amalina Nadri
  11. Nur Amalina Munirah binti Zahari
  12. Miss Fyqa

 

 

Hari tu aku janji nak pilih 10 orang pembaca kan.. Tapi disebabkan ade rezeki lebih sikit dan melihatkan kegigihan semua yang join, aku tambah dua orang lagi. Mereka yang di atas ni antara pembaca setia blog aku dari dulu hingga kini..

 

Bukan aku nak kata orang lain bukan pembaca setia.. Tapi ingat ye, penilaian aku adalah berdasarkan apa yang korang mesej kat aku.. Semua mesej korang aku baca satu-satu dan nila satu persatu. Takde pakai mesin atau pembantu okayh.

 

Kepada yang lain, hope teruskan menyokong aku dan blog aku. InsyaAllah lain masa nanti aku buat lagi GA ke, hehehe… pada yang belum dapat hadiah GA aku yang terdahulu, mohon hubungi aku di emel sukamenaip@yahoo.com ya… Thank you.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

KEMBARA MEDIA FOTOGRAFI PERAK – Part 7

 

Assalamualaikum…

 

Hai banyak nye la entry pasal kembara media kat Perak ni kan.. setelah beberapa hari aku out of mood nak menulis sangat, aku kembali memeriahkan blog aku dengan entry-entry baru. Hahaha meriah ke??

 

Apa-apa pun, sangat sangat sangat aku berterima kasih pada readers yang masih setia menyumbang trafik ke blog aku walaupun ada jugak harinya aku tak update apa-apa! Fuhhh sabor je lah dengan aku yang selalu mood swing ni ye. Baiklah! Dalam entry PART 6 aku dah duk pung pang pung pang pasal pegi kilang satay kat Pangkor tu kan? So apakah aktiviti seterusnya??

 

DSC_1158

Dalam entry PART 6 aku ade mention yang kami tak berkesempatan nak merasa laksa goreng, makanan tempatan di Pangkor. So dah takde aktiviti lain, maka kami terus pulang ke hotel untuk sesi sidang media trip kali ni. Memandangkan aku dan Azila sampai agak awal di dewan, maka sekali lagi aku feeling-feeling pengacara majlis pulakkkk…

 

 

DSC_1247

Yang bertudung biru tu wakil dari Tourism Perak. Wahhh orang-orang Tourism Perak sudi turun ke Pulau Pangkor untuk sama-sama menyertai majlis sidang media trip kami yang berlangsung di Pangkor Island Beach Resort.

 

 

DSC_1269

Seperti yang diketahui ramai, trip ke Pangkor kali ni turut disertai oleh Ana Rafali dan suami beliau, Dalam ucapannya, Ana menyeru kita rakyat Malaysia supaya memeriahkan lagi industri pelancongan dalam negara. Di samping kita melawat lokasi yang lawa-lawa kat Malaysia ni, kita juga sebenarnya membantu ekonomi negara.

 

Masih lagi aku ingat kata-kata Ana Rafali, beliau menceritakan pengalaman beliau dan suami bercuti ke negara Jepun. Kata Ana, pelancong-pelancong di Jepun adalah terdiri daripada rakyat mereka sendiri. Sebab tu negara dorang kaya dan maju. Sebab industri pelancongan mereka disokong sepenuhnya oleh rakyat mereka sendiri. So why not kita contohi perkara yang baik ni kan?

 

 

DSC_1291

Setelah semua wakil (wakil dari M Mode Media, Pangkor Island Beach Resort, travel agency, Tourism Malaysia dan Tourism Perak) menerima plak khas dari Majalah Santai (M Mode Media), maka berakhirlah sesi sidang media kali ini… Dan.. dinner time!!

 

 

DSC_1299

Dinner kami malam itu sangat special kerana meja-meja telah disusun di tepi kolam renang dan kami sempat menikmati pemandangan matahari terbenam yang mana SUBHANALLAH sangat cantik dan mendamaikan! Allah SWT betul-betul sayangkan kita dengan menciptakan alam seindah begini untuk kita nikmati!

 

 

DSC_1314

Meja bulat.

 

 

DSC_1322

Makanan ala barat.

 

 

DSC_1326

Makanan ala India. Roti canai dia sedap sebab lembut, kuahnya pun sedap. Kawan aku amik roti puri dan roti tersebut mendapat pujian yang melambung-lambung!

 

 

DSC_1325

Satay nye pun boleh tahan sedap, dagingnya tak keras dan kuahnye pun sedap. Pendek kata makanan-makanan kat Pangkor Island Beach Resort ni sedap-sedap belaka!

 

 

DSC_1331

Pinggan aku. Semestinya aku memilih untuk makan pasta dan cheese, disertakan juga dengan udang perghhh sedap! Makanan lautnye fresh !

 

 

DSC_1348

Hari pun beransur gelap. Lepas maghrib tu semua hadirin yang sedang makan malam dihiburkan dengan tarian lagi tradisional.

 

 

Pendek kata, pengalaman makan malam dan menginap di PANGKOR ISLAND BEACH RESORT ni memang best. Mungkin pada siapa yang nak pergi lagi ke Pulau Pangkor, atau yang baru pertama kali nak bercuti ke sana, bolehlah jadikan PIBR ni sebagai tempat menginap!

 

Untuk meninjau apa lagi yang ditawarkan oleh PIBR, korang boleh check website nye. Link aku ade bagi kat bawah ni. Kalau nak memudahkan percutian, bolehlah korang usha pulak website travel agency. Dan untuk maklumat lanjut mengenai penganjur trip ni, booleh add facebook Majalah Santai :

 

 

PANGKOR ISLAND BEACH RESORT
http://www.pangkorislandbeach.com/

 

DISCOVER ORIENT HOLIDAYS (Travel Agency)
http://www.discover-orient.com.my/
https://www.facebook.com/DOHolidays

 

MAJALAH SANTAI (M MODE MEDIA)
https://www.facebook.com/santai.travelmag

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Join team Malaysia !!

 

Assalamualaikum…

 

Dulu demam bola dah sudah, kini demam acara sukan tahunan yang besar pula melanda! Seperti yang diketahui ramai Malaysia turut menghantar wakil-wakil atlet ke Sukan Olimpik yang berlangsung di London. Jadi.. sebagai rakyat Malaysia, jom tunjukkan semangat kesukanan dengan menyokong team Malaysia!

 

team malaysia

 

Soooo… macam mana nak join team Malaysia sebagai tanda sokongan kita? Cuma pergi ke website Samsung Olympic : Join Team Malaysia di atas, then ambil gambar anda, padankan dengan badan atlet yang anda nak.

 

Contohnye macam kat atas ni, salah seorang rakyat Malaysia dah upload gambar muka beliau dan padankan dengan badan atlet lawan pedang. Kat website ni ramai jugak yang memilih untuk “jadi” atlet sukan badminton. Korang lak macam mana? Jangan tunggu lama-lama, jom join team Malaysia!

 

 

CLICK HERE : Samsung Olympic : Join Team Malaysia

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sunday, July 29, 2012

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriii…

 

Assalamulaikum..

 

Ingat lagi tak entry HADIAH-HADIAH HEBAT WHATCHUWANT ?? Kalau tak ingat pergi baca! Hahaa… jadi sudah tiba masanya untuk hadiah utama yang amat best dan hebat! Tapi yang misterinya hari ni, aku takkan senang-senang bagitau korang apakah hadiah utama Xpax WHATCHUWANT !

 

misteri 1

Kalau ku suruh korang tilik gambar kat atas ni, agak-agak dapatkah korang meneka apakah hadiah misteri yang menanti pemenang hadiah utama WHATCHUWANT?? Dapatkah korang? Dapatkah???

 

misteri 2

Yang ni pulak macam mana? Perghh misteri habis ni! Korang cepat la teka.. Agak-agak apa benda la yang misteri sangat ni ye. Korang teka la.. Rumah kah? Kapal selam kah? Jet ski kah?? Haaa misteri sangat nihhh! Sampai aku pun tak tahu! Hahaha…

 

 

Baiklah, disebabkan aku dah kata jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri, maka aku nak bagi korang klu untuk korang teka sendiri apaka hadiah misteri di atas :

1. It can make you go “Wheeeee!!!!”

2. Say hello to social life!

3. Akan membuatkan korang rasa konfiden yang teramat.

4. Hadiah yang sangat sangat awesome! (semestinya lah!)

 

 

Nak kan lebih banyak klu? Klik http://bit.ly/WCWGrd setiap hari dari tarikh 23 hingga 29 Julai 2012 untuk lihat lebih banyak klu mengenai hadiah misteri kat atas. Korang boleh join perbualan kat Twitter mengenai hadiah misteri ni dengan gunakan hashtag #PeekWhatchuwant , tak pun via Facebook Connect di site tersebut.

 

Adakah ianya sesuatu yang WHATCHUWANT??? Pendedahan terbesar akan dilakukan pada 30 JULAI 2012 ini!! Teka jangan tak teka okay! So sekali lagi aku nak ingatkan.. macam mana nak dapatkan hadiah-hadiah WHATCHUWANT?

 

 

Dail *128# dan pilih pack yang sesuai dengan penggunaan anda :

WHAT 3

Kemudian pick a prize of WHATCHUWANT! Mudah sangat kan. Mungkin kah korang juga pemenang hadiah misteri di atas? Jeng jeng jenggg~

 

 

 

 

So peek the prize, dial *128#, pick a pack and pick a prize!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

6 Sunnah Ramadan

 

Assalamualaikum…

 

Alhamdulillah dah seminggu jugak lah kita semua berpuasa ye dak. Kepada yang berpuasa, semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan ikhlas kepadaNYA. Kepada girls yang ehem ehem, dapat cuti tu, jangan pulak makan minum depan orang puasa sesuka hati. Respect those who’re fasting okay..

 

Tengah-tengah usha page kat facebook tu, ternampak lah ade satu page islamik yang memang aku follow ni, share pasal sunnah Ramadan. Disertakan pulak dengan grafik yang menarik.. So aku tergerak hati nak share informasi tu kat sini.

 

sunnah 1

 

SUNNAH 2

 

sunnah 3

 

sunnah 4

 

sunnah 5

 

sunnah 6

 

All graphical information above were taken from the page Fattabiouni Malaysia. I have no right upon any of the pictures above. All of them belong to Fattabiouni Malaysia. My intention was only to share the good information about it with my readers.

 

Semoga semua informasi di atas berguna buat kalian yang membaca, dan semoga sama-samalah kita berkongsi informasi yang naik untuk semua. Salam Ramadan semua.. semoga ibadah kita diterima Allah SWT. InshaAllah..

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Wednesday, July 25, 2012

Aku nak bagi kad raya ni…

 

Assalamualaikum…

 

Dah beberapa hari pun kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan kan.. Alhamdulillah.. smeoga hari-hari yang seterusnya kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik… Dan menyebut pasal puasa, pasti tak sabar menunggu raya kan? Setelah 30 hari umat Islam berpuasa, kita akan menyambut Syawal pula..

 

One thing about Syawal yang aku suka ialah bertukar-tukar kad raya. Yes memang sejak dari sekolah lagi aku memang suka bertukar-tukar kad raya dengan sahabat handai, jauh atau dekat.. Jadi.. tahun ni, aku nak bertukar-tukar kad raya dengan pembaca blog aku. Mungkin aku tak kenal korang individually, tapi aku tetap nak bagi kad raya.

 

kad-raya (1)

 

Kalau korang nak kad raya, ikut langkah-langkah mudah ni :

1. Like fan page Saya Suka Menaip –> https://www.facebook.com/nisamenaip

2. Hantarkan butiran diri anda iaitu NAMA dan ALAMAT ke inbox fanpage tu.

3. Tulis secara ringkas dan padat kenapa korang suka baca blog aku dan berapa lama dah korang follow blog aku. (Jangan panjang-panjang. Nanti aku takut aku tak baca)

 

TARIKH TUTUP ?? Hmm.. selepas aku mendapat 10 pembaca bertuah yang aku rasa layak untuk menerima kad raya. Cewahhh!!

 

PERHATIAN !! Aku hanya akan pilih 10 pembaca bertuah ye. So kalau anda dah hantar mesej tak bermakna anda kompem dapat. Maaf ler bajet ciput je tahun ni, so hanya dapat bagi kad raya kepada 10 yang bertuah :’)

 

 

 

Kenapa aku beria duruh korang tulis kenapa korang suka baca blog aku? Kenapa aku nak tahu dah berapa lama korang dah follow blog aku? Sebab aku nak bagi kad raya kepada 10 pembaca yang layak menerimanya. Yang lain tu bukan bermakna tak layak.. Tapi inshaAllah lain kali panjang umur aku bagi kad raya ye.

 

 

I’ll be waiting your messages! Bye bye.

Sign PNG NisaKay


Read More»

Tuesday, July 24, 2012

KEK LAPIS SARAWAK ORIGINAL


Assalamualaikum…



Salam Ramadhan semua.. Dah tiga hari pun kita berpuasa. Oh ok berbalik kepada tajuk entry ini, aku berniat nak membantu kawan aku yang nak meniaga kek lapis Sarawak. Beliau tinggal di Sarawak dan akan pulang ke sana untuk berpuasa bersama keluarga. So bila pulang ke sana, beliau berkesempatan ambil order bagi mereka yang nak beli kek lapis Sarawak yang originally beli dari sana!



Kek lapis Sarawak memang terkenal dengan rasanya yang sedap dan mempunyai pelbagai perisa. Ada juga pelbagai warna dan corak untuk menarik perhatian pelanggan. Lumrah manusia suka melihat benda yang cantik dan menyerlah kan? Hehe… So kalau ada sesiapa yang nak order KEK LAPIS SARAWAK, meh cuci mata dulu tengok kek lapis.



kek lapis blueberry


kek lapis coklat cheese


kek lapis madu belang


kek lapis pudina


kek lapis strawberry prune



kek mael lambung
KEK LAPIS MAEL LAMBUNG (LATEST)




kek lapis masyitah
KEK LAPIS MASYITAH




kek lapis india - coklat cadbury
KEK LAPIS INDIA – COKLAT CADBURY




kek lapis neslo
KEK LAPIS NESLO




kek lapis vanilla chocolate
KEK LAPIS VANILLA CHOCOLATE




kek lapis fathiha
KEK LAPIS FATHIHA




kek lumut
KEK LAPIS LUMUT




kek lapis sutera dubai
KEK LAPIS SUTERA DUBAI



Baiklah.. ini sebahagian kek lapis yang sedia diambil ordernya. Ada banyak lagi pilihan kek lapis untuk di order. Aku cuma tolong promote kawan aku yang meniaga. So korang bolehlah rujuk details di bawah kalau nak tahu info lanjut mengenai kek-kek lapis sarawak ni.


  • Rujuk ALBUM GAMBAR INI untuk informasi lanjut dan lebih banyak pilihan kek lapis Sarawak.
  • Informasi mengenai nama kek dan perisa kek boleh dibaca di caption SETIAP gambar kek lapis.
  • Order dan pembayaran selewat-lewatnya hingga 11 OGOS 2012.
  • Disarankan order dan buat pembayaran awal, so kalau kek yang anda nak tu takde boleh tukar kek lain.
  • Collection kek dibuat pada 13 hingga 17 OGOS 2012. Lokasi collect area Kuala Lumpur dan Shah Alam.
  • Nak tahu harga dan berbincang mengenai order boleh contact tuan punya bisnes iaitu MAZNUR ANOWAR.



Jadi bagi yang berminat nak tengok lebih banyak pilihan kek lapis Sarawak dan bertanya harga atau ada sebarang pertanyaan lain boleh tanya terus ke tuan punya bisnes iaitu Maznur Anowar. Kalau tanya kat sini aku TAK LAYAN okay. Sebab aku tukang promote je. Hehehe apa lagi, borong jangan tak borong! Boleh buat judah berbuka atau juadah pagi raya :)



Sign PNG NisaKay

Read More»

Monday, July 23, 2012

[VIDEO] Perkahwinan remaja belasan tahun

 

Assalamualaikum…

 

 

Wah wah belum apa-apa aku dah tepek video. Begitu direct ye. Apa yang membuat aku tertarik untuk share video ni ialah kerana pasangan pengantin tersebut masing-masing berumur 16 tahun (pengantin lelaki) dan 14 tahun (pengantin perempuan).

 

Menurut komen kat video ni di laman Youtube, ada yang kata perkahwinan ni berlaku di Pahang. Pahang belah mana aku tak sure lah. Dan dalam komen tu juga ada komen negatif dan positif.

 

NEGATIF BAGI AKU 

  • Mereka terlalu muda untuk memikul tanggungjawab alam perkahwinan yang sememangnya bukan mudah seperti yang disangka.
  • Takut nanti bila dah a few years kahwin, bila masing-masing dah matang, ada kecenderungan untuk mencari pasangan lain dan berlaku curang.

 

 

POSITIF BAGI AKU 

  • Perhubungan yang telah menjadi sah dan halal. Maka syaitan akan menangis.
  • Baik bagi anak remaja kerana di usia yang sedang meningkat naik ni lah remaja cenderung untuk mencuba-cuba perkara yang haram (contohnya bercinta, bersentuh-sentuhan dengan pasangan)
  • Sekarang ni pun banyak kes budak sekolah mengandung luar nikah, jadi perkahwinan di usia muda mengelakkan maksiat yang berleluasa di kalangan anak muda.
  •  

 

 

Itu jelah pendapat aku. Aku takde niat lain pun share video ni kat blog aku. Saja-saja je. Mesti topik pasangan pengantin muda ni akan menjadi hangat. Dan semua orang mempunyai pendapat masing-masing sama ada negatif atau positif. Aku tak menyentuh bab agama sangat sebab aku pun bukan manusia sempurna.

 

Walau bagaimanapun aku sokong bahagian positifnya perkahwinan di usia muda ni walaupun aku ada pendapat negatif aku tersendiri. Untuk pasangan pengantin di dalam video di atas, aku doakan yang terbaik untuk korang. Semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat dan segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

KENAPA PEREMPUAN NAMPAK CANTIK BERTUDUNG?

 

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim.. ♥

 

Ini ada beberapa perkara yang aku saja nak share dengan kalian para pembaca dan juga peringatan kepada insan lemah dan tidak sempurna macam aku. Sentiasalah kita mencari peluang untuk perbaiki diri, dan untuk men-solehahkan diri, terutamanya di bulan Ramadhan ini..

 

KENAPA PEREMPUAN NAMPAK CANTIK BERTUDUNG???

 

hijabSumber : Google


1. Sebab dia nak tutup aurat..


2. Sebab dia nak jaga maruah..


3. Sebab dia cantik..


4. Sebab dia taknak tunjuk kecantikan dia..


5. Sebab dia seorang yang pandai..


5. Sebab dia anak solehah..


6. Sebab dia dengar cakap mama ayah dia..


7. Sebab dia hormat dekat orang lain..


8. Sebab takut bila dia tak pakai tudung nanti orang tgk dia cantik.. Pastu ada niat yg tak baik.


9. Sebab taknak diminati ramai sangat lelaki..


10. Sebab taknak menyusahkan orang lain..

 

5366234377_c2abbc9226_zSumber : Google

 

11. Sebab nanti dia dapat pahala..


12. Sebab dapat menghindari maksiat..


13. Sebab supaya dpt jadi contoh pada perempuan lain..


14. Sebab supaya lelaki yg beriman je yg suka dia..


15. Sebab dia dengar suruhan nabi...


16. Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya..


17. Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..


18. Sebab patuh pada suami..


19. Sebab dia taknak rambut dia ditarik, digantung dgn bara2 api dan dibakar dgn dasyat kat akhirat kelak.


20. Sebab... Ermmm, kalau ikutkan memang banyak sebabnya.. Tak terkira.

 

 


Banyak lagi sebab-sebab wanita diwajibkan menutup aurat. Jangan memakai tudung semata-mata, tapi wajiblah kita MENUTUP AURAT. Aku bukan ber-blog lagaknya seperti orang alim. Sebab aku tak alimlah aku share kepada kalian, juga buat peringatan untuk diri sendiri.

 

Nak berubah itu baik, bertambah baik dan mulia jika berniat melakukan perubahan kerana Allah SWT. Jika niat kita kerana Allah SWT, dengan hati yang ikhlas, inshaAllah Allah akan bantu kita dalam perjalanan itu. Namun dugaan pasti ada, demi memastikan iman dan kesabaran kita teguh di dalam diri..

 

Sempenan Ramadhan yang mulia ini, aku berharap lebih ramai yang berhijrah kerana Allah SWT. Aku jugak berharap aku dapat perbaiki diri dalam pelbagai aspek. Sama-samalah kita mencari keredhaanNYA inshaAllah…

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

KEMBARA MEDIA FOTOGRAFI PERAK – Part 6

 

Assalamualaikum..

 

Woahh dah sampai PART 6 ye entry pasal Perak aku ni. Mesti muak korang aku duk update pasal jalan-jalan je.. Dah nak buat macam mana ye dak, haruslah update.. Dah aku pergi bercuti.. kena share dengan korang supaya korang aware tentang produk pelancongan yang ada kat negara kita.

 

Baiklah.. hari tu kat entry PART 5 dah cerita pasal aktiviti island hopping yang termasuk pasal keliling pulau, tengok keindahan semula jadi, mandi pantai, snorkeling dan lain-lain. Haa tu lah antara aktiviti menarik boleh buat kat Pangkor ni. So lepas balik dari island hopping tu, kami ada masa a few hours jugaklah sebelum press conference di hotel.. Maka kami…

 

DSC_1095

Turun dari bot Uncle Ah Keong (rujuk entry PART 5) aku lepas kat kolam renang, tapi tak lama. Then aku decide nak ikut roommate aku iaitu cik Azila (BJ TV9) dan cameraman beliau ke beberapa lokasi tarikan pelancong di sekitar Pulau Pangkor. Gigih Azila call kan teksi pink ni untuk ambik kami di hotel.

 

 

DSC_1056

Lokasi pertama kami ialah tempat membuat kapal. Mula nya aku macam blur jugak kenap tempat ni one of tourists attraction? Mesti ade uniknya kan? Kan?

 

DSC_1067

Pusing punya pusing maka ternampaklah akan daku rangka kapal yang besar ni. Ni baru separuh aje dari rangka kapal sebenar tau! And baru aku tahu kat tempat ni dorang buat kapal seperti kapal tunda tu dengan majoritinya menggunakan tenaga kerja manusia. HANDMADE okayh!

 

DSC_1075

Haruslah bergambor dulu kan. Feeling-feeling ade Titanic laa kat belakang aku tuh.

 

 

DSC_1099

Kemudian kami ke Kilang Satay Eng Seng yang menjual pelbagai produk dari hasil laut, makanan ringan dan lain-lain. Semestinya makanan yang halal ye!

 

DSC_1103

Aku dan Azila tengah mencuba kerepek ikan. Hahaha serius sedap! Kesedapannya membuat aku memakannya berkali-kali hingga kekenyangan! Errr ni bukan “mencuba” dah niii!

 

DSC_1117

Kalau makanan-makanan macam ni memang banyak dan murah kat Kilang Satay ni! Berbaloi-baloi habaq hang! Hahaha… So ada jugak lah makanan ringan yang aku beli kat sini. Biskut-biskut pun banyak! Gula-gula apatah lagi. Herher..

 

DSC_1118

DSC_1128

DSC_1131

Niat di hati nak beli gula-gula dalam balang teddy bear ni. Comelnye dia warna pink! Erkk abaikan gambar yang OUT focus-nya ini sebab.. uhuk uhukk.. Tak tahu nak kata apa. KAHKAHKAH!!!

 

 

DSC_1133

Sambil aku jenjalan cuci mata dan membeli belah apa yang patut, sambil tu juga cik Azila dan cameraman beliau iaitu Abang Bakhtiar tengah buat keje. Muahaha…

 

 

DSC_1142

Aku pun nak menyibuk oiii!! Hahaha feeling broadcast journalist sangat yeh! InsyaAllah one fine day, where Allah put me on the track to be a Broadcast Journalist. Amin….

 

Lepas beberapa lama kat kilang satay ni, kami pun berangkat ke tempat lain. Driver teksi pink yang sporting tu mencadangkan kami mencuba laksa goreng yang terkenal kat Pangkor tu. Tapi malangnya kami tak berkesempatan nak rasa laksa goreng tu sebab gerai belum bukak lagi, dan kami terpaksa rushing balik hotel semula untuk press conference.

 

Maka tak kesampaian la hasrat di hati nak merasa makanan tempatan di Pangkor itu. Takpe.. kalau ada rezeki, inshaAllah akan ke Pangkor lagi sekali. Tak puas sebab tak dapat main water activities macam banana boat. Muahaha. Kbai.

 

 

 

P/S : Nak menang MACBOOK AIR? Mudah sangat! KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay