Tuesday, June 5, 2012

Penjelasan Diana Amir…

 

Assalamualaikum..

 

Bila aku update entry review filem X semalam rupanya masih ada yang tertanya-tanya kenapa ada gambar pelakon Diana Amir yang tidak bertudung? Aku ingat semua faham.. rupanya masih ada tak faham..

 

Sebentar tadi, pelakon Diana Amir telah membuat penjelasan menerusi fanpage beliau :

 

diana

Menurut Diana, semasa penggambaran filem X tu dijalankan, beliau masih belum bertudung ye. Filem-filem beliau semasa belum bertudung seperti filem 3 Temujanji dan X pulak keluar tahun ni, iaitu selepas beliau bertudung.

 

 

nuremy-ramli-2

Pic credit to blog MiG Online. Pelakon baru Nuremy Ramly pun dah bertudung sekarang ni. Antara filem yang dilakonkan sebelum bertudung ialah 3 Temujanji, Nongkrong, X dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S).

 

Diharap mereka di luar sana jangan buat fitnah pada mereka ye… beliau tak minta keadaan macam ni jadi.. Daripada berkata yang bukan-bukan pada mereka, ada baiknya kita sama-sama mengucapkan syukur sebab mereka dan juga ramai selebriti lain sudah terbuka hati untuk berubah kearah kebaikan dan menutup auratnya.

 

Aku hairanlah dengan orang zaman sekarang.. Bila tak bertudung dicaci dihina.. bila seseorang individu tu dah elok-elok nak berubah, ada jugak mulut-mulut yang mengata. Ohh hal ni aku katakan sebagai umum ye, tak semestinya pasal Diana Amir aje. Sepatutnya orang yang berubah kita kena bagi sokongan dan panduan. Diri kita sendiri pun banyak lagi benda yang nak kena improve kan?

 

Aku minta maaf kalau ada pihak yang terasa atau sesentap mak hayam dengan entry aku ni.. Ini cuma luahan hati dan juga peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa mencari ruang dan peluang untuk perbaiki diri. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay

11 comments :

Faizul Osman said...

sy pun terkejut tgok diana amir tak bertudung dlm filem tu... tp, dlm otak sy ni kate mungkin mase ni dia blm bertudung lg... tp, kesian jugak lah sb ade juga mulut yg berkata pasal hal ini...

tp, yg wardina sy respect gila sb semua gambar dia yg tak bertudung dpt dibuang dr media... kat internet tak ade or susah nak jumpa...

Tengku Laurel Adamila said...

Betul tuh Kak Nisa. We must support them! >,<

Syuhada Nasya said...

nice :) excly truu

Misz Mieza said...

Manusia ni macam tu la Nisa.. Ada je yang tak puas hati ngan orang lain, ade je yang tak kena di mata dorang.. Tu namanya busuk hati.. Sabo jela.. Hewhew!

Afasz said...

oooo...aritu nampak diana amir di klinik .....

keli menari said...

Dari kita dok sibuk jahat2 orang , kita sibuk dengan diri kita dulu kan ! Yeahh !

ciksengeh :D said...

kan die dah terangkan tuh . adoilah manusia ..

hikmaht said...

Yup..i knew about it already. but some peoples outside there don't know yet.but keep it up Nisa. Proud of u as u protecting our muslimah from others back talk=)

Hanih Borhan said...

Biasalah, bashers ni depa bukan kisah benda tu dah in the past, depa asal ada point, nak bash, tu je kerja depa... Doa jom semoga orang2 yg buat kerja2 m'dapat redha Allah ni tak jatuh semangat :)

u.m.i.e said...

manusia zaman sekarang memang macam tu benda baik susah nak ingat benda buruk senang diperkatakan ..

Anis Valiant said...

salam =)

Mengenai mulut org memang kiter xleh nk tutup,apa yg boleh kiter wat pekak kan jer telinga. sy pun kena mcm tu.masa kiter nk berhijrah org keliling akan ckp 'mesti buka tudung balik ni,bkn nye leh caya budak mcm ni'.tp kiter sbg manusia mana ada yg sempurna, sometimes we made mistake, it best to ignore what people have to say and always listen to our heart.